Cara Atasi Masalah Hati Berlemak (Fatty Liver)

Hati berlemak (Fatty liver), atau steatosis hati, adalah istilah yang menggambarkan pembentukan lemak pada hati seseorang. Adalah normal untuk mempunyai lemak dalam hati anda, tetapi terlalu banyak lemak boleh menimbulkan masalah..

Hati adalah organ kedua terbesar di dalam badan. Fungsinya adalah untuk memproses semua yang kita makan atau minum dan menapis bahan berbahaya dari darah. Proses ini akan terganggu jika terlalu banyak lemak di dalam hati. Hati menjadi berlemak apabila lemak menyumbang lebih dari 5 hingga 10 peratus berat badan anda.

Hati biasanya akan memperbaiki dirinya sendiri dengan membina semula sel-sel hati yang baru apabila sel hati yang lama telah rosak. Apabila terdapat kerosakan yang berulang kali pada hati, parut yang kekal akan terbentuk. Keadaan ini dipanggil sirosis.

Image result for fatty liver

Hati berlemak adalah keadaan berbalik yang sering dapat diselesaikan dengan mengubah gaya hidup. Dalam kebanyakan kes, hati berlemak tidak mempunyai gejala. Biasanya, ia tidak menyebabkan kerosakan kekal melainkan ia semakin berkembang. Namun begitu, hati berlemak boleh jadi merbahaya jika punca asasnya tidak dikenalpasti dan dirawat.

Image result for fatty liver problem

Apakah Tanda-tanda Hati Berlemak?

Hati lemak biasanya tidak mempunyai gejala yang spesifik. Anda mungkin mengalami keletihan atau ketidakselesaan pada perut. Hati anda mungkin sedikit membesar, di mana doktor dapat mengenalpastinya melalui ujian fizikal.

Walau bagaimanapun, lemak yang berlebihan dalam hati boleh menyebabkan keradangan. Sekiranya hati anda meradang, anda mungkin mengalami gejala seperti:
  • kurang selera makan
  • pengurangan berat badan
  • sakit perut
  • kelemahan fizikal
  • keletihan
  • kekeliruan
Jika hati berlemak menjadi sirosis dan hati gagal berfungsi, gejalanya termasuklah:
  • perut semakin membesar dan dipenuhi bendalir
  • kulit dan mata kekuningan
  • kekeliruan
  • badan mudah berdarah 

Apakah Punca Hati Berlemak? 

Penyebab utama hati berlemak ialah alkohol dan minuman keras. Dalam banyak kes, doktor tidak tahu apa yang menyebabkan hati berlemak pada orang yang tidak minum banyak alkohol. Hati berlemak berkembang apabila badan mencipta terlalu banyak lemak atau tidak dapat memproses lemak dengan cepat. Lebihan lemak akan disimpan dalam sel-sel hati di mana ia berkumpul untuk membentuk penyakit hati berlemak. Memakan makanan yang tinggi lemak dan tinggi gula mungkin tidak langsung menyebabkan hati berlemak, tetapi ia boleh menyumbang kepadanya.

Selain alkohol, punca-punca yang boleh menyebabkan hati berlemak termasuk: 

1) Obesiti 
2) Hiperlipidemia, atau paras lemak yang tinggi dalam darah 
3) Diabetes 
4) Faktor genetik 
5) Kehilangan berat badan yang mendadak 
6) Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, termasuk aspirin, steroid, tamoxifen (Nolvadex), dan tetracycline (Panmycin)



Siapa Yang Berisiko Mendapat Hati Berlemak? 



Hati berlemak adalah pembentukan lemak berlebihan pada hati. Ia akan lebih cenderung terbentuk pada mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Mereka yang mempunyai Diabetes Jenis 2 juga lebih berisiko mendapat hati berlemak kerana pengumpulan lemak pada hati dikaitkan dengan insulin resistance, yang merupakan punca utama Diabetes Jenis 2.

Faktor lain yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat hati berlemak ialah:


  • penggunaan alkohol yang berlebihan
  • mengambil lebih daripada dos ubat yang disyorkan, seperti acetaminophen (Tylenol) 
  • kehamilan 
  • tinggi kandungan kolesterol 
  • tinggi tahap trigliserida 
  • malnutrisi 
  • sindrom metabolisme


Bagaimana Mengatasi Masalah Hati Berlemak? 


Tidak ada ubat atau pembedahan untuk merawat hati berlemak. Sebaliknya, doktor anda akan menawarkan cadangan untuk mengurangkan faktor risiko anda.

Cadangan ini termasuklah:


  • mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan anda 
  • mengurangkan pengambilan gula dan asid lemak tepu 
  • mengurangkan berat badan 
  • mengawal kandungan gula dalam darah 
  • mengelakkan atau mengehadkan minuman yang beralkohol 



Sekiranya anda mempunyai hati berlemak kerana obesiti atau tabiat makan yang tidak sihat, doktor anda juga mungkin mencadangkan anda untuk meningkatkan aktiviti fizikal dan mengehadkan jenis makanan tertentu dalam diet anda. Mengurangkan jumlah kalori yang anda makan setiap hari dapat membantu anda menurunkan berat badan dan menyembuhkan hati anda. 

Anda juga boleh mengatasi penyakit hati berlemak dengan mengurangkan atau mengelakkan makanan berlemak dan makanan tinggi gula daripada diet anda. Pilih makanan yang sihat seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan biji-bijian. Gantikan daging merah dengan protein haiwan tanpa lemak seperti ayam dan ikan.


Supplemen Yang Membantu Masalah Hati Berlemak


1. DTX Complex


DTX Complex dirumuskan khas untuk kesihatan hati. Ia mengandungi ekstrak dari biji benih pokok milk thistle yang menghasilkan 80% silymarin dan boleh menyokong keupayaan badan menghasilkan protein untuk menjana semula sel-sel hati. 



Selain itu, kandungan Artichoke di dalamnya juga membantu pembinaan semula sel-sel hati dan merangsang pengaliran hempedu. Dandelion membantu fungsi hati dan sangat berguna sekiranya kebengkakan hati (hepatitis) dan jaundice berlaku. Ia juga membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu, selain membantu mengelakkan dari terjadinya batu karang. Ia membantu merendahkan paras gula dalam darah, di mana kandungan gula yang tinggi meningkatkan risiko mendapat penyakit hati berlemak. 

Kandungan turmeric atau lebih dikenali sebagai kunyit di dalamnya membantu meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan. Ekstrak dari biji benih Schizandra juga boleh membantu mensistesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati bagi tujuan detokfikasi dan memperlahankan pembentukan toksin. 

2. Nutriferon

Nutriferon dirumus dari ekstrak 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, biji Plantago asiatica, Japanese Honeysuckle dan bunga Safflower. Kesemua bahan ini bertindak dalam mendorong pengeluaran interferon semulajadi tubuh bagi meningkatkan sistem imun tubuh dan melindunginya dari serangan patogen penyebab penyakit. Nutriferon juga berupaya memperkuatkan keupayaan makrofaj dalam menentang pencerobohan virus dan bakteria serta memusnahkan mereka.

Image result for nutriferon

3, Vivix

Vivix dirumus menggunakan 4 bahan utama iaitu Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum cuspidatum yang dibuktikan melalui kajian saintifik boleh melindungi sehingga ke peringkat sel. Di sinilah ia dapat membantu pesakit  hati berlemak dengan membaik pulih sel-sel hati yang rosak dan membantu hati menghasilkan sel-sel hati yang baru yang lebih sihat. 

Image result for vivix shaklee

4. Omega Guard

Omega Guard mengandungi ekstrak ikan air laut sejuk yang kaya dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Ia membekalkan sebanyak 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA. Tidak seperti supplemen omega 3 yang lain, Omega Guard disuling secara berperingkat sebanyak 3 kali bagi memastikan ketulenannya dan bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang mencemarkan ikan air laut.



Omega Guard boleh membantu pesakit hati berlemak dengan merendahkan kolesterol dalam darah, membantu mengekalkan tahap trigliserida dan kolesterol LDL serta mengawal masalah obesiti. Selain itu, ia membantu mengurangkan kesakitan kerana sifatnya yang anti-keradangan.


Kesimpulannya..

Jika anda mempunyai risiko menghidap penyakit hati berlemak atau telah pun menghadapinya, sekarang adalah masa yang terbaik untuk bertindak. Kesihatan anda adalah yang lebih utama berbanding wang ringgit. Buatlah pilihan yang bijak!


Untuk mendapatkan harga yang lebih murah atau ada sebarang pertanyaan, 
boleh hubungi saya, Bazilah di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
ID : 1251677

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge