Cara Tingkatkan Hb Ibu Hamil Dengan Cepat

Ibu mengandung seringkali mengalami masalah rendah kandungan haemoglobin (Hb) atau juga dinamakan anemia, akibat diet yang tidak teratur. Manakan tidak, morning sickness yang dialami membuatkan si ibu memilih makanan tertentu, atau sebenarnya tidak dapat menyerap nutrien daripada makanan yang diambil dek kerana muntah-muntah dan loya.

Apabila kandungan Hb ibu hamil berada pada tahap yang sangat rendah, ini boleh mengganggu perkembangan si bayi di dalam kandungan dan juga membahayakan si ibu. Jadi, sangat penting untuk para ibu mengetahui cara untuk meningkatkan Hb semasa hamil dengan cepat seperti yang akan diperincikan dengan lebih lanjut di dalam artikel ini.

Apakah Itu Haemoglobin?

Haemoglobin (Hb) adalah protein yang terdapat dalam sel darah merah dan bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Ia juga bertanggungjawab membawa karbon dioksida keluar dari sel-sel dan ke dalam paru-paru. Karbon dioksida kemudiannya akan dikeluarkan daripada badan apabila nafas dihembuskan keluar. Sekiranya Hb di dalam badan berada pada tahap yang rendah, ini membuatkannya sukar untuk melakukan fungsi-fungsi yang disebutkan di atas.

Ujian darah perlu dilakukan untuk memeriksa tahap Hb seseorang.

Ibu hamil dikatakan mempunyai Hb yang rendah apabila dia mempunyai kurang daripada 12 gram per desiliter (g/dL) Hb dalam darah. Julat normal bagi seorang wanita adalah 12 – 15.5 g/dL.

Gejala atau Simptom Hb Rendah

Gejala Haemoglobin yang sangat rendah termasuklah :
– denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur
– kulit pucat
– keletihan
– lemah otot
– sakit kepala yang berulang

Punca Kurang Hb Atau Anemia

Seseorang yang mempunyai hemoglobin rendah mungkin mengalami anemia. Penyebab umum anemia termasuk :

Kekurangan zat besi, vitamin B-12, atau folat
Kehilangan darah yang banyak
Hipotiroidisme, atau kelenjar tiroid yang tidak menghasilkan hormon yang mencukupi
Thalasemia, penyakit keturunan yang menghalang haemoglobin daripada berfungsi dengan betul
Anemia sel sabit, gangguan genetik yang menyebabkan pengurangan sel darah merah dan haemoglobin
Merokok
Latihan fizikal yang berat

Cara Meningkatkan Hb Ibu Hamil

Seseorang boleh meningkatkan tahap haemoglobin mereka di rumah dengan cara :

1. Menambah pengambilan zat besi melalui makanan

Seseorang yang mempunyai kadar haemoglobin yang kurang mungkin mendapat manfaat daripada makan lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran haemoglobin, yang juga membantu membentuk lebih banyak sel darah merah.

Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah :

  • daging dan ikan
  • produk soya, termasuk tauhu
  • telur
  • buah-buahan kering, seperti kurma
  • brokoli
  • sayur-sayuran berdaun hijau, seperti kale dan bayam
  • kacang hijau
  • kacang-kacang dan bijian

2. Meningkatkan pengambilan folat

Folat adalah sejenis vitamin B yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran haemoglobin. Tubuh menggunakan folat untuk menghasilkan heme, sejenis komponen haemoglobin yang membantu membawa oksigen.

Jika seseorang tidak mendapat cukup folat, sel darah merah mereka menjadi tidak matang dan boleh menyebabkan anemia, tahap haemoglobin yang rendah.

Sumber folat yang baik termasuk:

  • daging lembu
  • bayam
  • beras
  • kacang tanah
  • alpukat
  • salad

3. Memaksimumkan penyerapan zat besi

Pengambilan zat besi dalam makanan atau suplemen adalah penting, tetapi seseorang juga perlu membantu tubuh mereka untuk menyerap zat besi tersebut.

Makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti buah sitrus, strawberi, dan sayur-sayuran hijau berdaun boleh meningkatkan jumlah zat besi yang diserap. Mengambil suplemen vitamin C juga sangat membantu.

Vitamin A dan beta-karotena juga boleh membantu badan menyerap dan menggunakan zat besi dengan baik.

Makanan yang kaya dengan vitamin A termasuk :

  • ikan
  • hati
  • ubi keledek
  • kale

Makanan yang tinggi kandungan beta-karotena biasanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning, merah dan oren seperti :

  • lobak merah
  • ubi keledek
  • mangga
  • tomato

Walaupun suplemen vitamin A boleh membantu badan untuk memproses zat besi, namun pengambilan terlalu banyak vitamin A boleh mengundang bahaya.

Vitamin A yang berlebihan boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai hypervitaminosis A. Ini boleh menyebabkan gejala seperti tulang dan sakit sendi, sakit kepala yang teruk, dan peningkatan tekanan dalam otak.

4. Mengambil suplemen zat besi

Doktor biasanya akan menasihati ibu hamil yang mempunyai kadar haemoglobin yang sangat rendah untuk mengambil makanan tambahan zat besi. Dosnya bergantung kepada tahap Hb seseorang.

Namun, terlalu banyak pengambilan zat besi juga boleh mengundang bahaya. Ia boleh menyebabkan hemochromatosis, yang boleh menyebabkan penyakit hati dan kesan sampingan seperti sembelit, loya, dan muntah.

Suplemen akan menyebabkan tahap zat besi meningkat secara beransur-ansur selama beberapa minggu. Namun, sekiranya tahap Hb masih lagi rendah, si ibu mungkin memerlukan rawatan tambahan.

Bagaimana Produk Shaklee Boleh Membantu Ibu Hamil Tingkatkan Hb Dengan Cepat Dan Selamat

1. Vitalea Iron Formula

Ia adalah multivitamin dengan formula khas zat besi di mana ia akan memastikan kandungan zat besi di dalamnya diserap sepenuhnya oleh badan dengan cepat. Yang pastinya, Shaklee telah menjalankan kajian secara terperinci akan produknya bagi memastikan ia benar-benar selamat digunakan, walaupun diambil dalam tempoh yang lama.

Baca dengan lebih lanjut di sini :

Kandungan Vitalea Iron Formula Shaklee

2. B Complex Shaklee

B Complex Shaklee mengandungi kesemua jenis vitamin B yang diperlukan badan, termasuklah folat yang penting dalam penghasilan haemoglobin. Ia juga mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil bagi mengelak risiko janin mengalami masalah pada otak seperti spina bifida.

Baca dengan lebih lanjut di sini :

Kandungan B Complex Shaklee

3. Vita-C Plus Sustained Release

Kandungan vitamin C di dalamnya dirumus khas dengan formula ‘sustained release’ bagi memastikan vitamin C dirembeskan secara bertahap setiap 1 jam. Ini sangat penting bagi memastikan badan betul-betul menyerap kandungan vitamin C nya kerana sifat vitamin C sendiri yang larut air, di mana ia akan dibuang melalui air kencing sekiranya diambil sekaligus atau berlebihan. Dengan Vita-C Plus Shaklee, ini tidak akan berlaku.

Baca dengan lebih lanjut di sini :

Kelebihan Vita-C Plus Sustained Release Plus

Untuk mengetahui nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil mengikut trimester kehamilan, baca di sini :

Nutrisi Ibu Hamil Mengikut Trmester Kehamilan

Apa pula kata mereka yang telah menggunakan produk Shaklee ini?

Baca dengan lebih lanjut di sini :

Testimoni Ibu Hamil Yang Menggunakan Produk Shaklee

Sangat teruja dengan hasil yang mereka dapat, bukan? Mengapa perlu bersusah-payah untuk nak tingkatkan Hb semasa sedang hamil? Ambil sahaja Set Hamil Shaklee kerana ia sangat mudah dan dijamin selamat, semulajadi dan berkesan! Yakinlah bahawa pelaburan yang anda lakukan sekarang sangat berbaloi bagi memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sihat dan dapat berkembang dengan baik.

Hubungi saya untuk membuat pembelian atau pertanyaan lanjut :

Bazilah

WhatsApp/SMS/Call : 012-6830069

Fb page : Towards Quality Life

Ig : towardsqualitylife

Blog : www.tipsummi.com

Pengedar Vivix Shaklee Kuantan 012-6830069

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge