Setiap ibu yang hamil perlu makan makanan yang berkhasiat bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat nutrisi yang cukup dan dapat berkembang dengan baik. Ada sesetengah nutrisi yang perlu diambil lebih oleh ibu hamil berbanding wanita biasa bagi menampung keperluan si bayi untuk membesar dengan sihat dan juga untuk memenuhi keperluan badan si ibu.
Tentunya setiap peringkat kehamilan memerlukan jumlah dan jenis nutrisi yang berbeza untuk menampung keperluan harian si ibu dan bayi kerana semakin lama, siĀ bayi semakin membesar dan memerlukan lebih nutrisi. Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan nutrisi atau nutrien tertentu yang penting untuk diambil oleh ibu hamil mengikut trimester bulan kehamilan.