Untuk hamil, perkara paling penting bagi pasangan suami isteri adalah meningkatkan kesuburan kedua-duanya, baik suami mahupun isteri. Isteri sahaja yang subur, tetapi mempunyai suami yang tidak subur akan mengganggu kebarangkalian untuk menimang cahaya mata, begitu juga sebaliknya. Masing-masing perlu pastikan bahawa tahap kesuburan suami isteri berada pada tahap yang optima agar persenyawaan yang berlaku berupaya menghasilkan sel anak yang normal dan sihat.
Namun, tidak semua orang tahu cara dan tips yang berkesan untuk meningkatkan kesuburan suami isteri agar isteri cepat hamil. Mari ikutinya di sini.
Tips Dan Cara Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri
-
Awasi Berat Badan
Kawal berat badan agar tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi. Cuba sedaya upaya untuk dapatkan berat badan yang ideal, kerana kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai BMI melebihi 25 atau kurang daripada 19 lebih sukar hamil daripada mereka yang mempunyai BMI sekitar 20-24.
-
Awasi Minuman Anda
Kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kerana pengambilan kopi melebih 5 cawan sehari boleh mengganggu kesuburan terutamanya bagi kaum wanita. Selain itu, pengambilan minuman beralkohol juga didapati mampu mengurangkan kesuburan wanita sehingga 60%.
-
Jaga Kesihatan Sperma
Lindungi kawasan testis lelaki daripada terkena tekanan dan haba yang berlebihan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan laptop dengan meletakkannya di atas riba menyebabkan suhu testis meningkat dan perkara ini boleh mengganggu kesihatan sperma. Satu kajian lain juga mendapati bahawa pendedahan testis kepada radiasi dari telefon bimbit boleh menjejaskan kualiti sperma. Jadi, pastikan anda tidak menyimpan handphone terlalu lama di dalam poket seluar dan jaga kesihatan sperma dengan memakai seluar dalam yang tidak terlalu ketat dan lebih selesa.
-
Berhenti Merokok
Umum telah ketahui bahawa merokok boleh membahayakan kesihatan. Ia boleh mengurangkan kesuburan seorang lelaki kerana menyebabkan kerosakan DNA dan mengganggu penghasilan sperma yang sihat. Isteri kepada perokok juga berisiko mendapat gangguan kesuburan kerana ia boleh menjejaskan penghasilan ovum yang sihat. Jadi, adalah sangat disarankan untuk mereka yang sedang berikhtiar untuk hamil agar elakkan dari asap rokok dan berhenti merokok.
-
Kenalpasti Waktu Subur
Ketahui bila waktu subur isteri agar kebarangkalian untuk hamil lebih tinggi. Lazimnya waktu subur bermula 6 hari sebelum ovulasi (termasuk hari ovulasi berlaku). Peluang untuk mengandung akan menjadi lebih tinggi sekiranya persenyawaan dilakukan 3 hari sebelum ovulasi berlaku.
-
Hindari Bahan Kimia Berbahaya dan Racun Perosak
Kesuburan suami isteri akan berkurangan sekiranya masing-masing terdedah kepada bahan kimia berbahaya, seperti racun perosak dari sektor pertanian. Jadi, cuba jauhkan diri dari terdedah kepada bahan tersebut.
-
Amalkan Makanan Yang Meningkatkan Kesuburan
Kenalpasti makanan yang boleh meningkatkan kesuburan dan cuba amalkannya. Contohnya seperti tumbuhan yang berprotein, daging rendah lemak, produk tenusu, ubi, karbohidrat kompleks dan makanan yang mengandungi zink.
-
Amalkan Suplemen
Makanan yang kita makan sehari-hari mungkin tidak mampu memberikan nutrisi yang mencukupi untuk badan dapat berfungsi dengan baik dan menambahkan kesuburan. Di sinilah pengambilan suplemen yang mengandungi vitamin tertentu penting bagi meningkatkan kesuburan suami isteri.
Untuk lebih mudah, Shaklee menawarkan produk makanan tambahan atau suppleman yang mampu meningkatkan kesuburan suami dan isteri agar lebih mudah untuk hamil. Produknya diperbuat daripada bahan semulajadi, telah diuji secara klinikal oleh saintis antarabangsa dan telah terbukti berkesan dengan selamat walaupun diambil dalam jangka masa yang lama, melebihi 20 tahun.
Cara Shaklee Tingkatkan Kesuburan Suami
-
Vivix
Vivix telah dipatenkan oleh Shaklee dan merupakan produk no. 1 Shaklee. Kandungan polifenol yang tinggi di dalam sebotol vivix memberikan kuasa antioksidan yang tinggi kepada badan. Vivix memastikan sel sperma lelaki dapat dilindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh pengoksidaan. Ini juga memastikan kuantiti sperma semakin bertambah dan lebih banyak sel sperma yang berkualiti tinggi terhasil.
Selain itu, vivix bertindak menambah bilangan mitokondria di dalam sel yang berfungsi memberikan tenaga kepada sel sperma untuk berenang ke arah ovum. Dengan ini, peluang untuk ovum disenyawakan juga lebih tinggi dan ini meningkatkan peluang untuk hamil.
-
CoQTrol
CoQTrol mengandungi kandungan Coenzyme Q10 (CoQ10) yang banyak terdapat pada ‘leher’ sperma. Kandungan CoQ10 yang tinggi di dalam mitokondria telah dibuktikan dapat memberikan tenaga kepada sperma untuk berenang dengan lebih lancar ke arah ovum untuk disenyawakan.
Mengikut kajian, pengambilan CoQ10 selama 6 bulan setengah sebanyak 200 mg sehari secara konsisten akan meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. Maka, lebih tinggi peluang untuk menghasilkan sel anak.
-
Vita E Complex
Ia mengandungi kandungan vitamin E dan selenium yang boleh membantu membaiki kualiti sperma. Pengambilan 600 IU – 800 IU vitamin E setiap hari mampu meningkatkan jumlah sperma di dalam air mani. Vitamin E juga membantu meningkatkan pergerakan sperma dan memberikan lebih peluang untuk ia disenyawakan. Selain itu, vitamin E juga merupakan sejenis antioksidan yang membantu melindungi sel sperma daripada kerosakan akibat pengoksidaan.
-
Zinc Plus
Zinc Plus mengandungi zink yang bertindak meningkatkan kesuburan lelaki dengan menghasilkan sperma yang sihat. Zink terdapat banyak dalam testis lelaki, dan kajian menunjukkan bahawa kekurangan zink dalam badan menyebabkan kegagalan untuk menghasilkan sperma. Sperma yang sihat bermula dengan testis yang sihat, dan testis yang sihat bermula dengan kandungan zink yang mencukupi di dalam badan.
Zink juga berfungsi mengekalkan tahap kesihatan hormon testosteron yang sangat penting untuk fizikal lelaki dan kesihatan seksual. Pengambilan zink secara konsisten setiap hari mampu meningkatkan hormon testosteron. Hormon testosteron yang mencukupi akan memastikan tahap kesuburan lelaki berada pada tahap yang maksima.
Selain itu, zink boleh meningkatkan kesihatan prostat. Ia memastikan kualiti dan kuantiti sperma pada tahap yang optimum. Zink akan pastikan sel sperma sentiasa bergerak ke hadapan pada arah yang betul untuk menembusi sel telur agar persenyawaan berjaya dilakukan. Zink menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki, serta menghasilkan cecair prostat yang penting untuk pergerakan sperma.
Setiap ejakulasi mengeluarkan sehingga 5 mg zink iaitu hampir separuh keperluan harian manusia. Jadi, pengambilan zink sangat penting untuk meningkatkan kesuburan suami. Zink berfungsi menguatkan sperma agar mempunyai ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah ovum. Kekurangan zink boleh mengakibatkan sperm motility berkurang sebanyak 50%. Ini bermaksud sperma tidak dapat bergerak ke hadapan kurang daripada separuh.
-
Vitalea
Ia merupakan multivitamin yang mengandungi semua keperluan nutrisi badan seseorang. Seseorang perokok atau mereka yang suka minum kopi mungkin mengalami kekurangan nutrisi daripada makanan seharian kerana rokok dan kafein di dalam kopi bertindak menghalang penyerapan nutrisi ke dalam badan. Apabila nutrisi penting di dalam badan tidak diperolehi, badan tidak akan dapat menjalankan fungsinya dengan baik dan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebarangkalian untuk menghasilkan sel sperma yang sihat. Maka, peluang untuk isteri hamil juga berkurang. Dengan itu, pengambilan multivitamin Vitalea ini dapat menyokong keperluan nutrisi harian bagi memastikan peluang mendapat zuriat lebih cerah.
Cara Shaklee Meningkatkan Kesuburan Isteri
-
GLA Complex
GLA Complex membantu si isteri menghasilkan lendir serviks yang lebih berkualiti untuk membantu sel sperma berenang dengan lancar ke arah uterus, tiub Fallopio dan kemudian bersenyawa dengan sel ovum. Ini membolehkan sel sperma masih hidup sehingga 5 hari dan meningkatkan kebarangkalian persenyawaan berlaku, walaupun persetubuhan di lakukan sebelum waktu subur. Di samping itu, GLA complex juga mengandungi asid lemak Omega-6 yang boleh menstabilkan hormon isteri agar lebih bersedia untuk menghadapi kehamilan.
-
B-Complex
B Complex sangat penting dalam membantu melancarkan peredaran darah dan hormon dalam badan, lalu meningkatkan kesuburan. Ia juga bertindak mengurangkan stress yang boleh menjejaskan kesuburan seseorang. Selain membantu mengawal kitaran haid, terdapat kandungan asid folik di dalam B Complex yang sangat penting diambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung bagi mengelakkan kecacatan pada janin akibat Spina Bifida.
-
Alfalfa Complex
Alfalfa bertindak membantu mengatasi masalah keputihan wanita yang mengganggu persenyawaan telur di dalam rahim. Ia juga boleh berfungsi meningkatkan libido wanita dan bertindak seperti kacip Fatimah yang membantu dalam hubungan suami isteri, selain boleh mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan senggugut.
-
Energizing Soy Protein (ESP)
Protein sangat penting sebagai makanan kepada sel ovum bagi menghasilkan sel yang lebih berkualiti untuk persenyawaan berlaku dengan jayanya. Kandungan protein yang tinggi di dalam ESP bertindak membaiki tisu rahim yang rosak dan membantu menghasilkan tisu yang lebih sihat. Ini dapat membantu menguatkan dinding rahim agar sel anak dapat menempel dengan baik dan bayi dapat berkembang dengan sihat kerana kurang risiko untuk keguguran.
-
Vivix
Sama seperti untuk suami, kandungan antioksida yang tinggi di dalam vivix membantu melindungi sel DNA daripada kerosakan akibat pengoksidaan. Namun, dalam kes si isteri, vivix bertindak melindungi sel ovum. Ovum yang berkualiti memastikan peluang yang lebih cerah untuk disenyawakan dan menghasilkan janin yang sihat. Selain itu, vivix memberikan tenaga kepada isteri agar lebih bersedia menghadapi kehamilan.
-
CoQTrol
Sel yang paling besar dalam badan wanita adalah sel ovum. Sel ovum juga mengandungi paling banyak mitokondria (200,000) jika dibandingkan dengan sel lain, dan mengandungi CoQ10 yang sangat banyak. Pengambilan CoQ10 di dalam CoQTrol telah terbukti mampu meningkatkan tenaga dan kualiti sel ovum untuk membahagi dengan baik dan membentuk sel anak yang sihat setelah disenyawakan. Isteri juga akan menjadi lebih bertenaga setelah mengambil CoQTrol.
Testimoni Shaklee Untuk Kesuburan
Jika telah pelbagai usaha dilakukan, tetapi masih gagal mendapatkan zuriat, berkemungkinan disebabkan oleh suami dan isteri yang tidak menjaga pemakanan harian dan gaya hidup sihat. Sekiranya anda mengalami kesulitan menyediakan makanan yang sihat, cara termudah adalah dengan mengambil set kesuburan Shaklee ini, kerana ia mengandungi kesemua nutrisi penting suami isteri bagi menyediakan badan untuk mendapat anak yang sihat. Laburkanlah wang anda untuk membeli supplemen ini sekarang agar impian menimang cahaya mata termakbul. Jangan kenal erti putus asa dan berusahalah selagi berupaya.
Selebihnya, serahkan kepada Yang Maha Menciptakan. Saya doakan agar setiap pasangan suami isteri yang masih menantikan zuriat dikurniakan anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata dunia akhirat.
Untuk membeli sekarang, klik di sini :
Daftar ahli sekarang dan dapatkan harga yang lebih murah :
ATAU
Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut :
Bazilah
ID :1251677
WhatsApp/SMS/Call : 012-6830069
Fb : Towards Quality Life
Ig : towardsqualitylife
Blog : www.tipsummi.com DAN www.towardsqualitylife.blogspot.com
2 Comments
Terima kasih berkongsi info tips ini.
Sama-sama, moga bermanfaat..