Pengalaman Yang Paling Tak Dapat Dilupakan

Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Dan tiap satu pengalaman tu Allah taylor made utk dia. Mungkin biasa-biasa bagi orang lain, tapi sgt bermakna bagi kita.. 😊
Kisah atau peristiwa yang paling saya tak dapat lupakan dalam hidup adalah, pengalaman melahirkan budak ni. 
Ye la, first time mom kan. Masa pregnant tu kerja & PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan suami. Tapi masa nak dekat bersalin tu, gamble je suami beli tiket balik Malaysia. Due patut 24 Sept. Suami balik 13 Sept.
Excited drive amik suami sorang2 dari airport. Hantar ke rumah, terus pergi kerja jugak. Dekat ofis dah start rasa sakit pinggang. Tapi teruskan jugak sampai petang.
Perjalanan ke rumah dari ofis hampir sejam. On the way tu sakit pinggang sangat2. Tak pasti ni tanda nak bersalin ke? Alhamdulillah sampai jugak rumah..
Malam tu tak boleh nak tido sgt. Duk baca surah Maryam mohon Allah permudahkan. Esok pagi baru gi hospital.
Tapi kat hospital ok pulak. Cuma dah kena tahan ward la. So sempat la beramah mesra sembang dgn ibu2 lain. Diorang duk cerita kisah bersalin anak b4 ni. Cuak katanya, sbb dah tau rasa sakitnya bersalin.
Oh pulak, ingatkan dah ade experience lagi bersedia. Tak pe la, tawakkal je. Byk kan tawaf, istighfar n baca doa Nabi Yunus macam yg nurse ajar.
Punya la nak baby cepat keluar, malam tu minta doktor induce. Atas alasan, suami kat oversea n balik time tu. Tapi doktor tak bagi. Sbb dia kata bila2 masa je baby dah boleh keluar secara semulajadi. Kang kalau induce baby tersekat tak boleh keluar kena operate pulak, lagi bahaya. 
Ok la doktor. Memang alhamdulillah, tak lama lepas tu dah rasa sakit yg kerap. Masuk labour room. Tapi suami blom dtg. Sorang2 dalam tu. Ya Allah, rasa macam ada diri sendiri dengan Allah je. Macam rasa nak putus nyawa pun ada. Masa tu la rasa sangat pergantungan pada Allah sahaja, tak de org lain. Mulut terkumat kamit baca apa yg ingat.
Tak lama pastu nurse dtg. Dia nampak saya dah sakit kot, dia bagi sedut gas. Saya tanya, ‘oksigen’ ke ni? Punya la tak buat research b4 tu. Nurse pon ye kan aje. Dan sebab ingat dia oksigen, sedut je la. 
Lepas tu rasa la tak sakit sgt. Bila dah cek bukaan, disuruh kita push. Tapi sbb tak sakit, push biasa je la. Akhirnya baby keluar jgk. 
Nurse ckp, tahniah, mudah bersalin anak pertama. Saya rasa, ha? Mudah ke ni? Rasa macam seksa je. Maklumlah tak pernah rasa. Mungkin ada org lebih susah kot.
Pastu masa jahit pon tak rasa sgt. Cuma badan rasa lemah sgt2, lembik je. Lepas tu rasa nak tido je. Ye la, last makan jam 6pm, bersalin pukul 1.44am. In between tu tak makan apa sbb tak tau kena ade tenaga utk nak push.. πŸ˜…
.
.
Maka bermulalah episod sebagai seorang ibu pulak. Mencabar? Memang SAAANGAT mencabar.
Masa berpantang rasa lemah sangat2. Macam ade bisikan2 halus je. Peristiwa sakit nak bersalin tu masih terbayang2. Rasa cukuplah sorang je anak. Malam pun terjaga-terjaga bila baby menangis nak susu. Kalau tak, b4 ni kalau dah tido mmg tak dengar ape dah 😁. Unik kan, bila jadi seorang ibu tu Allah bagi lebih alert dgn bunyi suara anak.
Lepas 9 hari, suami pulang semula ke Oz dan kami PJJ. Mencabar jugak berpantang suami tak ade ni. Mak sendiri kerja. Saya berpantang dgn mak mertua. Bersyukur sgt2 sbb dijaga dgn baik. 😍 Tapi seganla jugak, dibuat macam2, masih ade kekok lagi awal2 tu.. πŸ˜…
.
.
Cabaran melahirkan anak tu satu. Lepas tu, cabaran membesarkan & mendidik anak pulak. Pengalaman menyusukan, cerai susu, potty train, semua tu ada cabarannya. 
Dulu tak tahu. Sekarang baru tahu. Allah pertemukan pula dengan Shaklee. Nak masuk anak ketiga ni, memang saya amalkan set mengandung Shaklee. Alhamdulillah rasa lebih bertenaga nak handle 2 anak yg dah bersekolah sekarang. Cek Hb tak de masalah, berat tak de masalah. Semua sihat alhamdulillah. Dulu seingat saya tak skip pon supplemen yg klinik bagi, tapi masih ada masalah Hb dan berat badan naik melebihi yg dibolehkan. 
Malam2 pun skrg tak la kejang2 kaki macam anak 1st & 2nd, walaupun dah minum susu dulu. Masih kurang kalsium barangkali. Sekarang minum susu ESP & telan ostematrix tu. Eh, memang lain la rasa. Hari tu balik kg tertinggal Ostematrix ni tak bawak (yg lain semua bawak). Seminggu jugak tinggal oste, aduh, cepatnya sakit2 belakang n badan. 
Sekarang ni sbb baru pindah, bila rasa penat n sakit mengemas tu, malam tu amik Oste, InsyaAllah bgn tido dah lega. Bangun pagi pun lebih mudah bila tak kejang2 alhamdulillah. 
.
.
Macam tu la, kisah turning point saya sebagai seorang ibu pada zaman yg mencabar ni.
Hopefully dapat sentiasa amalkan gaya hidup sihat & bantu org lain juga. 
P/s : lepas dah lama bersalin baru tau gas yg sedut masa nak bersalin tu ubat tahan sakit. Patut la tak sakit n jadi lali2 je.. πŸ˜…
Dan nasib baiklah tak induce masa nak bersalin tu. Sebab rupanya orang kata kalau induce lagi sakit rasanya.
Kesimpulannya, semua pun kena ada ilmu..
Lepas ni dah tau, kena ada tenaga b4 nak bersalin. InsyaAllah nanti nak standby kurma & minum ESP b4 bersalin, bagi ade tenaga nak push. Hopefully Allah permudahkan..

πŸ˜„βœŒ
Bazilah
012-6830069
Pengedar Shaklee Malaysia

#tsunamishaklee
#tsunamishaklee2018
#towardsqualitylife

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge