Rahsia Atasi Kulit Muka Kusam Dengan Berkesan Dan Selamat

Semakin meningkat usia, masalah yang ssering dialami adalah kulit muka kusam, di mana muka sudah hilang serinya, Nampak tidak bermaya dan tidak segar. Tona atau tekstur kulit kelihatan tidak sekata. Jangan mudah putus asa, ada acara yang terbaik untuk merawat kulit muka kusam dengan selamat dan semulajadi, bahkan berkesan!

Kebiasaannya, kulit muka kusam kerana peredaran darah tidak lancar. Badan yang tidak cukup air akibat dehidrasi dan pengambilan diet yang tidak seimbang sering menjadi punca kulit kusam. Selain itu, kulit muka akan kelihatan kusam apabila tidak mendapat cukup oksigen dan nutrien yang sepatutnya. Mereka yang mempunyai kulit kusam menandakan tanda-tanda penuaan telah muncul kerana setiap 10 tahun, pembaharuan kulit berkurang sekitar 7%.

Rahsia Atasi Masalah Kulit Muka Kusam Secara Semulajadi

Sebenarnya, dalam kehidupan seharian kita telah pun ada jalan penyelesaian bagi masalah kulit muka kusam ini. Mari kita selongkar apakah rahsia amalan mereka yang kelihatan cantik berseri tanpa masalah kulit muka yang kusam ini. 

  1. Banyakkan meminum air kosong dan kurangkan minuman bergula

Ambil air kosong secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 1 L air sehari bagi setiap 25 kg berat badan. Sebagai contoh, jika berat seseorang adalah 50 kg, maka keperluan air kosong hariannya adalah sebanyak 2 L minimum. Air membantu menghidratkan kulit agar tampak berseri dan tidak kering mahupun kusam.

  1. Makan makanan yang seimbang dan dapatkan nutrien yang secukupnya

Makanan yang seimbang membantu badan menjalankan aktivitinya dengan lancar kerana mendapat nutrien yang mencukupi. Badan yang sihat memastikan kulit menjadi sihat dan lebih berseri.

  1. Cuci muka 2 hingga 3 kali sehari, tetapi tidak terlalu kerap

Ini dapat mengelakkan kulit muka dari sebarang kekotoran luaran dan memastikan kulit tidak menjadi terlalu kering jika dibasuh terlalu kerap.

  1. Tidur dengan cukup

Kalau boleh, tidur selama 6-8 jam sehari supaya badan mendapat rehat yang mencukupi. Ini penting bagi memastikan peredaran darah pada muka berjalan lancar lalu mengelakkan kulit kusam.

  1. Senaman ringkas sekurang-kurangnya seminggu sekali

Senaman juga membantu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan badan. Apabila badan sihat, kulit muka juga menjadi sihat dan tidak kusam.

  1. Pakai pelembap dan pelindung muka (sunblock)

Ini bagi memastikan kulit sentiasa lembap dan mengelakkan diri dari terkena cahaya matahari yang mengandungi radikal bebas dan menyebabkan kulit kusam.

  1. Banyakkan makan sayur dan buah

Sayur dan buah mengandungi antioksidan yang menghalang sel kulit dari rosak dan menyebabkan kulit kusam.

  1. Gunakan terapi wap air panas

Ini bagi membersihkan kotoran dan minyak yang menyumbat liang pori muka.

  1. Memakai masker putih telur dan madu

Masker ini boleh membantu kulit menjadi lebih segar dan berseri.

Di samping amalan di atas, terdapat cara yang lebih berkesan tetapi dijamin selamat dan semulajadi untuk membuatkan kulit muka sentiasa berseri dan tidak kusam jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Caranya adalah dengan mengambil makanan tambahan Shaklee.

Bagaimana Produk Shaklee Membantu Merawat Kulit Muka Yang Kusam Dengan Selamat Dan Semulajadi?

Shaklee mempunyai rangkaian produk untuk memudahkan anda mendapatkan kulit muka yang berseri dan tidak kusam. Caranya adalah dengan memberikan nutrisi yang lengkap kepada tubuh badan dari dalam dan luar secara semulajadi dengan lebih optimum dan selamat.

A) Produk Dari Dalam

Set Kulit Kusam Shaklee

  1. Shaklee Collagen Powder

Kolagen berfungsi mengekalkan elastisiti kulit secara semulajadi dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Pengambilan Collagen Shaklee Powder memberikan badan sumber kolagen yang akan menegangkan kulit muka. Ini membantu menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, awet muda dan tidak kusam.

Diperbuat daripada khazanah alam semula jadi seperti ekstrak biji Camelia Japonica, Pfaffia, kekerang, kolagen ikan, Lactobacillus acidophilus, vitamin B dan C menjadikan Shaklee Collagen Powder lebih mudah diserap oleh badan dan membantu melembapkan lagi kulit.

Keistimewaan Collagen Shaklee berbanding yang lain adalah ia mempunyai berat molekular yang sangat rendah, hanya 1000 Dalton yang membuatkannya lebih mudah diserap oleh bsdan dsn membantu sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan sangat berkesan. Kebanyakan kolagen di pasaran mempunyai saiz sekitar 3000 Dalton dan ini kurang dapat diserap oleh badan. Kerana saiz molekular yang ringan dan halus ini jugalah yang membuatkannya lebih mudah larut apabila dituang ke dalam air walaupun tidak dikacau.

  1. Vivix

Vivix yang kaya dengan polifenol merupakan antioksidan yang bertindak sehingga ke peringkat sellular DNA untuk memperbaiki sel, menambah tenaga pada sel dan melambatkan penuaan sel. Pengambilan vivix secara konsisten akan mempercepatkan proses pembaharuan sel. Apabila semakin banyak sel kulit muka yang kusam diperbaharui secara semulajadi, kulit muka akan nampak lebih cantik, awet muda dan tidak lagi kusam. Baca dengan lebih lanjut mengenai khasiat vivix di sini.

  1. Sustained Release Vita C Plus

Ia mengandungi 500 mg kandungan vitamin C yang bertindak memberi kesihatan dan kecantikan pada kulit. Vitamin C membantu mempercepatkan penghasilan kolagen dalam badan di samping mengelakkan pigmentasi berlaku pada muka. Ini menjadikan  kulit muka nampak lebih cerah dan kulit kusam hilang.

Formulasi sustained release pada Vita C Plus Shaklee ini memastikan vitamin C yang bersifat larut air dirembeskan secara perlahan-lahan ke dalam badan, bukan sekali gus. Ini bersesuaian dengan sistem badan yang memerlukan vitamin C secara berperingkat. Sekiranya formulasi in tidak ada dalam sesuatu produk vitamin C, hatta mempunyai kandungan 1000 mg sekalipun ia dianggap hanya membazir kerana akan dibuang dalam air kencing dan tidak diserap sepenuhnya oleh badan. Sebaliknya, apabila penyerapan yang optimum berlaku, kesan yang positif boleh diperoleh dengan lebih cepat.

  1. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP merupakan protein kacang soya yang bertindak membaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan menggantikannya dengan tisu kulit yang baru. Dengan itu, kulit wajah akan kelihatan lebih segar dan cantik. Kulit kusam akan menjadi bertambah berseri kerana terhasil tisu kulit yang baru yang lebih sihat.

Penggunaan keempat-empat produk untuk dalaman ini memastikan masalah kulit kusam dapat diatasi dengan lebih cepat secara semulajadi dan selamat.

B) Dari luarYouth ShakleeRangkaian Youth Skin Care

Istimewanya produk kecantikan kulit YOUTH ini berbanding lambakan produk di pasaran adalah ia mengambil masa selama 8 tahun untuk dikaji secara terperinci bagi memastikan ia betul-betul berkesan dengan cepat tetapi selamat. Ia sedang dalam usaha mendapatkan 8 paten, di mana tiada satu pun syarikat lain yang boleh membuat produk sepertinya.

Ia bebas 2500 bahan kimia berbahaya dan 1500 bahan cemar yang kebanyakannya terdapat dalam produk skincare lain. Tidak terdapat unsur haiwan di dalam produknya, bahkan 100% vegan dan bebas gluten.

100% ujian klinikal yang dijalankan mendapati ia berkesan menjadikan kulit lebih muda, malah 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun kelihatan lebih muda. Ia juga kaya dengan nutrien anti penuaan yang berupaya menganjalkan kulit dan menghilangkan kedutan. Boleh baca mengenai item yang terdapat dalam set YOUTH di sini.

Antara testimoni pengguna YOUTH..

Testimoni Kulit Kusam 1Testimoni Kulit Kusam 2

Testimoni Kulit Kusam 3

Testimoni Kulit Kusam 4

Testimoni Kulit Kusam 5

 

Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran amat penting bagi mengatasi masalah kulit muka kusam dengan cepat, berkesan dan selamat. Yang paling penting adalah anda mendapatkan produk berkualiti tinggi yang terbukti benar-benar selamat, apatah lagi berkesan dalam masa yang singkat seperti Youth Skincare Shaklee.

Klik di sini untuk beli sekarang :

ATAU

Klik sini untuk menjadi ahli dan beli dengan harga yang lebih murah :

ATAU

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya terus :

Bazilah

Call/SMS/WhatsApp : 012-6830069

Fb : Towards Quality Life

Ig : towardsqualitylife

Blog : www.tipsummi.com DAN www.towardsqualitylife.com

Pengedar Shaklee Kuantan

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge