Peluang Mendapatkan Pakej Umrah Taraf 5 Bintang Percuma

Semua orang Islam mengimpikan untuk pergi mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah, dan beribadah di sana. Di sini saya nak sampaikan berita baik buat anda yang ingin mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah, tetapi secara percuma, dengan taraf 5 bintang pula!
Sekali dengar tentu rasa seperti tidak percaya. Saya nak maklumkan yang Shaklee ada memberikan tawaran insentif khas untuk mengerjakan umrah ke Mekah di samping melawat tempat lain. Dan ia sememangnya percuma, siap diberikan kelengkapan barangan untuk ke sana lagi, dari beg, baju ihram, hingga ke telekung. Pakej umrah ini bertaraf 5 bintang! Taklimat akan diberikan sebelum pergi ke sana. 

Macam Mana Nak Dapat Pakej Umrah Bertaraf 5 Bintang Ini Secara Percuma?
Dah namanya insentif, jadi perlulah ada usaha untuk nak dapatkannya.
Syarat pertama mestilah mendaftar keahlian Shaklee dahulu. Anda boleh lakukannya di sini
Nak jadi ahli hanya perlu beli starter kit bernilai RM68.90 sahaja untuk mengaktifkan keahlian. Boleh juga nak dapat keahlian percuma dengan membeli sekurang-kurangnya 200 uv dalam 1 resit. 
Bila dah jadi ahli, untuk melayakkan diri mendapat pakej umrah tersebut anda perlu dahulu mencapai kedudukan sekurang-kurangnya Supervisor Shaklee. Caranya dengan mendapatkan 3000 uv pada bulan pertama dan kekalkan sekurang-kurangnya 2500 uv sehingga anda naik pangkat lagi.
Setelah menjadi supervisor, anda perlu mengumpul poin tertentu untuk melayakkan anda mendapat pakej umrah ini. Semakin banyak poin, semakin tinggi peluang anda untuk ke sana, dan semakin banyak tiket yang anda akan dapat. Bererti, anda berpeluang membawa bukan hanya pasangan, malah anak-anak dan ibu bapa juga.
Anda boleh juga menghadiahkan pakej ini kepada ibu bapa anda sahaja sahaja tanpa perlu anda mengikut mereka. Inilah peluang terbaik untuk anda berbakti kepada mereka. Segala persediaan sebelum ke sana dan kelengkapan semasa di sana akan diuruskan oleh Shaklee. 
Lebih menarik lagi, anda bukan hanya berpeluang pergi mengerjakan umrah di Mekah, malah berpeluang untuk melawat tempat lain juga. Contohnya pada tahun 2013 Shaklee menawarkan trip ke Dubai juga dalam pakej umrahnya. Pada tahun 2014 pula Shaklee menawarkan trip ke Turki dalam pakej umrahnya. 
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=5654057205177624378;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=4;src=link
Pakej Umrah Shaklee pada tahun 2013 beserta trip ke Dubai
Anda teruja untuk mendapatkan pakej ini? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. 
Apa tunggu lagi?
Daftar sekarang dan hubungi saya untuk saya ajarkan caranya sehingga berjaya!
Bazilah
012-6830069
ID : 1251677


Continue Reading

Bagaimana Membuatkan Business Anda Sebagai Peluang Untuk Beramal?

Ketahuilah bahawa ramai manusia berada di dalam kerugian, melainkan orang yang beramal soleh,  berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Ini adalah maksud dalam surah A-Asr, di mana Allah bersumpah dengan masa. 

Dalam hidup ini, kita perlu pastikan semua yang kita lakukan mendapat redha daripada Allah dan menjadi ibadah, supaya hidup kita lebih diberkahi. Ini termasuklah dalam berniaga, sama ada ketika bersendirian (secara online) mahupun ketika berhadapan dengan pelanggan. Sikap peniaga yang jujur, amanah dan mengikut syariah sangatlah penting. Dan peluang yang besar untuk berniaga sambil beramal dan mendapat pahala (insyaAllah) ini saya dapat melalui perniagaan Shaklee yang saya lakukan. 

Bagaimana Business Shaklee Membantu Untuk Lebih Beribadah Dan Beramal?

1.  Sebarkan Kebaikan
Apabila anda ingin berniaga barangan Shaklee, anda perlu menyebarkan kebaikan produk Shaklee kepada orang ramai. Apa sahaja kebaikan yang kita sebarkan kepada orang lain, dan orang lain mendapat manfaat darinya merupakan ibadah, jika betul niatnya. Yang paling penting, adalah sebarkan kebaikan yang betul dan jujur dalam perniagaan. Allah tentu akan memandu dan membantu. 
2. Bantu Orang Lain
Orang yang dalam kesusahan tentu akan bergembira apabila kita dapat membantunya menyelesaikan masalahnya. Membantu memudahkan urusan seseorang juga termasuk dalam memberi manfaat kepada orang lain. Dalam konteks Shaklee, anda berpeluang membantu menyelesaikan masalah kesihatan pelanggan, dengan kehendakNya. Barangan Shaklee yang telah menjalani kajian klinikal dan bersumberkan alam semulajadi seharusnya membawa kita lebih dekat kepada Pencipta yang menciptakan alam semulajadi. 

3. Menjadi Mentor
Ilmu yang bermanfaat kepada orang lain merupakan salah satu daripada 3 amalan yang akan membantu kita setelah kita meninggal dunia. Anda sebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai di luar sana baik melalui lisan semasa berniaga offline. mahupun secara tulisan pada Facebook, Instagram dan Blog boleh menjadi amal yang membantu anda kelak. 
Semua peluang beramal ini saya boleh dapat melalui business Shaklee ini. Apatah lagi jika anda menjadi mentor kepada anak didik Shaklee anda, dan membantu mereka untuk mendapatkan pendapatan dengan cara yang betul. Sudah tentu peluang beramal itu lebih banyak. Dan semoga pahalanya juga berterusan, selama mana si penerima ajaran mengamalkannya. 
4. Business Yang Boleh Diwarisi
Apa yang lebih menarik mengenai business Shaklee ini adalah, anda boleh mewariskan business ini kepada anak kandung anda untuk mereka meneruskan legasi anda. Oleh itu, buatlah business ini dengan bersungguh-sungguh, agar anak cucu anda juga mendapat manfaatnya. Bukankah anak anda lebih berhak mendapat manfaat daripada business ini? Dan semoga dengan didikan menjadi anak-anak soleh solehah dapat membantu anda di akhirat kelak.
5. Perbanyakkan Sedekah
Percayalah, bahawa apa yang anda sedekahkan itulah sebenarnya harta yang akan membantu anda kelak. Business Shaklee ini memungkinkan untuk anda mendapat keuntungan dari segi wang ringgit dan pelbagai bonus lain. Inilah peluang untuk anda bersedekah jariah membantu meringankan beban orang di luar sana dari segi kewangan. 
Dan saya rasa sangat bertuah Allah pertemukan saya dengan jalan ini kerana setiap hari ada sahaja aura positif yang saya dapat daripada group Shaklee saya. Mereka sangat tekankan untuk perbanyakkan bersedekah, dan amalan-amalan rohani lain. 
6. Peluang Menunaikan Umrah
Setelah join Shaklee, baru saya tahu yang Shaklee Malaysia ada menawarkan intensif pakej umrah kepada mereka yang layak secara percuma. Bukan tidak boleh jika mahu pergi menunaikan umrah dengan duit sendiri daripada sumber lain, tapi apabila diberi ganjaran sebegini oleh Shaklee, memang terasa sangat hasil titik peluh sendiri di samping berpeluang mendekatkan diri kepada Allah. Ini membuatkan saya lebih yakin dengan jalan ini.
7. Hidupkan Sunnah Nabi
Kita seringkali dengar bahawa 9 per 10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Dan inilah apa yang saya sedang usahakan. Apabila berniaga Shaklee ini, kebergantungan kepada Allah itu lagi lebih (bagi saya lah). Walaupun kita dah berusaha, tapi jika belum rezeki kita, kita tidak akan dapat. Berniaga membuatkan kita lebih dekat dengan Sunnah Nabi. Berniaga membuatkan kita dapat mengenal pelbagai ragam manusia. Dan itu sebenarnya adalah peluang untuk kita berdakwah kepada mereka, sunnah yang paling besar untuk kita lakukan. 
Walaupun banyak lagi manfaat dan peluang beramal ibadah yang boleh didapati daripada business Shaklee ini, saya rasa cukuplah saya kongsikan setakat ini sahaja dahulu. Apa yang penting, kita amalkan apa yang kita dah belajar, insyaAllah. 
Saya sangat terkesan dengan perkongsian dari rakan Shaklee saya, di mana kita perlu menepis segala hasutan syaitan yang membisikkan untuk kita jatuh. Buang segala yang negatif dan berkawanlah dengan mereka yang positif.
Sudah tentu, apa sahaja perniagaan yang kita lakukan, kita perlu memilih rakan yang betul yang membawa kita lebih dekat kepada Allah. Pilihlah upline yang betul untuk memimpin anda membuat perkara yang betul. 
Jika anda memilih saya, anda boleh hubungi saya 
Bazilah
012-6830069
ID : 1251677


Continue Reading

Buat Business Dengan Modal Yang Rendah Atau Tanpa Modal

Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak berapa nak stabil, ramai yang memilih untuk mencari pendapatan sempingan dengan cara berniaga. Tetapi, perniagaan atau business bagaimana yang anda lebih utamakan, modal yang tinggi atau rendah? Di sini saya nak perkenalkan pada anda, peluang berniaga menggunakan modal yang rendah atau boleh juga dikatakan tanpa modal.

Ini adalah daripada pengalaman saya sendiri. Saya memilih untuk menjalankan perniagaan Shaklee dari rumah dengan modal yang rendah, tetapi pulangannya lumayan. Saya sendiri telah merasainya, dan saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana nak melakukannya. 



Bagaimana Memulakan Perniagaan Shaklee Dengan Modal Yang Rendah?

Untuk memulakan business Shaklee dengan modal yang rendah, ikut step-step berikut :
1. Daftar keahlian Shaklee di sini. Atau pendaftaran boleh juga terus dilakukan pada cawangan Shaklee yang berdekatan, dengan memasukkan ID saya sebagai penaja, 1251677 (Siti Bazilah Binti Karim). Rujuk di sini untuk maklumat cawangan Shaklee berdekatan anda. 
2. Beli starter kit yang berharga RM68.90 untuk mengaktifkan keahlian. RM10.60 (SM) atau RM21.20 (SS) dikenakan sebagai caj penghantaran starter kit yang anda beli tadi. Di dalam starter kit ini, terdapat segala maklumat mengenai produk Shaklee, manual perniagaan Shaklee dan senarai harga barangan Shaklee. Sekiranya anda mendaftar terus di kaunter cawangan Shaklee, anda tidak perlu membayar kos penghantaran.
3. Anda sudah boleh terus mulakan business Shaklee anda. Mudah bukan? Hubungi saya di 012-6830069 untuk saya ajarkan strategi pemasaran secara lebih eksklusif. Sebaiknya anda beli dahulu produk Shaklee, rasai kesannya dan kongsikan kesannya kepada orang ramai di luar sana. Ia lebih berkesan.



Bagaimana Pula Jika Saya Mahu Memulakan Perniagaan Shaklee Tanpa Modal?

Untuk mendapatkan keahlian Shaklee tanpa modal pula, ikuti step-step ini :
1. Daftar keahlian Shaklee di sini. Atau pendaftaran boleh juga terus dilakukan pada cawangan Shaklee yang berdekatan, dengan memasukkan ID saya sebagai penaja, 1251677 (Siti Bazilah Binti Karim). Rujuk di sini untuk maklumat cawangan Shaklee berdekatan anda. 
2. Buat pembelian sebanyak sekurang-kurangnya 200 uv, bersamaan lebih RM700 dalam satu resit. Dengan ini, anda akan mendapat starter kit secara PERCUMA. Anda sudah jimat RM68.90. Dan anda juga telah layak untuk mendapat bonus daripada Shaklee, yang akan dibayar terus pada akaun bank anda pada pertengahan bulan hadapan. 
Lebih jimat lagi, jika anda membeli vivix atau barangan melebih RM800, anda akan menikmati penghantaran percuma. Pembelian terus di cawangan Shaklee juga tidak memerlukan anda membayar kos penghantaran.
3. Akaun anda kini telah aktif, dan anda boleh mula berniaga. Anda juga boleh gunakan barangan yang anda beli tadi sebagai stok. 
Yang pastinya, untuk memulakan business Shaklee ini sangatlah mudah dan murah modalnya. Sesiapa sahaja mampu menjalankan business Shaklee ini. Yang membezakan keuntungan yang anda bakal dapat adalah usaha anda, di samping munajat kepada Allah supaya dimurahkan rezeki, Zat Yang Maha Berkuasa memberikan rezeki kepada hambaNya. 
Jadi, apa tunggu lagi?
Daftar keahlian sekarang dan mulakan perniagaan anda!
Hubungi saya, dan saya akan ajarkan anda caranya, insyaAllah.
Bazilah
012-6830069
ID : 1251677

Continue Reading

Teknik Business Mudah Dan Menguntungkan Kerana Kurang Risiko

Jika anda masih tercari-cari apakah business yang mudah dilakukan, tetapi menguntungkan, teruskan membaca. Anda berada di halaman yang betul. Di sini saya akan kongsikan dengan anda, business yang saya buat yang sangat kena dengan citarasa dan passion saya, dan ianya mudah, malah menguntungkan kerana risikonya sangat rendah. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki atau pun perempuan, sudah bekerja atau masih menganggur, asalkan berusia 18 tahun ke atas dan memang betul-betul ingin melakukannya.

Semestinya caranya kena betul. Platform yang akan disediakan memang patuh syariah dan bagi saya, lebih mendekatkan diri saya kepada Allah. Tinggal hanya, anda mahu lakukannya atau tidak. Apa yang saya lakukan ialah, saya buat business Shaklee dari rumah sambil menjaga anak-anak. 


Kriteria Business Mudah Dan Menguntungkan Shaklee

1. Modal kecil
Dengan mendaftar keahlian Shaklee sebanyak RM68.90, anda sudah layak memulakan business Shaklee ini. Anda tidak perlu membuat pinjaman bank sebanyak beribu-ribu dan merisikokan diri dengan kerugian apabila business yang anda jalankan tidak pulang modal. Dengan Shaklee, mungkin dalam masa sehari sahaja, anda dapat pulangan modal anda, asal saja anda berusaha. 
Anda juga sebenarnya berpeluang memulakan business Shaklee TANPA MODAL. Saya maksudkan tanpa modal, kerana anda berpeluang mendapat keahlian Shaklee secara percuma sekiranya anda membuat pembelian sebanyak sekurang-kurangnya 200 uv dalam satu resit. Ini bersamaan dengan lebih kurang RM700 lebih, automatik anda layak mendapat bonus dari Shaklee. 
2. Tak perlu simpan banyak stok
Dengan Shaklee, semua urusan pengeposan akan diuruskan oleh pihak Shaklee. Jadi, untuk permulaan, anda tidak perlu menyimpan stok yang mungkin memberi anda risiko stok yang anda simpan tidak terjual. Anda hanya perlu membuat perkongsian mengenai kebaikan produk Shaklee dan mengambil order mereka yang ingin membeli. Mudah sahaja bukan? Lama-kelamaan, apabila permintaan sesetengah barang di kawasan anda semakin tinggi, mungkin anda boleh memikirkan untuk menyimpan sedikit stok untuk pelanggan tetap anda. Yang pastinya, anda tidak akan rugi.
3. Masa Yang Fleksibel
Dengan business Shaklee ini, anda bebas melakukan urus niaga pada bila-bila masa sahaja, walaupun anda sedang tidur! Business anda akan jadi auto-pilot sekiranya anda mempunyai ahli di bawah tajaan anda yang membeli barangan Shaklee. Tapi untuk mencapai ke arah itu, anda tentunya perlu berusaha dahulu menaja mereka. Sampai satu tahap, apabila business anda semakin maju, memang orang akan cari anda pada bila-bila masa sahaja, hatta pada pukul 2 pagi. Dan saya memang pernah alaminya sendiri.
4. Tempat Yang Fleksibel
Shaklee tidak mengehadkan tempat-tempat tertentu untuk anda berniaga. Jadi, anda bebas berniaga di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Sama ada di rumah, di luar rumah, atau di mana sahaja asalkan anda mempunyai perkhidmatan internet. Tapi kalau tiada sekalipun, anda berpeluang untuk menjalankan aktiviti jualan anda secara offline. Asalkan, cara yang anda lakukan adalah betul, tidak menjalankan urusniaga di laman e-dagang kerana itu adalah polisi Shaklee. 
5. Berpeluang Mendapat Bonus
Anda bukan sahaja akan mendapat untung runcit, malah berpeluang mendapat bonus daripada pihak Shaklee dengan hanya mencapai 150 uv dalam satu bulan. Bonus akan dibayar pada pertengahan bulan pada bulan yang seterusnya. Semakin banyak uv anda, semakin tinggi bonus yang anda akan dapat.
6. Peluang Memiliki Kereta Idaman
Shaklee juga akan memberikan insentif khas Program Subsidi Kereta kepada mereka yang berusaha betul-betul dan layak mencapai target tertentu. Anda boleh baca di sini untuk maklumat lanjut. 
7. Peluang Mendapat Trip Percuma
Shaklee juga menawarkan insentif berupa trip percuma ke destinasi tertentu berdasarkan jumlah poin yang anda kumpul. Yang pastinya, trip ini sangat ekslusif untuk anda, dan layanan yang diberikan adalah seperti VVIP. Sila baca di sini untuk ketahui lebih mengenainya. 
Sekiranya kriteria yang saya nyatakan di atas bertepatan dengan anda, andalah orang yang saya cari selama ini. Semua orang akan teruja untuk mendapatkan insentif-insentif yang Shaklee tawarkan ini. Tinggal lagi, anda ingin berusaha betul-betul ke arahnya atau pun tidak.
Daftar keahlian sekarang, dan saya akan ajar anda sehingga berjaya, insyaAllah. Asalkan anda betul-betul dan bersungguh ingin lakukannya, kerana saya tidak akan paksa. 
Untuk keahlian, anda boleh daftar di sini.
Atau boleh terus hubungi saya,
Bazilah
012-6830069
ID : 1251677

Continue Reading

Peluang Memiliki Kereta Idaman Secara Percuma

Semua orang ada kereta idaman masing-masing, tetapi untuk mendapatkannya mungkin hanya mimpi. Kini, mimpi anda mungkin akan menjadi kenyataan untuk anda memiliki kereta idaman anda, secara PERCUMA! Betul ke ni? Semuanya tak mustahil, asal sahaja anda berusaha bersungguh memenuhi syarat yang melayakkan anda mendapat kereta idaman anda ini.

Nak tahu caranya?

Dengan buat business Shaklee yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja, anda berpeluang mendapat insentif Car Bonus Achiever dari Shaklee. Tetapi, Shaklee tidaklah berikan anda sebuah kereta. Dia akan berikan anda dalam bentuk wang tunai. Jadi, anda boleh pilih sendiri kereta apa yang anda nak beli, terpulang kepada kereta idaman anda.

Oleh kerana Shaklee beri dalam bentuk tunai, terpulang juga kepada anda sama ada nak beli kereta baru atau bayar kereta sedia ada, atau pun buat bayar benda lain. Anda bebas menggunakannya untuk apa sahaja.


Apa langkah pertama?
Langkah pertama untuk nak melayakkan diri mendapat car bonus Shaklee ini, tentunya kena jadi ahli Shaklee dahulu. Modal yang diperlukan hanyalah RM68.90 untuk mendapatkan starter kit Shaklee, atau anda boleh mendapat keahlian secara percuma dengan membuat pembelian sekurang-kurangnya 200 uv dalam satu resit, dalam RM700  lebih nilainya.
Bila dah jadi ahli, kena lah buat jualan, walaupun boleh sahaja kalau nak jadi ahli untuk makan sendiri. Tapi saya percaya, bila anda dah cuba produk Shaklee, anda mesti nak sebarkan kebaikannya kepada orang lain. Bila dah buat banyak jualan, Shaklee akan beri bonus setiap bulan jika pembelian dibuat sekurang-kurangnya 150 uv.

Dah dapat bonus dari Shaklee ni satu petanda baik yang anda berpeluang untuk pergi jauh. Untuk melayakkan anda mendapat Car Bonus Achiever Shaklee Incentive, anda perlu naik rank Supervisor dahulu. Rank ini syarat dia perlu buat jualan sebanyak 3000 guv sebulan pada bulan pertama, kemudian perlu effective rank, iaitu kekalkan dalam rank Supervisor. Hanya 2500 guv sebulan yang perlu dicapai untuk effective rank supervisor. Nak naik Supervisor ni, anda boleh buat sendiri secara berkeseorangan atau mengajak orang lain berniaga Shaklee bersama anda. 

Seterusnya, untuk melayakkan mendapat Program Subsidi Kereta Shaklee ini, ada 2 pilihan. Pilihan pertama, sama ada anda mencapai jualan minima 5000 uv, 10,000 uv dan 15,000 uv selama 3 bulan berturut-turut, atau pilihan kedua, anda mencapai jualan minima 5,000 uv, 7,500 uv, 7,500 uv dan 10,000 uv selama 4 bulan berturut-turut. 

Shaklee akan berikan anda wang secara tunai setiap bulan. Jumlah wang yang bakal diperoleh adalah bergantung kepada berapa banyak jualan anda ketika itu. Seseorang pencapai perlu mencapai minimum 5,500 uv kereta untuk layak mendapat pembayaran dalam sebarang bulan PV. 
  • 100% daripada uv kumpulan Peribadi Pemimpin Jualan yang layak
  • 50% daripada uv Kumpulan Pemimpin Jualan Paras 1
  • 20% daripada uv Kumpulan Pemimpin Jualan Paras 2
  • 10% daripada uv Kumpulan Pemimpin Jualan Paras 3 
Menarik sangat peluang yang anda bakal dapat ini kan?
Masih berangan-angan untuk mendapatkannya? Realisasikannya segera! Bertindak sekarang juga dengan menjadi ahli Shaklee, seterusnya saya akan pandu anda bagaimana untuk menjayakannya, insyaAllah. 
Anda boleh klik di sini untuk mendaftar ahli, atau hubungi saya terus..
Bazilah 
012-6830069
ID : 1251677

Continue Reading

Peluang Mendapat Trip Dan Percutian Percuma Dengan Penginapan Bertaraf 5 Bintang

Setiap orang mesti ada tempat impian yang ingin dilawati, betul tak? Tentunya tempat-tempat tersebut ada daya tarikan tersendiri yang menarik minat anda.

Tapi, sehingga sekarang anda masih tidak dapat pergi lagi atas faktor kewangan. Nak tahu macam mana cara nak bercuti ke tempat yang menarik secara percuma? Jom teruskan membaca..

Ada berita baik untuk kaki travel atau korang yang ada keinginan dan kesungguhan yang tinggi nak pergi bercuti. Anda bukan hanya berpeluang mendapat penginapan dan pembiayaan kos pengangkutan secara percuma, malah layanan yang diberikan adalah sangat istimewa. Hotel pun bertaraf lebih 5 bintang!


Bagaimana caranya?

Dengan business Shaklee bermodalkan RM68.90 (atau boleh juga daftar ahli secara percuma, mengikut terma & syarat) anda berpeluang mendapatkan insebtif percutian percuma jika anda layak.

Bagaimana nak melayakkan diri?

Anda cuma perlu buat sales betul-betul atau cari rakan niaga untuk anda buat bersama-sama sehingga naik rank supervisor sekurang-kurangnya. Untuk naik ke tank supervisor, anda perlu mempunyai 3000 uv. Seterusnya, untuk “effective rank” supervisor, anda perlu kekalkan sebanyak 2500 uv setiap bulan. Setiap rank lain-lain jumlah uv yang diperlukan untuk effective rank.

Kalau dah lepas syarat pertama tu, anda perlu kumpul poin sebanyak mungkin untuk melayakkan diri ke free trip Shaklee. Poin ni akan dapat setiap kali anda buat jualan.

Setiap tahun Shaklee akan sediakan tempat-tempat yang berlainan sama ada dalam mahupun luar negara. Semakin banyak poin yang anda kumpul, biasanya semakin jauh tempat yang anda boleh pergi.

Sebagai contoh, Shaklee pernah menawarkan trip :

US 2014 : Los Angeles & San Francisco 

Italy 2015 : Milan, Florence & Rome

US 2016 : Orlando Florida

Japan 2017 : Nagoya & Tokyo

Free trip ke Bangkok pada tahun 2017

Free trip menaiki Western Mediterranean Cruise pada tahun 2018

Yang lebih menarik lagi, anda bukan hanya berpeluang mendapatkan 1 tiket percuma, malah 2, 3, 4 dan lebih lagi, bergantung kepada poin anda. Jika anda mendapat tiket lebih, anda bolehlah membawa pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa anda.

Tak perlu risau mengenai layanan. Anda memang akan dilayan seperti VVIP. Dari makanan hinggalah tempat tinggal. Ada saja kejutan, hadiah dan cenderahati menarik yang Shaklee sediakan. Setiap hari, setiap masa, memang pelbagai aktiviti menarik disediakan, termasuklah pertandingan tertentu dan cabutan bertuah!

Nak rasa peluang dapat trip percuma daripada Shaklee? Bertindak sekarang! Klik di sini untuk mendaftar.

Atau, hubungi saya segera, dan saya akan berikan tunjuk ajar bagaimana menjayakannya.. Apa yang penting, kena buat dengan bersungguh-sungguh!

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677


Continue Reading

Pengedar Shaklee Kuantan 012-6830069

Assalamualaikum wbt.

Kepada seluruh warga Kuantan, Pahang yang masih tercari-cari pengedar sah Shaklee di kawasan sekitar Kuantan, bolehlah menghubungi saya. Nama saya Siti Bazilah Binti Karim, mempunyai ID Shaklee 1251677. Anda boleh hubungi saya menerusi WhatsApp, Call atau pun SMS di 012-6830069
Anda juga boleh menghubungi saya melalui Instagram saya, towardsqualitylife, Facebook page saya, Towards Quality Life, ataupun blog saya, www.towardsqualitylife.blogspot.my untuk mendapatkan post-post terkini berkenaan Shaklee.  
Saya menyediakan perkhidmatan COD (cash on delivery) kepada mereka yang berada di sekitar Kuantan termasuklah di Bukit Rangin, Kampung Pandan, Permatang Badak, Paya Besar, Sungai Isap dan Indera Mahkota. Jika anda penduduk Kuantan tetapi tempat anda tidak tersenarai seperti di atas, anda boleh hubungi saya terus untuk dapatkan kepastian. 
Kepada mereka yang berada di luar dari kawasan Kuantan, jangan risau kerana anda masih berpeluang mendapatkan barangan Shaklee secara penghantaran pos. Ini bukan hanya terhad kepada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, malah kepada semua orang di seluruh dunia. 
Lebih menarik lagi, saya akan berikan konsultasi eksklusif kepada semua pelanggan yang membeli dengan saya. Ia merangkumi cara makan, tips-tips  yang berkaitan dan apa potensi keadaan yang anda bakal hadapi setelah mengambil produk Shaklee. 

Peluang Menjana Pendapatan Dari Rumah

Sekiranya anda ingin mencari pendapatan sampingan atau inginkan kerja yang fleksibel hanya dari rumah, atau dari mana sahaja secara online, anda juga boleh mencari saya. InsyaAllah saya akan ajar anda apa yang anda perlu lakukan untuk berjaya. 
Jangan risau sekiranya anda seorang yang pemalu, tidak pandai membuat marketing, tidak pandai berniaga mahupun tidakdak pandai apa-apa selok-belok perniagaan. Kerana semua ini akan diajar.
Anda akan diperkenalkan dengan leader-leader yang hebat di dalam Shaklee, yang telah lama berjaya dalam bidang ini. Anda hanya perlukan keinginan dan kesungguhan untuk berjaya dalam business ini. Tidak perlu risau mengenai modal, kerana modalnya sangat rendah tetapi keuntungannya tanpa batasan. 
Anda akan diberikan sokongan dari segi moral dan motivasi melalui group yang anda akan dimasukkan kelak. Di sana, sebarang pertanyaan mengenai perniagaan boleh diajukan di sana. 
Setiap hari akan ada perkongsian mengenai produk, tips perniagaan dan pembakar semangat untuk terus perbaiki diri. 
Saya bersedia menjadi mentor business anda sekarang. 
Cepat! Sementara masih ada kekosongan! 
Hubungi saya di 012-6830069.
Continue Reading

Tingkatkan Tenaga Dan Elakkan Keletihan Dengan CoQTrol Plus Shaklee

Sekiranya anda dapati diri anda lemah dipertengahan hari, menahan diri untuk terus berjaga sepanjang hari, lesu tidak bermaya, atau sekadar letih, maka sudah tiba masanya untuk anda berubah! Nasib baik, ada cara yang mudah untuk menghilangkan keletihan dan kepenatan serta menambah tenaga anda. Pastinya dengan produk keluaran terbaru Shaklee, CoQTrol Plus yang diperbuat daripada bahan semulajadi.
Image result for active run man
Formulasi baru CoQTrol Plus Shaklee mengandungi 100 mg Coenzyme Q10 (CoQ10), Resveratrol dan Tocophenol. Untuk penyerapan yang lebih optimum, ia juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun. Nak tahu bagaimana ia bertindak? Baca dengan lebih lanjut.


Bagaimana CoQTrol Plus Shaklee Bertindak Dalam Meningkatkan Tenaga?


CoQTrol ini adalah kombinasi CoQ10 dan polifenol. Dalam sel kita terdapat mitokondria dan DNA. Asas kita adalah sel. Sel akan menghasilkan tisu. Tisu menghasilkan organ dan organ membentuk sistem

Apa itu CoQ10? 
CoQ10 bertindak seperti “spark plug” dalam mitokondria sel. Ia adalah komponen utama dalam pembentukkan tenaga di dalam sel. Ia terdapat di dalam mitokondria, pusat penjanaan tenaga bagi sel. CoQ10 terdapat banyak pada sel-sel otak, hati dan juga jantung. Ia akan menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang dapat digunakan oleh badan kita sepanjang hari. 
Kenapa CoQ10 penting? 
Apabila semua sel dapat menjana lebih tenaga, keseluruhan fungsi tubuh akan bertindak dalam paras yang optimum dan membolehkan anda menjalankan aktiviti dengan lebih cergas dan cerdas. CoQ10 bukan sahaja untuk tenaga yang berpanjangan, tapi ia juga membantu meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan proses penyembuhan luka atau kecederaan. Ia boleh membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesuburan, menambahkan kecantikan kulit dan memperkasakan daya ingatan. 
Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu meningkatkan kekuatan dan jisim otot dengan menambahkan bilangan otot yang menjana tenaga dan kekuatan. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kerosakan oksidasi pada sel otot.
CoQ10 menyediakan kesan regeneratif dalam tisu yang rosak dengan menggalakkan perkembangan sel, pembaikan tisu dan proses oksigenasi tisu. Ini sangat membantu dalam meningkatkan proses penyembuhan luka. CoQ10 juga telah dibuktikan dapat bertindak sebagai anti radang dalam penyembuhan luka. 
Bagaimana polifenol dan CoQ10 bantu tingkatkan tenaga? 
Polifenol bertindak dalam meningkatkan jumlah mitokondria. Umpamanya polifenol membantu menghasilkan banyak kilang mitokondria dalam sel. CoQ10 pula adalah pekerja kilang yang sangat ramai dalam setiap kilang mitokondria berkenaan. Kombinasi keduanya mampu meningkatkan tenaga dengan lebih efektif. 
CoQTrol Shaklee Menyokong Gaya Hidup Yang Aktif
Terdapat beberapa kajian yang dibuat ke atas kelebihan CoQ10 dalam pelbagai golongan dewasa, daripada para atlit yang aktif berlatih dan bersukan kepada merkea yang ingin mengekalkan kesihatan jantung dan kekal sihat. Keputusan kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu mereka yang aktif dan menggalakkan penghasilan tenaga sel pada tahap yang terbaik. 
Hasilnya, jantung anda akan mengepam darah dengan lebih efisien, anda boleh berjalan atau berlari dengan lebih laju dan anda akan menjadi lebih peka dan fokus. 
Oleh kerana CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga dalam tubuh, ia bukan hanya berfungsi untuk membekalkan tenaga, malah membantu mengekalkan penghasilan tenaga. Apabila sel menghasilkan lebih tenaga, badan akan menggunakan tenaga yang tinggi dan berkualiti dan ini dapat meningkatkan stamina badan. Ini dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan menjadikan anda lebih bertenaga dan dapat menjalankan lebih aktiviti dalam sehari. Secara asasnya, jika sel kita sihat dan bertenaga, banyak masalah kesihatan dapat kita atasi, dengan izinNya. 

Mengapa kita perlu ambil supplemen CoQ10 sedangkan badan boleh menghasilkannya sendiri?
Walaupun badan kita boleh menghasilkan CoQ10 sendiri, malangnya paras CoQ10 akan berkurang dengan pertambahan usia. Keupayaan badan untuk menghasilkan CoQ10 akan mula menurun bermula dari umur 20 tahun dan semakin ketara pada umur 40 tahun.
Graf menunjukkan penurunan kadar CoQ10 mengikut umur untuk sel hati, jantung, buah pinggang dan paru-paru
Pengambilan CoQ10 sehari untuk badan beroperasi secara optimum adalah 100 mg, bersamaan 1 kapsul CoQTrol. 
Untuk mendapatkan jumlah yang sama, anda perlu makan sebanyak 100 sudu besar minyak Canola, 3.3 kg kacang tanah, 3 kg daging merah dan 100 cawan brokoli rebus. Mampukah anda?
Walaupun kita boleh dapatkan sumber CoQ10 daripada pemakanan harian kita, atas banyak faktor, jumlahnya adalah tidak mencukupi. 
Apatah lagi jika seseorang mengambil ubat kolesterol statin, ia mampu mengurangkan sehingga 40% kandungan CoQ10 di dalam badan. Kerana ini lah, anda perlu mengambil CoQ10 tambahan. Tambahan pula, pengambilan satu kapsul sehari sudah mencukupi dan sangat memudahkan kerja anda. Anda mungkin terlalu sibuk dan kepenatan untuk memikirkan bagaimana untuk meningkatkan tenaga badan anda.
Dapatkan CoQTrol Plus sekarang! Hanya dengan satu klik sahaja.
Atau anda boleh hubungi saya, 
Bazilah 
012-6830069
ID : 1251677
Continue Reading

Vertigo : Apakah Gejala, Sebab Dan Tips Menghadapinya?

Apakah Vertigo?

Vertigo adalah simptom di mana pesakit merasa pening dan seolah-olah persekitaran berpusing-pusing atau bergerak-gerak. Perasaan ini mungkin tidak dikesan atau mungkin terlalu teruk sehingga sukar untuk mengekalkan keseimbangan dan sukar untuk berdiri mahupun berjalan. 
Image result for vertigo
Serangan vertigo boleh terjadi secara tiba-tiba selama beberapa saat, atau lebih lama. Vertigo yang sangat serius mungkin memakan masa berhari-hari hingga mengganggu kehidupan anda. Sesetengah orang mengalami gejala seperti suhu badan yang tinggi, bunyi berdesing di telinga (tinnitus) dan kehilangan pendengaran.

Apakah Sebab Berlakunya Vertigo?

Kebiasaannya, vertigo disebabkan oleh masalah keseimbangan di bahagian dalam telinga atau masalah pada bahagian tertentu pada otak. 
Punca lain vertigo termasuklah :
1. Benign vertigo paroxysmal positional (BPPV) – Beberapa gerakan kepala yang merangsang vertigo.
2. Migrain – Sakit kepala yang teruk
3. Labyrinthitis – Jangkitan pada bahagian dalam telinga
4. Neuronitis vestibular – Keradangan pada saraf vestibular, yang masuk ke telinga dalam dan  menghantar mesej ke otak yang membantu mengawal keseimbangan. 

Tips Menghadapi Vertigo

Anda boleh mengamalkan tips-tips penjagaan diri ini bergantung kepada apa punca yang menyebabkan vertigo anda untuk membantu melegakan simptomnya.
1. Melakukan senaman mudah untuk membetulkan simptomnya.
2. Tidur dengan kepala dinaikkan sedikit menggunakan bantal.
3. Bangun perlahan-lahan daripada katil dan duduk sebentar di atas katil sebelum berdiri.
4. Elakkan membongkok untuk mengambil barang.
5. Elakkan memanjangkan leher contohnya untuk mengambil sesuatu yang tinggi.
6. Gerakkan kepala perlahan-lahan dan berhati-hati semasa melakukan aktiviti harian.
7. Lakukan latihan yang merangsang vertigo anda supaya otak lebih terbiasa dengannya dan dapat mengurangkan gejalanya. Pastikan anda tidak terjatuh atau dapatkan sokongan sekiranya diperlukan.

Di Shaklee, terdapat satu produk yang dapat membantu pesakit vertigo, iaitu vivix.

Vivix mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi di mana ia melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat pengoksidaan. Ramuan utama di dalam vivix bertindak hingga ke peringkat sel DNA. Ia dapat memelihara kesihatan otak dengan menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitokondria bagi meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. Vivix juga bertindak melambatkan pembentukkan protein AGE (Advanced Glycation End products) yang menyebabkan kerosakan tahap sellular dan boleh mengganggu keutuhan sel. 


Testimoni Pengguna Vivix Untuk Masalah Vertigo

Masalah vertigo atau pening yang luar biasa sehingga berpusing-pusing ini sangat mengganggu rutin harian pesakit. Jadi, amatlah perlu untuk atasinya dengan segera. 
Klik di sini untuk membeli :
Atau anda boleh hubungi saya :
Bazilah
012-6830069
ID :1251677
Continue Reading

Makanan Untuk Jantung Lelaki Yang Sihat

Sakit jantung merupakan penyakit utama rakyat Malaysia, terutamanya lelaki. Ramai lelaki yang meninggal dunia akibat serangan jantung berbanding penyakit kanser yang lain. Walaubagaimanapun, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan makan makanan yang berkhasiat untuk jantung dan mengelakkan makanan yang diproses, selain tidak merokok dan bersenam. 

Dikatakan makanan yang sihat dapat mengurangkan sehingga 82% risiko terkena sakit jantung dan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko kematian akibat sakit jantung sebanyak 66%. 


Makanan Untuk Jantung Lelaki Yang Sihat

Makanan yang mengandungi fitonutrien dikatakan baik untuk jantung yang sihat dan membantu tubuh bekerja dengan lebih baik. Antaranya adalah :
1. Kekacang
Amalkan makan kacang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu contohnya seperti kacang merah. Ia juga mengandungi kandungan serat dan air yang membantu anda kenyang lebih lama dan mengelakkan anda dari mengambil makanan yang tinggi kalori di samping mempunyai fitonutrien yang baik untuk jantung.
2. Bijirin
Menggantikan bijirin seperti gandum, jagung dan beras merah sebagai sumber karbohidrat utama dapat menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia mempunyai protein, serat, antioksidan, vitamin B dan mineral seperti zink, magnesium dan zat besi.
3. Epal
An apple a day takes your doctor away
Epal mengandungi quercetin dan pektin yang sangat baik untuk jantung. Ia dikatakan berkesan dalam mengurangkan ‘kolesterol jahat’ dalam badan dan membantu mengawal paras gula dalam darah. Terdapat kajian yang mendapati pengambilan 1-2 biji epal sehari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. 
4. Bawang putih
Bawang putih bertindak menggantikan garam dalam memberi rasa masin pada masakan. Pengambilan garam yang minima dapat mengurangkan risiko mendapat sakit jantung dan strok. Had  pengambilan garam harian seseorang adalah tidak melebihi 6 g atau 2400 mg natrium sehari. Bagi mereka yang telah pun mempunyai risiko sakit jantung, mereka tidak boleh mengambil natrium melebihi 1500 mg sehari.
5. Anggur 
Buah anggur dikatakan berpotensi mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi kerana mengandungi serat dan quercetin yang melindungi darah daripada tersumbat. 
6. Buah Beri
Buah-buahan beri seperti strawberry, blueberry, rasberry dan blackberry kaya dengan serat dan antioksidan yang berkhasiat dalam menurunkan risiko mendapat serangan jantung. 

Inginkan Cara Mudah Mendapatkan Makanan Untuk Kesihatan Jantung?

Shaklee mempunyai produk makanan tambahan yang berkhasiat dan mudah diambil untuk mengekalkan kesihatan jantung agar dapat mengurangkan risiko terkena sakit jantung terutamanya untuk lelaki. 
1. Vivix

Kandungan utamanya adalah Muscadine grape, Elderberry, purple carrot dan polygonum cuspidatum yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi. Kuasa antioksidannya lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E. Anggur muscadine yang digunakan terbukti mengandungi 40 kali ganda lebih tinggi kandungan antioksida berbanding anggur biasa. Antioksidan ini membuatkan vivix mampu mengelakkan lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat daripada dioksidakan oleh radikal bebas. 
Kandungan polifenol yang tinggi di dalam vivix juga mengelakkan penggumpalan platelet dan sel-sel darah yang berisiko menyumbat saluran kecil pada jantung. Selain itu, vivix membantu meningkatkan vasodilatasi dengan menggalakkan pengeluaran nitrik oksida yang membantu salur darah mengendur dan melancarkan pengaliran darah. 
2.  CoQTrol Plus
Ia mengandungi Polifenol yang bertindak meningkatkan kuantiti mitokondria Dan Coenzyme Q10 yang sangat penting untuk meningkatkan penghasilan tenaga pada mitokondria. Jumlah CoQ10 adalah sangat tinggi di sel jantung kita. Jadi, pengambilan CoQ10 penting untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.
Antara kelebihan CoQ10 yang lain adalah menguatkan otot jantung, melancarkan peredaran darah, mengurangkan risiko masalah jantung dan membantu menambah tenaga bagi mereka yang mengambil Statin, sejenis ubat kolesterol.

3. Omega Guard

Ia mengandungi asid lemak Omega 3 yang sangat penting untuk kesihatan jantung. Dalam banyak kajian yang dijalankan, ada penemuan yang membuktikan EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid) dalam Omega 3 membantu dalam mengurangkan risiko terkena penyakit jantung, iaitu dengan cara melancarkan peredaran darah dan mengekalkan rentak jantung.

Omega 3 boleh membantu mengatur tekanan darah yang baik. Tekanan darah yang tinggi boleh memberi tekanan pada salur darah. Kesannya membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat. Jadi Omega 3 berperanan untuk membantu.

Omega 3 juga membantu meningkatkan ‘kolestrol baik’ (HDL) dan mengurangkan paras ‘kolestrol jahat’ (LDL) dan triglisride. Ini dapat melancarkan lagi fungsi jantung.

Selain itu, ia boleh bertindak sebagai anti keradangan di mana keradangan (inflamation) pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Kesihatan adalah yang paling penting berbanding harta dan wang ringgit. Tanpanya, kita tidak dapat hidup dengan baik. Oleh itu, laburkanlah sedikit dari bahagian wang anda untuk kesihatan yang baik.
Anda boleh membeli supplemen dengan klik butang di bawah :
Atau anda juga boleh hubungi saya, 
Bazilah
012-6830069
ID : 1251677
Continue Reading