Testimoni Pengguna Set Hamil Shaklee

Ramai ibu mengandung yang telah rasai kebaikan dan kesan positif apabila mengambil Set Hamil Shaklee sebagai makanan tambahan ibu hamil. Ada yang Hb kekal tinggi, tidak lagi rendah, ada yang rasa bertenaga tidak lagi keletihan semasa mengandung, ada yang dapat kekalkan berat badan yang ideal, ada yang dapat kurangkan alahan atau morning sickness ketika hamil, dan banyak lagi.

Yang pastinya, semuanya berpuas hati dan beri kesan yang positif sepanjang kehamilan. Lebih mengujakan, Set Hamil Shaklee ini bukan hanya mendapat testimoni yang baik dari pengguna, malah disokong oleh kajian saintifik oleh saintis antarabangsa!

Produk terbaik untuk menampung nutrisi ibu hamil


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 39 : NUR ILLIANI MAT YUSOF

[TIADA ALAHAN DAN CERGAS BERTENAGA KETIKA HAMIL DENGAN SET HAMIL SHAKLEE]

“Pengalaman mengamalkan set hamil Shaklee memberi satu pengalaman indah lebih-lebih lagi pada kehamilan ke tiga dan usia pun dah memasuki 30-an. Apa yang saya gembira sangat-sangat, saya tidak mempunyai sebarang alahan dan saya hamil juga tidak disedari oleh rakan sekerja kerana tiada sebarang tanda saya sedang hamil pun. Sentiasa cergas, tidak pernah ambil cuti sakit dan kerja berjalan seperti biasa.

Kenapa saya konsisten mengamalkan setiap vitamin Shaklee ini? Selain saya telah merasai kesan yang sangat-sangat positif terhadap diri saya sejak mengamalkan supplement secara konsisten dari penghujung tahun 2012, saya tahu badan saya memerlukan setiap nutrisi yang ada dalam supplement yang saya amalkan ini lebih-lebih lagi saya sudah mempunyai dua orang anak sebelum ini, seorang ibu yang bekerja dan pada masa yang sama saya juga seorang pelajar di sebuah institusi pendidikan awam.

Jadi saya perlu memastikan diri saya sentiasa cergas, sentiasa sihat bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk suami dan anak-anak yang memerlukan saya sentiasa ada dengan mereka dalam apa jua keadaan.

Semasa kehamilan anak ke 2,saya disahkan mengidap kencing manis semasa hamil tetapi alhamdulillah,hamil anak yang ke 3 ini,saya bebas dari terkena kencing manis semasa hamil. Jika dulu hb saya sangat-sangat low dan pernah bacaan sehingga 8.6 dan terpaksa berulang alik berjumpa doktor pakar diklinik, tetapi syukur sangat-sangat kali ini bacaan hb saya sangat-sangat baik.

Semoga perkongsian saya ini boleh membantu ibu-ibu diluar sana supaya menjaga kesihatan kita bukan sahaja semasa hamil tetapi sepanjang masa dan secara konsisten dan berdisiplin bagi memastikan seisi keluarga kita dapat menjalani kehidupan yang lebih cergas dan lebih sihat.”

Cara Atasi Kencing Manis Ketika Hamil

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 16 : AINA AMIN

[NAIKKAN HB DALAM MASA 11 HARI]

“Assalamu’alaikum.. Nama saya Aina dan sekarang tengah mengandung anak kedua.

Bila mengandung je mesti orang akan kaitkan dengan masalah hb rendah kan? Masa aina mengandungkan anak pertama dulu, aina juga tidak terlepas dengan masalah hb rendah.

Obimin tak pernah miss. Iron tablet yang KK bagi pun ambil juga. Tapi hb tetap 10 ke bawah. Sampai banyak kali kena marah dengan nurse.

Bila mengandung kali kedua, aina dah mula mengamal supplement set hamil Shaklee. Alhamdulillah setakat sehingga kandungan 5 bulan, hb aina masih di paras normal.

Tetapi di usia kandungan 6 bulan hb aina mula drop jadi 10.8. Nurse mula suruh up kan dose iron tablet sehingga 4 biji sehari.

Jadi aina balik rumah dan kaji semula kenapa hb aina boleh turun. Kerana vitalea sepatutnya dapat membantu naikkan hb. Bila dikaji, aina buat kesimpulan memang salah diri sendiri. Kadang-kadang terlupa nak ambil vitamin. Tak pantang cafein (antara punca hb aina turun). Dan cara aina ambil vitalea tu sendiri pun salah.

So aina buat research sendiri macam mana cara betul nak consume vitamin Shaklee supaya badan boleh serap sepenuhnya dan sekaligus naikkan hb.

Selepas aina tukar cara pengambilan vitalea dan vitamin c, kurangkan pengambilan cafein, alhamdulillah dalam masa 11 hari je hb aina naik mendadak.

Sampai nurse pun tanya makan vitamin ape dan macam mana cara aina ambil sehingga hb naik mendadak. Rasa lega sangat bila tengok result hb sendiri.

Bukan itu sahaja antara kesan lain bila aina mengamalkan set hamil Shaklee, kaki aina tak pernah cramp malam-malam. Berbanding dengan mengandung kali pertama dulu, hampir tiap-tiap malam kejutkan suami kerana kaki cramp.

Kemudian masalah sembelit pun tiada. Kalau dulu bercinta nak pergi toilet, sekarang setiap pagi, sudah menjadi rutin wajib pergi ke toilet.

Dan paling best, masa mengandung kali pertama dulu, setiap bulan berat akan naik dengan banyak sehingga menyebabkan rasa sakit pada tapak kaki. Tapi alhamdulillah mengandung kali ini, kenaikan berat badan sangat terkawal setiap bulan.

Alhamdulillah, bila konsisten dengan set hamil shaklee, tempoh mengandung rasa sangat mudah dan bertenaga. InsyaAllah lepas bersalin akan sambung dengan set pantang Shaklee pula. Terima kasih Allah kerana temukan aina dengan Shaklee.”

Cara Naikkan Hb Ketika Hamil dalam 11 hari

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3 TESTIMONI 22 : FITRIYATUL ASYIQIN

[IBU HAMIL CERGAS BERTENAGA DENGAN AMALKAN SET HAMIL SHAKLEE]

“Assalamualaikum. Nama saya Fitriyatul Asyiqin binti Mohd Rudin. Berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

Pengalaman saya sepanjang mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 2 saya sangat berbeza berbanding anak sulung saya yang mana masa anak sulung saya mengambil supplemen lain.

Sepanjang kehamilan anak ke 2 saya alhamdulillah saya tiada masalah yang besar HB cantik cuma alahan je ada tapi berbeza anak sulung dulu yang mana rahim saya lemah dan terpaksa disuntik ubat kuatkan rahim sejak kandungan berusia 5 bulan dan saya mengalami bleeding sepanjang kehamilan. Aktiviti saya juga terpaksa dikurangkan kerana terpaksa berehat dikatil atas nasihat doktor pakar sakit puan.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan ke 2 saya mengambil fullset Set Hamil Shaklee yang mana mengandungi ESP, Vitalea Multivitamin, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C dan juga Omega Guard. Ianya banyak membantu saya kekal cergas sepanjang 41 minggu usia kehamilan saya. Dan ESP dalam Set Hamil ini juga membantu untuk kesihatan dan kuatkan rahim.

Sehingga ke saat akhir kehamilan saya yang ke 2 ini masih mampu memandu kereta sendiri menghantar dan ambil anak dari sekolah. Sangat berbeza berbanding kandungan pertama dulu yang mana saya rasa ketika kehamilan ke 2 ini saya lebih cergas dan bertenaga.

Dan berat badan saya ketika hamil kali ke 2 ni sangatlah berbeza dengan yang pertama. Yang pertama dulu hampir mencecah 90kg tapi kali ke 2 ni tak sampai pun 80kg.

Dan Alhamdulillah sangat anak ke 2 ni tiada masalah jaundice. Saya kategori darah O positif yang mana selalunya dimomokkan tak boleh elak dari masalah jaundice nih. Masa anak sulung saya dulu trauma rasanya hampir sebulan jaundice tak hilang sampailah nak cucuk sebulan baru turun jaundisenya.

Alhamdulillah syukur Ya Allah. Dan kalini saya sedang berpantang dan mengamalkan fullset Set Berpantang Shaklee pula.

Inilah Shaklee Effect saya.”

Elakkan Keletihan Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan
Bacaan Gula Turun Ketika Hamil
Bertenaga Semasa Hamil
Mabuk Alahan Morning Sickness Berkurang Semasa Hamil

Banyak lagi testimoni pengguna Set Hamil Shaklee yang telah berjaya mengharungi kehamilan dengan pengalaman yang sangat indah dan mengujakan tetapi tidak disertakan di sini. Kini tiba masanya untuk anda pula mencipta testimoni sendiri dengan menggunakan Set Hamil Shaklee ini. Jangan biarkan pengalaman mengandung anda menjadi pengalaman yang mengerikan hidup anda! Atasinya segera dengan mengambil set ini..

Hubungi sahaja saya jika anda ingin mendapatkan maklumat mengenai set ini..

012-6830069

Bazilah

Fb Page : Towards Quality Life

Ig : towardsqualitylife

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge