Dianggarkan seramai 2% hingga 3% golongan dewasa dan kanak-kanak mengalami masalah psoriasis di Malaysia ini. Masalah psoriasis seringkali mengakibatkan kegatalan pada kulit dan menyebabkan ketidakselesaan. Bahagian kulit mereka yang mengalami psoriasis keradangan dan ia juga dikaitkan dengan masalah pada sistem autoimun mereka.
Di samping ubat-ubatan yang ada di farmasi dan hospital, ketahuilah bahawa terdapat cara semulajadi untuk mengatasi masalah psoriasis ini dengan berkesan.