Setelah diketahui kepentingan seorang ibu yang hamil atau mengandung mengambil nutrisi yang lengkap bagi menampung keperluan sepanjang kehamilan, sekarang ibu perlu mendapatkan nutrisi tersebut dari sumber yang terbaik. Terdapat lambakan produk yang ada di pasaran, tetapi tidak semuanya diperbuat daripada sumber yang semulajadi, yang menjamin keselamatan, dan keberkesanannya.
Di sini saya kongsikan produk yang terbaik untuk menampung nutrisi ibu hamil sepanjang kehamilan, iaitu produk Set Prenatal Shaklee atau Set Kehamilan Shaklee.
1. Sustained Release Vita-C Plus
MAL13085068NC
Ia merupakan vitamin C semulajadi yang sangat berkesan memastikan penyerapan yang maksimum dalam badan kerana mempunyai formulasi ‘Sustained Release’ di mana vitamin C yang larut air akan dirembeskan secara perlahan-lahan sesuai dengan keperluan badan. Ini memastikan vitamin C yang anda ambil tidak hanya terbuang melalui air kencing, sebaliknya diserap sepenuhnya oleh badan.
Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan vitamin C setiap hari untuk kesihatan gigi, tulang, gusi, kolagen, struktur protein yang juga satu komponen tulang rawan, tendon, tulang, kulit dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita. Sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.
Vitamin C juga merupakan antioksida yang baik untuk ibu mengandung. Ia melindungi badan ibu mengandung dari toksin dengan meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Di samping itu, vitamin C membantu ibu hamil membentuk plasenta yang sihat.
Vitamin C turut membantu ibu mengandung yang mempunyai asma, alergik atau alahan, mudah selsema dan sakit dengan menguatkan antibodi dan melawan pengoksidaan. Selain itu, ibu hamil memerlukan lebih vitamin C untuk membantu usus menyerap lebih banyak nutrien lain khususnya zat besi dari makanan supaya ibu hamil tidak mengalami anemia.
2. OmegaGuard
MAL12015013NC
Dihasilkan daripada ikan laut dalam di perairan sejuk, minyak ikan OmegaGuardTM Shaklee membekalkan spektrum luas yang mengandungi 7 asid lemak penting Omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat. Proses penyulingan ini membantu menyingkirkan arsenik, plumbum, merkuri, dioksin, cadmium, PCB serta bahan-bahan berbahaya lain yang sering mencemari pelbagai spesis ikan. Proses ini juga dapat mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans, mengurangi bau dan rasa yang hanyir.
- Tiada pewarna, perisa dan bahan pengawet
- Bebas gluten
- Diiktiraf oleh Friends of the Sea, satu Badan Pemuliharaan Antarabangsa, yang mempunyai kriteria yang ketat dalam pemuliharaan jangkamasa panjang, termasuk pantauan penuh dalam setiap peringkat pemprosesan.
Ia didatangkan dalam 90 kapsul kecil yang mudah ditelan, dan dipek dalam botol yang boleh dikitar semula berasaskan dakwat soya dan bebas daripada bisfenol-A.
Fakta nutrisi
Setiap kapsul memberikan :
Jumlah Asid Lemak Omega-3 333 mg
EPA (Asid Eicosapentaenoic 182 mg
DHA (Asid Docosahexaenioic) 120 mg
Ibu yang mengambil Omega-3 telah dibuktikan boleh menurunkan risiko kelahiran pramatang dan menggalakkan tempoh kehamilan yang optimum1. Ia juga bertindak mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan)5.
Bayi dalam kandungan yang mendapat kandungan Omega-3 yang mencukupi akan mengalami pertumbuhan janin yang sihat kerana aliran darah dalam plasenta meningkat1. Omega-3 memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika di dalam janin. Ia mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi1, mengurangkan risiko bayi mengalami alahan3 dan menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga.
Selain itu, Omega-3 menggalakkan perkembangan saraf otak pada bayi4. Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan.2
3. Vita-Lea Iron Formula
KKLIU 0609/2017
MAL07081506XC
Kod produk : 10131 (120 tablet / 60 hidangan)
Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum. Ia merupakan killer product kerana ia adalah multivitamin beserta iron (zat besi) yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.
Vita-Lea Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk tubuh yang sihat melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.
Keistimewaan Shaklee
Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama si A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea®.
Fakta Nutrisi :
Ramuan | Amaun Setiap Tablet |
---|---|
Vitamin A (sebagai Beta Karotena) | 1250 IU |
Vitamin A (sebagai Vitamin A asetat) | 1250 IU |
Vitamin C (sebagai asid askorbik) | 60 mg |
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol) | 200 IU |
Vitamin E (sebagai alfa-d tokoferil asid suksinat) | 30 IU |
Tiamina (sebagai tiamina mononitrat) | 0.75 mg |
Riboflavin | 0.85 mg |
Niasin (sebagai niasinamida) | 10 mg |
Vitamin B6 (sebagai piridoksin hidroklorida) | 1 mg |
Folat (sebagai asid folik) | 200 mcg |
Vitamin B12 (sebagai sinokobalamin) | 3 mcg |
Biotin (sebagai biotin-d) | 150 mcg |
Asid Pantotenik (sebagai kalsium-d pantotenat) | 5 mg |
Kalsium (sebagai dikalsium fosfat) | 225 mg |
Fosforus (sebagai dikalsium fosfat) | 175 mg |
Iodin (sebagai kalium iodida dan rumpai laut) | 75 mg |
Magnesium (sebagai magnesium oksida) | 100mg |
Zink (sebagai zink glukonat) | 7.5 mg |
Selenium (sebagai mineral surih hidrolisat protein) | 35 mcg |
Kumprum (sebagai kuprum glukonat) | 1 mg |
Mangan (sebagai mangan glukonat) | 1 mg |
Kromium (sebagai mineral surih hidrolisat protein) | 60 mcg |
Molibdenum (sebagai mineral surih hidrolisat protein) | 37.5 mcg |
Nikel (sebagai mineral surih hidrolisat protein) | 7.5 mcg |
Tin (sebagai mineral surih hidrolisat protein) | 5 mcg |
Vanadium (sebagai mineral surih hidrolisat protein) | 10 mcg |
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein) | 0.5 mg |
Zat Besi (sebagai ferus fumarat) | 9 mg |
Iron (zat besi) di dalam Vita-Lea berperanan penting mengangkut oksigen daripada paru-paru ke tisu dengan bergabung dengan oksigen di dalam peparu dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron diperlukan dalam pembuatan haemoglobin (Hb). Iron juga berperanan dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron membuatkan badan mudah mendapat jangkitan.
Kajian di negara-negara membangun menunjukkan anemia akibat kekurangan zat besi dalam ibu mengandung meningkatkan risiko kelahiran pramatang. Hb yang rendah sebelum mengandung meningkatkan risiko bayi kurang berat badan semasa dilahirkan. Selain itu, zat besi juga diperlukan oleh bayi untuk pembentukan otak yang normal.
4. B-Complex
KKLIU 0610/2017
MAL12035068NCZ
Membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh ibu mengandung dan melengkapi jurang nutrisi vitamin B. Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga untuk seluruh sel-sel badan.
Keistimewaan Shaklee
Sistem penyerapan bioaktif berpaten
Asid folik merupakan salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap oleh badan. Uniknya Shaklee, ia membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan asid folik ke dalam badan.
Fakta nutrisi
Saiz Hidangan: 1 tablet (550.00 mg)
Ramuan | Amaun Setiap Tablet |
---|---|
Tiamin Mononitrat (Menyediakan 7.73 mg Vitamin B1) |
9.73 mg |
Riboflavin (Menyediakan 11.57 mg Vitamin B2) |
11.81 mg |
Niasiamida (Menyediakan 132.58 mg Niacin) |
134.60 mg |
Piridoksin Hidroklorida (Menyediakan 13.57 mg Vitamin B6) |
16.71 mg |
Asid Folik (Menyediakan 184.30 mcg Asid Folik) |
0.19 mg |
Sinokobalamin (Menyediakan 30.40 mcg Vitamin B12) |
3.04 mg |
Biotin Biotin (Menyediakan 150.00 mcg Biotin) |
14.99 mg |
Kalsium D-Pantotenat (Menyediakan 70.30 mg Asid Pantotenik & 6.10 mg Kalsium) |
76.40 mg |
Pengambilan asid folik yang mencukupi telah terbukti dapat mengurangkan risiko ibu hamil daripada melahirkan bayi yang mengalami kecacatan otak atau saraf tunjang seperti spina bifida. Dikaitkan dengan pembangunan saraf dan fungsi kognitif fetus dan bayi, B12 dan iodin juga merupakan vitamin dan mineral yang perlu diambil pada tahap yang optimum pada ibu hamil. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan ibu hamil untuk mengambil 600 mcg asid folik, 4.5 mcg B12 dan 200 mcg iodin sehari.
5. OsteMatrix
KKLIU 0604/2017
MAL07081510XC
Kod Produk: 10128 (120 kaplet)
Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang bagi membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
Tulang merupakan sistem sokongan tubuh ibu dan bayi. Jadi, amat penting untuk ibu memastikan tulang kekal kuat dan sihat. Tubuh akan membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur semakin meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. Tambahan lagi, ibu menyalurkan nutrien pembina tulang kepada bayi. Bermakna, ibu hamil memerlukan lebih nutrien pembina tulang berbanding orang biasa, dan pastikan ia mudah diserap oleh badan dan berkualiti.
Ibu Hamil Memerlukan Lebih Daripada Kalsium untuk Tulang Ibu Dan Bayi Yang Kuat
Di dalam Ostematrix, ia mengandungi bukan hanya kalsium, tetapi juga elemen lain yang bertindak seperti berikut :
Kalsium – Bahan asas untuk membina tulang
Magnesium – Membantu menghantar kalsium kepada tulang
Boron – Membantu metabolisme tulang
Vitamin D – Merangsang penyerapan kalsium
Kuprum, Zink and Mangan – Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang
Keistimewaan Shaklee
Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.
Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix® menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12 jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
Fakta Nutrisi
Setiap Kaplet menyediakan:
Ramuan | Amaun Setiap Kaplet |
---|---|
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol) | 100 IU |
Kalsium (sebagai kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malat) | 250 mg |
Magnesium (sebagai magnesium oksida, magnesium glokonat dan magnesium sitrat) | 100 mg |
Zink (sebagai zink glukonat) | 0.4 mg |
Kuprum (sebagai kuprum glukonat) | 0.05 mg |
Mangan (sebagai mangan glukonat) | 0.05 mg |
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein) | 0.75 mg |
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
ESP adalah minuman berasaskan protein tumbuhan yang boleh memberikan tenaga yang berterusan kepada ibu hamil yang seringkali mudah keletihan, kelesuan dan kepenatan kerana badan beroperasi dua kali ganda daripada biasa.
Kebanyakan ibu hamil tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Maka, sangat penting untuk ibu hamil mendapatkan protein tambahan di dalam diet seharian.
Protein adalah seperti blok yang membina tubuh ibu dan bayi, seperti batu bata yang membina sebuah rumah. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh, juga untuk pertumbuhan and perkembangan bayi di dalam kandungan.
Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*
Tahukah Anda?
Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.
Keistimewaan Shaklee
- Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
- Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
- Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
- Membekalkan 9 asid amino.
- Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.
Fakta Nutrisi
Ramuan | Setiap Hidangan Campuran Kosong |
Setiap 100 g |
---|---|---|
Tenaga | 105 Kcal | 369.7 Kcal |
Carbohydrate | 10 g | 35.2 g |
Gula | 9 g | 31.7 g |
Protein | 14 g | 49.3 g |
Lemak | 1 g | 3.5 g |
Lemak Tepu | 0.2 g | 0.7 g |
Lemak Trans | 0.0 g | 0.0 g |
Lemak Monotaktepu | 0.1 g | 0.4 g |
Lemak Monotaktepu | 0.5 g | 1.8 g |
Kolesterol | 0 mg | 0.0 mg |
Fosforus | 250 mg | 880.3 mg |
Kalsium | 500 mg | 1760.6 mg |
Sodium | 170 mg | 598.6 mg |
Niasin | 10 mg | 35.2 mg |
Asid Pantotenik | 2 mg | 7.0 mg |
Tiamin | 2 mg | 7.0 mg |
Riboflavin | 2 mg | 7.0 mg |
Zat Besi | 3 mg | 10.6 mg |
Vitamin B6 | 0.5 mg | 1.8 mg |
Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan seseorang mudah letih, mudah rasa terganggu dan lapar. Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik” manakala untuk makanan protein soya segera dengan indeks glisemik yang rendah, paras gula darah kekal stabil, dapat membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.*
Protein soya juga boleh membantu ibu hamil mengurangkan paras kolesterol dalam badan sekiranya mengambil jumlah protein sebanyak 25g sehari.
Ternyata ibu hamil amat memerlukan ESP sepanjang kehamilan.
* Sila rujuk kepada doktor anda, atau bidan, sebelum menggunakan sebarang suplemen semasa hamil atau menyusukan bayi.
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Semestinya menjadi ibu hamil sangat meletihkan dan sukar untuk mendapatkan nutrisi penting hanya dengan makanan harian sahaja. Bagi memudahkan ibu hamil, apakata dapat kan sahaja produk-produk ini dengan klik di sini :
ATAU
Terus hubungi saya untuk maklumat lanjut :
Bazilah
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Fb : Towards Quality Life
IG : towardsqualitylife
Blog : www.tipsummi.com
Rujukan:
- Saldeen P1, Saldeen T. Women and omega-3 Fatty acids. Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct;59(10):722-30; quiz 745-6.
- Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H,
Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta levels after fish oil supplementation of pregnant women. - Grosso G, Pajak A, Marventano S, et al. Role of Omega-3 Fatty Acids in the Treatment of Depressive Disorders: A Comprehensive Meta-Analysis of
Randomized Clinical Trials. Malaga G, ed. PLoS ONE. 2014;9(5):e96905. doi:10.1371/journal.pone.0096905. - Esmaeili, V., Shahverdi, A. H., Moghadasian, M. H. and Alizadeh, A. R. (2015), Dietary fatty acids affect semen quality: a review. Andrology, 3:450–461
doi:10.1111/andr.12024. - Williams MA1, Zingheim RW, King IB, Zebelman AM. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7. Omega-3 fatty acids in maternal erythrocytes and risk of
preeclampsia. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7. - Harris MA. Implementation of evidence based recommendations for omega 3 docosahexaenoic acid (DHA) in pregnancy. Talk presented at: Academy of
Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN.
10. Lammi-Keefe CJ. Nutrition’s role in successful pregnancy outcome: omega-3 fatty acids. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015
Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN. http://files.abstractsonline.com/CTRL/E8/E/FB2/ - Folic acid to reduce neonatal mortality from neural tube disorders, Hannah Blencowe et al, International Journal of Epidemiology 2010;39:i110–i121 doi:10.1093/ije/dyq028
- Website www.shaklee.com.my
3 Comments
memang lain sangat rasa bila ambik set ni masa hamil..tq info Bazilah..
Nice info Bazilah. Sangat membantu bagi ibu hamil 🙂
Alhamdulillah.. moga bermanfaat..