Tidur bukanlah sesuatu yang kita boleh paksa pada anak kecil kita. Realiti sebenar tidur bayi tidaklah seindah ungkapan “tidur seperti bayi” yang kita selalu dengar. Hakikatnya, ketika malam menjelma, kedua-dua bayi dan ibubapa tidak dapat tidur lena terutamanya pada peringkat awal kelahiran. Namun, masalah bayi sukar tidur ini dapat diatasi sekiranya kita tahu bagaimana kitaran tidur bayi kita, seterusnya dapat meningkatkan kualiti tidur kita sebagai penjaga.
Tips ini sangat penting lebih-lebih lagi buat ibubapa yang penat dan sibuk bekerja pada siang hari. Artikel ini bukan hanya bertujuan untuk pastikan ibubapa dapat tidur yang cukup dan berkualiti pada waktu malam, malah membantu bayi tidur lebih dengan lebih lena dan nyenyak, serta yang lebih penting lagi adalah si manja mendapat pola tidur yang sihat. Jadi, sangat penting untuk anda kenal bagaimana badan si anak berfungsi ketika tidur.
Perbezaan Pola Tidur Orang Dewasa Dan Bayi
Pola Tidur Dewasa
Apabila malam tiba, semua orang sama ada dewasa atau bayi melalui pelbagai peringkat dan kitaran tidur. Semasa seorang dewasa tidur, bahagian atas pertengahan otak mula berehat dan secara perlahan-lahan berhenti, menyebabkannya masuk ke dalam fasa tidur lena (deep sleep), yang juga dinamakan non-REM (non-rapid eye movement) kerana mata tidak bergerak. Badan akan kaku tidak bergerak.
Selepas kira-kira sejam setengah fasa tidur lena berlaku, otak kembali mula bergerak dengan aktiviti mental yang meningkat dari fasa tidur lena ke fasa tidur kurang lena (light sleep) atau tidur aktif (dipanggil REM kerana ketika fasa ini mata bergerak di bawah kelopak mata yang terpejam). Fasa ini sebenarnya kita sedang melakukan senaman mental dan bahagian atas pertengahan otak sebenarnya tidak tidur. Ketika inilah seseorang kadang-kadang bermimpi, mengalih posisi tidur, dan mungkin juga terus bangun untuk ke bilik air, kemudian tidur semula dan kembali ke fasa tidur lena.
Kitaran tidur lena dan tidur kurang lena ini berulang-ulang setiap 2 jam sepanjang malam di mana seorang dewasa menggunakan secara purata 6 jam fasa tidur lena dan 2 jam fasa tidur kurang lena. Jadi, anda sebenarnya tidak tidur dengan lena sepanjang malam walaupun anda fikirkan sedemikian.
Pola Tidur Bayi
Bila mana seorang dewasa boleh dengan mudah berubah dari fasa celik ke fasa tidur lena, namun bagi bayi, tidak semudah itu. Bayi akan melalui fasa tidur kurang lena (light sleep) dahulu, sebelum memasuki fasa tidur lena (deep sleep).
Apabila anda ingin menidurkan bayi anda, kelopak matanya mula menutup, dia mula menganggukkan kepala di lengan anda, pernafasannya tidak seragam, tangan dan jarinya seakan menegang, dan mulutnya seakan tersenyum. Namun ketika anda ingin meletakkannya di atas katil, dia terjaga dari tidurnya. Ini adalah kerana dia belum lagi tidur sepenuhnya. Dia masih dalam fasa tidur kurang lena semasa anda meletakkannya.
Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba dodoikannya kembali, tapi kali ini dengan masa yang lebih panjang daripada sebelumnya. Sehingga pernafasannya menjadi lebih seragam, ototnya kelihatan lebih relaks, jarinya tidak lagi menggenggam dan tangannya kelihatan lebih terlentok. Ketika ini anda sudah boleh meletakkannya di atas katil kerana bayi anda akhirnya telah tidur nyenyak dan anda boleh menarik nafas lega!
Ketahuilah bahawa pada peringkat awal kelahiran bayi, dia memulakan tidur dengan fasa kurang lena (light sleep) selama lebih kurang 20 minit dan kemudian masuk ke fasa tidur lena dan sukar terjaga. Sekiranya anda meletakkannya semasa dia berada dalam fasa light sleep ini, dia biasanya akan terjaga. Namun, dalam bulan-bulan seterusnya, bayi anda akan memasuki fasa deep sleep dengan lebih cepat, mungkin juga tanpa perlu lalui fasa light sleep.
Walaubagaimanapun, selepas lebih kurang satu jam memasuki fasa deep sleep, bayi akan memasuki fasa light sleep semula, dan kebanyakkan bayi akan terjaga jika ada sesuatu yang membuatkannya tidak selesa. Jadi apa yang perlu lakukan adalah tidurkannya kembali sehingga dia memasuki fasa deep sleep. Namun, ia tidak akan bertahan lama sepanjang malam kerana kitaran tidur bayi adalah lebih singkat berbanding seorang dewasa.
Kekerapan untuk seorang bayi berjaga malam adalah 2 kali ganda berbanding seorang dewasa! Inilah yang menyebabkan seseorang tidak dapat berehat pada waktu malam kerana kesukaran untuk kembali tidur setelah terjaga daripada tidur. Sesetengah bayi mengalami kesukaran untuk memasuki fasa deep sleep semula. Mereka mengalami fasa light sleep 2 kali ganda seorang dewasa.
Tips Atasi Masalah Tidur Bayi Agar Ibubapa Dapat Tidur Yang Mencukupi Dan Berehat Di Malam Hari
Step Pertama : Berikan Bayi Permulaan Tidur Yang Baik
Kebanyakkan gangguan tidur pada waktu malam disebabkan oleh ketidakaturan si manja pada siang harinya. Oleh itu, aturkan ‘jadual’ tertentu pada siang hari agar malam hari si manja lebih mudah untuk diatur.
- Beri makan ketika bayi memberikan tanda ingin makan.
- Perbanyakkan menyentuh bayi dan membuatkannya tenang di siang hari.
- Perbanyakkan berinteraksi dengan bayi untuk meningkatkan sensitiviti terhadap bayi.
Apa pun, kenali kaedah keibubapaan yang terbaik untuk anda agar anda lebih selesa dan tenang menghadapi bayi anda. Tidak ada kaedah tertentu yang terbaik untuk semua ibubapa menidurkan bayinya. Yang ada hanyalah sikap yang baik semasa menidurkan anak.
Step Kedua : Kondisikan Bayi Untuk Tidur
Oleh kerana tidur bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa, ibubapa perlulah menyediakan kondisi yang mendorong bayi untuk tidur.
- Setkan rutin tidur yang konsisten sama ada siang atau malam.
- Pastikan bayi selesa dan lampin bayi kering.
- Kurangkan lapisan pada baju bayi untuk mengelakkannya merasa rimas.
- Pastikan bayi telah kenyang, tetapi tidak terlalu kenyang.
- Pastikan suasana yang aman damai dari sebarang kebisingan.
Step Ketiga : Kurangkan Kondisi Yang Menyebabkan Bayi Berjaga Malam
Terdapat banyak sebab yang menjadi gangguan kepada seorang bayi untuk tidur lena. Kenalpasti sebab-sebab ini dan elakkannya dari mengganggu bayi anda.
- Faktor fizikal seperti pakaian yang membuatkan bayi rasa terlalu panas, terlalu sejuk atau gatal-gatal, selsema dan lapar.
- Faktor persekitaran seperti suhu bilik, asap rokok, minyak wangi, bunyi yang bising dan menjengkelkan.
- Faktor kesihatan seperti demam, sakit telinga, kembung perut dan alergi.
Bagi masalah kesihatan yang mengganggu bayi anda, berjumpalah dengan doktor untuk rawatan selanjutnya agar bayi dapat tidur dengan nyenyak.
Selain itu, terdapat juga supplemen tertentu yang boleh membantu si manja dan anda untuk tidur dengan lebih lena iaitu :
1. ESP
Energizing Soy Protein adalah sumber protein yang membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama kerana indeks glisemiknya yang rendah. ESP adalah untuk diminum oleh si ibu yang menyusukan bayi. Ia juga membantu sebagai milkbooster, untuk menghasilkan susu yang lebih pekat dan penuh nutrisi. Apabila bayi mendapat susu yang mencukupi dan cepat kenyang, dia akan tidur lebih nyenyak, insyaAllah. Bayi yang tidur lena membuatkan ibubapa mendapat tidur yang baik.
2. Ostematrix
Ia adalah sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang membantu ibu bapa mendapat tidur yang lebih lena dan berkualiti. Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengelakkan rasa sakit belakang akibat menyusukan dan mendukung bayi.
Testimoni pengguna
Berjaga malam pastinya mengganggu emosi dan fizikal ibubapa yang menghadapinya, terutamanya yang terpaksa bekerja di siang harinya. Mengapa perlu bersusah jika ada solusi yang lebih mudah?
Dapatkan ESP dan Ostematrix ini agar bayi dapat tidur dengan lebih lena dan ibubapa juga dapat tidur dengan lena dan berkualiti.
Klik untuk membeli sekarang :Atau untuk menjadi ahli dan dapatkan harga yang lebih murah boleh klik sini :
Untuk sebarang soalan dan maklumat lanjut boleh hubungi saya :
Bazilah
Call/SMS/WhatsApp : 012-6830069
Fb : Towards Quality Life
Ig : towardsqualitylife
Blog : www.tipsummi.com DAN www.towardsqualitylife.blogspot.com