Inflamasi atau keradangan pada sendi-sendi menyebabkan penghidap gout menderita kesakitan. Pengumpulan asid urik pada sendi yang banyak menjadi punca masalah gout ini. Namun, masalah gout ini boleh diatasi dengan berkesan secara semulajadi jika tahu caranya.
Pesakit gout seringkali menderita sakit pada sendi-sendi kerana berlakunya inflamasi pada sendi mereka. Ia berpunca daripada pengumpulan asid urik yang terlalu banyak di bahagian sendi. Malangnya, didapati lelaki yang berumur antara 30 hingga 50 tahun lebih berisiko tinggi untuk mendapat gout berbanding wanita. Mereka juga mungkin menderita penyakit ini seumur hidup mereka.