Setiap ibu yang hamil perlu makan makanan yang berkhasiat bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat nutrisi yang cukup dan dapat berkembang dengan baik. Ada sesetengah nutrisi yang perlu diambil lebih oleh ibu hamil berbanding wanita biasa bagi menampung keperluan si bayi untuk membesar dengan sihat dan juga untuk memenuhi keperluan badan si ibu.
Tentunya setiap peringkat kehamilan memerlukan jumlah dan jenis nutrisi yang berbeza untuk menampung keperluan harian si ibu dan bayi kerana semakin lama, si bayi semakin membesar dan memerlukan lebih nutrisi. Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan nutrisi atau nutrien tertentu yang penting untuk diambil oleh ibu hamil mengikut trimester bulan kehamilan.
TRIMESTER PERTAMA
1 Bulan
Pada peringkat awal, jantung bayi anda akan mula terbentuk. Bayi anda akan mula membentuk tiub saraf.
Nutrisi penting :
Asid folik – untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf
2 Bulan
Bayi anda membina ratusan sel otak setiap minit. Tulang bayi sedang mula terbentuk
Nutrisi penting :
Protein – Untuk menyokong pertumbuhan bayi yang sangat pesat
Lemak sihat – Sebagai asas pembentukan tisu yang baru
Kalsium – Untuk menyokong perkembangan tulang bayi
3 Bulan
Kebanyakan organ dan sistem badan bayi anda telah terbentuk, termasuklah mata.
Nutrisi penting :
Vitamin B6 – Untuk melegakan morning sickness atau alahan
Asid lemak Omega 3 – Untuk perkembangan otak dan mata si bayi
Kalsium – Untuk melegakan sembelit
TRIMESTER KEDUA
4 Bulan
Sekarang adalah fasa pertumbuhan yang sangat pesat. Sistem tulang si bayi terus membentuk.
Nutrisi penting :
Protein – Untuk menyediakan kalori tambahan yang diperlukan
Zat besi – Kerana isipadu darah ibu hamil sedang meningkat 2 kali ganda ketika ini
5 Bulan
Tulang rawan bayi perlahan-lahan menjadi tulang yang lebih keras
Nutrisi penting :
Kalsium – Untuk menyokong perkembangan tulang
Vitamin C – Untuk menyerap zat besi, meningkatkan imun sistem dan menguatkan tulang penghubung
6 Bulan
Bayi anda mengalami perkembangan otak dan paru-paru yang pesat dan berterusan hingga saat kelahiran.
Nutrisi penting :
Asid lemak Omega 3 – Untuk menyokong pembentukan otak bayi
Protein – Untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi
TRIMESTER KETIGA
7 Bulan
Otak si bayi berkembang 400-500% daripada beratnya sehingga dia lahir. Bayi memerlukan lebih lemak dan kulitnya bertambah kurang berkedut.
Nutrisi penting :
Lemak sihat – Untuk menyokong perbentukan otak dan kesihatan kulit bayi
Vitamin C – Untuk menyokong kesihatan kulit bayi
8 Bulan
Otak bayi semakin lebih kedutan untuk saraf-saraf bersambung. Bayi anda memerlukan bekalan tetap kalsium untuk menguatkan dan memadatkan tulangnya.
Nutrisi penting :
Asid lemak Omega 3 – Untuk perkembangan otak bayi
Kalsium dan protein – Untuk perkembangan tulang bayi
9 Bulan
Pemadatan tulang dan perkembangan otak berterusan.
Nutrisi penting :
Protein – Untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi, juga meningkatkan imun sistem bayi
Omega 3 dan Vitamin B – Untuk menyokong perkembangan otak bayi
Sekarang kita dah tahu yang ibu hamil memang memerlukan nutrisi tambahan daripada wanita lain. Namun, kekangan masa seringkali membuatkan kita sukar untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap hanya dengan makanan harian kita sahaja.
Bagaimana ingin mendapatkan nutrisi dengan mudah tetapi kualiti yang terjamin?
Baca di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Kehamilan yang lalu saya ambil langkah untuk menggunakan produk untuk ibu hamil ini. Memang berbeza sangat berbanding kehamilan-kehamilan yang lalu. Badan rasa bertenaga, jarang morning sickness sebab perut kosong. Yang penting, sangat mudah kerja saya. Saya tulis mengenai produk tersebut di dalam entri berikut :
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca semua, khususnya yang sedang hamil. Pastikan anda mendapat nutrisi yang secukupnya dan menjaga kesihatan sepanjang kehamilan. Saya doakan semoga Allah memberi kemudahan kepada ibu semua di luar sana sepanjang kehamilan ini. InsyaAllah.
Sebarang persoalan boleh ajukan kepada saya :
Bazilah
012-6830069
Rujukan :
- Selma C.L, Gurmeet S., dan Kim M., Effect of protein energy supplementation during pregnancy on fetal growth: A review of the literature focusing on contextual factors. Food Nutr Res. 2013; 57: 10.3402/fnr.v57i0.20499
- Seldeen P1, Saldeen T. Women and omega-3 Fatty acids. Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct;59(10):722-30; quiz 745-6.
- Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H, Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta levels after fish oil supplementation of pregnant women.
- Coletta JM, Bell SJ, Roman AS. Omega-3 Fatty Acids and Pregnancy. Reviews in Obstetrics and Gynecology. 2010;3(4):163-171.
- Williams MA1, Zingheim RW, King IB, Zebelman AM. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7. Omega-3 fatty acids in maternal erythrocytes and risk of preeclampsia. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7.
- M. Roqueta-Rivera, T. L. Abbott, M. Sivaguru, R. A. Hess, M. T. Nakamura. Deficiency in the Omega-3 Fatty Acid Pathway Results in Failure of Acrosome Biogenesis in Mice. Biology of Reproduction, 2011; 85 (4): 721 DOI: 10.1095/biolreprod.110.089524.
- Harris MA. Implementation of evidence based recommendations for omega 3 docosahexaenoic acid (DHA) in pregnancy. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN.
- Lammi-Keefe CJ. Nutrition’s role in successful pregnancy outcome: omega-3 fatty acids. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN. http://files.abstractsonline.com/CTRL/E8/E/FB2/.