Tips Atasi Psoriasis Secara Semulajadi

Dianggarkan seramai 2% hingga 3% golongan dewasa dan kanak-kanak mengalami masalah psoriasis di Malaysia ini. Masalah psoriasis seringkali mengakibatkan kegatalan pada kulit dan menyebabkan ketidakselesaan. Bahagian kulit mereka yang mengalami psoriasis keradangan dan ia juga dikaitkan dengan masalah pada sistem autoimun mereka.

Di samping ubat-ubatan yang ada di farmasi dan hospital, ketahuilah bahawa terdapat cara semulajadi untuk mengatasi masalah psoriasis ini dengan berkesan.

Simptom Dan Gejala Psoriasis

Kebiasaannya, mereka yang mengalami penyakit psoriasis ini mempunyai kulit yang berkerak tebal dan seakan bersisik pada kebanyakan bahagian tubuh. Ini termasuklah pada bahagian kaki, lutut, bawah punggung, tangan, siku dan kulit kepala.

Punca Penyebab Psoriasis

Walaupun sebab utama terjadinya psoriasis masih belum jelas, namun terdapat banyak kajian yang mengatakan bahawa ia berkaitan dengan genetik seseorang. Ini bermaksud, mereka yang mempunyai keturunan yang ada psoriasis berisiko untuk mendapat psoriasis juga. Lebih membimbangkan, terdapat kajian yang mengaitkan psoriasis dengan penyakit berisiko lain seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Namun, ketahuilah bahawa gejala penyakit psoriasis ini masih boleh dikawal jika betul caranya.

Tips Kawal Psoriasis Dari Rumah

  1. Tingkatkan Tahap Kesihatan Dengan Mengambil Makanan Tambahan

Apabila tubuh badan mempunyai cukup nutrisi tertentu, ia dikatakan boleh mengurangkan masalah psoriasis. National Psoriasis Foundation membuktikan bahawa pengambilan minyak ikan Omega-3, Vitamin D, Aloe vera, Oregon, Milk Thistle (sejenis tumbuhan herba) dan Evening Primrose (EPO) boleh meringankan gejala psoriasis. Semua nutrisi ini boleh didapati melalui makanan seharian kita dan juga makanan tambahan (supplemen). Namun, setiap orang berbeza cara peneriman sesuatu makanan yang diambil. Bagi mengelakkan kesan awal yang lebih teruk lagi, pastikan anda mendapat nasihat daripada pakar dermatologi terlebih dahulu.

  1. Pastikan Keadaan Sentiasa Lembap

Kulit yang kering akan menyebabkan pembentukan plak pada bahagian kulit dan mengakibatkannya menjadi berkuping. Oleh itu, sangat penting untuk pastikan kulit sentiasa lembap dengan memakai pelembap atau moisturizer. Selain itu, bahan semulajadi seperti minyak zaitun, minyak kelapa dan vitamin E boleh digunakan untuk melembapkan kulit.

Bagi mengawal kelembapan udara persekitaran pula, anda boleh menggunakan pelembap udara (humidifier) di dalam rumah dan elakkan terdedah kepada pancaran matahari.

  1. Elakkan Dari Bahan Pewangi

Keadaan psoriasis boleh jadi lebih teruk sekiranya terdedah kepada sabun dan minyak wangi yang mengandungi bahan pewangi. Ia menyebabkan kulit bertambah gatal dan terjadinya iritasi pada kulit. Jadi, elakkan bahan yang mengandungi tinggi kandungan bahan kimia dan pilih produk yang sesuai untuk kulit sensitif. Seeloknya gunakan bahan daripada sumber semulajadi yang lebih lembut pada kulit.

  1. Jaga Pemakanan

Ada di kalangan pesakit psoriasis yang mengalami alahan pada sesetengah makanan. Sebaiknya, kenali makanan penyebab alahan ini dan elakkan dari mengambilnya. Hindari juga makanan yang tidak berkhasiat seperti snek yang berlemak dan daging merah. Perbanyakkan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi, ikan yang tidak menyebabkan alahan sebagai sumber protein bagi menggantikan tisu kulit yang rosak, dan kekacang yang mengandungi Omega-3 bagi mengelakkan kulit menjadi radang dan gatal.

  1. Mandi Menggunakan Campuran Air Suam

Air suam yang bercampur dengan garam Epsom, herba dan minyak zaitun dapat melegakan kulit yang gatal. Amalkannya selalu bagi mengurangkan rasa kegatalan yang melampau. Selepas mandi pula, jangan lupa untuk menyapu pelembap kulit bagi melegakan kegatalan.

  1. Berhenti Rokok Segera

Seseorang yang merokok menyebabkan tubuh badannya terhalang dari mendapat nutrisi yang tertentu daripada makanan yang dimakan, terutamanya vitamin C yang sangat berguna untuk kulit yang sihat. Apabila badan tidak mendapat cukup vitamin C,  keadaan psoriasis akan menjadi bertambah buruk. Jadi, seorang perokok yang mempunyai masalah psoriasis perlu berhenti merokok dengan segera jika inginkan kulit yang sihat.

  1. Elakkan Stress

Stress boleh timbul apabila seseorang terlalu gatal akibat psoriasis. Jadi, sangat penting untuk seseorang mengurus stress dengan baik, antaranya adalah dengan berkongsi masalah dengan mereka yang lain di dalam Persatuan Psoriasis Malaysia.

  1. Buat Rundingan Dan Minta Nasihat Pakar

Pakar dermatologi adalah individu yang paling mahir dalam masalah kulit seperti psoriasis ini. Dapatkan rundingan dan perkhidmatan nasihat daripada mereka, agar mereka dapat membantu sesuai dengan keadaan masing-masing.

Cadangan Produk Shaklee Untuk Atasi Psoriasis

Rangkaian produk Shaklee terdiri daripada produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan. Setiap produk akan melalui ujian klinikal dan dipastikan betul-betul berkualiti sebelum dipasarkan. Setelah diperkenalkan sejak 102 tahun dahulu dan masih kekal sehingga sekarang, semestinya produknya sangat mendapat tempat di hati semua orang dan yang penting, tidak memudaratkan. Antara produk yang disarankan kepada pesakit psoriasis adalah :

Set Detox

Sebelum mengambil apa-apa produk, set detox ini perlu diambil terlebih dahulu bagi memastikan badan menyerap semua nutrisi yang dibekalkan pada badan.

Set Detox Shaklee ini mengandungi:

 

  1. Vivix Shaklee

Vivix Shaklee merupakan minuman campuran botani dan revolusi terbaru dalam pemakanan yang mengandungi polifenol dengan gabungan unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.

Polifenol pula adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix Shaklee membantu pesakit psoriasis dengan cara memperbaiki sel-sel DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membantu membaiki gen-gen yang rosak. Ini dapat mengatasi punca utama terjadinya psoriasis, iaitu genetic.

  1. DTX Complex

Toksin dalam badan boleh menyebabkan keadaan psoriasis menjadi bertambah teruk. DTX Complex boleh membantu masalah ini dengan menyingkirkan toksin dari dalam badan. Ia juga mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu merangsangkan pembaikan dan regenerasi sel hati di samping mengekalkan pengaliran hempedu yang normal.

  1. Herblax

Ia berfungsi melawaskan dan melancarkan proses penghadaman badan agar toksin dapat disingkirkan dengan lebih baik. Proses pembersihan badannya berlaku secara lembut melalui proses pembuangan harian. Dengan ini, penyerapan nutrisi dan vitamin lain menjadi lebih mudah dan berkesan. Herblax membantu proses detox pada organ usus besar.

  1. Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia bertindak mencuci hati, darah dan usus dengan menyingkirkan toksin dari badan. Ia juga membantu memulihkan dan mengembalikan badan yang berasid kepada normal, membersih hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit serta otot.

Di samping itu, ia berfungsi mengurangkan alahan dan memperbaiki keadaan kulit selain meredakan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan. Selain itu, ia membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol dengan bertindak seperti ‘span’ untuk menyerap lemak degil dan dinyahkan dari tubuh melalui proses pembuangan dengan lancar.

  1. Peppermint Ginger Plus

Ia mengandungi bahan seperti pudina yang kaya dengan vitamin C bagi membantu mengurangkan rasa loya dan mual.

Selain itu, ia mengandungi halia yang berkesan dalam menyingkirkan angin dari badan dan bagus untuk sistem penghadaman. Kandungan jintan manis di dalamnya juga baik untuk mencuci usus dan perut. Ini sangat berguna bagi mereka yang mempunyai perut berasid dan berangin.

Selepas detoks dengan supplement di atas, pesakit psoriasis juga disarankan untuk mengamalkan produk berikut:

Set Psoriasis Shaklee

  1. Nutriferon

Nutriferon telah dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan kajian selama lebih 40 tahun. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells, makrofaj.

Oleh kerana psoriasis dikaitkan dengan masalah autoimun, pengambilan nutriferon dapat membantu pesakit psoriasis dengan merangsangkan pengeluaran makrofaj untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Dengan ini, sel-sel akan menjadi lebih sihat. Nutriferon juga membantu memerangi virus kerana ia dapat mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual dan muntah-muntah.

  1. Sustained Released Vitamin C

Ia bersifat antioksidan dan berfungsi untuk meningkatkan sistem imun. Nutriferon adalah pencetus, manakala vitamin C adalah askar yang bekerja untuk menjaga sistem imun kita. Jadi selain Nutriferon, pengambilan vitamin C juga penting untuk sistem imun yang kuat. Selain itu, vitamin C juga memang terkenal dalam memberikan kesihatan yang baik untuk kulit.

  1. Omega Guard

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan Omega-3 yang 99.99% tulen. Minyak ikan boleh membantu meningkatkan imunisasi badan dan bersifat anti radang yang berfungsi mengawal keradangan kulit. Minyak ikan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE seperti psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun.

  1. B complex

B complex membantu dalam proses penghasilan tenaga dan sangat berguna sebagai anti kemurungan (stress). Ia adalah nutrien anti-kemurungan. Oleh kerana salah satu sebab psoriasis menjadi bertambah teruk adalah disebabkan oleh stress, maka pengambilan B complex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis. Selain itu, B complex juga sangat baik untuk memperbaiki kesihatan saraf.

  1. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP Shaklee diperbuat daripada soya non-GMO dan selamat untuk diamalkan. Sumber protein ini membantu dalam proses pembinaan sel bagi menghasilkan sel yang lebih sihat dan memperbaiki sel kulit yang telah rosak akibat psoriasis.

Selain supplemen di atas, Shaklee juga mempunya Vita E yang mengandungi vitamin E dan sangat bagus untuk membantu melembapkan kulit.

Perlukah anda mengambil kesemuanya? Anda boleh memilih supplement yang anda inginkan mengikut keperluan, tetapi jika diambil semua dan bermula dengan set detox, hasilnya insyaAllah lebih optimum dan berkesan.

Jangan biarkan sakit ini terus menjadi derita anda, kawal dan rawatlah segera!

Klik untuk beli sekarang :

ATAU

Daftar ahli untuk dapatkan harga yang lebih murah dan keistimewaan lain :

ATAU

Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah supplemen yang terbaik untuk anda.

Bazilah

WhatsApp/SMS/Call : 012-6830069

Fb Page : Towards Quality Life

Instagram : towardsqualitylife

Blog : www.tipsummi.com DAN www.towardsqualitylife.blogspot.com

Pengedar Shaklee Kuantan

 

You may also like