4 Tips Memulakan Perniagaan Online Dari Rumah

Zaman sekarang ni, semuanya di hujung jari. Nak dapat pahala pun boleh dihujung jari, kalau kita sebarkan manfaat kepada orang lain. Nak dapat dosa pun di hujung jari sahaja, Nauzubillah. Ini sangat menakutkan, perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu. Dengan kemudahan internet yang ada sekarang, sangat untung mereka yang memilih untuk memanfaatkan medium  ini bagi tujuan perniagaan. Perniagaan juga boleh jadi ibadah jika betul niat dan tindakannya. 
Image result for business online
Sangat rugi kalau seseorang asyik leka melayari internet, terutamanya laman sosial, tetapi tidak memanfaatkannya untuk mendapat sumber pendapatan. Tetapi, kalau ada rakan anda yang berniaga di laman sosial, jangan kecam mereka pula. Sentiasalah positif dengan orang lain, insyaAllah yang positif sahaja akan datang kepada anda. 
Cakap pasal business online, bagi sesiapa yang nak buat business online tu mari saya kongsikan tips untuk memulakan perniagaan online dari rumah. Moga kita dapat manfaat darinya.


Tips Memulakan Perniagaan Online Dari Rumah


1. Modal rendah
Sebagai permulaan, eloklah anda mencari perniagaan yang mempunyai modal yang rendah. Tidak perlu sehingga membuat pinjaman bank untuk suatu perniagaan yang anda belum pasti nasibnya. Sekurang-kurangnya, anda tidak akan rugi banyak dan terus putus asa untuk meneruskan perniagaan.
2. Berisiko rendah
Perniagaan yang rendah risiko adalah perniagaan yang kurang berpotensi mendapat kerugian. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah berkenaan stok barangan. Pastikan perniagaan yang anda pilih tidak memerlukan anda untuk menyimpan banyak stok, lebih-lebih lagi stok yang tidak tahan lama. 
Pastikan jualan berjalan untuk memastikan stok berjalan dan anda tidak kerugian. Buat promosi dari dengan kerap dan konsisten agar jualan berjalan. 
3. Tidak hanya mementingkan untung 
Walaupun setiap orang yang berniaga inginkan keuntungan, tidaklah bermakna anda perlu mendapat keuntungan yang besar dengan membeli stok yang banyak, tetapi tidak pandai menjualnya. 
Sentiasa fikirkan bagaimana anda dapat membantu orang lain dengan produk anda. Lebih fokuskan kepada servis anda melayan pelanggan dan jujur dalam perniagaan. Lebih ramai yang mendapat faedah dari layanan dan produk anda, lebih tinggi peluang untuk anda kembangkan perniagaan anda. 
4. Tidak perlu membuat produk sendiri
Sebagai permulaan perniagaan online, anda tidak perlu membuat produk anda sendiri kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk anda membuat produk, dan memasarkannya. Produk yang telah terkenal lebih mudah untuk orang percaya dan membelinya, 


Tidak ada idea perniagaan apa yang boleh dibuat?

Image result for buntu
Boleh ikut saya membuat perniagaan online Shaklee dari rumah.
Modal yang diperlukan serendah RM80 di Semenanjung Malaysia termasuk kos penghantaran untuk mendapatkan Kit Permulaan. Di situ, ada dituliskan panduan berniaga dan perihal produk.
Anda tidak perlu menyimpan stok yang banyak, malah boleh juga untuk tidak menyimpan stok langsung. Hanya buat pesanan atas talian apabila ada pelanggan yang ingin membeli. Selebihnya akan diuruskan oleh pihak Shaklee, seperti pembungkusan dan penghantaran stok terus kepada pengguna. Jadi, risiko kerugian sangatlah rendah.
Jika anda membuat pembelian melebihi 200 uv, anda sebenarnya layak untuk menjadi ahli secara percuma dan terus memulakan perniagaan Shaklee. 
Satu kepuasan dalam business Shaklee ini adalah apabila pelanggan berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat. Ada yang membeli untuk diberikan kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan dan memberikan feedback yang positif. Tidak tergambar perasaan dapat membantu itu, Dengan itu, mereka akan lebih setia membeli dengan kita. 
Shaklee telah mempunyai produknya dan kajiannya yang tersendiri. Jadi, anda tidak perlu hendak membuat produk anda sendiri atau membuat kajian ke atas produknya. Jenama Shaklee telah terkenal sejak dahulu lagi, dan ini membina kepercayaan orang lain terhadap produknya. 
Saya sangat gembira dan yakin dengan apa yang saya buat sekarang. 
Kalau anda nak rasa seperti apa yang saya rasa, bolehlah hubungi saya, Bazilah di 012-6830069.
 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge