Cara Atasi Masalah Psoriasis Dengan Berkesan

Psoriasis merupakan satu masalah pada bahagian kulit di mana ia meradang dan ia dikaitkan dengan gangguan pada sistem autoimun seseorang. Di Malaysia, seramai 2-3% dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai masalah ini.
Gejala psoriasis adalah kulit menjadi berkerak tebal dan seperti bersisik hampir di seluruh badan terutamanya di bahagian kulit kepala, tangan, siku, bawah punggung, lutut dan kaki.



Punca Psoriasis
Punca utamanya masih belum dapat dikenalpasti, namun kebanyakan kajian menyatakan ia disebabkan oleh genetik.
Ibu bapa yang mempunyai psoriasis berpotensi mendapat anak yang berpenyakit yang sama. Apa yang merisaukan adalah, terdapat kajian yang menyatakan bahawa mereka yang mempunyai psoriasis lebih berisiko mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Walaubagaimanapun, simptom penyakit psoriasis ini boleh dikawal.

Cara Mengawal Penyakit Psoriasis Dari Rumah

1. Mengambil Makanan Tambahan Untuk Meningkatkan Tahap Kesihatan
Pengambilan supplemen tertentu didapati boleh mengurangkan simptom psoriasis dengan memberi nutrisi kepada badan.
Antaranya, National Psoriasis Foundation mengenalpasti bahawa minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle (tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO boleh meredakan simptom ringan penyakit psoriasis. Nutrisi ini boleh didapati sama ada daripada makanan seharian kita ataupun dalam bentuk supplemen. Pastikan mendapat nasihat daripada pakar dermatologi terlebih dahulu sebelum mengambilnya bagi menghindari kesan awal yang lebih teruk, bergantung kepada individu.
2. Memastikan Kulit Sentiasa Lembap
Kawal kelembapan udara di dalam rumah dengan menggunakan pelembap udara (humidifier). Bagi kulit pula, sentiasa menyapu krim pelembap atau moisturiser bagi mengelakkan kulit kering. Ini akan mengelakkan pembentukan plak penyebab kulit berkuping. Vitamin E, minyak zaitun dan minyak kelapa juga boleh digunakan untuk melembapkan kulit.
3. Menghindari Bahan Pewangi
Sabun dan minyak wangi yang mengandungi bahan pewangi kebiasaanya menyebabkan kegatalan atau iritasi pada kulit. Ini memburukkan lagi keadaan psoriasis. Seeloknya pilih produk yang sesuai untuk kulit sensitif dan tidak mencuba sembarangan produk yang mengandungi tinggi bahan kimia.
4. Menjaga Pemakanan
Sesetengah individu psoriasis alah kepada sesetengah makanan, tetapi tidak pada individu psoriasis yang lain. Cuba kenali makanan yang menjadi alah kepada individu psoriasis agar mudah mengelakkan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Elakkan makan snek berlemak dan daging merah, sebaliknya pilih makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi tinggi kandungan antioksidan, kekacang yang mengandungi omega-3 bagi mengelakkan keradangan kulit dan ikan yang tidak menyebabkan alahan.
5. Mandi Dengan Air Suam Campuran
Mandian hangat air suam bercampur herba, garam epsom, minyak zaitun dan sebagainya boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit. Selepas mandi, gunakan pelembab kulit bagi melembapkan kulit dan memberi kelegaan pada kulit.
6. Mengawal Stress Dengan Baik
Kegatalan akibat psoriasis seringkali menjadi penyebab stress sekiranya tidak diurus dengan baik. Ini dapat dikurangkan dengan berkongsi masalah dan maklumat dengan rakan psoriasis lain dalam Persatuan Psoriasis Malaysia.
7. Segera Berhenti Merokok
Merokok akan lebih menyebabkan keadaan psoriasis menjadi bertambah teruk kerana ia menghalang badan dari menyerap nutrisi dari makanan dengan sempurna. Kulit akan menjadi bertambah kering apabila badan tidak dapat menyerap vitamin C dengan baik.
8. Berunding Dan Minta Nasihat Pakar
Oleh kerana setiap individu psoriasis mempunyai cara yang berbeza untuk menanganinya bergantung kepada keadaannya, maka sangat disarankan untuk rujuk dan berunding dengan doktor pakar dermatologi terlebih dahulu.

Produk Shaklee Yang Dicadangkan Untuk Pesakit Psoriasis

Set Detox
Bagi memastikan nutrisi badan diserap dengan baik oleh badan, set detox ini perlu diambil terlebih dahulu.
Set detox Shaklee ini mengandungi:
1. Vivix Shaklee

Vivix Shaklee merupakan minuman campuran botani dan revolusi terbaru dalam pemakanan yang mengandungi polifenol dengan gabungan unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.
Polifenol pula adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Vivix Shaklee membantu pesakit psoriasis dengan cara memperbaiki sel-sel DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membantu memperbetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.
2. DTX Complex
Ia mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu merangsangkan pembaikan dan regenerasi sel hati di samping mengekalkan pengaliran hempedu yang normal. Ia juga membantu badan menyingkirkan toksin.
3. Herblax
Berfungsi melawaskan dan membersihkan badan secara lembut melalui proses pembuangan harian. Ini menjadikan penyerapan nutrisi dan vitamin lain menjadi lebih mudah dan berkesan. Herblax membantu proses detox pada organ usus besar.
4. Alfalfa Complex
Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia bertindak mencuci hati, darah dan usus dengan menyingkirkan toksin dari badan. Ia juga membantu memulihkan dan mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membersih hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
Selain itu, ia berfungsi mengurangkan alahan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan. Di samping itu, ia membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol dengan bertindak seperti ‘span’ untuk menyerap lemak degil dan dinyahkan dari tubuh melalui proses pembuangan yang lancar.
5. Peppermint Ginger Plus
Mengandungi bahan seperti pudina yang kaya dengan vitamin C bagi membantu mengurangkan rasa loya dan mual.
Selain itu ia mengandungi halia yang membantu menyingkirkan angin dari badan dan baik untuk sistem penghadaman. Kandungan jintan manis di dalamnya bagus untuk mencuci usus dan perut. Ini sangat berfaedah buat perut berasid dan berangin.
Selepas detoks dengan supplement di atas, pesakit psoriasis juga disarankan untuk mengamalkan produk berikut:
1. Nutriferon
Nutriferon telah dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan kajian selama lebih 40 tahun. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells, makrofaj.
Bagi psoriasis, Nutriferon dapat membantu merangsangkan pengeluaran makrofaj untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Dengan ini, sel-sel akan menjadi lebih sihat. Nutriferon juga membantu memerangi virus di mana ia dapat mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti, kembung perut, rasa mual dan muntah-muntah.
2. Sustained Released Vitamin C
Ia bersifat antioksidan dan berfungsi untuk meningkatkan sistem imun. Nutriferon adalah pencetus, manakala vitamin C adalah askar yang bekerja untuk menjaga sistem imun kita. Jadi selain Nutriferon, vitamin C juga penting untuk sistem imun yang kuat. Selain itu vitamin C juga terbaik untuk kesihatan kulit.
3. Omega Guard
Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan Omega-3 yang 99.99% tulen. Minyak ikan boleh membantu meningkatkan imunisasi badan dan bersifat anti radang yang berfungsi mengawal keradangan kulit. Minyak ikan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE seperti psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun.
4. B complex
B complex membantu dalam proses penghasilan tenaga dan sangat berguna sebagai anti kemurungan (stress). Ia adalah nutrien anti-kemurungan. Oleh kerana salah satu sebab psoriasis menjadi bertambah teruk disebabkan oleh stress, maka b complex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis. Selain itu, b complex juga sangat baik untuk memperbaiki kesihatan saraf.

5. Energizing Soy Protein (ESP)
ESP Shaklee diperbuat daripada soya non-GMO dan selamat untuk diamalkan. Sumber protein ini membantu dalam proses pembinaan sel bagi menghasilkan sel yang lebih sihat dan sel yang rosak dapat diperbaiki.
Selain supplemen di atas, vitamin E juga bagus untuk membantu melembapkan kulit.
Anda boleh memilih supplement diatas mengikut keperluan, tetapi jika diambil semua dan bermula dengan set detox, hasilnya in shaa Allah lebih optimum dan berkesan.
Jangan biarkan sakit ini terus menjadi derita anda, kawal dan rawatlah segera.
Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen di atas atau untuk pertanyaan lanjut.

012-6830069
Bazilah


Continue Reading

Kelebihan Buat Business Shaklee Yang Tiada Pada Business Lain

Zaman sekarang yang mencabar ini sangat memerlukan seseorang untuk buat business bagi menampung keperluan harian. Bagi mereka yang masih tercari-cari perniagaan apa yang ingin dibuat, anda boleh memikirkan untuk menyertai Shaklee kerana pihak Shaklee memberikan banyak kelebihan kepada para pengedarnya. 
Di sini saya sertakan apa yang anda boleh dapat dengan membuat business Shaklee.


Manfaat Busines Shaklee

1. Faedah Khas
Bagi seorang Pengedar Bebas Shaklee atau Shaklee Independent Distributor, anda layak untuk membeli produk Shaklee pada harga ahli yang jauh lebih murah. Produk Shaklee sudah sememangnya berkualiti tinggi dan telah diuji secara klinikal. Jadi, apabila dapat membeli dengan harga ahli sudah tentu dapat jimat berganda.
2. Untung Runcit
Bila disebut mengenai business, sudah tentu semua orang inginkan keuntungan. Apa yang menariknya, Shaklee menyediakan untung runcit yang agak tinggi, 15-25%.
3. Bonus Peribadi
Apabila seseorang membuat jualan melebihi 150uv pada sesuatu bulan, dia berpeluang mendapat bonus peribadi pada pertengahan bulan berikutnya. Lebih banyak jualan, lebih banyak bonus yang akan diperolehi berdasarkan peratus kelayakan. Peratus maksimum yang boleh diperoleh adalah sebanyak 21% daripada jualan.
4. Berpeluang Naik Pangkat
Shaklee juga ada menawarkan peluang untuk setiap orang naik pangkat apabila cemerlang dalam perniagaannya. Contohnya, apabila seseorang telah mencapai jualan 3000uv pada sesuatu bulan, dia akan naik pangkat kepada Supervisor Shaklee. Dengan ini, lebih banyak peluang untuk dia lebih maju dalam business dan mendapat pelbagai kelebihan lagi.
5. Bonus Kepimpinan
Apabila seseorang pengedar menaja pengedar lain, dia layak mendapat bonus kepimpinan sekiranya jumlah jualannya melebihi jualan tajaannya. Namun, jika tajaan bawahnya membuat jualan lebih tinggi daripadanya, dia tidak layak mendapat bonus kepimpinan ini. Sememangnya business Shaklee ini business yang adil.
6. Program Insentif
Bonus Insentif Shaklee akan ditawarkan kepada Coordinator yang layak sebagai insentif dan ganjaran untuk prestasi perniagaan yang cemerlang. Terdapat bonus insentif khas tambahan sebanyak 0.5%, 1% dan 1.5% bagi Coordinator ke atas yang efektif.
7. Program Subsidi Kereta
Shaklee juga komited menghadiahkan usaha dan kejayaan anda dengan anugerah wang tunai bulanan. Pemimpin Jualan yang layak dalam program ini boleh menggunakan anugerah wang tunai ini untuk membeli kereta idaman mereka dan menikmati simbol kejayaan yang berprestij. 
8. Program Konvensyen
Apabila seseorang telah mencapai pangkat Supervisor, dia akan mendapat mata kredit untuk Program Konvensyen Shaklee yang menawarkan latihan, pengiktirafan peribadi, motivasi dan pelbagai keseronokan lain. Dari sini juga, mereka berpeluang berkenalan dengan rakan yang lain dan boleh berkongsi kisah perniagaan masing-masing.
9. Program Penajaan Antarabangsa
Shaklee juga telah memulakan Program Perkhidmatan ke seluruh dunia dan ini memberikan anda peluang untuk memperluaskan lagi perniagaan anda ke peringkat global menerusi Program Penajaan Antarabangsa. 
Beribu-ribu barisan tajaan telah melepasi sempadan antarabangsa dan menikmati faedah pendapatan yang semakin meningkat.
10. Mendapat Pengiktirafan
Dalam Shaklee, mereka yang cemerlang akan diberi pengiktirafan peribadi dalam penerbitan Shaklee, majlis penganugerahan dan konvokesyen Shaklee. Semua ini tak lain tak bukan sebagai tanda penghargaan atas segala kejayaan yang telah ditempa.
Menarik bukan, faedah-faedah yang ditawarkan? 
Lebih menarik lagi jika anda mendaftar keahlian Shaklee dengan saya. Saya mempunyai kumpulan yang sangat supportive dan saling menarik untuk bangun. Terdapat ramai mentor-mentor hebat dalam kumpulan saya yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan Shaklee ini. Mereka tidak lokek ilmu mengajar dari sekecil-kecil perkara mengenai business hingga sebesar-besarnya. Kami bagaikan satu keluarga yang besar.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami, sila hubungi saya, Bazilah di 012-6830069. Saya sedia membantu anda semua, InsyaAllah..
Continue Reading

Bagaimana Atasi Masalah Muka Breakout Akibat Alahan Dengan Selamat

Alahan atau alergi seringkali mengundang kegatalan, keresahan dan lebih teruk lagi parut walaupun alahan telah hilang. Setiap orang mempunyai alahan yang berbeza dan keseriusannya juga bergantung kepada individu. 

Bagi mereka yang mempunyai alahan sehingga menyebabkan parut pada kulit wajah, sudah tentu keyakinan diri untuk berjumpa orang ramai semakin berkurang. Tdak perlu terlalu risau, kerana saya akan berkongsi dengan anda cara terbaik bagaimana mengatasi masalah muka breakout akibat alahan dengan selamat. 
Cara ini telah terbukti berkesan kepada Puan Nor Shahizan yang alah kepada makanan terung, walaupun hanya sedikit. Kulit mukanya menjadi teruk akibat kesan parut selepas terkena alergi.
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5

TESTIMONI 35 : SHAHIZAN RAHIMI

.
[MUKA PECAH RUMAH]
.
“Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.
.
Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.
.
Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. “Ni memang takde lain la ni mesti makan terung” tak pun “dah tau alergik terung sapa suruh makan”. Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.
.
Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada “mata” kerana seringkali jerawat pastinya ada “mata” dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.
.
Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa “fake” sangat.
.
Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.
.
Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.
.
Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan “on time” muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar “Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni”.
.
Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai “ibu” segala masalah kulit kerana ia ibarat “trigger”. Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.
.
Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.
.
Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa.
.
Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.
.
#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, “Vivix luar dalam”.
.
Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan “sold out”nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin  #YOUTH Che Yan.
.
Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu.
.
Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
.
Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.
.
Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.
.
There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH.”

Menurut Cik Yan, dia menggunakan Set Radiant 5, Alfalfa, Vitamin C, Omega Guard, Vivix untuk kecantikan dari dalam dan Youth Skincare untuk kecantikan dari luaran. Mari kita lihat pula bagaimana supplemen Shaklee boleh membantu Cik Yan mengatasi masalah muka breakout nya yang disebabkan oleh alahan.

Cara Produk Shaklee Bantu Masalah Jerawat Teruk Pada Wajah

1. Alfalfa
Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu. Ia bertindak sebagai agen detoksifikasi yang mencuci hati, darah dan usus. Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
Selain itu, ia bertindak melawan alahan dengan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif dengan berkesan.
2. Vitamin C
Vitamin C membantu penghasilan kolagen semulajadi badan yang sangat penting untuk kulit yang cantik. Selain itu, ia bertindak mengurangkan pigmentasi pada kulit dan mencerahkan kulit wajah.
3. Omega Guard
Omega Guard mengandungi khasiat Omega-3 yang sangat berguna bertindak sebagai agen anti keradangan yang disebabkan oleh alahan. Selain itu, ia juga membantu memecahkan lemak serta kolestrok jahat (LDL) dan menambah kolestrol baik (HDL) dalam tubuh, mengandungi EPA dan DHA yang menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan meningkatkan sistem imun.
4. Vivix
Vivix mempunyai resveratrol di mana ia  mengandungi bahan polifenol dan antioksidan yang dapat membantu untuk melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol, meredakan tekanan darah, meningkatkan tenaga berterusan dan juga dapat membantu mengawal berat badan
Kajian makmal telah membuktikan Resveratrol melawan penuaan di peringkat selular, mengaktifkan tindakan genetic  (DNA) untuk mengawal atur tindakbalas dalam badan yang normal. 
Ia boleh bertindak memperbaharui sel DNA kulit yang baru dan lebih sihat agar kulit kelihatan lebih cantik. Selain itu, ia membantu melembapkan kulit agar lebih berseri.
5. YOUTH Skincare Shaklee
Keistimewaannya :
✅Produk YOUTH 100% vegan.
✅Cruelty Free (Tiada ujian ke atas haiwan dijalankan
✅ Bebas daripada 1500 bahan kimia dan bahan penjagaan kulit yang berbahaya.
✅Terbukti mempercepatkan pembaharuan sel kulit 10x ganda lebih cepat berbanding bias
✅ 8 tahun kajian & 8 paten & 8 patent pending
✅YOUTH direka khas untuk semua jenis kulit dan fokusnya untuk look younger longer.
Ini pula antara senarai bahan yang tiada dlm YOUTH. 
Ini sekadar senarai beberapa daripada 1500 bahan kimia berkenaan :
Lauril Sulfat/Laureth Sulfat
Pewangi Sintetik
Paraben
Pengawet Formaldehid
Resorsinol
Minyak Mineral/Paraffin/Petrolatum
Biji mikro (Plastik Mikro)
EDTA
Ethanolamines (MEA/DEA/TEA)
Benzofenon
Phthalates
Cyclosilicone
Sebatian ammonium kuartener
Quaternium-15
Hydroquinone
Pewarna Sintetik
Bahan-bahan dari haiwan
Lanolin
Propylene glycol
Logam Berat
Merkuri
Perak & Garam
Garam Barium
Pelarut
Toluene
Bahan Dorong Chlorofluorocarbon
Sebatian berfluorin
Tar Arang
Talkum
Gandum (Gluten) 
Bahan dalam Skincare YOUTH dan fungsinya yang menjadikan YOUTH ini sangat berkesan :
✅Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A – 
Apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia thats why ia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit dan kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembut.
✅Schisandra Chinensis Fruit Extract – berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.
✅Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) – untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.
✅Lotus Japonicus Extract – untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin dan memberikan ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.
✅Muscadine Grape Polyphenols – untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas kulit.
Beza YOUTH berbanding produk lain di pasaran
Keberkesanan YOUTH dibuktikan melalui Kajian Klinikal. 
Ujian klinikal ini dibangunkan oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.
Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ini mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut tersebut. 
Tanda-tanda penuaan lain yang dikaji adalah seperti:-
*Kedutan dan garis-garis halus
*Saiz pori-pori
*Tona kulit
*Kelembutan kulit
*Tekstur kulit
*Pigmentasi
*Seri kulit
*Kekenduran kulit
Keputusannya memang sangat luar biasa. Ia bukan sahaja semulajadi, malah berkesan dan dijamin selamat. 
Jika anda ada masalah yang sama seperti Cik Yan, jangan tunggu lagi. Segera hubungi saya untuk saya bantu anda!
Bazilah
012-6830069
http://www.wasap.my/60126830069


Continue Reading

Bagaimana Rawat Muka Dari Serangan Jerawat Dengan Selamat

Sebiji jerawat sahaja sudah menjadi musuh utama kulit muka, apatah lagi jika di serang dengan jerawat sepenuh muka? 
Demikianlah yang dialami oleh Yaya Abd Aris. Namun, dia mampu pulih daripada masalah serangan jerawat yang membelenggu nya ini dengan cara yang selamat dan berkesan! Apa rahsianya?
Mari kita ikuti kisahnya..

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5

TESTIMONI 3 : YAYA ABD ARIS

[MACAM MANA KULIT WAJAH SAYA PULIH DARI ‘SERANGAN’ JERAWAT]

“Assalamualaikum.. Saya yaya. Saya nak kongsikan testimoni saya sendiri tentang masalah jerawat yang telah ‘menyerang’ saya tahun lepas. Dan saya bersyukur sangat² sebab shaklee banyak sangat membantu memulihkan dengan cepat.

.

Sebelum tu nak bagi tahu, kulit saya memang tak ada masalah jerawat ni. pernah jerawat dulu pun masa sekolah. itu pun tak berapa teruk sangat.

Masa bulan jun 2017 kulit saya dah menampakkan jerawat² pasir. Silapnya bila saya pakai nutriwhite tanpa toner. saya hanya pakai pencuci, makeup remover dan nightcream je. baru saya tahu betapa pentingnya toner ni. memang best sangat pakai nutriwhite ni. memang dia bersihkan sampai kedalam pori tau. tapi sebab bila dah cuci tak ‘tutup’ dengan toner so kulit tu macam terdedah dengan bakteria. ni bukan sebab nutriwhite tau tapi sebab lepas habis saya pakai nutriwhite. Masa pakai nutriwhite tu hanya keluar jerawat pasir tapi mati balik dah jerawat tu. masih ok lagi.

.

lepas tu saya dah gabra sebab nutriwhite habis. Silap saya lagi, patut saya top up la lagi nutriwhite kan..tapi tak, tergoda pulak nak pi pakai pulak produk lain. (menyesal sangat² 😔) . baru pakai 2 hari kulit jadi bertambah teruk, mula tumbuh jerawat banyak. satu ni pun tak reda lagi dah keluar yang lain. terus buang. ( ni la akibatnya kan. padan muka sendiri! ) aduhaii.. betapa menyesalnya daku.

.

Kulit makin teruk, masa tu dah masuk puasa dah. kena pulak batuk yang kronik. sampai sesak nafas. muscle bengkak. rusuk sakit ya amat. tak boleh tarik nafas dalam². memang teruk sangat masa tu.

.

bayangkan nak raya masa tu, memang takde mood raya la jawabnya. rasa tak nak keluar rumah jumpa orang. nak bagi suami tengok muka ni pun rasa malu. Memang jiwa merudum masa tu. down sangat².

.

Start muka jerawat tu saya makan Vitamin C, Gla complex, Alfalfa pun ada makan juga masa tu kalau tak silap, Garlic pun saya makan. siap up dose lagi. sebab antibiotik semulajadi kan, Esp pun saya minum. Masa nak raya tu saya tambah lagi Vivix. Sebab batuk pula tu kan. Jadi saya memang ikhtiar dengan shaklee je.

.

Alhamdulillah sangat², kulit dah mula berubah. dari jerawat nanah tu dah terus mati. jadi parut² merah. masa ni saya amal pakai masker buat sendiri dari bahan² alami ni. letak vivix juga buat masker . dan ada juga letak bawang putih ( letak kat jerawat tu )

.

Bayangkan dari kulit yang teruk tu tak sampai beberapa bulan je saya dah pulih. hanya dengan makan vitamin shaklee. tak pakai yang lain, tak makan benda lain pun.

.

bulan November 2017 tu dah licin dah kulit. tinggal parut hitam je. cepat kan. padahal teruk tau. satu muka kena. tapi pulih dah. memang vitamin² tu sangat² membantu. serius!

Tapi masa tu tak terfikir nak ambil gambar. hanya ambil bila dah reda sikit je. boleh tengok gambar ni, ni kira dah ok sikit kalau tak lagi teruk muka. jerawat besar² dan bernanah. ada yg jerawat batu juga.

oh ya! batuk pun dah ok. lepas minum vivix tu, memang ok sangat lepas tu. bila bangun pagi selalu batuk² dulu. tapi masa tu perasan bangun pagi relax je. suami pun perasan juga batuk dah banyak kurang. kalau tak silap yang batuk ni tak habis lagi sebotol vivix tu ok dah.

Cuma tang jerawat je amik masa sikit beberapa bulan macam tu. nak pulih balik dari dalam. kita tak nak baik luaran je kan. so memang start tu takut nak pakai skincare sebarangan. hanya pakai produk shaklee saja. lagi bertambah percaya & yakin la kan dengan shaklee ni.

Sekarang, dah licin. parut pun dah hilang. kalau keluar jerawat tu, memang saya tak akan picit la..biarkan je.  tapi kadang² tu die keluar sekejap pastu hilang balik. haha..macam malu² nak keluar gituu..

Nak beli balik nutriwhite dah takde stok. sedihnya.. kena la tunggu youth.

.

Ni dah masuk skincare Youth. Terus grab full set. Kulit memang bertambah² elok. sangat² suka. hihi. nampak banyak perubahan. pori mengecil. kulit lembut. dulu ada garis kat bawah mata ni. sekarang ni takde dah.. memang banyak sangatlah perubahan. mungkin sebab saya tambah lagi dengan makan Set Cantik shaklee kan. keperluan nutrisi tu dibekalkan dari dalam juga.

Konklusinya, saya memang dah yakin dengan produk shaklee ni. banyak membantu. kalau orang nak tanya pasal set jerawat shaklee ni memang saya lagi terror la kan..haha sebab dah pernah kena dah dah pulih dengan shaklee. lagi confident nak cerita kat orang. Dan orang tengok kita pun orang percaya.

Alhamdulillah..syukur sangat².”

Dah baca kisahnya? Cara Yaya atasi masalah serangan jerawatnya adalah dengan menggunakan produk Shaklee baik dari dalam mahupun luar.

Bagaimana Produk Shaklee Ini Membantu Masalah Serangan Jerawat Dengan Selamat?

Rangkaian produk Shaklee semuanya telah dijamin selamat, semulajadi dan berkesan hasil ujian klinikal yang dijalankan pada setiap produk. Jadi, kita sudah tidak perlu ragu akan keselamatannya. Mari kita lihat bagaimana setiap produk ini membantu mengatasi masalah jerawat Yaya.
1. Vita C Shaklee



Vitamin C adalah antioksidan yang melindungi kulit dari sinaran UV dan menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi badan. Ia sangat terkenal sebagai vitamin untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ia boleh menghalang pigmentasi, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat.
2. GLA Complex

Bertindak mengawal hormon badan agar punca jerawat dapat diatasi. Perubahan hormon juga sebenarnya menjadi punca masalah jerawat berlaku.
3. Alfalfa Complex


Menyingkirkan toksin dari dalam badan yang menyebabkan punca jerawat.
4. Garlic Complex


Sumber antibiotik semulajadi yang bertindak menghalang bakteria punca jerawat terjadi dari terus merebak.
5. ESP


Sumber protein untuk memperbaiki sel-sel kulit. Juga untuk menghilangkan kesan-kesan parut jerawat. 
6. Vivix

Ia mengandungi antioksidan yang tinggi dan berkualiti untuk melindungi kulit dari radikal bebas, penyebab jerawat. 
Satu kajian klinikal sudah dibuat untuk membandingkan tahap perlindungan sel di antara Resveratrol (ramuan dalam Vivix), vitamin E dan vitamin C.
Keputusannya, Resveratrol mampu melindungi kerosakan sel setinggi 95%. Diikuti dengan vitamin E 65% dan vitamin C 37%. 
Ia juga menggalakkan penghasilan kulit baru yang lebih sihat dan cantik, selain memberi kelembapan pada kulit.
7. YOUTH Skincare

YOUTH SKINCARE mengambil masa 8 TAHUN kajian dengan 8 paten untuk pastikan ia betul-betul berkualiti. Berdasarkan kajian YOUTH ni, 100% wanita yang menggunakan YOUTH SKINCARE merasai perubahan setelah menggunakan YOUTH SKINCARE!
YOUTH SKINCARE ini ada 6 item semuanya:
1) LUMINOUS GEL OIL CLEANSER Membersih, menghalus, dan menyediakan kulit anda secara lembut untuk wajah lebih berseri.
2) PERFECTING SKIN TONER
Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit anda.
3) AGE DEFENSE MOISTURISER SPF 50
Melindungi, menyuburkan dan melembapkan kulit serta meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit.
4) YOUTH ACTIVATING SERUM
Menjana dan memperbaharui sel kulit pada peringkat sel untuk kulit lebih berseri dan lebih muda.
5) RADIANCE C + E  
Menggebu, mencerah dan mengurangkan penampilan garis halus, pigmentasi, menambahbaik tekstur serta tona kulit yang lebih sekata.
6) ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM
Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda, halus dan berseri.
Selain di atas, anda boleh juga menambah dengan vitamin E untuk kesihatan kulit. Vita E Shaklee mengandungi selenium & grape seed extract yang 50x ganda lebih berkesan berbanding Vita C. Ia bertindak menghalang sunburn, menghilangkan parut jerawat dan jeragat serta melembapkan kulit muka yang kusam dan kering. 
Persoalannya, perlukah anda ambil kesemuanya? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya bersedia membantu anda mengatasi masalah jerawat.
012-6830069
Bazilah


Continue Reading

Produk Terbaik Atasi Masalah Ibu Dalam Pantang Agar Tidak Meroyan

Tempoh berpantang betul-betul mencabar dan sangat menguji kesabaran baik ibu yang baru lepas bersalin, mahupun para suami, ayah kepada bayi anda. Apakan lagi jika berpantang anak yang kedua, ketiga dan seterusnya. Bagaimana mahu mengurus diri sendiri, bayi kecil dan anak-anak yang lain lagi? 
 
 
Semestinya ibu mahukan solusi yang terbaik untuk masalah ini. Jangan risau, saya akan kongsikan penyelesaian untuk masalah ini.
 

Sebelum itu elok kita ketahui apakah antara simptom atau situasi yang ibu bakal hadapi ketika dalam tempoh berpantang.

 

Simptom Ibu Bersalin :

 
✅Sembelit disebabkan kekurangan minum air atau makan makanan yang berserat dan sukar untuk meneran. Ini juga menyebabkan buasir
✅Sakit di bahagian faraj kerana jahitan episiotomi atau koyak sebab kepala bayi besar
✅Sakit di bahagian faraj akibat jangkitan kuman
✅Faraj berbau 
✅Pendarahan post partum dengan simptom seperti denyutan nadi yang pantas, pening kepala.
✅Sakit kepala akibat kesan sampingan epidural atau pra-eklampsia bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya dan insomnia akibat jadual tidur yang berubah mengikut keadaan bayi
✅Demam panas
✅Kemurungan berfikir hendak bunuh diri
✅Sakit rengat 
✅Bengkak susu
✅Rambut keguguran
✅Kulit muka pucat
✅Wajah kurang berseri
 
Melihat kepada senarai ini, sudah tentu bukan mudah untuk berpantang kerana ibu perlu sembuh sepenuhnya di samping melalui perubahan persekitaran dan jadual. Jadi, jangan ambil mudah dalam memilih set berpantang yang asal tangkap muat. 
 
 

Apakah kriteria yang para ibu cari dalam set berpantang?

 
1- Kurus ( utama )
 
2- Cepat pulihkan luka ( utama )
 
3- Milk booster ( sampingan )
 
4- Mudah nak ambil ( sampingan )
 
5- Bertenaga ( sampingan )
 
6- Kulit glowing sepanjang berpantang ( selalunya tiada dalam list )
 
Namun, adakah produk yang memberikan kesemua ini buat ibu dalam pantang?
 
Tidak mustahil, memang ADA!
Vivix jawapannya!
 
 

Apa Yang Vivix Boleh Bantu Ibu Berpantang?

 
✔️Menyembuhkan organ peranakan.
 
✔️Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
 
✔️Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
 
✔️Mengembalikan kecantikan tubuh.
 
✔️Mengelakkan stress atau gila meroyan.
 
✔Milk booster
 
✔Kulit berseri dan muka tidak kelihatan pucat
 
 
 
Vivix adalah minuman botanik yang dirumuskan dengan 4 kandungan utama iaitu anggur muscadine, lobak ungu, european elderberries dan polygonum cuspidatum. Khasiat resveratrol dan 15 polifenol yang terkandung di dalam Vivix membantu ibu yang sedang berpantang untuk sembuh segera dalam masa 1-2 minggu.
 
🍇Vivix Bersifat Antioksidan Paling Unggul
 
Semasa dalam tempoh berpantang, sangat penting untuk kita menjaga kesihatan diri kita di samping kita menjaga bayi. Bunyi seperti remeh kerana tempoh berpantang kita hanya berada di dalam rumah mana mungkin kita akan jatuh sakit.
 
Akan tetapi, kita perlu ingat bahawa diri kita juga terdedah kepada risiko atas faktor cuaca dan juga kesihatan mereka yang tinggal bersama dengan kita. Malah, tidak cukup nutrisi juga boleh mendedahkan kita kepada penyakit kerana menu berpantang yang agak ketat.
 
Jadi, dengan mengamalkan supplemen yang mempunyai antioksida tinggi ini, sekurang-kurangnya ia dapat memelihara tubuh badan kita daripada demam, selsema, penyakit berjangkit dan jangkitan kuman.
 
🍇Resveratrol Membantu Memperbaiki Sel
 
Proses kelahiran sama ada normal atau caesar, biasanya kedua-duanya akan melalui proses episiotomi, yakni dijahit. Resveratrol di dalam Vivix membantu untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Jadi, luka jahitan akan lebih cepat sembuh, kering dan kurang risiko bernanah.
 
Ada yang memberikan feedback apabila mengamalkan Vivix, luka caesar mereka sembuh dalam masa seminggu. Berbanding mengamalkan ikan haruan, doktor kurang menggalakkan kerana didapati ia akan menyebabkan adhesion, di mana usus melekat-lekat dan mendapat kesukaran untuk bersalin czer kali kedua atau seterusnya.
 
Apabila adhesion berlaku, tugas doktor menjadi lebih sukar kerana perlu memisahkannya terlebih dahulu dan ia bukan satu kerja mudah. Ibu boleh stress kerana terpaksa melalui proses pembedahan selama berjam-jam.
 
🍇 Polifenol memulihkan dan memberikan tenaga selepas proses kelahiran
 
Vivix mengandungi polifenol yang membantu untuk meningkatkan mitokondria dalam sel. Apabila bilangan mitokondria dalam sel bertambah, badan kita akan merasa lebih bertenaga.
Ibu berpantang perlu sentiasa bertenaga supaya dapat menguruskan diri dan bayi dengan baik.
 
🍇Resveratrol membantu meningkatkan metabolisme
 
Dalam tempoh berpantang, kebanyakan daripada kita perlu kurangkan gerakan. Jadi selama 44 hari kita tidak dibenarkan untuk bersenam, sedangkan ia penting untuk tingkatkan metabolisme badan. 
 
Apabila mengamalkan vivix, di dalamnya terkandung resveratrol yang telah dikaji oleh saintis membantu untuk meningkatkan metabolisme. Sebaiknya, dalam apa keadaan sekalipun, kita perlu kekalkan tahap metabolisme badan kita. Jika metabolisme kita turun, maka masalah berat badan boleh berlaku akibat makanan lambat untuk dicerna.
 
Testimoni Vivix
 
 

 

 
 
 
 

 

 
 
 
Ternyata, pilihan terbaik buat ibu bersalin semestinya vivix, di samping set bersalin Shaklee yang lain yang membantu ibu dan bayi mendapat nutrisi selengkapnya semasa dalam tempoh berpantang.
 
Para suami yang budiman, pastikan isteri anda dapat yang terbaik ketika berpantang. Dia telah berkorban bertarung nyawa melahirkan anak anda. Maka pelaburan untuk membeli vivix ini sangatlah berbaloi.
 
Hubungi saya untuk membeli atau untuk sebarang persoalan. Saya sudi membantu.
 
012-6830069
Bazilah
 
 
Continue Reading

Produk Penjagaan Kulit Bebas Merkuri Yang Selamat Dan Berkesan Dengan Cepat

Kegilaan wanita untuk cantik kadangkala buat golongan ini lupa tentang kandungan produk yang digunakan. Wanita sepatutnya prihatin dengan perkara ini kerana ada produk yang dijual di pasaran menggunakan bahan terlarang seperti racun berjadual dan merkuri.
Jangan risau, kerana di bahagian akhir artikel ini saya akan kongsikan dengan anda produk penjagaan kulit yang bebas merkuri, selamat dan yang penting berkesan dengan cepat walaupun diperbuat daripada bahan semulajadi. Tetapi sebelum itu, eloklah kita kenali kenapa merkuri berbahaya sehingga boleh mengancam nyawa.
Continue Reading

Peluang Mengasah Bakat Kepimpinan Melalui Business Shaklee

Sekiranya anda seorang yang berdaya saing dan ingin mengasah bakat kepimpinan, anda boleh fikirkan untuk menyertai Business Shaklee. Di Shaklee, kami bukan hanya berniaga, tetapi lebih daripada itu. Kami membina empayar kami. Nak ada empayar, sangat perlu kepada kepimpinan seseorang.

Bagaimana Perniagaan Shaklee Melatih Bakat Kepimpinan?

1. Bonus Kepimpinan
Shaklee komited untuk memberi bonus kepimpinan buat sesiapa yang layak. Dari sinilah bakat kepimpinan terasah. Jika seseorang berjaya menghasilkan pemimpin jualan downline pertamanya, dia layak untuk menerima Bonus Kepimpinan. 
Jadi, mereka yang betul-betul ingin memajukan perniagaan Shaklee nya akan berusaha mengajar pimpinannya supaya menjadi lebih baik lagi. Mereka lebih proaktif memikirkan cara untuk memajukan empayarnya. 
2. Program Insentif
Shaklee juga menawarkan Program Insentif berupa Program Konvensyen dan Subsidi Kereta kepada mereka yang menjadi Supervisor dan ke atas. Bermakna, seseorang perlu melatih diri dan anak buah agar terus berjaya. Ini sangat menguji cara seseorang mengendalikan anak buah masing-masing dan sekaligus mengasah bakat kepimpinannya.

3. Naik pangkat 
Apabila seseorang menaja pengedar baru dan meningkatkan lagi jualan produknya, perniagaannya akan turut berkembang. Ini melayakkan diri untuk kesemua pangkat pemimpin jualan, daripada Supervisor ke Coordinator sehinggalah ke Master Coordinator. Dengan setiap kenaikan pangkat, ganjaran dan tanggungjawab akan meningkat dan semakin banyak peluang untuk ganjaran kewangan.

4. Program Penajaan Antarabangsa
Shaklee juga telah memulakan Program Perkhidmatan ke seluruh dunia yang akan memberikan suatu peluang untuk memperluaskan lagi operasi perniagaan masing-masing di peringkat rangkaian global menerusi Program Penajaan Antarabangsa. 
Untuk mengembangkan perniagaan hingga ke peringkat ini, seseorang perlu secara aktif memimpin Pengedar di bawahnya supaya turut berkembang dan perlu juga pandai mengurusnya dengan baik. 
Akan tetapi, semua ini tidak akan tercapai jika anda memasuki kumpulan yang tidak aktif dan tidak saling menyokong antara satu sama lain.
Dalam kumpulan saya, yang bernaung di bawah Master Adilah Manaf Celikvitamin, kami mendapat bantuan sokongan yang tak putus-putus dan tunjuk ajar yang lengkap dari segala aspek – baik jasmani mahupun rohani. Bakat kepimpinan terasah dengan baik sekali.
Jadi, jika anda betul-betul ingin bekerja keras mengusahakan perniagaan Shaklee anda dan telah bersedia menyertainya, hubungi saya segera. Saya sedia membantu.
Hubungi :
012-6830069
Bazilah
Continue Reading

PCOS : Kenali Gejala, Punca Dan Cara Atasi Agar Mudah Hamil

Masalah PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) menyebabkan seseorang sukar untuk hamil kerana kitaran haidnya terganggu. Mereka mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi daripada biasa dan ini mengganggu kesuburannya. Perkara ini perlu dirawat segera agar keinginan untuk menimang cahaya mata termakbul. 

Sekiranya keadaan ini tidak dipulihkan dan mereka hamil, mereka berisiko dua kali ganda berbanding wanita normal untuk mengalami keguguran, melahirkan bayi pramatang, mempunyai tekanan darah tinggi dan diabetes gestasi. Namun, ini semua boleh diatasi.
Sesetengah wanita mula menyedari gejala semasa datang haid kali pertama. Manakala sesetengahnya lagi hanya mengetahui bahawa mereka mempunyai PCOS setelah mereka mengalami masalah berat badan atau kesukaran untuk hamil.

Gejala PCOS yang paling biasa adalah:

✅ Haid tidak teratur
✅ Pendarahan berpanjangan
✅ Pertumbuhan rerambut
✅ Jerawat
✅ Berat badan berlebihan
✅ Botak seperti lelaki
✅ Kulit menjadi gelap pada bahagian tertentu badan
✅ Pening kepala

Punca Masalah PCOS

Para doktor tidak mengetahui punca penyebab PCOS. Mereka percaya bahawa tahap hormon lelaki androgen yang tinggi menghalang ovari daripada menghasilkan hormon untuk membuat telur yang normal.

1. Gen

Menurut kajian, PCOS boleh diwarisi dalam keluarga. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan lebih dari satu gen.

2. Rintangan insulin

Sehingga 70 peratus wanita dengan PCOS mempunyai sel yang sedang tidak dapat menggunakan insulin dengan betul akibat rintangan insulin. Insulin adalah hormon yang dihasilkan pankreas untuk membantu tubuh menggunakan gula daripada makanan untuk tenaga.

Apabila insulin tidak digunakan dengan betul, badan menghantar signal yang ia memerlukan insulin lebih banyak. Maka pankreas menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengimbanginya. Insulin tambahan menyebabkan ovari menghasilkan lebih banyak hormon lelaki.

Antara penyebab utama ketahanan insulin adalah obesiti. Kedua-dua obesiti dan rintangan insulin dapat meningkatkan risiko diabetes jenis 2.

3. Keradangan

Badan pesakit PCOS biasanya mengalami peningkatan keradangan. Berat badan juga boleh menyumbang kepada keradangan. Kajian menunjukkan bahawa keradangan yang berlebihan menyumbang kepada tahap androgen yang lebih tinggi.

Tips Diet Dan Gaya Hidup Untuk Merawat PCOS

Rawatan untuk PCOS biasanya bermula dengan perubahan gaya hidup seperti penurunan berat badan, diet, dan senaman.

Kehilangan hanya 5 hingga 10 peratus berat badan anda boleh membantu mengawal kitaran haid kepada normal dan memperbaiki gejala PCOS. Penurunan berat badan juga boleh mengurangkan insulin dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.

Kajian yang membandingkan diet untuk pesakit PCOS mendapati bahawa diet rendah karbohidrat berkesan untuk menurunkan berat badan dan tahap insulin. Diet rendah glycemic index (low-GI), diet yang mendapat karbohidrat paling banyak dari buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian membantu mengatur kitaran haid lebih baik daripada diet penurunan berat badan biasa.

Beberapa kajian mendapati bahawa 30 minit senaman intensiti sederhana sekurang-kurangnya tiga hari seminggu boleh membantu wanita dengan PCOS menurunkan berat badan. Kehilangan berat badan dengan senaman juga meningkatkan paras ovulasi dan insulin.

Senaman adalah lebih berfaedah apabila digabungkan dengan diet yang sihat. Diet serta senaman membantu seseorang kehilangan lebih banyak berat badan daripada sama ada intervensi sahaja.

Supplement Terbaik Untuk Mengatasi Masalah PCOS

1. Omega-3

Asid lemak Omega-3 yang ditemui dalam minyak ikan adalah makanan tambahan yang sihat, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Kajian menunjukkan bahawa omega-3 dapat membantu dalam mengurangkan testosteron dan mengawal kitaran haid bagi wanita dengan PCOS. Satu lagi kajian mendapati bahawa, omega-3 meningkatkan tahap SHBG.

SHBG, atau hormon seks pengikat globulin, adalah protein yang mengikat estrogen dan testosteron untuk menormalkan tahap hormon terapung bebas. Apabila SHBG rendah, tahap testosteron meningkat. Testosteron berlebihan ini boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon PCOS.

Selain itu, Omega-3 boleh membantu mengurangkan keradangan di dalam badan. Ramai penyelidik mencadangkan bahawa keradangan adalah penyebab yang mungkin untuk rintangan insulin dan PCOS. Minyak ikan dapat membantu mengurangkan keradangan dan membolehkan sel anda menggunakan insulin.

Minyak ikan juga boleh membantu menurunkan berat badan dengan mengurangkan tahap leptin, yang dikaitkan dengan rintangan insulin. Rintangan leptin adalah apabila otak berfikir bahawa badan perlu menjimatkan tenaga, sehingga menyebabkan badan menyimpan tenaga dari makanan. Ini menambahkan berat badan. Berat berlebihan boleh menyumbang kepada keradangan dan sindrom metabolik.

Dalam Shaklee, Omega Guard mengandungi kandungan Omega 3 yang boleh membantu pesakit PCOS.

2. Kromium & zink

Kromium adalah mineral surih yang meningkatkan fungsi insulin. Ia boleh membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan, dan membantu mengekalkan keseimbangan hormon.

Satu kajian mendapati bahawa kromium membantu mengurangkan kadar gula dalam darah dan tahap insulin pada wanita dengan PCOS. Satu lagi kesimpulan bahawa tambahan kromium dapat membantu menurunkan tahap glukosa dalam darah dan glukosa tambahan ini, menyumbang kepada peningkatan berat badan dan ketidakseimbangan hormon.

Kromium adalah cara yang sangat berkesan untuk menyokong kebimbangan berkaitan insulin dengan PCOS.

Zink pula dapat membantu tubuh mengurangkan testosteron tambahan yang menyebabkan PCOS. Supplement ini sebenarnya mengurangkan enzim 5-alpha-reductase yang menukarkan testosteron menjadi androgen yang lebih kuat dipanggil DHT (yang menguatkan kesan testosteron).

Keupayaan zink untuk menyumbang kepada pengurangan tahap DHT telah menunjukkan ia berguna untuk mengurangkan pertumbuhan rerambut, jerawat, gangguan mood, dan peningkatan berat badan pada wanita yang mengalami PCOS yang berkaitan dengan testosteron yang berlebihan. Secara keseluruhan, kajian menyimpulkan bahawa zink mempunyai kesan positif terhadap profil metabolik wanita PCOS.

Kromium dan zink boleh didapati dalam Vitalea Shaklee (multivitamin terbaik)

3. Folat

Folat atau vitamin B-9, berguna untuk wanita dengan PCOS yang cuba hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa kombinasi folat dan inositol dapat meningkatkan kesuburan pada pesakit PCOS kerana keupayaan kombinasi ini untuk meningkatkan kepekaan insulin. Folat juga boleh membantu wanita dengan PCOS mengurangkan risiko keguguran dan kandungan mampu bertahan sehingga cukup bulan.

Folat atau vitamin B-9 ada dalam B complex Shaklee.

4. Magnesium & Vitamin D

Kebanyakkan wanita harus mengambil magnesium untuk kesihatan secara menyeluruh. Magnesium rendah telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, diabetes, strok, osteoporosis, dan kebimbangan serius yang lain. Mengambil magnesium boleh membantu mengurangkan risiko ini disamping dapat meningkatkan tenaga, mood, keseimbangan hormon dan banyak lagi.

Magnesium rendah dikaitkan dengan diabetes, kerana badan menggunakan magnesium dalam pecahan gula dan penggunaan insulin. Satu kajian mendapati bahawa 300mg magnesium pada waktu tidur mempunyai peningkatan yang signifikan dalam glukosa dalam darah dan tahap insulin. Oleh itu, peningkatan magnesium dapat membantu meningkatkan ketahanan insulin-dan dengan demikian PCOS juga.

Tambahan lagi, magnesium boleh membantu wanita dengan sindrom metabolik. Sindrom metabolik berkaitan dengan keradangan kronik, penambahan berat badan, dan ketidakseimbangan hormon, menjadikannya penyebab utama PCOS. Ulasan menyimpulkan bahawa supplement magnesium dapat mengurangkan risiko penyakit metabolik yang menyebabkan PCOS.

Vitamin D

Kajian telah membuktikan bahawa kekurangan vitamin D mempunyai kesan negatif terhadap wanita dengan PCOS. Malah, ia mempunyai kesan yang serius kepada semua orang. Gejala-gejala kekurangan vitamin D termasuk rintangan insulin, peningkatan berat badan, dan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes – semuanya dikaitkan dengan PCOS.

Vitamin D juga terlibat dalam pematangan dan perkembangan telur dalam ovari. Oleh itu, tanpa vitamin D yang mencukupi, ovari tidak boleh menghasilkan telur yang subur dengan betul. Supplement vitamin D sebenarnya boleh membantu mewujudkan folikel yang sihat di ovari yang mendorong telur melalui tiub, dengan membantu wanita untuk ovulasi dan berjaya hamil. Ini adalah amat penting kepada wanita dengan PCOS, yang mana ovarinya tidak berfungsi pada kapasiti puncak.

Satu kajian menunjukkan bahawa tambahan kalsium dan vitamin D menunjukkan kesan positif terhadap:

✅ Pengurangan berat badan
✅ Kematangan folikel dan telur
✅ Kitaran haid yang tetap
✅ Peningkatan kesuburan

Selain itu, vitamin D memainkan peranan penting dalam metabolisme glukosa. Vitamin D adalah pasangan tangan kanan insulin dalam memecahkan glukosa dan gula. Ini boleh meningkatkan kepekaan insulin pada wanita dengan PCOS.

Magnesium dan vitamin D boleh didapati dalam Ostematrix Shaklee

GLA Complex Shaklee diekstrak dari bunga borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO. Ini dapat membantu wanita menghasilkan mukus serviks yang lebih berkualiti dan sebagai medium persekitaran untuk sperma berenang dari tiub fallopio ke ovum untuk persenyawaan.

Persekitaran yang kering di dalam vagina menyukarkan renangan sperma seterusnya menjejaskan peluang berlakunya persenyawaan. Lendir serviks yang subur dan berkualiti membantu sperma dapat bertahan sehingga 5 hari di dalam rahim.

GLA yang merupakan sejenis asid lemak omega-6 akan ditukarkan kepada prostaglandin iaitu sejenis enzim yang dapat menolong wanita mengawal atur hormon reproduktif wanita.

GLA Complex Shaklee membantu mengawal selia hormon Estrogen dan Testosteron, seterusnya membantu wanita mendapatkan kitaran haid yang teratur.

GLA membantu mengukuhkan plasenta dan meningkatkan lapisan uterus. Ini penting untuk membantu telur yang telah bersenyawa untuk melekat dan bercambah (tumbuh).

CoQTrol Plus Shaklee ini kaya dengan CoQ10, yang membantu dalam penghasilan telur / ovum yang matang dan berkualiti. Ia adalah kunci utama ke arah persenyawaan yang berjaya.

CoQ10 adalah nutrien larut lemak. Ia penting dalam penghasilan tenaga dalam sel.

CoQ10 adalah supplement popular untuk kesihatan jantung, namun hakikatnya mempunyai peranan AMAT PENTING dalam konteks kesuburan, sama ada lelaki atau pun wanita.

CoQ10 berperanan  menghasilkan ATP, iaitu sumber tenaga untuk proses penghasilan telur, ovulasi dan perkembangan embrio di dalam rahim. Ia juga membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti telur.

Resveratrol, antioksidan yang terdapat dalam kulit buah anggur, buah beri, wain merah, dan kekacang telah menunjukkan hasil yang menggalakkan untuk membantu mengembalikan keseimbangan hormon dan kesuburan pada wanita dengan PCOS. Ini adalah menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Endocrine Society Endokrinologi & Metabolisme Klinikal.

Vivix Shaklee dirumus khas daripada anggur muscadine dan 3 bahan aktif yang lain iaitu purple carrot, european elderberry dan polygonum cuspidatum. Keempat-empat bahan aktif ini kaya dengan resveratrol dan polifenol yang lain yang berupaya membantu dalam mengatasi masalah PCOS terus ke peringkat DNA.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai masalah PCOS, pengambilan supplemen Shaklee sangat membantu anda mengatasi masalah kesuburan dan berpeluang tinggi mendapatkan zuriat yang diidam-idamkan, insyaAllah.

Yang pastinya, produk Shaklee telah terbukti secara klinikal selamat, semulajadi dan berkesan!

Jangan bersedih lagi. Kini, harapan anda semakin cerah untuk mengandung. Dapatkan supplemen Shaklee sekarang!

Hubungi:
012-6830069
Bazilah


Continue Reading

Peluang Buat Duit Dengan Manfaatkan Sosial Media Yang Ada

Zaman yang serba canggih ini sangat rugi jika kita tidak menggunakan peluang yang ada sebaiknya. Daripada kita scroll sosial media bersahaja, apa kata kita buat duit dengannya? 

 

Tambahan lagi keadaan ekonomi tidak menentu sekarang ini. Sekurang-kurangnya, dapatlah kita menjana pendapatan dan pulihkan ekonomi sendiri. Di sini saya kongsikan peluang buat duit dengan business Shaklee beserta manfaatnya.


Kelebihan Buat Duit Dengan Menggunakan Sosial Media 

1. Mudah
Business hanya di hujung jari, asalkan ada perkhidmatan internet. Walaupun keluar bercuti ke luar negara, duduk di rumah, hatta terlantar di atas katil pun business tetap boleh berjalan.
2. Modal yang rendah
Perniagaan atas talian menggunakan modal yang lebih rendah berbanding perniagaan di premis perniagaan. Ini sangat sesuai kepada mereka yang baru mahu bertapak memulakan perniagaan.
3. Keuntungan tanpa batasan
Dengan business di atas talian, anda berpeluang mendapat keuntungan berlipat kali ganda tanpa batasan, asalkan anda betul-betul ingin lakukannya dengan bersungguh. Anda tidak perlu ke tempat tertentu untuk berniaga, tetapi hanya berada di tempat anda sendiri.
4. Peluang capai target audience tinggi
Dengan sosial media, anda boleh menyusun sasaran pengguna dengan lebih mudah dan efektif. Dengan itu, lebih tinggi peluang untuk mencapai sasaran pengguna dan lebih tinggi peluang jualan. Ia tidak hanya tertakluk kepada kawasan sekitar sahaja, malah boleh merentas benua!
5. Semua orang menggunakan sosial media
Era sekarang boleh dikatakan semua orang menggunakan sosial media untuk berhubung. Tambahan pula, peluang untuk membuat jualan kepada kenalan yang sedia ada lebih tinggi berbanding orang asing, kerana telah wujud kepercayaan antara penjual dan pembeli.
 
6. Tiada batasan masa

Jika bekerja di pejabat, seseorang lebih terikat pada waktu pejabat yang ditetapkan. Begitu juga jika berniaga di premis, ada waktu urusniaga tertentu yang perlu diikuti dan perlukan masa untuk menyusun barangan atau stok.

Namun, dengan berniaga menggunakan sosial media, anda boleh lakukannya pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian masing-masing. Jika anda sukakan kebebasan masa, perniagaan jenis ini sangat bertepatan dengan anda!

7. Kos pengurusan lebih rendah 

Jika berniaga di premis perniagaan, kos pengurusannya lebih tinggi kerana perlu mengambil kira kos penyimpanan stok, upah pekerja, kos elektrik, kos ruang dan sebagainya.

Namun, jika anda menggunakan sosial media untuk berniaga, kosnya lebih murah kerana anda hanya perlukan kos untuk internet dan gajet. Pengendaliannya juga lebih mudah berbanding berniaga di premis perniagaan.

Semua manfaat ini anda boleh dapat dengan business Shaklee! Lebih menguntungkan lagi, bahan-bahan untuk tujuan pemasaran boleh didapati secara percuma.

Kumpulan sokongan dan bimbingan yang eksklusif akan diberikan kepada anda jika anda berniaga di bawah kelolaan saya. Anda akan diajar dari awal hingga akhir, dan anda berpeluang mendapat pengisian dari mentor-mentor yang telah berjaya!

 
Anda masih berkira-kira? 
Mintalah petunjuk daripada Allah agar ditunjukkan jalan yang terbaik.
Sekiranya anda telah bersedia dan betul-betul ingin melakukannya dengan bersungguh-sungguh, hubungi saya segera. Saya sedia membantu.
012-6830069
Bazilah
Continue Reading