Set Penjagaan Kulit (Skincare) Bebas Paraben, Merkuri Dan 1500 Bahan Kimia Berbahaya

Lambakan produk penjagaan kulit timbang kilo yang diketahui umum sangat berbahaya kepada kesihatan membuatkan ramai yang telah sedar akan kepentingan menggunakan set skincare yang selamat, bebas paraben, merkuri dan bahan kimia berbahaya. Produk yang mempunyai bahan-bahan ini selalunya akan memberikan kesan yang lebih buruk jika diambil dalam masa yang lama, walaupun pada awalnya ia kelihatan seperti memberikan kesan putih dan cantik yang cepat.Youth Shaklee

 

Namun, tidak perlu gundah gulana kerana sudah tentu ada penyelesaian untuk masalah ini. Terdapat satu produk penjagaan kulit yang dijamin selamat kerana bebas daripada bahan kimia berbahaya dan diperbuat daripada bahan semulajadi. Malah, ia terlah terbukti berkesan dengan cepat. Selama 8 tahun masa yang diperlukan untuk membuat produk ini. Ia bukan calang-calang produk dan bukan mudah untuk menghasilkannya. Sudah tentu hasilnya sangat memberangsangkan!

Mari kita lihat dahulu mengapa merkuri berbahaya kepada kesihatan kita, walaupun hanya disapu pada luaran!

Bahaya Merkuri Kepada Kesihatan

  1. Berisiko membawa maut

Merkuri telah digunakan sejak sekian lama dalam produk kosmetik untuk memberikan kesan cantik dengan cepat, teruatamanya dalam menghilangkan bintik hitam dan cela pada wajah. Misalnya, logam cecair digunakan dalam produk penjagaan kulit wajah untuk melicinkan parut yang kecil pada muka.

Menurut seorang ketua penasihat perubatan terkemuka, Marvin M. Lipman, MD, pendedahan kulit pada merkuri boleh menimbulkan masalah kesihatan yang boleh membawa maut. Malah pada tahun 1973 lagi, Pentadbiran Makanan dan Dadah telah mengharamkan barangan kosmetik yang menggunakan lebih daripada satu jumlah logam : 1 bahagian per juta (ppm).

  1. Penyakit buah pinggang dan usus

Buah pinggang dan usus seseorang boleh menjadi rosak jika terdedah kepada merkuri. Menurut Pakar Perubatan Neurologi, Orly Avitzur, MD, merkuri juga boleh meresap ke dalam otak seseorang dan menjejaskan sistem saraf pusat. Ini termasuklah risiko gegaran, hilang ingatan dan rasa yang lemah.

  1. Risiko kepada ibu hamil

Menurut seorang ahli Toksik Perubatan, Jeffrey Brent, M.D., Ph.D, golongan yang paling dikhuatiri terdedah kepada merkuri adalah ibu yang sedang mengandung. Brent yang merupakan seorang Profesor Perubatan Klinikal di University of Colorado School of Medicine di Aurora juga berkata bahawa janin sangat sensitif kepada merkuri berbanding orang dewasa. Oleh itu, janin boleh mendapat kecacatan atau kecederaan yang sangat teruk walaupun si ibu tidak menunjukkan sebarang gejala. Antaranya, janin tersebut berisiko mendapat keabnormalan kongenital dan kecacatan fizikal yang teruk seperti gangguan otak dan cerebral palsy.

  1. Meresap ke dalam kulit

Kulit boleh menyerap bahan kimia dengan sangat berkesan sekiranya dikenakan ke atasnya. Kajian dalam Jurnal Kesihatan Kebersihan dan Alam Sekitar Antarabangsa pada 2016 membuktikan bahawa seorang dewasa boleh menyerap sehingga 450 mcg merkuri dengan pemakaian kosmetik yang mengandungi 10,000 ppm merkuri. Ini adalah 90 kali lebih tinggi daripada memakan ikan yang mengandugi merkuri!

  1. Meresap pada paru-paru

Menurut seorang Senior Saintis di Consumer Reports, Michael Hansen, Ph.D, “Kajian menunjukkan bahawa produk yang mengandungi merkuri boleh mengeluarkan wap raksa yang boleh diserap melalui paru-paru. Ini bermaksud, hanya berada berdekatan dengan krim atau sabun yang mengandungi tinggi kandungan merkuri juga boleh mengundang bahaya, walaupun ia tidak disapu pada kulit!

Adakah Penggunaa Paraben Berbahaya?

Paraben telah diperkenalkan sejak tahun 1950 an dan makin berkembang hingga kini kerana ia berkesan dan kosnya murah. Ia merupakan sejenis pengawet kimia yang telah digunakan dengan begitu meluas dalam bidang farmaseutikal, produk penjagaan diri dan beberapa makanan.

Namun, ia telah menjadi kontroversi sejak tahun 2004 apabila Dr Philippa Darbre dari University of Reading menjumpai paraben di dalam tumor kanser payudara. Biarpun ini tidak membuktikan bahawa paraben secara langsung boleh menyebabkan tumor, namun potensi antara hubungan keduanya telah membuka mata orang ramai dan menyebabkan kajian seterusnya dilakukan.

Apa yang membimbangkan adalah potensi bahan kimia seperti paraben ini akan mengganggu hormon seseorang, khasnya hormone pembiakan. Antara risiko kesihatan lain yang mungkin adalah gangguan perkembangan pertumbuhan seseorang, masalah kesuburan dan kanser!

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa paraben berupaya menyerupai estrogen. Estrogen didapati boleh meningkatkan pertumbuhan sel kanser payudara, dan sebahagian saintis berpendapat bahawa paraben berkemungkinan memberikan risiko yang sama.

Namun, tiada hubungan yang konklusif antara keduanya dan di sini terdapat ketidakpastian. Penyelidikan selalunya dilakukan ke atas sel haiwan dan sel kultur. Jadi, sangat terhad data yang didapati mengenai kesan paraben terhadap kesihatan manusia. Antara persoalan yang timbul adalah berapa banyak jumlah yang dianggap banyak?

Di dalam kosmetik, kepekatan paraben adalah rendah, iaitu kurang daripada 1 peratus. Namun, sebenarnya risiko tahap pendedahan kepada paraben ini yang menjadi persoalan dan masih belum ada jawapan.

Mengapa anda perlu mengambil sesuatu yang belum pasti keselamatannya, jika ada alternatif lain  yang lebih selamat dan berkesan, malah dengan cepat dan semulajadi?

YOUTH Skincare Shaklee adalah alternatif yang terbaik masa kini!

Keistimewaan Set Skincare Youth Shaklee

  1. Kajian selama 8 tahun

Bukan mudah untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Selama 8 tahun digunakan untuk mengkaji, membuat dan meneliti keberkesanan dan keselamatan rangkaian produk Youth. Tambahan lagi, 8 paten sedang dalam proses untuk didapatkan, menjadikan ia sangat eksklusif hanya untuk Shaklee. Tiada syarikat lain yang boleh membuat produk seumpama YOUTH.

  1. Tanpa 2500 bahan kimia berbahaya

Dalam YOUTH, bukan hanya tiada kandungan merkuri dan paraben, malah juga tiada 2500 bahan kimia berbahaya yang ada dalam kebanyakan produk penjagaan kulit. Antara bahan yang tiada di dalam YOUTH adalah :

  1. 100% ujian klinikal membuktikan ia berkesan menjadikan kulit lebih muda.

Shaklee menjamin bahawa produk YOUTH berkesan sebanyak 100% dalam menjadikan kulit lebih muda dari asal, tanpa kompromi, hasil dari ujian klinikal yang dijalankannya.

  1. 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun lebih muda

Hasil kajian membuktikan bahawa 2/3 daripada mereka yang menggunakan YOUTH dan diuji mendapati kulit mereka lebih muda sebanyak 10 tahun. Ini satu pencapaian yang membanggakan kerana lebih daripada separuh daripada mereka yang diuji merasakan kulit muka mereka muda sedekad selepas menggunakan YOUTH.

  1. Kaya dengan nutrien anti penuaan

Nutrien anti penuaan ini penting bagi menjadikan kulit lebih awet muda dan melindungi kulit daripada radikal bebas yang akan merosakkan kulit seseorang.

  1. Bebas gluten

Ini bermaksud, set penjagaan wajah YOUTH ini tidak akan menyebabkan alahan yang berpunca daripada gluten dan sesuai dengan semua jenis kulit, termasuklah kulit yang sensitif.

  1. 100% vegan

Di dalam YOUTH, 100% sumbernya adalah daripada tumbuhan dan tiada langsung unsur haiwan. Bahan yang terkandung di dalamnya adalah :

Bahan-bahan Youth

a) Anggur Muscadine: Ia adalah anggur yang sama terdapat di dalam Vivix Shaklee. Kandungan antioksidannya yang tinggi boleh menghalang kerosakan kolagen dan elastin, serta bertindak melindungi dan membaiki sel DNA menjadi kulit lebih tegang dan sihat.

b) Lotus Japonicus: Ia bertindak mengaktifkan protein yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih elastin, kolagen dan fibrilin.

c) Ekstrak Stem Sel Epal : Kajian menunjukkan bahawa ia membantu mengaktifkan pembaharuan sel kulit. Ini membuatkan kulit kelihatan lebih muda.

d) Ekstrak Buah Schisandra Chinensis : Ia bertindak melegakan dan mengurangkan kegatalan kulit. Ini membuatkan YOUTH sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Selain itu, ia menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksida, serta menyokong penghasilan kulit yang lebih muda.

Setelah ketahui keistimewaan YOUTH, eloklah kita ketahui pula item yang terdapat di dalam set YOUTH di Malaysia.

Item Youth

1. Luminous Gel Oil Cleanser

Bertindak membersihkan kulit, mencuci dengan halus dan bersih secara perlahan-lahan, dan menjadikan kulit lebih berseri dan lebih segar.

2. Perfecting Skin Toner

Melembapkan dan menjadikan kulit lebih berseri.

3. Youth Activating Serum

Membina dan menggantikan sel-sel kulit yang baru agar lebih berseri dan rejuvenasi.

4. Radiance C & E Capsule

Mencerahkan dan mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Mengurangkan bintik-bintik penuaan serta memperbaharui tekstur kulit dan keseluruhan tona kulit.

5. Age Defense Mineral Moisturiser SPF 50

Melindungi kulit daripada sinaran UV dan melembapkan kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih baik dan memperbaiki keseluruhan tona kulit wajah.

6. Advanced Renewal Night Cream (Rich/Light)

Menyokong proses pembaharuan sel kulit dan menjadikan kulit lebih lembut berseri.

Set skincare YOUTH ini memang direka khas untuk mereka yang ingin menjadi cantik secara semulajadi tanpa merosakkan kulit wajah apabila dipakai dalam jangka masa yang panjang. Ia dijamin selamat dan 100% bebas bahan kimia berbahaya kerana telah menjalani kajian yang mendalam selama 8 tahun.

Antara testimoni pengguna YOUTH..

Testimoni Youth 1

Testimoni YOUTH 2Testimoni YOUTH 4
Jika terdapat option atau pilihan untuk menggunakan skincare yang dijamin selamat, confirm tiada merkuri, tiada paraben mahupun hydroquinon, mengapa perlu pilih sesuatu yang belum pasti keselamatannya? Jangan gadaikan kulit anda, kerana kesan kulit breakout akibat salah memilih skincare adalah lebih teruk dan lebih sukar untuk dirawat.

YOUTH is HOPE.

Rasailah keterujaan menggunakan YOUTH skincare dan hasil yang sangat memberangsangkan. Jangan biarkan kulit muka anda menjadi semakin teruk akibat kesan bahan kimia dari sembarangan produk!

Klik di sini untuk membeli sekarang :

ATAU

klik di sini untuk menjadi ahli dan dapatkan harga yang lebih murah :

ATAU

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

Bazilah

WhatsApp : http://www.wasap.my/60126830069

Call/SMS : 012-6830069

Fb Page : Towards Quality Life

Ig : towardsqualitylife

Blog : www.tipsummi.com DAN www.towardsqualitylife.blogspot.com

Pengedar Shaklee Kuantan

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge