Senarai Cawangan Shaklee Di Malaysia

Bagi mereka yang nak beli Shaklee dengan cepat, ala-ala macam pergi beli barang di supermarket tu, mesti nak tahu di mana anda boleh dapatkan Shaklee di kawasan anda. 
Lebih-lebih lagi kalau nak barang urgent, tak mahu tunggu barang di post ke rumah dengan kurier. Sudah tentu ingin tahu di mana branch  Shaklee yang paling dekat dengan rumah anda di Malaysia ini.

Caranya mudah sahaja. Ikut step-step ini :

1. Cari di mana cawangan Shaklee yang paling dekat atau paling mudah anda pergi. (Saya senaraikan cawangannya di bahagian bawah entri ini).
2. Setelah tiba di sana, dapatkan borang keahlian di kaunter dan isikan borang tersebut. Semua orang yang ingin membeli barangan Shaklee di kaunter perlu ada akaun Shaklee terlebih dahulu. 
3. Di ruangan penaja, anda perlu masukkan ID dan nama penaja anda, ID : 1251677, Nama : Siti Bazilah Karim. Dengan ini, anda layak membeli dengan harga ahli yang lebih murah daripada harga Retail. Jimat 15-20%.
4. Anda boleh memilih untuk membeli sehingga 200uv dalam satu resit untuk mendapatkan keahlian PERCUMA, atau anda boleh buat bayaran sebanyak RM68.90 untuk keahlian.
5. Anda sudah boleh mendapatkan barangan anda di sana.
Untuk mendapatkan konsultasi secara percuma, anda bolehlah hubungi saya di 012-6930069. 

Senarai Cawangan Shaklee di Malaysia :

1. Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd

Level 2,
Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : +603 – 5622 3188
Toll Free : 1800 88 6577
Fax : +603 – 5622 3099
Emel : customerinquiry@shaklee.com.my

Waktu perniagaan : Isnin – Sabtu, 10.00 pagi – 7.00 malam
Boleh hubungi : Puan Nadia, Pengurus Pembangunan Perniagaan Shaklee.

2. Kuala Lumpur

No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
Tel : +603 – 4142 1067
Fax : +603 – 4142 1027

Waktu perniagaan : Isnin – Sabtu (pertama & ketiga), 10.00 pagi – 7.00 malam

3. Pulau Pinang

No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
Tel : +604 – 383 8261
Fax : +604 – 383 8560

Waktu perniagaan : Isnin – Sabtu (pertama & ketiga), 10.00 pagi – 7.00 malam

4. Ipoh
No 32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh,
Perak.
Tel : +605 – 242 8260
Fax : +605 – 241 8263
Waktu perniagaan : Isnin – Sabtu (pertama & ketiga), 10.00 pagi – 7.00 malam
5. Johor Bahru
No. 47, 49 & 51, Jalan Molek 3/20, 
Taman Molek,
81100 Johor Bahru,
Johor.
Tel : +607 – 350 7245
Fax : +607 – 350 7804
Waktu perniagaan : Isnin – Sabtu (pertama & ketiga), 10.00 pagi – 7.00 malam

6. Kota Bharu

No. 19, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Tel : +609 – 747 8688
Fax : +609 – 747 7711

Waktu perniagaan : Ahad – Khamis (pertama & ketiga), 10.00 pagi – 7.00 malam

7. Kota Kinabalu

Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Tel : +6088 – 393 848
Fax : +6088 – 393 851

Sekarang, bolehlah anda mencuci mata dan membeli belah di cawangan Shaklee. Lebih menguntungkan, di sana anda berpeluang merasa sendiri tester yang disediakan. (Selagi stock masih ada)

Jangan lepaskan peluang!

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya, Bazilah di 012-6830069.
Continue Reading

Pengalaman Yang Paling Tak Dapat Dilupakan

Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Dan tiap satu pengalaman tu Allah taylor made utk dia. Mungkin biasa-biasa bagi orang lain, tapi sgt bermakna bagi kita.. 😊
Kisah atau peristiwa yang paling saya tak dapat lupakan dalam hidup adalah, pengalaman melahirkan budak ni. 
Ye la, first time mom kan. Masa pregnant tu kerja & PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan suami. Tapi masa nak dekat bersalin tu, gamble je suami beli tiket balik Malaysia. Due patut 24 Sept. Suami balik 13 Sept.
Excited drive amik suami sorang2 dari airport. Hantar ke rumah, terus pergi kerja jugak. Dekat ofis dah start rasa sakit pinggang. Tapi teruskan jugak sampai petang.
Perjalanan ke rumah dari ofis hampir sejam. On the way tu sakit pinggang sangat2. Tak pasti ni tanda nak bersalin ke? Alhamdulillah sampai jugak rumah..
Malam tu tak boleh nak tido sgt. Duk baca surah Maryam mohon Allah permudahkan. Esok pagi baru gi hospital.
Tapi kat hospital ok pulak. Cuma dah kena tahan ward la. So sempat la beramah mesra sembang dgn ibu2 lain. Diorang duk cerita kisah bersalin anak b4 ni. Cuak katanya, sbb dah tau rasa sakitnya bersalin.
Oh pulak, ingatkan dah ade experience lagi bersedia. Tak pe la, tawakkal je. Byk kan tawaf, istighfar n baca doa Nabi Yunus macam yg nurse ajar.
Punya la nak baby cepat keluar, malam tu minta doktor induce. Atas alasan, suami kat oversea n balik time tu. Tapi doktor tak bagi. Sbb dia kata bila2 masa je baby dah boleh keluar secara semulajadi. Kang kalau induce baby tersekat tak boleh keluar kena operate pulak, lagi bahaya. 
Ok la doktor. Memang alhamdulillah, tak lama lepas tu dah rasa sakit yg kerap. Masuk labour room. Tapi suami blom dtg. Sorang2 dalam tu. Ya Allah, rasa macam ada diri sendiri dengan Allah je. Macam rasa nak putus nyawa pun ada. Masa tu la rasa sangat pergantungan pada Allah sahaja, tak de org lain. Mulut terkumat kamit baca apa yg ingat.
Tak lama pastu nurse dtg. Dia nampak saya dah sakit kot, dia bagi sedut gas. Saya tanya, ‘oksigen’ ke ni? Punya la tak buat research b4 tu. Nurse pon ye kan aje. Dan sebab ingat dia oksigen, sedut je la. 
Lepas tu rasa la tak sakit sgt. Bila dah cek bukaan, disuruh kita push. Tapi sbb tak sakit, push biasa je la. Akhirnya baby keluar jgk. 
Nurse ckp, tahniah, mudah bersalin anak pertama. Saya rasa, ha? Mudah ke ni? Rasa macam seksa je. Maklumlah tak pernah rasa. Mungkin ada org lebih susah kot.
Pastu masa jahit pon tak rasa sgt. Cuma badan rasa lemah sgt2, lembik je. Lepas tu rasa nak tido je. Ye la, last makan jam 6pm, bersalin pukul 1.44am. In between tu tak makan apa sbb tak tau kena ade tenaga utk nak push.. 😅
.
.
Maka bermulalah episod sebagai seorang ibu pulak. Mencabar? Memang SAAANGAT mencabar.
Masa berpantang rasa lemah sangat2. Macam ade bisikan2 halus je. Peristiwa sakit nak bersalin tu masih terbayang2. Rasa cukuplah sorang je anak. Malam pun terjaga-terjaga bila baby menangis nak susu. Kalau tak, b4 ni kalau dah tido mmg tak dengar ape dah 😁. Unik kan, bila jadi seorang ibu tu Allah bagi lebih alert dgn bunyi suara anak.
Lepas 9 hari, suami pulang semula ke Oz dan kami PJJ. Mencabar jugak berpantang suami tak ade ni. Mak sendiri kerja. Saya berpantang dgn mak mertua. Bersyukur sgt2 sbb dijaga dgn baik. 😍 Tapi seganla jugak, dibuat macam2, masih ade kekok lagi awal2 tu.. 😅
.
.
Cabaran melahirkan anak tu satu. Lepas tu, cabaran membesarkan & mendidik anak pulak. Pengalaman menyusukan, cerai susu, potty train, semua tu ada cabarannya. 
Dulu tak tahu. Sekarang baru tahu. Allah pertemukan pula dengan Shaklee. Nak masuk anak ketiga ni, memang saya amalkan set mengandung Shaklee. Alhamdulillah rasa lebih bertenaga nak handle 2 anak yg dah bersekolah sekarang. Cek Hb tak de masalah, berat tak de masalah. Semua sihat alhamdulillah. Dulu seingat saya tak skip pon supplemen yg klinik bagi, tapi masih ada masalah Hb dan berat badan naik melebihi yg dibolehkan. 
Malam2 pun skrg tak la kejang2 kaki macam anak 1st & 2nd, walaupun dah minum susu dulu. Masih kurang kalsium barangkali. Sekarang minum susu ESP & telan ostematrix tu. Eh, memang lain la rasa. Hari tu balik kg tertinggal Ostematrix ni tak bawak (yg lain semua bawak). Seminggu jugak tinggal oste, aduh, cepatnya sakit2 belakang n badan. 
Sekarang ni sbb baru pindah, bila rasa penat n sakit mengemas tu, malam tu amik Oste, InsyaAllah bgn tido dah lega. Bangun pagi pun lebih mudah bila tak kejang2 alhamdulillah. 
.
.
Macam tu la, kisah turning point saya sebagai seorang ibu pada zaman yg mencabar ni.
Hopefully dapat sentiasa amalkan gaya hidup sihat & bantu org lain juga. 
P/s : lepas dah lama bersalin baru tau gas yg sedut masa nak bersalin tu ubat tahan sakit. Patut la tak sakit n jadi lali2 je.. 😅
Dan nasib baiklah tak induce masa nak bersalin tu. Sebab rupanya orang kata kalau induce lagi sakit rasanya.
Kesimpulannya, semua pun kena ada ilmu..
Lepas ni dah tau, kena ada tenaga b4 nak bersalin. InsyaAllah nanti nak standby kurma & minum ESP b4 bersalin, bagi ade tenaga nak push. Hopefully Allah permudahkan..

😄✌
Bazilah
012-6830069
Pengedar Shaklee Malaysia

#tsunamishaklee
#tsunamishaklee2018
#towardsqualitylife

Continue Reading

APA PERLU ANDA BUAT JIKA TERKANDAS DALAM BANJIR?

APA PERLU ANDA BUAT JIKA TERKANDAS DALAM BANJIR?

Musim tengkujuh di Pantai Timur sudah mula mencapai tahap maksima. Kami kongsikan beberapa tips jika anda terkandas dalam banjir.


1. Bertenang

Supaya tidak berlaku kemalangan jiwa, pastikan anda dan ahli keluarga anda bertenang.   Banyak kes berlaku apabila mangsa panik dan tidak tahu nak buat apa.

2. Periksa berapa orang terkandas

Kira berapa ramai ahli keluarga anda yang terkandas. Ini membantu memudahkan agensi kerajaan dan sukarelawan membuat anggaran semasa datang membantu.

3. Periksa stok makanan dan minuman

Apabila terkandas, pastikan anda mempunyai stok makanan dan air bersih sementara menunggu bantuan sampai.

4. Bawa barang perlu sahaja

Bantuan akan datang dan anda hanya perlu bawa barang penting sahaja.  Prioriti adalah nyawa.

5. War- war kan keadaan anda

Pastikan agensi kerajaan berkaitan dan sukarelawan tahu keadaan semasa anda. Maklumkan status anda kepada jiran tetangga dan  keluarga. Mesej dalam group whatsapp, facebook, buat panggilan kepada pihak Bomba dan Penyelamat.

Pesanan ini dibawa oleh iBantu IKRAM Pahang.

Boleh rujuk kepada wakil iBantu melalui nombor yang tertera di bawah.

Ketua Operasi :
Dr Nazli ‭01110716089

Penyelaras Pusat Operasi

Haji Samsudin ‭0199892180
Mohd Najib 0123530638
Dr Fitri ‭0179569055

Sekian terima kasih.
DR NAZLI
Ketua Operasi i-Bantu Ikram Pahang

Continue Reading