Cara Hilangkan Sembelit Semasa Dalam Pantang

Sembelit semasa berpantang buatkan para ibu rasa sangat sengsara dan trauma, sehingga ada juga yang dah serik nak bersalin lagi. Sebab itu juga ramai yang mencari cara yang paling cepat untuk menghilangkan sembelit semasa berpantang ini. Lebih-lebih lagi jika ibu telah menderita sembelit sejak mula mengandung lagi. Setelah melahirkan bayi dan ketika dalam pantang, sembelit menjadi makin teruk dan menakutkan.

Cara Hilangkan Sembelit Semasa Berpantang

Ibu jangan risau, kerana setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya, termasuklah masalah sembelit ketika berpantang ini. Bagi mereka yang bersalin secara normal, lazimnya dalam masa 1 – 2 hari usus sudah boleh berfungsi normal seperti sediakala. Bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan c-sec, badan mungkin mengambil masa dalam 3-4 hari untuk usus berfungsi dengan baik. Namun, perhatikan jika pergerakan usus anda lambat dan sembelit berlaku. Ia mungkin disebabkan oleh faktor berikut.

Punca Sembelit Semasa Berpantang

  1. Semasa hamil, kandungan hormone progesteron berada dalam tahap yang tinggi. Sistem pencernaan menjadi lebih perlahan, ditambah pula dengan berat bayi dalam kandungan. Oleh itu, badan mengambil sedikit masa untuk sembuh daripadanya.

  2. Pengambilan ubat tahan sakit ketika bersalin seperti narkotik sistemik (morfin, Vicodin, Percocet) boleh melambatkan kelancaran sistem pencernaan.

  3. Tekanan pada jahitan episiotomi untuk menahan kesakitan yang dialami boleh menyebabkan najis tersekat.

  4. Pengambilan suplemen zat besi (iron) yang terdapat dalam multivitamin pranatal

Jadi, untuk menghilangkan sembelit yang dialami, anda perlu mengamalkan tips berikut :

Tips Mengatasi Sembelit

Berikut adalah beberapa cara untuk mencegah dan melegakan sembelit:

  1. Segera ke bilik air sekiranya anda mahu membuang air. Jangan bertangguh dan jangan menahan diri dari membuang air agar najis tidak sukar untuk dibuang. Sebolehnya jangan meneran ketika membuang air besar.
  2. Perbanyakkan makan makanan yang tinggi kandungan seratnya seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  3. Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Kalau boleh, bawa bekal air ke mana sahaja anda pergi.
  4. Amalkan minum jus buah-buahan seperti jus prun bagi melancarkan penghadaman.
  5. Perbanyakkan berjalan sekiranya boleh, sebagai satu latihan kepada badan agar sistem pencernaan berjalan dengan lebih lancar dengan bantuan graviti. Berjalan dengan perlahan sekiranya anda masih terasa kesakitan akibat episiotomi atau c-sec.
  6. Sekiranya sembelit menjadi bertambah teruk, dapatkan nasihat daripada doktor akan keperluan anda untuk mendapatkan laxative sebagai pelembut najis.

Bahayakah Sembelit?

Sembelit bagi ibu berpantang adalah normal, tetapi sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa rawatan boleh memudaratkan kerana menimbulkan masalah yang lain pula. Sekiranya sampai tahap najis disertai dengan darah atau lendir, atau sakit pada bahagian perut, jangan berlengah untuk berjumpa doktor dan dapatkan rawatan segera.

Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah buasir, akibat daripada meneran ketika membuang air besar apabila najis sedikit keras. Ada buasir yang boleh mengecut dengan cepat, dan ada juga buasir yang mengambil masa yang lebih lama. Ini menyebabkan ibu dalam pantang berasa tidak selesa dan boleh mengganggu kehidupan harian.

Bagaimana Shaklee Boleh Bantu?

Shaklee mempunyai rangkaian produk yang boleh membantu ibu dalam pantang mengatasi masalah sembelit dengan menyediakan nutrisi tertentu supaya badan dapat beroperasi dengan normal. Produk yang dihasilkan Shaklee adalah SELAMAT digunakan, diperbuat daripada bahan SEMULAJADI terbukti berkesan secara klinikal. Setiap bahan yang memasuki setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi dan lembut serta mesra pada alam sekitar. Antara produk yang bagus untuk mengatasi sembelit ketika dalam pantang adalah :

  1. Vivix

Kandungan utama Vivix adalah Muscadine Grape (Anggur Muscadine), Elderberry atau Sambucus NigraPurple Carrot dan Polyginum Cuspidatum. Anggur Muscadine mempunyai kandungan serat 5 kali ganda lebih tinggi berbanding anggur biasa. Ini boleh membantu masalah penghadaman, sembelit mahupun buasir di mana pembuangan air besar akan menjadi lebih lancar walaupun semasa dalam pantang.

Kajian menunjukkan Elderberry bersama dengan bahan lain bertindak sebagai laxatif semulajadi yang boleh membantu masalah sembelit selepas bersalin. Ia juga bertindak sebagai diuretik semulajadi yang akan membantu pergerakan usus dan melancarkan pembuangan air kecil dan besar.

Selain itu, vivix boleh bertindak melindungi sel daripada kerosakan akibat pengoksidaan dan memperbaiki sel yang telah rosak, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitokondria dan melambatkan pembentukkan protein AGE (Advanced Glycation End Products).

  1. Ostematrix

Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium yang terdiri daripada kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malate, 100 IU vitamin D3 untuk membantu penyerapan kalsium dan 100 mg magnesium yang terdiri daripada magnesium oksida, magnesium glukonat dan magnesium sitrat. Ketiga-tiga bahan utama di dalam Ostematrix ini sangat penting dalam membantu kelancaran fungsi dinding usus dan melawaskan sistem penghadaman tubuh.

Magnesium dapat membantu melembutkan najis kerana sifatnya yang ‘menarik air’.  Apabila lebih banyak air di bawa ke dalam usus, najis yang bercampur dengan air dan menjadi lebih lembut dan lebih mudah untuk disingkirkan daripada badan. Magnesium juga penting untuk merehatkan otot-otot pada dinding usus agar pergerakan usus berjalan lancar dan membantu mengurangkan masalah sembelit.

  1. Vita-lea Iron Formula

Ia mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang membekalkan 30 nutrisi lengkap diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi. Ini termasuklah kandungan 100 mg magnesium  yang sangat penting dalam membantu melawaskan sistem penghadaman seperti di dalam Ostemarix yang dinyatakan di atas.

Namun, apa yang lebih menarik di dalam Vita-lea untuk ibu selepas bersalin adalah ia juga mengandungi Iron atau zat besi yang membantu si ibu daripada masalah anemia. Walaupun pengambilan supplemen Zat besi sahaja adalah antara punca menyebabkan sembelit, tetapi formula khas Vita-lea  bersama-sama dengan vitamin dan mineral lain mampu menghalang masalah ini dari terjadi. Bermakna, Vita-lea Iron Formula Shaklee ini sangat bersesuaian untuk ibu selepas bersalin yang mempunyai masalah sembelit.

Testimoni Pengguna

Cara Hilangkan Sembelit Dalam Pantang

Cara Hilangkan Sembelit Dalam Pantang

Cara Hilangkan Sembelit Dalam Pantang

Cara Hilangkan Sembelit Dalam Pantang

Cara Hilangkan Sembelit Dalam PantangCara Hilangkan Sembelit Dalam Pantang

Sememangnya sembelit semasa dalam pantang sangat menyakitkan, ditambah pula dengan sakit akibat episiotomi atau czer selepas bersalin. Pengalaman ini cukup untuk membuat seorang ibu berasa trauma untuk melahirkan anak. Jangan biarkan derita ini berlarutan. Bertindaklah segera!

Klik di sini untuk beli sekarang :

Cara Hilangkan Sembelit Semasa Berpantang

ATAU

Daftar ahli sekarang dan dapatkan harga yang lebih murah :

ATAU

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

Bazilah

WhatsApp/SMS/Call : 012-6830069

Fb : Towards Quality Life

Ig : towardsqualitylife

Blog : www.tipsummi.com DAN www.towardsqualitylife.com

ID : 1251677

Pengedar Shaklee Kuantan 012-6830069

 

 

 

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge