Rawatan Semulajadi Untuk Luka Bernanah Pada Ibu Hamil

Ibu mengandung seringkali mengalami pelbagai kesukaran dan ketidakselesaan semasa dalam tempoh kehamilan. Keadaan akan menjadi bertambah teruk sekiranya si ibu mengalami sebarang luka sehingga menjadi bernanah, kerana ini akan menyukarkan tugas harian si ibu. 
Image result for festering wound at feet
Luka bernanah adalah keadaan di mana cecair kuning atau putih berkembang dalam luka disebabkan oleh bakteria. Sekiranya luka dibiarkan terbuka, ia lebih cenderung untuk dijangkiti. Oleh itu, seseorang perlu mengelakkan luka terbuka. Dalam artikel ini, anda akan ketahui kaedah rawatan yang boleh diambil oleh ibu mengandung yang mempunyai luka bernanah pada kulit. Sebelum itu, anda juga perlu ketahui faktor risiko luka dijangkiti dan simptom atau gejala yang timbul apabila terdapat jangkitan pada luka. 

Faktor Risiko 

Luka lebih cenderung untuk dijangkiti sekiranya :
1. Berpunca dari lubang akibat tusukan seperti dari kuku atau kaca.
2. Berpunca daripada gigitan haiwan atau manusia.

3. Tidak dibersihkan atau dirawat dalam masa 8 jam

4. Berlaku pada tangan, kaki, ketiak atau pangkal peha.
5. Mengandungi kotorang atau air liur

6. Mengambil masa yang lama untuk sembuh

7. Berlaku kepada ibu yang menghidap kencing manis, minum alkohol atau mempunyai sistem imun yang lemah

Simptom Jangkitan 

Sila dapatkan rawatan dari doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti :
  • Keluar air berwarna kuning, kuning-hijau atau berbau busuk dari luka
  • Terdapat rasa sakit, bengkak, kemerahan pada luka atau kawasan berdekatan luka
  • Terdapat perubahan pada warna atau saiz luka
  • Terdapat garis merah di sekitar luka
  • Demam
Rawatan Semulajadi Untuk Luka Bernanah Pada Ibu Hamil
1. Bersihkan luka
Bakteria akan menjangkiti luka menjadikannya menjadi bertambah teruk. Ini akan membuatkan masa untuk pulih menjadi lebih lama.  Jadi, pastikan luka dibasuh dengan air sehingga bersih atau menggunakan sabun antibakteria seperti dettol. 
2, Sapu dengan antibiotik ointment
Bagi mengelakkan bakteria menjangkiti kawasan luka, anda boleh menyapukan kawasan luka dengan antibiotik ointment yang boleh didapati di farmasi.
3. Pastikan luka bersih dan kering
Dalam masa 24 jam yang pertama, pastikan  luka sentiasa bersih dan kering.

4. Tutup luka
Kawasan luka boleh ditutup dengan kain kasa atau pembalut, tetapi hendaklah ditukar selalu dan dipastikan sentiasa bersih. 
5. Tukar balutan
Tukar balutan setiap hari, lebih baik dengan menggunakan sarung tangan plastik yang steril. 
Selain itu, terdapat juga supplemen yang selamat untuk ibu hamil yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dengan cara memberikan nutrisi kepada badan agar badan dapat menjalankan aktivitinya semula seperti biasa. 


1. Sustained Release Vita C Plus Shaklee

Kandungan vitamin C di dalamnya membantu merangsang kulit menghasilkan kolagen dan menghasilkan kulit baru yang lebih sihat dan cerah. Selain bertindak mencantikkan kulit, vitamin C mampu meningkatkan sistem imun seseorang dengan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman dan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.

2. Garlic Shaklee

Image result for garlic complex
Garlic Shaklee berbeza dengan bawang putih yang dimakan setelah dimasak kerana ia mengekalkan kandungan allicin aktif. Garlic bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang selamat digunakan dalam jangka masa panjang untuk meningkatkan sistem imun badan dan menghalang bakteria dan kuman dari merebak. 
Luka bernanah yang tidak dirawat akan mengakibatkan ketidakselesaan yang berpanjangan dan ibu hamil akan mengalami kesukaran menjalani aktiviti harian. Ia mungkin akan mengakibatkan pelbagai sakit lain sekiranya dibiarkan melarat. Rawat luka anda segera sebelum terlambat.
Anda boleh membeli suplemen anda di sini :

Atau hubungi saya, Bazilah di :

012-6830069
ID : 1251677











You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge