Cara Hilangkan Lingkaran Gelap @ Dark Circle Di Bawah Mata :
1. Timun
Timun memang terkenal sebagai agen kecantikan untuk mata. Ia bertindak mencerahkan kulit dan merawat lingkaran gelap di bawah mata. Selain itu, ia membantu menyegarkan mata juga.
Caranya dengan hiris nipis timun dan sejukkan selama 30 minit. Letakkan hirisan timun tadi pada lingkaran gelap mata selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air. Ulang langkah ini 2 kali sehari selama seminggu sehingga nampak perubahan.
2. Tomato
Tomato terkenal sebagai ‘agen peluntur’ yang boleh mencerahkan kulit dengan berkesan.
Caranya, campurkan 1 sudu kecil jus tomato dengan 1 1/2 sudu kecil jus lemon. Sapukan campuran ini secara perlahan-lahan dan biarkan dalam 10 minit. Bilaskan dengan air sejuk. Ulang 2 kali sehari selama 2 – 3 minggu.
3. Kentang mentah
Kentang mempunyai agen peluntur penting yang membantu mencerahkan lingkaran hitam di sekitar mata.
Caranya, sagat kentang yang sejuk untuk dapatkan ekstrak jusnya. Kemudian rendamkan bebola kapas ke dalam jus tadi dan letakkan di atas kelopak mata. Pastikan ia menutup kesemua lingkaran hitam di sekitar mata. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk. Ulang 1-2 kali sehari selama 2 – 3 minggu untuk menampakkan kesan.
4. Minyak badam
Minyak badam boleh membantu mencerahkan lingkaran gelap pada mata, dan lebih berkesan apabila dicampurkan dengan minyak vitamin E.
Caranya, sapukan minyak badam pada lingkaran gelap mata dan urut perlahan-lahan. Biarkan semalaman dan bilas pada keesokan paginya. Ulang setiap hari hingga lingkaran gelap mata hilang.
Keberkesanan cara di atas bergantung kepada sejauh mana anda konsisten mengulanginya. Selain itu, sekiranya anda merasakan agak remeh untuk menyediakannya, anda boleh juga gunakan cara yang lebih mudah dan berkesan serta selamat, iaitu menggunakan produk Shaklee.
Bagaimana Shaklee Membantu Menghilangkan Lingkaran Gelap @ Dark Circle Di Bawah Mata
Pengambilan vivix secara konsisten membantu menjadikan kulit lebih awet muda dan lingkaran hitam bawah mata semakin hilang kerana sel kulit sentiasa diperbaharui.
Mengandungi 500 mg kandungan vitamin C yang terkenal untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vitamin C membantu mempercepatkan penghasilan kolagen dalam badan di samping mengelakkan pigmentasi berlaku pada wajah dan menjadikan kulit lebih cerah. Dengan itu, lingkaran hitam bawah mata juga makin berkurang.
Formulasi sustained release pada Vita C Plus Shaklee ini memastikan vitamin C yang larut air dirembeskan secara perlahan-lahan secara optimum, sesuai dengan keperluan sistem badan. Apabila penyerapan yang optimum berlaku, kesan yang positif boleh didapati dengan lebih cepat.
4. Energizing Soy Protein (ESP)
ESP merupakan protein kacang soya yang bertindak membaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan memperbaharuinya. Dengan itu, kulit wajah akan kelihatan lebih segar dan cantik. Lingkaran hitam bawah mata akan semakin berkurang kerana terhasil tisu kulit yang baru yang lebih sihat.
Penggunaan keempat-empat produk untuk dalaman ini memastikan lingkaran hitam bawah mata semakin berkurang dalam masa yang singkat secara semulajadi dan selamat.
Rangkaian Youth Skin Care
Ia bebas 2500 bahan kimia berbahaya dan 1500 bahan cemar yang kebanyakannya terdapat dalam skincare produk lain. Tidak terdapat unsur haiwan di dalam produknya, bahkan 100% vegan dan bebas gluten.
100% ujian klinikal yang dijalankan mendapati ia berkesan menjadikan kulit lebih muda, malah 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun kelihatan lebih muda. Ia juga kaya dengan nutrien anti penuaan yang berupaya menganjalkan kulit dan menghilangkan kedutan. Boleh baca mengenai item yang terdapat dalam set YOUTH di sini.
![]() |
Kedutan tepi mata makin pudar |
![]() |
Muka yang berlubang semakin pulih |
![]() |
Jerawat semakin pudar |
![]() |
Liang pori semakin mengecil |
![]() |
Liang pori mengecil dan kulit lebih licin |
![]() |
Liang pori mengecil |
![]() |
Jerawat semakin pulih dan kulit lebih licin |
Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran amat penting bagi mengatasi masalah lingkaran hitam @ dark circle bawah mata dengan cepat, berkesan dan selamat. Yang paling penting adalah anda mendapatkan produk berkualiti tinggi yang terbukti benar-benar selamat, walaupun diambil dalam satu jangka masa yang panjang.
Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk ini sekarang, atau ingin bertanya dengan lebih lanjut.