Normalkah Mempunyai Benjolan Pada Ketiak Ketika Hamil Dan Bagaimana Mengatasinya?

Tempoh kehamilan penuh dengan kejutan, apalagi bila mendapati ada benjolan pada ketiak, kerana menganggap ia adalah petanda kanser. Segelintir ibu hamil mengalami benjolan yang makin membesar pada kedua-dua belah ketiak. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh keradangan, jangkitan atau lebih parah lagi, kanser! Namun, jangan panik dan stress sehingga anda mendapat bukti yang kukuh, kerana stress juga boleh mengganggu kehamilan. 

Adakah anda ibu mengandung yang mempunyai benjolan pada ketiak? Awas, kenalpasti sama ada ia berbahaya atau tidak. Ketahui penyebab benjolan tersebut tumbuh di situ ketika ibu sedang hamil dan cara menghilangkan benjolan tersebut dengan selamat.

Punca Timbulnya Benjolan Pada Ketiak 
Sebelum anda membuat kesimpulan mengenai benjolan yang timbul di saat anda mengandung, semak dulu kemungkinan punca perkara ini berlaku:

1. Jangkitan bakteria 
Ia mungkin timbul ketika anda mencabut bulu ketiak dan tidak mementingkan kebersihan. Bakteria berkemungkinan masuk ke dalam tubuh melalui folikel atau pori-pori kulit.
2. Jangkitan virus
Benjolan boleh juga berlaku kerana jangkitan virus seperti Herpes, AIDS dan juga cacar air. Kelenjar getah benign ini berfungsi menangkap virus yang masuk ke dalam tubuh supaya ia tidak tersebar ke seluruh tubuh. 
3. Lipoma
Benjolan di ketiak juga berkemungkinan disebabkan deposit antara otot dan lemak dan kebiasaannya tidak berasa sakit. 
4. Reaksi alergi
Mereka yang mempunyai alergi atau alahan pada ubatan tertentu seperti penisilin, vaksin tifoid dan ubat cacar boleh menyebabkan timbulnya benjolan pada ketiak
5. Mencukur bulu ketiak 
Mencukur bulu ketiak secara tidak teratur juga boleh mengakibatkan timbulnya pembengkakan pada kelenjar getah benign pada ketiak

Apa Yang Sebenarnya Berlaku?

Tisu payudara mula berkembang semasa minggu keempat kehamilan. Ketika seseorang mengandung, tisu payudara seseorang sebenarnya boleh melebihi apa yang kita kenal sebagai payudara.
Rujuk gambar di bawah. Tisu payudara meliputi kawasan dari ketiak ke bawah dada dan perut, hingga ke pangkal peha dalam dua garis.
Image result for milk line humans
Garisan susu oleh tisu payudara [kredit]
Garis-garis ini dikenali sebagai garisan susu. Tisu payudara boleh tumbuh di mana-mana sepanjang garisan ini. Dalam sesetengah kes, ada sejumlah tisu payudara luar biasa tumbuh di bahagian ketiak.  Tisu ini dipanggil Hyperadenia, atau kehadiran lebihan tisu payudara tanpa puting susu. Semasa kehamilan, payudara akan membuat persediaan untuk menyusukan. Tisu ini membentuk kelenjar susu dan membesar seperti tisu lain membesar semasa kehamilan. Pembesaran inilah yang menyebabkan benjolan pada ketiak.

Bagaimana Pastikan Benjolan Bukan Kanser?

Antara tanda benjolan itu kanser adalah ciri-cirinya yang bersifat ketulan yang keras, kekal dan/atau tidak bergerak atau tidak boleh dipindahkan. Sekiranya benjolan tersebut lembut, boleh dilihat dengan mudah dan/atau mempunyai benjolan yang sama pada bahagian yang sebelah lagi, ia mungkin bukan kanser, tetapi anda masih perlu memeriksanya.

Beritahu jururawat atau doktor yang merawat anda untuk mereka mengenalpasti apakah jenis benjolan yang timbul.

Omega Guard Mengurangkan Bengkak Dan Benjolan Pada Ketiak

Sekiranya anda masih berasa kurang selesa dengan benjolan ini dan ingin menghilangkannya dengan cara yang selamat tanpa mengganggu perkembangan bayi dan kesihatan anda, pengambilan Omega Guard Shaklee dapat membantu.

Omega Guard kaya dengan kandungan omega-3 yang diambil dari ikan air laut dalam melalui penyulingan berperingkat sebanyak 3 kali bagi menjamin ketulenannya dan bebas dari pencemaran air. Ia mengandungi kandungan DHA dan EPA yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan bengkak pada ketiak kerana sifatnya yang anti keradangan, selain bagus untuk perkembangan otak bayi.
Selain itu, ia juga boleh membantu memecahkan lemak pada ketiak dan menyurutkan benjolan yang timbul di situ.
Semoga artikel ini mampu merungkai teka-teki anda berkaitan benjolan yang timbul pada ketiak. Untuk membeli, boleh klik sahaja di sini :

Atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
ID : 1251677
Continue Reading

Cara Atasi Masalah Hati Berlemak (Fatty Liver)

Hati berlemak (Fatty liver), atau steatosis hati, adalah istilah yang menggambarkan pembentukan lemak pada hati seseorang. Adalah normal untuk mempunyai lemak dalam hati anda, tetapi terlalu banyak lemak boleh menimbulkan masalah..

Hati adalah organ kedua terbesar di dalam badan. Fungsinya adalah untuk memproses semua yang kita makan atau minum dan menapis bahan berbahaya dari darah. Proses ini akan terganggu jika terlalu banyak lemak di dalam hati. Hati menjadi berlemak apabila lemak menyumbang lebih dari 5 hingga 10 peratus berat badan anda.

Hati biasanya akan memperbaiki dirinya sendiri dengan membina semula sel-sel hati yang baru apabila sel hati yang lama telah rosak. Apabila terdapat kerosakan yang berulang kali pada hati, parut yang kekal akan terbentuk. Keadaan ini dipanggil sirosis.

Image result for fatty liver

Hati berlemak adalah keadaan berbalik yang sering dapat diselesaikan dengan mengubah gaya hidup. Dalam kebanyakan kes, hati berlemak tidak mempunyai gejala. Biasanya, ia tidak menyebabkan kerosakan kekal melainkan ia semakin berkembang. Namun begitu, hati berlemak boleh jadi merbahaya jika punca asasnya tidak dikenalpasti dan dirawat.

Image result for fatty liver problem

Apakah Tanda-tanda Hati Berlemak?

Hati lemak biasanya tidak mempunyai gejala yang spesifik. Anda mungkin mengalami keletihan atau ketidakselesaan pada perut. Hati anda mungkin sedikit membesar, di mana doktor dapat mengenalpastinya melalui ujian fizikal.

Walau bagaimanapun, lemak yang berlebihan dalam hati boleh menyebabkan keradangan. Sekiranya hati anda meradang, anda mungkin mengalami gejala seperti:
  • kurang selera makan
  • pengurangan berat badan
  • sakit perut
  • kelemahan fizikal
  • keletihan
  • kekeliruan
Jika hati berlemak menjadi sirosis dan hati gagal berfungsi, gejalanya termasuklah:
  • perut semakin membesar dan dipenuhi bendalir
  • kulit dan mata kekuningan
  • kekeliruan
  • badan mudah berdarah 

Apakah Punca Hati Berlemak? 

Penyebab utama hati berlemak ialah alkohol dan minuman keras. Dalam banyak kes, doktor tidak tahu apa yang menyebabkan hati berlemak pada orang yang tidak minum banyak alkohol. Hati berlemak berkembang apabila badan mencipta terlalu banyak lemak atau tidak dapat memproses lemak dengan cepat. Lebihan lemak akan disimpan dalam sel-sel hati di mana ia berkumpul untuk membentuk penyakit hati berlemak. Memakan makanan yang tinggi lemak dan tinggi gula mungkin tidak langsung menyebabkan hati berlemak, tetapi ia boleh menyumbang kepadanya.

Selain alkohol, punca-punca yang boleh menyebabkan hati berlemak termasuk: 

1) Obesiti 
2) Hiperlipidemia, atau paras lemak yang tinggi dalam darah 
3) Diabetes 
4) Faktor genetik 
5) Kehilangan berat badan yang mendadak 
6) Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, termasuk aspirin, steroid, tamoxifen (Nolvadex), dan tetracycline (Panmycin)



Siapa Yang Berisiko Mendapat Hati Berlemak? 



Hati berlemak adalah pembentukan lemak berlebihan pada hati. Ia akan lebih cenderung terbentuk pada mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Mereka yang mempunyai Diabetes Jenis 2 juga lebih berisiko mendapat hati berlemak kerana pengumpulan lemak pada hati dikaitkan dengan insulin resistance, yang merupakan punca utama Diabetes Jenis 2.

Faktor lain yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat hati berlemak ialah:


  • penggunaan alkohol yang berlebihan
  • mengambil lebih daripada dos ubat yang disyorkan, seperti acetaminophen (Tylenol) 
  • kehamilan 
  • tinggi kandungan kolesterol 
  • tinggi tahap trigliserida 
  • malnutrisi 
  • sindrom metabolisme


Bagaimana Mengatasi Masalah Hati Berlemak? 


Tidak ada ubat atau pembedahan untuk merawat hati berlemak. Sebaliknya, doktor anda akan menawarkan cadangan untuk mengurangkan faktor risiko anda.

Cadangan ini termasuklah:


  • mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan anda 
  • mengurangkan pengambilan gula dan asid lemak tepu 
  • mengurangkan berat badan 
  • mengawal kandungan gula dalam darah 
  • mengelakkan atau mengehadkan minuman yang beralkohol 



Sekiranya anda mempunyai hati berlemak kerana obesiti atau tabiat makan yang tidak sihat, doktor anda juga mungkin mencadangkan anda untuk meningkatkan aktiviti fizikal dan mengehadkan jenis makanan tertentu dalam diet anda. Mengurangkan jumlah kalori yang anda makan setiap hari dapat membantu anda menurunkan berat badan dan menyembuhkan hati anda. 

Anda juga boleh mengatasi penyakit hati berlemak dengan mengurangkan atau mengelakkan makanan berlemak dan makanan tinggi gula daripada diet anda. Pilih makanan yang sihat seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan biji-bijian. Gantikan daging merah dengan protein haiwan tanpa lemak seperti ayam dan ikan.


Supplemen Yang Membantu Masalah Hati Berlemak


1. DTX Complex


DTX Complex dirumuskan khas untuk kesihatan hati. Ia mengandungi ekstrak dari biji benih pokok milk thistle yang menghasilkan 80% silymarin dan boleh menyokong keupayaan badan menghasilkan protein untuk menjana semula sel-sel hati. 



Selain itu, kandungan Artichoke di dalamnya juga membantu pembinaan semula sel-sel hati dan merangsang pengaliran hempedu. Dandelion membantu fungsi hati dan sangat berguna sekiranya kebengkakan hati (hepatitis) dan jaundice berlaku. Ia juga membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu, selain membantu mengelakkan dari terjadinya batu karang. Ia membantu merendahkan paras gula dalam darah, di mana kandungan gula yang tinggi meningkatkan risiko mendapat penyakit hati berlemak. 

Kandungan turmeric atau lebih dikenali sebagai kunyit di dalamnya membantu meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan. Ekstrak dari biji benih Schizandra juga boleh membantu mensistesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati bagi tujuan detokfikasi dan memperlahankan pembentukan toksin. 

2. Nutriferon

Nutriferon dirumus dari ekstrak 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, biji Plantago asiatica, Japanese Honeysuckle dan bunga Safflower. Kesemua bahan ini bertindak dalam mendorong pengeluaran interferon semulajadi tubuh bagi meningkatkan sistem imun tubuh dan melindunginya dari serangan patogen penyebab penyakit. Nutriferon juga berupaya memperkuatkan keupayaan makrofaj dalam menentang pencerobohan virus dan bakteria serta memusnahkan mereka.

Image result for nutriferon

3, Vivix

Vivix dirumus menggunakan 4 bahan utama iaitu Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum cuspidatum yang dibuktikan melalui kajian saintifik boleh melindungi sehingga ke peringkat sel. Di sinilah ia dapat membantu pesakit  hati berlemak dengan membaik pulih sel-sel hati yang rosak dan membantu hati menghasilkan sel-sel hati yang baru yang lebih sihat. 

Image result for vivix shaklee

4. Omega Guard

Omega Guard mengandungi ekstrak ikan air laut sejuk yang kaya dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Ia membekalkan sebanyak 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA. Tidak seperti supplemen omega 3 yang lain, Omega Guard disuling secara berperingkat sebanyak 3 kali bagi memastikan ketulenannya dan bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang mencemarkan ikan air laut.



Omega Guard boleh membantu pesakit hati berlemak dengan merendahkan kolesterol dalam darah, membantu mengekalkan tahap trigliserida dan kolesterol LDL serta mengawal masalah obesiti. Selain itu, ia membantu mengurangkan kesakitan kerana sifatnya yang anti-keradangan.


Kesimpulannya..

Jika anda mempunyai risiko menghidap penyakit hati berlemak atau telah pun menghadapinya, sekarang adalah masa yang terbaik untuk bertindak. Kesihatan anda adalah yang lebih utama berbanding wang ringgit. Buatlah pilihan yang bijak!


Untuk mendapatkan harga yang lebih murah atau ada sebarang pertanyaan, 
boleh hubungi saya, Bazilah di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
ID : 1251677

Continue Reading

Makanan Untuk Memperbaiki Fungsi Hati Agar Kekal Sihat

Organ yang memainkan peranan terbesar dalam badan kita adalah HATI. Ia berfungsi sebagai barisan pertahanan kepada badan kita daripada semua pencemaran dan toksin. Ia juga menjalankan lebih daripada 300 fungsi metabolik dan detoksifikasi.

Hati adalah organ yang unik kerana ia mampu memperbaiki dan membina dirinya sendiri. Kerana itulah hati kita boleh didermakan sebahagiannya. Namun, tubuh kita mungkin gagal berfungsi sepenuhnya jika tidak mempunyai hati yang berfungsi secara efisien. Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga kesihatan hati kita agar ia kekal sihat. Apakah makanan yang terbaik untuk memperbaiki fungsi hati yang telah rosak?

Sebelum pergi lebih lanjut mengenai makanan untuk kesihatan hati, eloklah kita ketahui dengan lebih mendalam mengenai hati kita. 
Fungsi hati saling berkait dengan fungsi organ dan sistem tubuh yang lain


Apakah Fungsi Hati?

Secara umumnya, apa-apa yang masuk dan keluar dalam tubuh kita akan disaring oleh hati. Ia juga membantu melancarkan fungsi tubuh yang lain. Fungsi khusus bagi hati adalah :
1. Sebagai Kilang dan Depot Nutrisi
Makanan yang kita makan akan diuraikan melalui proses penghadaman kepada pelbagai nutrisi. Kemudian, makanan akan diserap dan dihantar kepada hati melalui saluran darah. Hati akan menerima nutrisi ini dan menyimpan sebahagiannya, manakala sebahagian lagi akan dihantar kepada bahagian badan yang memerlukan.
Hati berfungsi sebagai zon menerima dan menghantar nutrisi ini. Ia membantu mengawal tahap gula dalam darah yang normal sebagai tindak balas kepada tindakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas.
2. Sebagai Kilang Penghasilan Protein
Hati berfungsi menghimpunkan semua asid amino yang didapati daripada makanan. Penghasilan protein daripada asid amino ini penting untuk pembekuan darah, sebagai antibodi yang menyokong sistem imun tubuh dan pelbagai fungsi tubuh lain. 
3. Sebagai Kilang Rawatan Sisa Makanan
Darah yang memasuki hati bukan hanya membawa nutrien, malah pelbagai bahan lain yang diserap melalui paru-paru, sistem penghadaman dan kulit. Tubuh akan mengenalpasti sebatian yang tidak diperlukan dan melupuskannya melalui enzim yang terdapat di dalam hati. Seterusnya, struktur kimia sebatian asing ini akan diubah agar boleh dikeluarkan daripada tubuh.
4. Sebagai Pengangkutan Dan Pelupusan Sisa Berbahaya
Bahan toksik yang masuk ke dalam badan akan diproses oleh hati dan kemudian dikeluarkan oleh buah pinggang melalui air kencing atau disimpan di dalam pundi hempedu. Dalam keadaan tertentu, iaitu apabila diperlukan, hempedu akan dilepaskan ke dalam usus dan bergabung dengan serat makanan untuk mengikat toksin supaya penyingkiran bahan toksin dari badan sebagai sisa najis dapat berlaku. 
Untuk menjaga kesihatan hati, sangat penting untuk kita pastikan bahawa tubuh kita tidak tercemar oleh bahan kimia, ubatan atau makanan yang berbahaya kepada hati. Antaranya :

Bahan Yang Berbahaya Kepada Hati

  • Benzopyrenes: daripada asap rokok atau asap daripada makanan yang digril 
  • Acetone: bahan kimia daripada pelarut kuku (nail polish remover), cat, varnish dan thinner. 
  • Heterocyclic amines: cecair dalam lighter, pelarut hidrokarbon, daging yang digoreng atau BBQ 
  • Nitrosamines: makanan diproses 
  • Polycyclic hydrocarbons: asap daripada pembakaran bahan api, eksos kereta 
  • Insektisid, herbisid dan fertilizers 
  • Ammonia: dan semua bahan kimia rumah 
  • Minuman alkohol 
  • Sesetengah ubat termasuk antiulcer, analgesic, anti radang, antihyperlipidemic dan anticonvulsant. 
  • N-Nitrosodiethylamine, N-Nitrosopyrrolidine dan Arsenik daripada asap rokok yang menjadi antara punca kanser hati 
Oleh kerana kita seringkali terdedah kepada pelbagai pencemaran ini, ia menjadikan hati kita terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk membaikpulih dirinya sendiri. Jadi, sangat penting untuk kita membantu hati kita membersihkan dirinya dengan cara detoks agar fungsi hati menjadi lebih berkesan. 

Bagaimana Meningkatkan Fungsi Hati?

Terdapat 2 cara yang berkesan untuk meningkatkan fungsi hati iaitu :

1. Pencegahan dengan antioksidan

Menurut kajian, pelbagai sel, tisu dan organ (termasuk hati) dalam badan boleh dilindungi daripada kerosakan pengoksidaan yang disebabkan oleh radikal bebas. Keupayaan semulajadi hati untuk tumbuh sendiri semula dapat disokong dengan cara membekalkan tubuh dengan sebatian herba yang mempunyai sifat antioksidan. 

2. Meningkatkan fungsi bendalir hempedu

Sebatian yang membantu mengekalkan aliran hempedu normal dapat menyokong keupayaan semulajadi hati menyingkirkan toksin dari badan. 

Makanan Untuk Memperbaiki Fungsi Hati :

1. DTX Complex Shaklee

DTX Complex membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat menggunakan formulasi herba yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.
Kandungan khas DTX Complex adalah ekstrak biji milk thistle, cendawan Reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.

Fungsi Kandungan DTX Complex :

i. Ektrak Biji Milk Thistle

Milk thistle ini adalah herba yang biasa digunakan untuk rawatan masalah berkaitan hati, jaundice, hepatitis dan masalah pundi hempedu.

Fungsinya secara am:

  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia 
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alcohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema

Selain itu, milk thistle juga dikatakan dengan kesihatan jantung kerana boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Ia juga membantu pesakit diabetis type 2.

    ii. Artichoke

    Artichoke berfungsi untuk membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu.

    iii. Dandelion

    Dandelion berfungsi merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati dan membantu mengatasi masalah sembelit

    iv. Kunyit

    Kunyit mengandungi curcumin iaitu sejenis antioksidan dan boleh membantu mengurangkan  keradangan dan kesakitan.

    v. Reishi mushroom (Ling Zhi)

    Reishi mushroom berfungsi membina imuniti, mengurangkan kelesuan dan mengurangkan masalah resdung

    vi. Schizandra

    Schizandra berfungsi dalam merangsang sintesis protein dan memperlahankan pembentukan toksin

    Bagaimana DTX Complex Berfungsi?

    Gabungan unik herba-herba dalam DTX Complex membantu menyokong kesihatan dan fungsi hati melalui 2 cara:
    1. Ekstrak biji milk thistle, chinensis Schizandra dan cendawan Reisi mempunyai sifat antioksida tinggi, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat merangsang sintesis protein untuk membaiki sel hati dan pertumbuhan semula.
    2. Dandelion, kunyit dan ekstrak artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong hempedu yang diperlukan untuk memproses sebatian toksik daripada badan.
    Antara testimoni pengguna DTX Complex :

    2. Vivix

    Vivix merupakan gabungan botani yang mempunyai fungsi antioksidan yang sangat tinggi. Pengambilan vivix secara konsisten boleh membantu meningkatkan fungsi hati dengan efektif. Ia juga membantu detoks badan kita untuk mengurangkan toksin dalam badan sekali gus membantu badan menyerap nutrien lain dengan baik. Baca di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai vivix.
    Sekiranya anda mempunyai masalah hati, jangan biarkan ia berlarutan. Kesihatan anda sangat berharga berbanding wang ringgit. Bertindaklah sekarang!
    Boleh hubungi saya, Bazilah di :
    WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
    Instagram : towardsqualitylife
    Fb Page : Towards Quality Life

    Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
    ID : 1251677

    Continue Reading

    5 Tips Mencari Peluang Perniagaan Terbaik Tahun 2018

    Terdapat terlalu banyak peluang perniagaan di luar sana. Tetapi yang mana satu sesuai untuk anda? Di sini saya akan memberikan beberapa tips untuk mengenali peluang perniagaan terbaik untuk anda, khususnya untuk kita melangkah ke tahun 2018. Taktik terbaik dalam mencari peluang ini ialah dengan memahami terlebih dahulu apa yang perlu dicari dan ke mana hendak pergi untuk berjaya. Walaupun ia tidak jamin, tetapi ia adalah cara yang terbaik untuk bermula. Memahami jenis peluang yang anda cari dan mempunyai beberapa tujuan adalah penting dalam membantu menentukan faktor mana yang menjadikannya peluang yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara umum yang perlu sentiasa ada seiring peluang yang ada :

    Image result for business opportunity

    5 Tips Mencari Peluang Perniagaan Terbaik :


    1. Produk atau perkhidmatan tersebut memenuhi keperluan
    Ini boleh menjadi ciri sukar untuk mencari apabila mencari peluang baru, tetapi mungkin salah satu yang paling penting. Setiap kali anda menilai peluang, tanya diri anda sama ada benar-benar sesuatu produk atau perkhidmatan itu diperlukan. Adakah produk atau perkhidmatan menyelesaikan masalah untuk pengguna? Anda mungkin boleh mempertimbangkan menggunakan perkhidmatan survey atau bancian untuk bercakap terus kepada sasaran pengguna. Lagipun, cara terbaik untuk melihat jika orang akan berminat dalam perniagaan anda adalah dengan bertanya kepada mereka.
    Jika keperluan sudah dipenuhi, anda perlu menentukan sama ada syarikat yang anda cari boleh melakukan pekerjaan yang terbaik.
    2. Perniagaan tersebut berfungsi di lokasi atau tempat anda berada
    Sekiranya peluang itu memenuhi keperluan yang hebat, tetapi itu tidak bermakna jika keperluan itu tidak khusus untuk lokasi anda atau syarikat tidak akan berfungsi di lokasi anda. Ia harus ada permintaan, dan sayangnya ia sangat bergantung pada lokasi.
    Anda juga perlu memikirkan persekitaran ekonomi. Mungkin terdapat keperluan di lokasi geografi anda, tetapi adakah orang di lokasi anda akan memperuntukkan masa dan wang mereka untuk membeli barang atau servis anda?
    3. Anda mempunyai sumber yang anda perlukan untuk membantu perniagaan anda berjaya
    Walaupun ada benar bahawa anda boleh mula menyusun sumber setelah anda memperoleh atau memulakan perniagaan, tetapi anda masih perlu mempertimbangkannya dari peringkat awal. Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan jenis itu sekarang? Adakah anda akan dapat memperoleh sumber yang diperlukan untuk membantu perniagaan tersebut berjaya?
    Anda harus jujur dengan diri sendiri, dan malangnya ini adalah antara sebab banyak usahawan membuat kesilapan mereka pada pertama kali. Mereka ingin melakukan segalanya sendiri, tetapi pada akhirnya kita perlu mempercayai orang lain supaya kita boleh memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar untuk menetapkan strategi. 
    4. Anda boleh menyediakan produk atau perkhidmatan pada harga yang sesuai mengikut pasaran
    Anda perlu mempertimbangkan pasaran dan mempertimbangkan harga. Tanya kepada diri sendiri sama ada anda boleh memberikan produk atau perkhidmatan dengan harga yang boleh dipegang oleh pasaran. Adakah harga anda menarik pelanggan tetapi masih mendapat keuntungan? Persoalan ini sukar untuk dijawab, tetapi ia adalah antara yang paling penting.
    5, Masa yang tepat untuk pasaran dan sumber anda
    Masa adalah segala-galanya apabila menilai peluang perniagaan. Ini merangkumi semua tips yang disenaraikan di atas; masa anda secara peribadi, masa untuk pasaran, dan masa untuk lokasi semasa anda. Segala-galanya perlu bersesuaian dengan anda dan pasaran. Anda perlu mencarinya sebelum membuat komitmen. Sekiranya masa anda tidak bersesuaian, lebih baik anda menyemak semula peluang tersebut lain kali. Teruskan mencari peluang pasaran yang ada dan melakukan penyelidikan anda supaya anda bersedia untuk memenuhi masa yang sesuai dengan anda dan pasaran.
    Perlu anda pastikan bahawa perniagaan anda akan tetap berjalan walaupun keadaan ekonomi merudum. Ini penting dalam mempertimbangkan apakah masa yang sesuai untuk perniagaan anda nanti. Pilihlah jenis perniagaan yang lebih dekat dengan hati anda supaya anda akan lebih menjiwainya dan tidak mudah berputus asa. 


    Apa Perniagaan Pilihan Saya?

    Jika ditanya saya, saya memilih untuk membuat business Shaklee kerana ia sangat dekat dengan jiwa saya. Produk Shaklee memang memenuhi keperluan pasaran bukan sahaja sekarang, malah dari dulu dan untuk masa akan datang. Ini kerana produk Shaklee adalah produk kesihatan yang sentiasa diperlukan manusia. Pengguna akan terus-terusan membeli produk ini untuk meneruskan hidup yang sihat. Yang lebih menarik lagi, produknya mempunyai sasaran pengguna yang sangat luas, dari peringkat dalam kandungan, bayi, kanak-kanak, wanita dan lelaki dewasa, hinggalah ke warga emas. 
    Saya tidak perlu risau akan tempat atau lokasi di mana saya berada, kerana business Shaklee boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Hatta anda pergi melancong di luar negara atau hidup selalu merantau, perniagaan anda akan sentiasa berjalan kerana anda boleh menjalankan business Shaklee secara atas talian. Asalkan anda mempunyai kemudahan internet, ia boleh tetap berjalan. 
    Produk Shaklee berkualiti tinggi dan dijamin selamat. Syarikat menyediakan sumber yang cukup untuk kita memulakan perniagaan. Bukan itu sahaja, saya mempunyai sistem sokongan dari team saya bagi memastikan kita berada dalam landasan yang betul dan tidak mudah putus asa. Mereka banyak membimbing saya dalam menjalankan perniagaan. Saya ada mentor yang banyak mengajar saya selok belok business ini. 
    Harga yang diberikan juga berpatutan dan setimpal dengan kualiti dan kesannya ke atas pengguna. Kos memulakan perniagaan sangat kecil, tidak perlu sehingga membuat loan untuk memulakan perniagaan. 
    Yang menariknya lagi, saya bebas menjalankan business saya pada bila-bila masa. Saya tidak terikat pada office hour tertentu, dan masa saya sangat fleksible. Oleh kerana produk Shaklee telah berusia lebih 100 tahun, ia adalah produk yang sudah tidak asing lagi dan memang ramai orang mencarinya. Pernah juga rakan saya di dalam Shaklee yang tetap dicari walaupun pada pukul 2 pagi. Ini menunjukkan yang business boleh tetap berjalan pada bila masa.
    Pokoknya, apa-apa perniagaan pun yang anda akan lakukan, anda harus mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. 
    Sekiranya anda berminat dengan business Shaklee ini bersama saya, anda boleh menghubungi saya untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA.
    Bazilah
    ID : 1251677
    WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
    Instagram : towardsqualitylife
    Fb Page : Towards Quality Life
    Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
    Continue Reading

    Apabila Sel Tisu Mulut Tumbuh Tidak Normal, Apa Yang Harus Dilakukan?

    Bahagian mulut meliputi lidah, bibir, bahagian dalam pipi, gusi, lantai mulut dan lelangit. Apabila sel-sel tisu dari salah satu daripada bahagian ini tumbuh secara tidak normal, seseorang boleh dikategorikan sebagai penghidap kanser mulut. Tahukah anda, statistik di Malaysia menunjukkan 4 daripada 100,000 orang menghidap kanser mulut. 62.6% daripadanya adalah perempuan, manakala selebihnya adalah lelaki, sebanyak 37.4%. Kaum India menunjukkan statistik yang paling tinggi dengan 48.9%, diikuti dengan kaum Melayu sebanyak 22.1%, kaum Cina sebanyak 17.6% dan lain-lain 12.4%. Semua orang tidak terkecuali dari mendapat kanser mulut. Maka, atasi lah kanser mulut segera!
    Image result for mouth cancer

    Berhati-hati sekiranya anda kerap melakukan tabiat ini, kerana 

    Antara Punca Kanser Mulut adalah :

    1) Mengunyah sirih (53.1%)
    2) Minum alkohol (30.1%)
    3) Merokok (29.8%)
    Selebihnya, sebanyak 22% penghidap kanser mulut yang tiada tabiat tertentu tetapi tetap mendapat kanser mulut. Jadi, awas sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut.
    Tanda-tanda Awal Kanser Mulut :

    1. Ulser yang tidak sembuh selepas 2 minggu

    Image result for 2 weeks prolonged mouth ulcer
    2. Benjolan atau kebengkakan di leher dan muka

    Image result for inflamed neck and face

    3. Tompok putih atau merah di dalam mulut

    Image result for red spotted in human mouth
    Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, berjumpalah doktor pergigian dengan segera untuk memastikan ia bukan kanser mulut. Pengesanan awal tanda-tanda kanser mulut boleh menyelamatkan nyawa anda!
    Langkah-langkah Pencegahan :
    1. Elakkan tabiat-tabiat seperti penggunaan tembakau, pengambilan alkohol dan memakan sirih kerana amalan ini berkaitan rapat dengan kanser mulut.
    2. Periksa mulut sendiri dari masa ke semasa bagi mengesan tanda-tanda awal perubahan tisu-tisu mulut.
    3. Jaga kebersihan gigi dan mulut.
    4. Berjumpalah dengan doktor pergigian untuk mendapatkan pemeriksaan berkala.
    5. Pastikan diet harian anda mengandungi serat yang tinggi dan lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
    6. Elakkan pendedahan berlebihan kepada pancaran matahari.


    Apa Yang Boleh Dilakukan?

    Sekiranya anda telah pun menghidap kanser mulut, masih ada peluang untuk anda membaiki taraf kesihatan anda dan meneruskan hidup, InsyaAllah. Dapatkan rawatan dari doktor dan berusahalah mengambil makanan semulajadi yang kaya dengan antioksida kerana antioksida bertindak mengelakkan sel badan daripada musnah akibat pengoksidaan.

    Di Shaklee, terdapat supplemen yang kaya dengan antioksida iaitu :

    1. Vivix
    Mengandungi campuran unik botani yang kaya dengan polifenol, iaitu kumpulan fitokimia yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan baik untuk kesihatan. Anggur muscadine dalam Vivix mempunyai 6x ganda kandungan resveratrol berbanding anggur biasa.
    Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan penyakit kanser antaranya:
    i. Dalam satu kajian terbaru tahun 2016 pada kultur sel, resveratrol memainkan peranan penting dalam menyekat perkembangan sel kanser payudara. Diterbitkan dalam Cell Death and Disease, kajian itu mendapati bahawa resveratrol mengawal proses apoptosis dan perkembangan sel kanser payudara dengan mengaktifkan beberapa miRNAs yang bertanggungjawab menyekat perkembangan sel kanser. 
    ii. Pesakit barah payudara HER2 positive biasanya akan dirawat dengan kemoterapi herceptin. Kajian dari Abdel-latif et al, (2105) terhadap golongan pesakit barah payudara ini menunjukkan yang gabungan kemoterapi herceptin dan resveratrol mampu mengurangkan kesan toksik dari rawatan kemoterapi tersebut.
    2. Carotomax
    Terdapat kandungan beta karotena yang dapat membantu mengukuhkan sistem imuniti, melambatkan penuaan, menyekat aktiviti kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
    3. Sustained Release Vita C Plus
    Kandungan Vitamin C di dalamnya merupakan antioksidan yang boleh meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel tubuh.
    4. Vita-E Complex
    Kandungan vitamin E di dalamnya merupakan antioksidan yang bagus untuk melawan kanser, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor dan mengukuhkan sistem imun dengan pengambilan lebih dari 1200 IU sehari. Ia juga boleh membantu masalah oksidasi. 
    Bantulah diri anda atau orang di sekeliling anda segera. Jangan biarkan mereka terus merana.

    Lihat disclamer.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA.
    Bazilah
    ID : 1251677
    WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
    Instagram : towardsqualitylife
    Fb Page : Towards Quality Life
    Blog : towardsqualitylife.blogspot.my

    Continue Reading

    Cara Atasi Bau Badan Dari Dalam

    Bau badan menyebabkan seseorang berasa kurang selesa untuk menjalani kehidupan seharian, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja dan perlu berhadapan dengan klien. Walaupun telah memakai minyak wangi, namun setelah seharian bekerja, bau badan semakin kuat. Terutamanya jika ia berpunca dari dalam. Jadi, sangat penting untuk kita hilangkan masalah bau badan ini dari dalam.

    Sebelum kita ketahui cara yang terbaik untuk mengelakkan bau badan, kita perlu ketahui dahulu punca ia terjadi.

    Punca Masalah Bau Badan

    1. Bakteria

    Umumnya, sifat peluh yang melalui kelenjar Eccrine adalah jernih seperti air, tulen dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. 
    Terdapat sejenis lagi kelenjar yang dipanggil kelenjar Apocrine. Ia merembeskan cecair yang lebih keruh dan likat. Ini akan menimbulkan masalah sekiranya penghasilannya lebih banyak daripada kelenjar Eccrine. Kelenjar Apocrine ini boleh didapati di bahagian tubuh yang mempunyai banyak folikel rambut, contohnya kemaluan dan ketiak. Dalam kelenjar Apocrine, terdapat sebum, sejenis bahan organik yang berlemak di mana peluh dirembeskan.
    Bakteria lebih mudah memecah masuk protein dalam rembesan peluh ini berbanding kelenjar Eccrine. Inilah yang menyebabkan punca bau yang kurang menyenangkan pada ketiak atau kaki.
    Di sinilah lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

    2) Toksin dalam badan

    Seseorang yang ada masalah pencernaan seperti sembelit menyebabkan sistem badan tidak berfungsi dengan betul. Toksin dalam badan semakin meningkat dan ini menjadi punca bau badan.

    3) Pemakanan

    Pengambilan makanan yang tinggi kandungan choline seperti kafien, bawang putih, daging, kekacang dan rempah juga menyumbang kepada punca bau badan. Seseorang yang mempunyai masalah bau badan perlu mengambil kira apa yang dimakan.

    4) Faktor genetik

    Mereka yang mempunyai keturunan yang ada masalah bau badan juga berisiko mendapatkannya. 

    5) Masalah kesihatan

    Mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkemungkinan mempunyai masalah bau badan. Contohnya seperti masalah hati, ginjal, kencing manis, tiroid, hypoglycemia dan jangkitan kuman. 

    6) Kebersihan diri

    Mereka yang tidak menjaga kebersihan diri akan mengundang masalah bau badan dan menyebabkan orang sekeliling berasa kurang selesa. 

    Jadi, bagaimana pula cara untuk atasi masalah bau badan ini?

    Cara Atasi Masalah Bau Badan

    Salah satu cara yang saya akan kongsikan di sini adalah dengan mengamalkan suplemen Shaklee.

    1) Alfalfa

    Dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

    2) Herb-Lax 

    Ia bertindak secara semulajadi untuk  merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

    3) Garlic

    Ia diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih mentah merupakan salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tidak akan dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

    Apa kata pengguna Shaklee?

    Sememangnya masalah bau badan perlu diatasi segera bagi menjaga kredibiliti dan imej diri. Jangan pula kerana bau badan anda, orang makin menjauh. 
    Atasinya dengan Shaklee sekarang juga!
    Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA.
    Bazilah
    ID : 1251677
    WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
    Instagram : towardsqualitylife
    Fb Page : Towards Quality Life
    Blog : towardsqualitylife.blogspot.my

    Continue Reading

    Khasiat Dan Manfaat Kandungan Vivix Yang Anda Harus Tahu

    Sejak vivix viral ni ramai yang mencari apa yang hebat sangat vivix ni. Apa kelebihan vivix? Apa manfaat vivix? Apa kandungan vivix sehingga membuatkannya sangat istimewa?

    Ok, mari kita lihat apa yang terkandung di dalam vivix dan kelebihannya..
     

    Bahan-bahan Di Dalam Vivix :

    1. Muscadine Grape
    2. Elderberry atau Sambucus Nigra
    3. Purpple Carot
    4. Polygonum Cuspidatum
    Kita tengok dulu apa kelebihan bahan pertama ni, iaitu Anggur Muscadine.
    11 Fakta Tentang Anggur Muscadine
    1. Anggur Muscadine Tumbuh Di Kawasan Panas Dan Lembab
    Kalau anggur lain tumbuh di tempat yang sejuk dan dingin, tetapi berlainan pula dengan anggur muscadine ini. Ia tumbuh semulajadi di tempat yang panas dan lembab.
    Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dan dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin tinggi resveraterol yang dihasilkan. Ia sangat tahan lasak dan sukakan cabaran.
    2. Saiz Anggur Muscadine Sebesar Bola Golf
    Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar bola golf! Saiznya lebih besar berbanding anggur biasa yang berdiameter sekitar 5cm atau seakan-akan sebiji buah plum.
    3. Anggur Muscadine Memiliki Kulit Yang Keras Dan Tebal
    Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbanding anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis.

    4. Anggur Muscadine Berkeupayaan Melindungi Diri Daripada Bakteria Dan Kulat
    Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana ia boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.
    Hal ini kerana anggur muscadine mengandungi resveratrol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan tanpa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.
    5. Anggur Muscadine Mempunyai 20 pasang kromosom
    Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom, manakala anggur muscadine mempunyai 20 pasang kromosom, lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu ‘merawat’ dirinya apabila diserang serangga dan burung.
    Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ia menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, memberikan fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi.
    6. Anggur Muscadine Tidak Memerlukan Semburan Racun Perosak
    Anggur muscadine merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak kerana ia sendiri telah mempunyai ciri yang tahan lasak.
    7. Anggur Muscadine Mempunyai Nilai ORAC Paling Tinggi
    Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. Ia dikatakan 6-8 kali ganda lebih tinggi daripada blueberi.
    8. Anggur Muscadine Kaya Dengan Antioksidan
    Anggur muscadine kaya dengan antioksidan. Sebanyak 88 kompaun antioksidan dijumpai di dalam anggur ini. Anggur muscadine juga mengandungi bahan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins (OPC).
    OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
    Selain itu, ia mengandungi 40 kali ganda lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding anggur biasa.

    “Considerable recent research has explored therapeutic applications of oligomeric proanthocyanidin complexes (OPCs), naturally occurring plant metabolites widely available in fruits, vegetables, nuts, seeds, flowers, and bark. OPCs are primarily known for their antioxidant activity.”

    9. Anggur Muscadine Mengandungi Resveratrol 6x Lebih Tinggi
    Anggur muscadine mempunyai kadar resveratrol 6x lebih tinggi berbanding anggur merah.
    Berita baik lagi, pihak Shaklee memproses anggur muscadine agar ia dapat mengekalkan khasiat polifenol bioaktif tersebut.
    10. Anggur Muscadine Tinggi Kandungan Fiber
    1 biji anggur muscadine bersamaan dengan 5 biji anggur tanpa biji dari segi kandungan fiber. Oleh itu, ia boleh membantu masalah penghadaman, sembelit dan buasir dengan lebih cepat berbanding anggur biasa.

    11. Anggur Muscadine Bersifat Anti Kanser dan Anti Radang
    Anggur muscadine adalah satu-satunya anggur yang mengandungi sifat Ellagic Acid, iaitu anti kanser dan antiradang.
    Sebiji anggur muscadine boleh mencecah sehingga RM110 (sekilogram dalam lingkungan RM2000). Jadi, tidak hairanlah kalau sebotol Vivix Shaklee berharga RM475 (sebelum GST)
    Dari segi pembuatan Vivix, Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; tersebut, termasuklah kulit, isi dan bijinya kerana :
    –      Anti oksidan dan phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
    –      Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
    –      Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna
    Sememangnya Vivix terbaik untuk kesihatan menyeluruh.
    Seterusnya, bahan kedua vivix juga tidak kurang hebatnya.

    2. Elderberry atau Sambucus Nigra
    Elderberry juga dikenal sebagai Sambucus Nigra. Buahnya bulat kecil berwarna ungu gelap bergerombol seperti anggur. Buah ini banyak tumbuh di Eropah, Amerika Utara, Asia, dan Inggeris.
    Elderberry merupakan jamu popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Manfaat lain jus elderberry ialah ia telah terbukti sangat efektif dalam mengatasi flu dan juga digunakan untuk membantu penderita flu selama epidemik di Panama pada tahun 1995.
    Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam elderberry membuatkan jus elderberry sangat bermanfaat dalam membantu penyakit yang disebabkan karena infeksi virus dan bakteria
    Ia dikaitkan berkemampuan untuk mencegah dan mengatasi kanser. Fakta ini dikaitkan dengan antioksidan yang dikandungnya.
    – Meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta sangat membantu dalam mengatasi penyakit AIDS dan kanser.
    – Menurunkan kadar kolesterol dan mengurangkan kolesterol jahat. Hal ini sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung.
    – Efek berbahaya dari pencemaran, stres, dan makan yang tidak siihat dapat dicegah dan dikurangi dengan mengambil jus elderberry setiap hari.
    – Mencegah dan membantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas.
    – Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.

    Apa pula kelebihan bahan ketiga vivix?

    3. Purpple Carot
    Ia adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimial termasuk :
       carotenoids,
       phenolics,
       polyacetylenes,
       isocoumarins dan
       sesquiterpenes.
    Ia juga mengandungi anthocyanins, iaitu antioksidan yang dikatakan mustajab.
    Anthocyanins memberikan warna merah menyala, biru dn ungu pada buah dan sayur.
    Di dalam semua lobak merah (karot), terdapat asid klorogenik, sejenis antioksidan dan bertanggungjawab mengurangkan diabetes.
    Terkini, terdapat kajian yang menunjukkan anthocyanins bertindak sebagai anti radang, anti mikrobial dn anti carcinogen. Ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Seterusnya, bahan terakhir di dalam vivix.

    4. Polygonum Cuspidatum
    Polygonum cuspidatum (knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia. Ia juga banyak ditemui d Amerika Utara dan Eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol Polygonum Cuspidatum. Ia banyak memberikan manfaat dari segi kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti penuaan.

    Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan bahawa resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan megurangkan berat badan.
    Kini, vivix telah dipatenkan. Bererti, tiada mana-mana syarikat atau individu yang boleh membuat produk seperti vivix, atau mereka akan disaman. Ternyata vivix bukanlah sembarangan produk, tetapi mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan menyeluruh.

    Promosi bulan Disember 2017 sahaja!
    Apa pula kata pengguna vivix yang telah merasai kesannya?

    Setelah mengetahui segala manfaat dari kandungan bahan-bahan vivix dan testimoni pengguna, apa pendapat anda? Sekiranya anda atau orang terdekat anda mengalami sebarang masalah kesihatan, jangan tunggu lama-lama! Dapatkan nasihat doktor dan belilah vivix sekarang!
    Boleh hubungi saya, Bazilah di :
    WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
    Instagram : towardsqualitylife
    Fb Page : Towards Quality Life
    Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
    Continue Reading