Cara Atasi Kulit Muka Kendur Atau Saggy Dengan Selamat Dan Semulajadi

Semakin hari, kulit muka semakin kendur atau kelihatan saggy kerana faktor penuaan yang berkadar terus dengan berlalunya masa. Namun, ketahuilah bahawa anda boleh mengatasi masalah kulit muka kendur atau saggy ini, bahkan dengan cara yang lebih selamat, semulajadi dan yang penting berkesan!

Atasi Kulit Kendur Atau Saggy Tanpa Pembedahan

Anda tidak perlu lagi bimbang kelihatan tua sebelum usia. Silap hari bulan, ramai yang akan tersilap meneka umur anda kerana kulit muka kembali tegang, tidak lagi kendur atau saggy.

Sebelum mengetahui cara yang terbaik untuk mengelakkan muka kelihatan kendur atau saggy, ada baiknya kita kenal dahulu apakah punca yang menyebabkan kulit wajah mudah menjadi kendur atau saggy.

 

Sebab Kulit Wajah Kendur Atau Saggy

  1. Umur

Ketahuilah bahawa kulit akan mengalami kekurangan elastisiti dengan pertambahan umur seseorang dan menjadikan kulit muka kurang tegang. Ini kerana, kandungan kolagen yang membentuk 30% daripada protein tubuh semakin berkurang. Kolagen ini sangat penting bagi memastikan ikatan dalam kulit dan luar kulit kekal kuat dan lebih tegang.

Mengikut Pembantu Professor Dermatologi di University of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Kesihatan Kulit, setelah mencapai usia 20 tahun, tubuh memghasilkan 1% lebih kurang kolagen daripada tahun sebelumnya. Akibatnya, muncullah garisan-garisan halus, kedutan, dan kulit yang kusam dan kering pada wajah.

  1. Alam Sekitar Yang Tercemar

Alam sekitar yang tercemar bukan hanya memberikan kesan buruk kepada tumbuhan dan haiwan, tetapi malangnya ia turut memberi impak negatif kepada manusia. Radikal bebas yang terhasil menjadi antara punca kolagen dalam badan semakin rosak. Sel pramatang akan terhasil dan tanda-tanda penuaan muncul, antaranya adalah kulit muka yang kendur.

  1. Pendedahan Sinaran UV

Pendedahan terhadap sinaran UV juga boleh menyebabkan kolagen dalam badan kita termusnah. Ini menyebabkan keanjalan dan ketegangan kulit khasnya bahagian muka berkurang. Hasilnya, kulit muka menjadi kendur atau saggy dan muka tampak lebih berusia. . Inilah juga yang menjadi punca mengapa mereka yang kerjanya terdedah di bawah sinaran matahari kelihatan lebih berusia berbanding mereka yang kerjanya di dalam pejabat.

  1. Pemakaian Bahan Kimia Pada Kulit

Pemakaian bahan kimia pada produk kecantikan kulit dalam jangka masa yang panjang boleh memudaratkan kulit muka. Ini kerana bahan kimia ini boleh menghalang kulit daripada mendapat nutrien yang berkhasiat, seterusnya menjadikannya bertambah kendur. Selain itu, kulit akan lebih terdedah kepada risiko jerawat yang banyak dan meninggalkan parut yang teruk apabila berhenti menggunakan produk berkenaan. Oleh itu, sangat penting untuk pastikan bahawa pemilihan produk kecantikan kulit betul-betul dititikberatkan dan tidak terpengaruh dengan kecantikan yang hanya sementara, tetapi hakikatnya ia lebih memudaratkan.

 

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Kulit Kendur @ Saggy?

Penjagaan luaran dan dalaman sangat penting bagi memastikan kesan yang betuk-betul efektif dan optimum dapat dicapai dalam mengatasi masalah kulit kendur atau saggy ini. Pengambilan nutrien pada makanan tertentu yang dapat menyokong penghasilan kolagen dan melambatkan sel-sel penuaan sangat membantu. Seterusnya, gunakan hanya produk yang berunsurkan bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya agar kulit muka tidak menjadi lebih teruk dan agar kecantikan yang berpanjangan dapat dikekalkan.

Antara produk Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah kulit muka kendur atau saggy ini adalah :

  1. Vivix

Vivix mengandungi antioksidan yang tinggi dan kajian makmal menunjukkan ramuan vivix memberikan impak kepada 4 mekanisma utama penuaan pada tahap sellular, termasuklah :

  • melindungi dan membaiki sel DNA
  • memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria
  • melambatkan pembentukkan protein AGE (Advanced Glycation End produk).

Ini bermaksud, pengambilan vivix membantu sehingga ke peringkat DNA seseorang bagi melambatkan proses penuaan dan ia sangat membantu seseorang menganjalkan kulit muka serta mengelakkannya dari menjadi kendur atau saggy.

  1. Collagen Powder Shaklee

Pertambahan usia menyebabkan penghasilan kolagen oleh tubuh semakin berkurang, lebih banyak kedutan dan garis halus terbentuk dan kulit menjadi semakin kendur. Oleh itu, pengambilan Collagen Powder Shaklee sangat penting dalam membantu kulit mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedutan. Ramuan utamanya adalah kolagen dari sisik ikan merah, ekstrak biji Camelia japonica, ekstrak Pfaffia, elastin dari kolagen ikan, vitamin B dan C, ekstrak kekerang dan Lactobacillus acidophilus.

Kesemua gabungan ini memastikan badan dapat menyerap kolagen dengan optimum. Ekstrak Camelia japonica dan Pfaffia menjadikan kulit lebih lembap dan lembut. Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik dan mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik. Ini akan mengelakkan kulit daripada kendur atau saggy.

Tambahan lagi, Collagen Powder Shaklee memastikan penyerapan yang maksimum dalam badan manusia kerana mempunyai saiz 1000 Dalton, bersesuaian dengan tubuh badan manusia berbanding kolagen yang lain di pasaran yang kebiasaannya mempunyai saiz yang besar, 3000 Dalton. Bermakna, walaupun seseorang telah memakan kolagen lain dalam kuantiti yang banyak, ia tidak memberi kesan yang optimum kerana tidak semua kolagen yang dimakan diserap sepenuhnya oleh badan.

  1. Sustained Release Vita-C Plus

Pengambilan vitamin C sangat penting dalam membantu merangsang pembentukan kolagen yang menjadi sebatian asas tisu dan otot dalam badan seseorang. Ini akan mempertingkatkan keanjalan kulit, menghalang otot menjadi lembik atau kendur, dan menghalang penghasilan kedutan. Selain itu, vitamin C mampu mencantikkan kulit dengan menyekat pembentukan pigmen yang penyebab utama jeragat.

Berbezanya Vita C Plus Shaklee dengan vitamin C lain di pasaran adalah formulanya yang sustained release. Ini memastikan vitamin C dirembeskan sedikit demi sedikit, bersesuaian dengan perjalanan fungsi tubuh kerana vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut dalam air. Sekiranya sesuatu vitamin C tidak mempunyai fungsi ini, ia tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan, sebaliknya hanya akan dibuang di dalam air kencing, walaupun diambil dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa! Ini adalah satu pembaziran! Jadi, pastikan vitamin C yang anda ambil dapat diserap sepenuhnya oleh badan, seperti Vita C Plus Shaklee ini.

  1. Rangkaian Produk Skincare Youth (Produk luaran)

Selain dari sumber dalaman untuk dimakan, Shaklee mempunyai produk penjagaan kecantikan luaran kulit yang diberi nama Youth. Keistimewaan skincare Youth berbanding lambakan produk kecantikan lain di luar sana adalah, ia mengambil masa selama 8 tahun kajian dengan 8 paten dan 100% ujian klinikal membuktikan ia berkesan menjadikan kulit lebih muda! 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun lebih muda! Tidak hairanlah ini berlaku kerana rangkaian produk Youth kaya dengan nutrien antipenuaan walaupun bebas gluten, 100% vegan dan bebas 2500 bahan kimia berbahaya yang biasanya terdapat dalam kebanyakkan produk penjagaan kulit di pasaran.

Ini memastikan bahawa produk YOUTH skincare benar-benar selamat digunakan, berunsurkan 100% bahan semulajadi, dan yang paling penting, memberikan kesan yang cepat, seawal 5 hari seseorang sudah boleh merasakan kesannya.

Testimoni pengguna

 

Jika anda seorang yang amat mementingkan kesihatan dan bukan hanya kecantikan, produk-produk Shaklee ini adalah yang terbaik untuk anda. Kualitinya dijamin oleh pakar-pakar antarabangsa dan sememangnya lain daripada produk biasa yang lain. Tidak hairanlah produk Shaklee masih mendapat tempat di hati ramai orang walaupun telah berusia ratusan tahun.

Semua orang boleh cantik, tetapi pilihlah cantik DAN sihat, tidak memudaratkan kesihatan kulit anda. Pelaburan hari ini sangat berharga untuk kesihatan dan kecantikan hari esok.

Hubungi saya segera untuk menempah atau mengetahui maklumat lanjut.

Bazilah

012-6830069

Fb : Towards Quality Life

Ig : towardsqualitylife

Blog : www.tipsummi.com dan www.towardsqualitylife.blogspot.com

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge