Seseorang yang mempunyai masalah vertigo seringkali merasa pening dan merasakan persekitarannya seakan bergerak atau berpusing secara tiba-tiba. Simptom ini menjadi lebih teruk apabila keseimbangan badan sukar dikekalkan dan menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk berjalan. Kerana itulah, pesakit vertigo sangat menginginkan agar simptom vertigo yang dialami dapat hilang dengan cepat, berkesan dan selamat.
Tempoh masa serangan vertigo terjadi boleh berlaku secepat beberapa saat, dan jika lebih serius boleh juga memakan masa berhari-hari sehingga mengganggu aktiviti harian seseorang. Antara gejala yang dialami pesakit vertigo adalah bunyi berdesing pada telinga, suhu badan meningkat dan pendengaran semakin berkurangan dan menghilang.