Tahniah! Anda bertuah kerana anda adalah antara berjuta pasangan yang diberikan rezeki oleh Allah mempunyai kehamilan kembar! Anda mungkin berasa bahagia, dan mungkin juga bimbang akan kandungan anda ini. Kehamilan kembar sama sahaja seperti kehamilan tunggal yang lain, di mana kedua-duanya mempunyai risiko. Cumanya, risiko kehamilan kembar adalah lebih tinggi dan memerlukan persiapan yang lebih baik dari segi fizikal dan mental supaya bayi kembar yang bakal dilahirkan lebih sihat.
Komplikasi Kehamilan Kembar
Kehamilan normal pada twin baby bergantung kepada banyak faktor, termasuklah bagaimana posisi bayi ketika kelahiran dan bagaimana bayi melalui kelahiran ini. Ia juga bergantung kepada kesihatan ibu.
1. Posisi Bayi
2. Keadaan Bayi
3. Kesihatan Ibu
Persiapan Yang Perlu Dilakukan Untuk Kehamilan Kembar Yang Sihat
1. Pemeriksaan Antenatal Care Yang Teratur
Setiap ibu yang mengandung perlu melakukan pemeriksaan antenatal care atau pemeriksaan ibu mengandung yang teratur supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap kehamilan anda, baik kepada si ibu mahupun bayi.
Lebih-lebih lagi untuk kehamilan kembar ini, anda perlu melakukan pemeriksaan yang lebih teratur dan sesuaikan jadual yang diberikan untuk mengawal kehamilan kembar anda supaya dapat mengurangkan risiko atau sebarang masalah yang berkaitan dengan kehamilan kembar.
Dengan ini, anda akan lebih yakin bahawa anda dalam keadaan yang terkawal dan dapat menangani sebarang masalah yang timbul sebaik dan secepat mungkin.
2. Rehat Yang Cukup
Kehamilan kembar menyebabkan tubuh anda bekerja lebih dua kali ganda daripada biasa. Oleh itu, anda memerlukan rehat yang mencukupi iaitu 2 kali lebih banyak. Cubalah untuk mencari waktu untuk beristirehat daripada aktiviti anda setiap hari. Carilah bantuan untuk melakukan sebarang kerja. Doktor anda mungkin akan mengesyorkan supaya anda mengambil cuti kerja lebi awal jika anda bekerja.
3. Berbincang Dari Sekarang
Sepanjang kehamilan ini, anda akan mengalami beberapa perubahan dalam perasaan anda. Berbincanglah dan luahkan segalanya kepada pasangan anda.
Selain itu, rancangkan perkara yang anda ingin lakukan kerana segalanya akan berubah selepas kehadiran si kembar. Semestinya, anda akan lebih sibuk selepas kehadiran mereka. Jadi, amat penting untuk anda mencari waktu pada ketika ini untuk membincangkan dan merencanakan apa yang perlu dilakukan supaya tidak timbul masalah ketika kelahiran nanti.
Dokongan dan sokongan suami dan ahli keluarga terdekat amat diperlukan pada ketika ini. Dengan persiapan dan perancangan awal, ia dapat membantu anda untuk mempersiapkan diri dan mengatasi segalanya dengan lebih baik.
4. Makanan Berkhasiat Yang Mencukupi
Berat badan bayi yang rendah merupakan salah satu daripada kebanyakn masalah yang sering berlaku pada kelahiran kembar. Dengan memberikan makanan yang cukup dan sihat disertai dengan diet yang seimbang, ia akan membantu menurunkan kemungkinan masalah ini.
Anda disarankan supaya mengamalkan pemakanan dengan makanan berkhasiat yang mencukupi. Kehamilan kembar ini memerlukan anda mendapat tambahan 300-500 kalori sehari. Makanlah dengan variasi makanan yang seimbang.
Anda digalakkan untuk makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati, ayam, limpa, sotong, ikan bilis, ikan dan kerang jika dari sumber haiwan dan pegaga, kangkung, pucuk paku, kailan, dan bayam dari sumber sayur-sayuran hijau.
Doktor juga akan menasihatkan anda mengambil Pil Hematinik sepanjang kehamilan bagi menambah darah dan mengelakkan kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan untuk mendapat tenaga.
Pil Hematinik perlu mengandungi zat besi (Iron), asid folik, vitamin B kompleks yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan.
1. Vita-Lea Iron Formula
2. B-Complex
3. Sustained Release Vita C Plus
Vitamin C sangat penting bagi membantu meningkatkan penyerapan vitamin-vitamin lain di dalam badan lebih-lebih lagi kepada ibu yang mengandungkan anak kembar, di mana keperluan nutrisinya lebih 2 kali ganda berbanding wanita lain.
Formula khas Sustained Release di dalam vitamin C Shaklee memastikan vitamin C yang dibekalkan dilepaskan secara perlahan-lahan, tidak sekali gus kerana vitamin C adalah vitamin larut air yang akan disingkirkan melalui air kencing. Ini membolehkan badan dapat menyerap vitamin dengan seoptima mungkin bersesuaian dengan fungsi tubuh.
Manfaat vitamin C yang lain adalah untuk membentuk kolagen, iaitu sebatian asas otot, rangka, gusi, tisu dan tulang bagi memastikan pembentukan bayi kembar yang normal mengikut tahap.
4. Ostematrix
Kandungan utamanya adalah kalsium, yang sangat penting untuk pembentukan tulang bayi kembar anda dan bagi memastikan tulang si ibu cukup padat sepanjang proses kehamilan. Rumusan khas Ostematrix Shaklee yang mengandung vitamin D dan magnesium membuatkan ia berbeza daripada vitamin biasa di pasaran.
Vitamin D dan magnesium diperlukan untuk meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh badan ibu dan membantu ibu mendapat tidur yang lena pada waktu malam serta mengelakkan risiko mendapat sembelit dan buasir. Ibu yang mendapat cukup kalsium juga dapat mengelakkannya dari mendapat kekejangan kaki.
5. Energizing Soy Protein (ESP)
Kandungan protein yang tinggi di dalam ESP sangat penting bagi memastikan perkembangan tisu-tisu si kembar dan ibu terbentuk dengan sihat. Protein sangat penting dalam membaiki tisu-tisu yang rosak lebih-lebih lagi untuk ibu yang mengandungkan anak kembar. Pengambilan ESP memudahkan ibu mendapatkan sumber protein dengan cepat, di samping memastikan si ibu kekal bertenaga dan tidak mudah letih walaupun badan menggunakan lebih tenaga ketika hamil anak kembar.
Perbezaan ESP Shaklee ialah ia menjamin penyediaan 9 amino asid penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Kadar glisemik indeksnya juga rendah dan sangat sesuai diambil oleh ibu hamil anak kembar bagi mengelakkan diabetes. Glisemik indeks yang rendah membolehkan makanan ditukarkan secara perlahan-lahan kepada tenaga dan membantu si ibu dari berlapar.
6. Omega Guard Shaklee
Ia mengandungi kandungan minyak ikan tulen yang lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA dan DHA yang sangat membantu perkembangan otak dan mata si kembar anda. Pengambilan Omega 3 pada bulan-bulan terakhir kehamilan dibuktikan oleh kajian dapat membantu meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi. Jadi, si kembar perkembangan otak si kembar anda akan menjadi lebih sihat.
Perbezaan Omega Guard Shaklee ialah ia merupakan minyak ikan bergred Farmaseutikal yang dilakukan penyulingan molekul 3 peringkat bagi menyingkirkan komponen berbahaya dan memastikan ketulenan dan kepekatan yang tinggi. Kandungan EPA dan DHA nya lebih tinggi berbanding jenama lain dan mempunyai bau dan rasa hanyir yang minimum. Lebih menarik, ia diiktiraf oleh Friends of the Sea.
Testimoni Pengguna Shaklee
Kehamilan kembar pastinya anugerah daripada Allah yang tidak terhingga bagi anda dan persiapan yang terbaik untuk menghadapinya adalah antara tanda anda mensyukuri nikmat ini dan bersedia menghadapinya. Pastikan si kembar anda mendapat nutrisi yang terbaik bagi menjamin kesihatan yang lebih baik selepas kelahirannya.