Anak adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Mereka merupakan insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Mereka sangat perlukan belaian kasih sayang kita sebagai ibubapa. Ramai ibubapa yang sangat faham perkara ini, namun seringkali tidak dapat mengawal perasaan marah pada anak-anak, terutamanya apabila mereka ada melakukan kesalahan. Betul tak?
Jadi, suka untuk saya berkongsi dengan anda semua tips bagaimana nak atasi rasa marah yang berlebihan pada anak-anak. Saya juga ibu kepada tiga orang anak, jadi saya menulis sebagai peringatan untuk diri sendiri dan anda semua insyaAllah. Moga ada manfaatnya yang boleh diaplikasikan buat semua ibubapa di luar sana.
Cara Atasi Rasa Marah Pada Anak
1. Kenalpasti Apa Perkara Yang Membuatkan Ibubapa Marah
Sebaiknya kita perlu kenalpasti apakah perkara yang membuatkan kita naik marah, dan kenapa ia berlaku?
Adakah kerana anak tidak mendengar kata? Adakah kerana anak berperangai buruk atau meragam?
Atau adakah kerana kita sendiri sedang mengalami masalah emosi, emosi sendiri sedang tidak stabil kerana masalah di tempat kerja dan sebagainya?
Jika ia berkaitan anak, kenalpasti pula kenapa anak berkelakuan demikian..
Adakah kerana anak sedang lapar? Adakah kerana anak sedang mengantuk? Adakah kerana anak tidak selesa?
Adalah normal untuk anak merengek dan meragam sekiranya keperluan di atas tidak dipenuhi. Sekiranya kita telah kenalpasti punca marah kita, ikuti step seterusnya.
2. Bersedia menghadapinya
Setelah kita mengetahui apa yang mencetuskan kemarahan kita, kita perlu bersedia menghadapinya. Set kan dalam minda kita, sekiranya keadaan di atas terjadi, kita perlu bersiap siaga.
3. Bernafas dengan betul
Perasan tak semasa seseorang sedang marah, nafasnya akan tercungap-cungap, bernafas dengan cepat dan laju? Oleh itu, untuk mengatasinya, apabila sedar ada perasaan nak marah, cuba bernafas secara perlahan-lahan dan dalam-dalam. Tarik nafas panjang-panjang dalam kiraan 10 atau lebih, kemudian hembuskan nafas secara perlahan-lahan. Ulangi teknik ini sehingga rasa tenang.
4. Tulis dan catatkan pada kertas
Apabila rasa sedang marah, ambil pen dan kertas kemudian tuliskan apa sahaja yang ingin diluahkan atau perasaan tidak puas hati ketika itu. Lontarkan kemarahan itu pada kertas melalui perkataan ataupun lukisan. Sekiranya marahkan anak kerana perbuatan salahnya, catat perbuatan salah anak itu pada kertas.
5. Buat scoreboard pada anak2 untuk mendisiplinkan mereka
Sediakan board khas atau tuliskan pada manila kad atau yang seumpamanya untuk melatih anak lebih berdisiplin. Sebagai contoh, berikan 1 star apabila anak buat 1 kebaikan, dan tolak 1 star apabila anak buat 1 kesalahan. Kaedah ini sebenarnya bukan hanya membantu anak untuk menjadi lebih baik, malah dapat mendisiplinkan ibubapa juga, kerana secara tak langsung ia membantu ibubapa supaya tidak melempiaskan kemarahan secara fizikal kepada anak, sebaliknya pada scoreboard tersebut.. hihi.
6. Ambil supplemen
Jangan tak tahu, pengambilan supplemen atau makanan tambahan juga dapat membantu seseorang untuk menjadi lebih tenang dan menghindari stress. Antara yang saya ambil adalah Omega guard Shaklee dan B Complex Shaklee. Terbaik jika berjaya dapatkan keperluan nutrisi harian yang lengkap.
Omega Guard Shaklee
Kandungan asid lemak omega-3 dalam Omega Guard dapat meningkatkan fungsi grey matter. Grey matter adalah komponen otak yang utama yang biasanya dikaitkan dengan mood dan tingkah laku. Ia berfungsi menghantar signal kepada saraf-saraf lain dan memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak dibahagian kegembiraan. Ini membantu seseorang bertindak dengan lebih rasional, dan mengelakkan seseorang daripada marah, insyaAllah.
B Complex Shaklee
B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Ia bertindak sebagai agen anti-stress yang mengelakkan seseorang daripada stress. Apabila kita tidak stress, kurang risiko untuk kita marah-marah anak kita.
Kesimpulannya, ia bergantung kepada kita untuk mengawal marah kita. Perbanyakkan berdoa semoga Allah hadirkan ketenangan dalam diri kita. Saya doakan agar anda semua dipermudahkan urusan oleh Allah dalam membesarkan anak-anak.
Jika anda berminat untuk membeli supplemen di atas, tinggal hanya satu klik sahaja :

Atau, anda boleh juga terus hubungi saya untuk bertanya lebih di WhatsApp dan klik di sini :
Bazilah
Fb : Towards Quality Life
Ig : towardsqualitylife
Blog : www.tipsummi.com