Untuk hamil, perkara paling penting bagi pasangan suami isteri adalah meningkatkan kesuburan kedua-duanya, baik suami mahupun isteri. Isteri sahaja yang subur, tetapi mempunyai suami yang tidak subur akan mengganggu kebarangkalian untuk menimang cahaya mata, begitu juga sebaliknya. Masing-masing perlu pastikan bahawa tahap kesuburan suami isteri berada pada tahap yang optima agar persenyawaan yang berlaku berupaya menghasilkan sel anak yang normal dan sihat.
Namun, tidak semua orang tahu cara dan tips yang berkesan untuk meningkatkan kesuburan suami isteri agar isteri cepat hamil. Mari ikutinya di sini.