Kegilaan wanita untuk cantik kadangkala buat golongan ini lupa tentang kandungan produk yang digunakan. Wanita sepatutnya prihatin dengan perkara ini kerana ada produk yang dijual di pasaran menggunakan bahan terlarang seperti racun berjadual dan merkuri.
Jangan risau, kerana di bahagian akhir artikel ini saya akan kongsikan dengan anda produk penjagaan kulit yang bebas merkuri, selamat dan yang penting berkesan dengan cepat walaupun diperbuat daripada bahan semulajadi. Tetapi sebelum itu, eloklah kita kenali kenapa merkuri berbahaya sehingga boleh mengancam nyawa.