Cara Mudah Nak Join Business Shaklee

Nama Shaklee dah berada di mana-mana. Kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh mereka yang buat business Shaklee telah terbukti. Jenama yang telah tercipta sejak 100 tahun dahulu sudah tidak asing lagi menjadi bualan mulut masyarakat. Best sangat ke buat business Shaklee ni? Betul ke boleh buat duit banyak, ke mereka ni propa je? 
Kalau nak tahu lebih, hubungi saya, Bazilah di 012-6830069. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut. Kalau dah yakin, bolehlah nak join business ni. Macam mana cara nak join business Shaklee ni? Mudah sahaja, mari saya kongsikan caranya. 


Cara Mudah Nak Join Business Shaklee

1. Daftar keahlian Shaklee

Nak daftar keahlian ni, boleh melalui 2 cara juga. Sama ada offline, ataupun online.
a) Daftar secara offline
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan atau HQ Shaklee, kemudian daftar keahlian di kaunter dengan memberikan ID saya sebagai penaja, 1251677 Siti Bazilah Karim. 
b) Daftar secara online
Anda boleh masukkan maklumat anda di sini,
ATAU
Hubungi saya di 012-6830069 untuk saya daftarkan anda secara online.

2. Aktifkan keahlian

Untuk mengaktifkan keahlian, anda perlu membuat bayaran sebanyak RM68.90 dan anda akan mendapat starter kit yang mengandungi segala maklumat mengenai produk dan business Shaklee. 
**sekiranya anda membuat pendaftaran online, anda akan dikenakan flat rate postage fee sebanyak RM10.60 di Semenanjung Malaysia atau RM21.20 di Sabah/Sarawak. Caj pengeposan adalah termasuk kos GST. Pembelian barangan melebihi RM800 (SM) atau RM1000 (SS) akan mendapat penghantaran secara PERCUMA.
ATAU
Selain membayar RM68.90, anda boleh juga mendapatkan keahlian secara PERCUMA!
Bagaimana?
Anda hanya perlu membuat pembelian barangan Shaklee melebihi 200 UV dalam satu resit (lebih kurang RM700 utk Semenanjung Malaysia) dan keahlian anda akan diberikan PERCUMA! 
Tapi, anda hanya akan mendapat keahlian percuma ini jika anda membuat pembelian daripada DUA cara di atas dengan memasukkan ID pengedar SAH Shaklee, ID : 1251677.
Semudah itu sahaja caranya? Ya, semudah itu sahaja! Anda telah layak memulakan business Shaklee anda secara sah.
Tapi, untuk terus berjaya mencipta nama dan memiliki empayar anda sendiri, anda memerlukan :

1. Keazaman yang kuat ingin berjaya
2. Kesungguhan yang betul untuk berusaha
3. Bersedia untuk dibantu dan diajar
4. Tidak mudah putus asa
5. Rajin berusaha
Kalau anda ada semua ciri ini, InsyaAllah anda akan berjaya!
TAPI,
Pastikan anda memilih mentor yang betul. Mentor yang boleh dan bersedia mengajar anda, menyediakan sistem sokongan untuk anda, dan memastikan anda sentiasa berada dalam landasan yang betul.

Apa kelebihan kalau saya menjadi mentor anda?

1. Anda akan mempunyai kumpulan sokongan yang sentiasa memberi inspirasi untuk berjaya.
2. Anda akan dapat belajar dari sifu-sifu hebat yang telah pun berjaya.
3. Anda bebas belajar di mana-mana sahaja kerana saya seorang suri rumah sepenuh masa berijazah yang ada masa yang flexible untuk mengajar anda di mana-mana sahaja secara online ataupun *offline (sekiranya mengizinkan).
Anda juga berhak mendapat kelebihan-kelebihan lain yang ditawarkan oleh pihak Shaklee. Boleh baca di sini.
Jadi, sekiranya anda telah bersedia bermentorkan saya, usah tunggu lagi. Bertindaklah segera!
Bazilah
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Fb Page : Towards Quality Life
Instagram : towardsqualitylife
Blog : www.towardsqualitylife.blogspot.my
Continue Reading

4 Tips Memulakan Perniagaan Online Dari Rumah

Zaman sekarang ni, semuanya di hujung jari. Nak dapat pahala pun boleh dihujung jari, kalau kita sebarkan manfaat kepada orang lain. Nak dapat dosa pun di hujung jari sahaja, Nauzubillah. Ini sangat menakutkan, perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu. Dengan kemudahan internet yang ada sekarang, sangat untung mereka yang memilih untuk memanfaatkan medium  ini bagi tujuan perniagaan. Perniagaan juga boleh jadi ibadah jika betul niat dan tindakannya. 
Image result for business online
Sangat rugi kalau seseorang asyik leka melayari internet, terutamanya laman sosial, tetapi tidak memanfaatkannya untuk mendapat sumber pendapatan. Tetapi, kalau ada rakan anda yang berniaga di laman sosial, jangan kecam mereka pula. Sentiasalah positif dengan orang lain, insyaAllah yang positif sahaja akan datang kepada anda. 
Cakap pasal business online, bagi sesiapa yang nak buat business online tu mari saya kongsikan tips untuk memulakan perniagaan online dari rumah. Moga kita dapat manfaat darinya.


Tips Memulakan Perniagaan Online Dari Rumah


1. Modal rendah
Sebagai permulaan, eloklah anda mencari perniagaan yang mempunyai modal yang rendah. Tidak perlu sehingga membuat pinjaman bank untuk suatu perniagaan yang anda belum pasti nasibnya. Sekurang-kurangnya, anda tidak akan rugi banyak dan terus putus asa untuk meneruskan perniagaan.
2. Berisiko rendah
Perniagaan yang rendah risiko adalah perniagaan yang kurang berpotensi mendapat kerugian. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah berkenaan stok barangan. Pastikan perniagaan yang anda pilih tidak memerlukan anda untuk menyimpan banyak stok, lebih-lebih lagi stok yang tidak tahan lama. 
Pastikan jualan berjalan untuk memastikan stok berjalan dan anda tidak kerugian. Buat promosi dari dengan kerap dan konsisten agar jualan berjalan. 
3. Tidak hanya mementingkan untung 
Walaupun setiap orang yang berniaga inginkan keuntungan, tidaklah bermakna anda perlu mendapat keuntungan yang besar dengan membeli stok yang banyak, tetapi tidak pandai menjualnya. 
Sentiasa fikirkan bagaimana anda dapat membantu orang lain dengan produk anda. Lebih fokuskan kepada servis anda melayan pelanggan dan jujur dalam perniagaan. Lebih ramai yang mendapat faedah dari layanan dan produk anda, lebih tinggi peluang untuk anda kembangkan perniagaan anda. 
4. Tidak perlu membuat produk sendiri
Sebagai permulaan perniagaan online, anda tidak perlu membuat produk anda sendiri kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk anda membuat produk, dan memasarkannya. Produk yang telah terkenal lebih mudah untuk orang percaya dan membelinya, 


Tidak ada idea perniagaan apa yang boleh dibuat?

Image result for buntu
Boleh ikut saya membuat perniagaan online Shaklee dari rumah.
Modal yang diperlukan serendah RM80 di Semenanjung Malaysia termasuk kos penghantaran untuk mendapatkan Kit Permulaan. Di situ, ada dituliskan panduan berniaga dan perihal produk.
Anda tidak perlu menyimpan stok yang banyak, malah boleh juga untuk tidak menyimpan stok langsung. Hanya buat pesanan atas talian apabila ada pelanggan yang ingin membeli. Selebihnya akan diuruskan oleh pihak Shaklee, seperti pembungkusan dan penghantaran stok terus kepada pengguna. Jadi, risiko kerugian sangatlah rendah.
Jika anda membuat pembelian melebihi 200 uv, anda sebenarnya layak untuk menjadi ahli secara percuma dan terus memulakan perniagaan Shaklee. 
Satu kepuasan dalam business Shaklee ini adalah apabila pelanggan berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat. Ada yang membeli untuk diberikan kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan dan memberikan feedback yang positif. Tidak tergambar perasaan dapat membantu itu, Dengan itu, mereka akan lebih setia membeli dengan kita. 
Shaklee telah mempunyai produknya dan kajiannya yang tersendiri. Jadi, anda tidak perlu hendak membuat produk anda sendiri atau membuat kajian ke atas produknya. Jenama Shaklee telah terkenal sejak dahulu lagi, dan ini membina kepercayaan orang lain terhadap produknya. 
Saya sangat gembira dan yakin dengan apa yang saya buat sekarang. 
Kalau anda nak rasa seperti apa yang saya rasa, bolehlah hubungi saya, Bazilah di 012-6830069.
 
Continue Reading

Cabaran Menjadi Usahawan Berjaya Dan Cara Mengatasinya

Setiap perkara dalam hidup tentu ada cabarannya sendiri. Hatta duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa sahaja pun ada cabaran untuk menghadapi kebosanan, apa kan lagi seorang usahawan yang ingin berjaya. Lebih membimbangkan, sekiranya usahawan itu terpaksa menanggung kesusahan sendirian tanpa bantuan. Jangan jadi seperti saudara di dalam video ini. Mari kita saksikan belenggu yang melanda saudara ini akibat terperangkap dengan beban perniagaannya sebelum ini. 


Cabaran  Menjadi Usahawan Berjaya Dan Cara Mengatasinya

1. Tiada matlamat perniagaan
Cabaran atau masalah utama seorang ahli perniagaan yang ingin menjadi usahawan berjaya adalah tidak mempunyai matlamat atau target yang jelas ke mana ingin membawa perniagaan mereka. Ibarat seorang pemandu kereta yang tidak tahu ke mana destinasi yang ingin di tuju, maka dia hanya memandu ke mana-mana sahaja. Silap haribulan, boleh berlaku kemalangan pula. Maka, mulai sekarang, set kan matlamat dan target masing-masing dalam perniagaan ini.
2, Tiada perancangan yang jitu
Sekiranya seorang usahawan sudah mempunyai target yang jelas dalam perniagaannya, cabaran kedua adalah apabila dia tidak membuat perancangan yang teliti untuk mencapai matlamat tersebut. Ingat pepatah Inggeris, “If you fail to plan, you plan to fail”. Jadi, perancangan yang sangat teliti perlu dibuat oleh setiap usahawan yang ingin berjaya dan perlu sentiasa menyemak sama ada adakah tindakan yang dilakukan selari dengan perancangan dan matlamat perniagaan.

3. Tiada ilmu perniagaan 
Kata-kata tuntutlah ilmu hingga ke negara China sangat bertepatan walau di dalam perniagaan. Sentiasa perbaharui ilmu mengenai perniagaan dan janganlah menganggap diri sudah cukup ilmu. Sentiasa mencari melalui pelbagai medium yang ada. Ilmu perniaagaan ini termasuklah ilmu pemasaran, ilmu tentang produk mahupun ilmu rohani. Semuanya penting bagi memastikan seseorang menjadi usahawan yang berjaya. Maka, jangan pernah jemu untuk mencari ilmu baru, mahupun memperbaharui ilmu yang pernah tahu. Walaupun kita merasakan ilmu tersebut seperti sudah kita tahu, namun mungkin kita ditakdirkan untuk mendapat kembali ilmu tersebut kerana kita belum betul-betul mengamalkannya. 

4. Tiada motivasi dan bimbingan
Setiap seorang dari kita tidak boleh hidup bersendirian, apakan lagi seorang usahawan. Rakan yang ramai bukan sahaja penting untuk kita meluaskan empayar perniagaan, malah penting sebagai sistem sokongan terutamanya apabila kita di landa masalah. Carilah seberapa ramai kenalan, terutamanya yang positif dan berjaya, kerana anda akan terdorong untuk ke arah itu juga. 

5. Takutkan persaingan
Setiap usahawan perlu cakna bahawa persaingan yang sihat adalah perlu untuk kita lebih perbaiki diri memberi yang lebih baik dan berusaha dengan lebih keras untuk menghadapinya. Tetapi, jangan sehingga memudaratkan pesaing kita, kerana setiap usahawan itu ada rezekinya sendiri yang telah ditetapkan. Yakin dengan perkara ini. Sentiasa positif bahawa pesaing kita wujud untuk kita menjadi lebih baik. 



Apa yang saya buat untuk menghadapi cabaran-cabaran ini?


Sebagai seorang usahawan Shaklee, saya diajar untuk meletakkan matlamat dalam perniagaan Shaklee saya. Kenapa saya memilih untuk mengusahakan perniagaan Shaklee ini? Saya selalu diingatkan akan perkara ini dan ia sangat membantu untuk memastikan saya sentiasa berada pada landasan yang betul. 
Seterusnya, saya diajar untuk membuat garis masa (timeline) bila saya akan mencapai matlamat tersebut. Ini sangat membantu melorongkan perbuatan saya selari dengan matlamat itu. Ia juga membantu saya merancang apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya. 
Di dalam kumpulan, kami sentiasa diajar dengan ilmu-ilmu baru dan diingatkan dengan ilmu lama untuk lebih memperbaiki diri. Ilmu ini bukan hanya berkaitan perniagaan dan produk, malah juga ilmu rohani dan sokongan motivasi. Walaupun saya banyak mendapat ilmu ini melalui atas talian (online), namun pihak Shaklee sendiri ada menyediakan ceramah-ceramah dan program di cawangan-cawangannya untuk ahlinya mendapatkan ilmu sambil beramah mesra.
Dengan selalu berhubung dengan rakan-rakan seperjuangan seperti ini, saya mendapat motivasi, sokongan dan bimbingan yang berterusan. Sudah tentu ada ketikanya saya merasa lemah dan seperti sudah patah semangat. Tetapi apabila sentiasa mendapat sokongan, masalah itu dapat ditangani. Mereka adalah sebenarnya pesaing saya, tetapi mereka juga banyak memberikan panduan dan bimbingan. Persaingan secara sihat inilah yang perlu kita amalkan agar kita sama-sama dapat menjadi usahawan yang berjaya.  
Saya simpati dengan mereka yang ditakdirkan mendapat musibah daripada perniagaan yang diusahakan. Namun, percayalah bahawa gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. 
Sekiranya anda ingin agar saya membimbing anda dalam perusahaan yang saya usahakan sekarang, jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya. Saya tidak menjanjikan bulan bintang, tetapi saya yakin jika anda berusaha sehabis baik, insyaAllah kejayaan itu pasti di tangan anda!
Selamat Menuju Kejayaan!
Bazilah
012-6830069
ID : 1251677

Continue Reading

Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Cara Semulajadi

Saban hari, kerja yang seakan tak pernah habis membuatkan kita rasa lemah tidak bertenaga terutamanya pada penghujung hari. 24 jam dirasakan tidak cukup. Ada sahaja perkara yang harus disiapkan, namun badan dah tak larat dan kelesuan. Ada baiknya kita baca tips untuk kekal bertenaga sepanjang hari dengan cara yang selamat dan semulajadi.
Kurang tidur, terlalu banyak minum kopi, kurang bersenam, stress dan anemia adalah antara penyebab badan keletihan, kepenatan, kelesuan dan kurang bertenaga. Semua faktor ini harus dielakkan bagi memastikan badan sentiasa bertenaga dan dapat membuat kerja dengan lebih efektif dan produktif.
Setelah mengetahui punca kurang tenaga, barulah kita dapat atasi masalah ini dengan ikuti tips ini pula.

Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

1. Kawal tekanan dan stress
Stress sebenarnya menyebabkan otak anda menggunakan lebih tenaga daripada biasa. Cuba untuk bertenang dengan beribadah atau meditasi, bercakap dengan orang lain dan keluar menghirup udara segar untuk mengelakkan stress.
2. Kurangkan beban kerja
Beban kerja yang banyak memerlukan seseorang menggunakan banyak tenaga dan menjadi cepat penat. Setkan prioriti anda supaya dapat lebih fokus kerja yang mana perlu disiapkan dahulu. Rancanglah jadual kerja anda sebaiknya dan minta pertolongan orang lain sekiranya perlu.
 
3. Lakukan senaman
Senaman dapat membantu memberi tenaga kepada sel dan membantu badan mendapat oksigen yang secukupnya. Selain itu, ia membantu badan menghasilkan hormon epinephrine dan norepinephrine yang membantu badan lebih bertenaga.
4. Makan makanan yang mengandungi rendah indeks glisemik
Makanan yang kurang indeks glisemik bererti makanan tersebut ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan. Ini membantu badan bertahan lebih lama. Antara makanannya ialah bijirin penuh, sayuran yang berserat tinggi dan kekacang. Pengambilan karbohidrat komplex juga boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam darah dan kestabilan tenaga.
 
5. Minum air secukupnya
Air sangat penting untuk mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi. Kekurangan air juga menjadi sebab badan menjadi lemah kerana tenaga dari makanan tidak dapat disalurkan dengan baik.
6. Dapatkan tidur yang cukup
Semasa tidur, sel akan menghasilkan dan melepaskan protein penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu. Kurang tidur boleh menyebabkan kurang konsentrasi, perubahan mood dan melemahkan fungsi imun.
 
7. Makan makanan yang kaya dengan zat besi
Zat besi diperlukan untuk penghasilan tenaga daripada glukosa, bahan utama untuk otak dan badan. Makanan kaya zat besi termasuklah ikan, ayam, daging, telur, roti gandum, bijirin, kekacang dan sayuran hijau.
8. Tingkatkan pengambilan vitamin B

Vitamin B penting untuk menyediakan badan dengan karbohidrat, protein dan lemak. Makanan yang kaya dengan vitamin B termasuklah bijirin penuh, daging, ayam, ikan salmon, susu, telur dan sayuran hijau. Lebih baik lagi jika anda menyambil vitamin B complex.

9. Tingkatkan pengambilan magnesium 

Magnesium adalah antara nutrien anti-stress dan terdapat di dalam makanan semulajadi yang tidak diproses seperti tauhu, kekacang, gandum dan sayuran hijau.

10. Ambil spirulina

Hidupan algae air tawar ini kaya dengan vitamin B, C dan D serta magnesium, besi, zink dan beta-karotena yang bagus untuk fungsi imun yang kuat.


Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Nutrisi Dari Supplemen Semulajadi

Selain makanan yang kita ambil seharian, kita juga boleh memilih untuk mengambil makanan tambahan untuk memastikan lompong-lompong nutrien dari makanan dapat dipenuhi. Pastikan supplemen yang anda ambil dijamin selamat dan diperbuat dari bahan semulajadi untuk mengelakkan kesan sampingan dalam jangka panjang.

Shaklee menawarkan produk-produk dari bahan semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan walau diambil dalam jangka masa yang panjang, jika betul cara penggunaannya.

Antara produk-produk Shaklee yang boleh membantu mengekalkan tenaga harian kita adalah :

1. Performance Drink

Ia adalah minum isotonik tanpa gas yang akan mengekalkan tahap elektrolit di dalam badan. Dengan itu, badan akan kekal terhidrat dan tidak mudah kehausan mahupun keletihan.

2. Vita-lea Iron Formula

Ia mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA serta diformulasikan secara komprehensif dan seimbang. Kandungan vitaminnya termasuklah zat besi (iron), 5 jenis vitamin B dan magnesium yang membantu dalam memberikan tenaga seperti dinyatakan di atas. Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk spirulina yang membuatkannya berwarna hijau.

3. B-Complex

Ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. B Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga untuk mengatasi masalah keletihan dan kelesuan. Ia juga membantu melawan tekanan dengan meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Selain itu, vitamin B Complex Shaklee membantu mencegah anemia dengan membantu pembentukan darah merah yang sihat dan antibodi. Oleh kerana vitamin B adalah vitamin yang larut air dan lebihannya tidak akan disimpan dalam badan, sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan, maka sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-komplex setiap hari.

4. Energizing Soy Protein (ESP)

Kandungan indeks glisemiknya rendah, iaitu hanya 39. Ini bermakna makanan akan ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan dan membantu mengekalkan tenaga badan dengan lebih lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama air kegemaran anda selain yang mengandungi kafein. Jika diambil bersama susu dan kurma akan memberikan tenaga segera untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

5. Vivix

Ia membantu menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. Kandungan antioksida yang tinggi di dalam vivix juga mengelakkan sel-sel badan dari rosak akibat pengoksidaan yang menjadi antara punca badan menjadi lemah dan lesu.

6. CoQTrol

Ia adalah kombinasi polifenol dan CoQ10. Polifenol berfungsi meningkatkan kuantiti mitokondria dalam badan supaya lebih banyak tenaga dihasilkan. CoQ10 pula berfungsi memandu penghasilan tenaga sellular dari makanan yang kita ambil. Ia bertanggungjawab dalam penghasilan tenaga dalam setiap sel. CoQ10 bertindak sebagai ‘spark plug’ dalam penghasilan tenaga dengan menukarkan makanan kepada tenaga (ATP). Selain memberikan tenaga berpanjangan, ia juga membantu dalam melancarkan peredaran darah, kecantikan kulit, tingkatkan daya ingatan dan kesuburan.


Mari kita saksikan testimoni dari Asmida Fazeli yang bekerja selama 10 jam sehari namun kekal bertenaga setelah mengambil produk Shaklee..

Kesibukan hidup seharian kadangkala membuatkan kita tidak sempat untuk memikirkan apa dan bagaimana mendapatkan makanan berkhasiat yang seimbang untuk memastikan tenaga berkekalan dan tidak mudah letih. Jadi, di sinilah pengambilan supplemen sangat membantu memudahkan kerja kita.

Klik di sini untuk membeli..

Perlukah anda membeli semuanya? Hubungi saya, saya akan bantu anda membuat pilihan yang terbaik mengikut keadaan anda.

Bazilah
ID : 1251677
012-6830069

Continue Reading

Cara Hilangkan Parut Chicken Pox

Parut Chicken Pox kadangkala membuatkan kita berasa kurang yakin dengan keterampilan diri, terutamanya jika perlu berdepan denga orang. Apakan lagi jika kulit penuh dengan parut. Muka yang dahulunya cantik licin kini tidak lagi, akibat parut Chicken Pox.

Image result for chicken pox images in men
Cacar air, nama lain bagi chicken pox adalah penyakit berjangkit yang berpunca dari virus Varicella-zoster. Ia menyebabkan kegatalan akibat ruam di seluruh badan. Chicken pox selalunya tidak serius, lebih-lebih lagi jika berlaku kepada kanak-kanak. Namun, ia boleh menjadi lebih teruk pada orang dewasa terutamanya lelaki. Ini kerana ia boleh meninggalkan parut yang lama sekiranya tidak diatasi segera.
Continue Reading

Tips Hilangkan Jerawat Yang Teruk Dari Dalam

Jerawat seringkali menyebabkan kita rasa tidak yakin dengan diri, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan orang lain. Wanita terutamanya, amat risau jika timbul walau sebiji jerawat di muka. Tidak salah untuk risau, kerana cantik itu indah, dan semua orang sukakan kecantikan dan keindahan. Yang jadi masalah jika jerawat hanya ditutup dengan mekap tebal atau menggunakan produk yang mengandungi bahan merbahaya. Ditakuti kulit akan menjadi bertambah teruk dan lebih sukar untuk dirawat. 
Image result for cause of severe pimple
Sebaiknya, masalah jerawat yang teruk diatasi dari dalam, dari akar umbi lagi. Jadi, sangat penting untuk kita ketahui apakah punca yang menyebabkan berlakunya jerawat ini, agar ia sukar untuk hadir kembali. Umpama masalah air paip yang bocor. Kalau nak atasi masalah ini bukan hanya dengan menyumbat ruangan yang bocor, sebaliknya tutup dan baiki punca bekalan air itu agar masalah tidak berulang.
Di sini, saya akan kongsikan bagaimana cara ataupun tips untuk menghilangkan dan mengatasi masalah jerawat yang teruk ini. Tetapi, mari kita kenali dulu apa yang menyebabkan punca jerawat berlaku.

Punca Jerawat Timbul

Jerawat berlaku apabila liang-liang pada kulit terperangkap dengan minyak, kulit mati, atau bakteria. Setiap liang pada kulit adalah pembukaan kepada folikel. Folikel terdiri daripada rambut dan kelenjar sebaceous (minyak). 
Kelenjar minyak mengeluarkan sebum (minyak), yang bergerak ke atas rambut, keluar dari liang, dan masuk ke dalam kulit. Sebum menjadikan kulit anda lembap dan lembut. Jerawat boleh disebabkan oleh satu atau lebih daripada masalah dalam proses pelinciran ini. 
Ia boleh berlaku apabila :
  • Terlalu banyak minyak dihasilkan oleh folikel
  • Sel-sel kulit mati terkumpul di dalam liang kulit
  • Bakteria tumbuh di dalam liang kulit

Kesemua masalah ini menyumbang kepada perkembangan jerawat. Jerawat muncul apabila bakteria tumbuh di dalam liang yang tersumbat dan minyak tidak dapat melepaskan diri. 
Antara faktor risiko berlaku jerawat :
1. Perubahan hormon
Terutamanya semasa datang bulan dan mengandung. Golongan remaja juga kerap didatangi jerawat kerana hormon berubah ketika akil baligh.
2. Pemakanan 
Diet yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat seperti kerepek dan roti. Makanan yang berminyak juga boleh menyebabkan jerawat.
3. Genetik
Ibu bapa yang mempunyai masalah jerawat berpotensi mempunyai anak yang ada masalah jerawat juga.
4. Ubat
Pengambilan ubat tertentu seperti pil perancang kehamilan atau kortikosteroid. Produk kosmetik yang tertentu juga boleh menjadi punca jerawat. 
Tips Atasi Jerawat
1. Bersihkan kulit terutamanya muka setiap hari menggunakan sabun yang lembut untuk menghilangkan minyak dan kotoran berlebihan.
2. Kerap mencuci rambut dan elakkannya dari terkena muka.
3. Gunakan barangan kosmetik yang berasaskan air atau pastikan dilabelnya tertulis “noncomedogenic” (bukan penyumbat liang).
4. Tidak memicit jerawat, kerana ia akan menyebarkan bakteria dan minyak yang berlebihan ke kawasan lain. 
5. Tidak menyentuh bahagian muka kerana tangan berisiko mempunyai banyak bakteria. 
6. Cuci muka dua kali sehari.
7. Elakkan barangan kosmetik berasaskan minyak.
8. Bersihkan kulit terutamanya muka dengan teliti sebelum tidur.
9. Makan makanan yang sihat. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. 
10. Elakkan dari tekanan atau stress dan bertenang selalu. 



Hindari Jerawat Dari Dalam Dengan Membekalkan Nutrisi Yang Sihat

Pemakanan yang sihat bukan sahaja menyihatkan, malah boleh mencantikkan kulit dan mengelakkan dari terjadinya jerawat. Selain itu, pengambilan supplemen semulajadi yang penuh nutrien tertentu akan membantu kesihatan kulit contohnya pengambilan vitamin C, E, B complex dan kolagen.
Rangkaian produk Shaklee yang membantu masalah kulit terutamanya jerawat yang teruk adalah :

1. Sustained Release Vita C Plus 
Membekalkan vitamin C yang terkenal dengan kelebihannya untuk kecantikan kulit. Vitamin C membantu merangsang pembentukan kolagen dan membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah dengan menyekat pembentukan pigmen.

2. Energizing Soy Protein (ESP)

Protein soya dari ESP membantu merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, mengembalikan radian kulit, mempercepatkan penyembuhan luka dengan membaiki tisu yang rosak dan mengurangkan kesan parut. 

3. Vita E Complex
Kandungan vitamin E di dalamnya berfungsi sebagai antioksidan yang membantu penyembuhan tisu. Vitamin E juga bagus untuk membantu mengurangkan kesan parut pada kulit. 
4. GLA Complex
Membantu menstabilkan hormon badan manusia di mana ketidakstabilan hormon menjadi antara penyebab terjadinya jerawat. 
5. Garlic 
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang bertindak melawan bakteria, punca masalah jerawat.
6. Alfalfa Complex
Berfungsi membuang toksin dalam badan yang menjadi penyebab masalah jerawat.

7. Collagen Powder
Kandungan kolagen di dalamnya membantu melindungi kulit dari kering dan mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga membantu mengekalkan elastisiti semulajadi kulit dan memperlahankan kehadiran kedutan. Kolagen sememangnya amat terkenal dengan kecantikan.
8. Vivix
Ia mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi untuk membantu ‘merawat’ masalah kulit dari dalam. Vivix bertindak melindungi dan membaiki sel DNA di mana ia membantu mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi serta mengurangkan bintik penuaan. 


Saksikan Kesan Penggunaan Produk Shaklee Ke Atas Pengguna Yang Mempunyai Masalah Jerawat Yang Teruk Ini..

Sekiranya masalah jerawat yang teruk masih lagi menghantui anda, jangan biarkan ia melarat. Bertindak segera!

Hanya klik di sini untuk membeli..

Image result for beli sekarang

Ingin membeli dengan lebih murah? Daftar ahli sekarang..

Image result for daftar sekarang

Perlukah saya mengambil kesemuanya?
Hubungi saya untuk khidmat nasihat. Saya sedia membantu..

Bazilah
012-6830069

Continue Reading

Atasi Masalah Buasir Ketika Hamil Dan Berpantang Tanpa Menyakitkan

Semasa hamil, perubahan hormon berlaku dan badan mengalami lebih tekanan dari keadaan biasa menyebabkan pelbagai ketidakselesaan berlaku semasa mengandung, termasuklah buasir. Ibu akan merasa gatal, sakit atau mungkin berlaku pendarahan ketika membuang air besar. Perkara pertama yang perlu ibu elakkan adalah sembelit kerana pembuangan air besar yang keras dan kering akan memburukkan lagi keadaan. Buasir akan menjadi lebih teruk selepas bersalin sekiranya tidak diatasi segera.

Image result for hemorrhoid after birth

Sudahlah semasa mengandung ibu mengalami macam-macam kesakitan dan ketidakselesaan, proses bersalin pun dah menyakitkan, ditambah pula dengan masalah buasir ini. Memang pedih dan sangat sakit. Sungguh besar pengorbanan seorang insan bergelar ibu ini. Suami dan keluarga terdekat wajar memahami kesakitan yang dialami dan membantu para ibu yang mempunyai masalah ini untuk mengelakkan terjadinya keadaan yang lebih teruk seperti post-partum depression atau meroyan selepas bersalin.


Punca Terjadinya Buasir Semasa Mengandung Dan Selepas Bersalin

Semasa sedang hamil, tekanan kepala bayi menyebabkan vena di sekeliling anus membengkak. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika ibu memaksa diri untuk membuang air besar. Buasir juga boleh terjadi akibat sembelit, lebih-lebih lagi jika ibu tidak menjaga pemakanan yang bersumberkan serat tinggi dan tidak minum air yang banyak. Pengambilan zat besi tanpa minum air yang banyak mungkin menjadi antara punca sembelit. Selain itu, kehadiran hormon kehamilan progesterone akan mengendurkan otot usus dan menyebabkan usus ibu diperlahankan. Keadaan ini menyebabkan ibu lebih cenderung mendapat sembelit, dan seterusnya buasir.

Selepas bersalin, proses meneran untuk mengeluarkan bayi menyebabkan tekanan pada bahagian dubur yang menjadi punca berlakunya buasir. Ibu dalam pantang yang kurang minum air dan tidak mengambil makanan yang berserat tinggi juga menyebabkan sembelit bertambah teruk dan mengakibatkan buasir.

Oleh itu, sangat penting untuk para ibu melengkapkan diri dengan ilmu sebelum dan selepas bersalin untuk mengelakkan kesakitan dan penderitaan yang berpanjangan.

Tips Mengatasi Buasir Semasa Hamil Dan Selepas Bersalin


1. Makan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

2. Minum air dengan banyak dan mencukupi.

3. Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama untuk mengelakkan tekanan pada kawasan buasir.

4. Lakukan senaman ringan untuk ibu hamil dan berpantang seperti senaman kegel untuk menguatkan otot di sekeliling anus.

5. Elakkan menangguh untuk ke tandas dan cuba kurangkan meneran ketika membuang air besar.

6. Elakkan menggaru di kawasan yang gatal.

7. Tekapkan bahagian yang sakit dengan ketulan ais yang diletakkan di dalam tuala.

8. Mandi dengan air suam untuk mengelakkan kegatalan dan kesakitan.

9. Amalkan supplemen untuk ibu mengandung dan berpantang supaya ibu mendapat cukup nutrisi dan mengelakkan sembelit.


Saksikan Video Pengguna Yang Mengalami Masalah Buasir Semasa Hamil & Berpantang Kemudian Pulih Setelah Mengambil Set Shaklee Ini..

 Masalah buasir yang tidak dirawat boleh menyebabkan si ibu menderita kesakitan dan menyukarkan ibu untuk menguruskan diri sendiri dan bayi. Lebih teruk lagi, ia mungkin boleh menyebabkan stress dan post-partum depression yang akan membahayakan ibu dan anak. Jangan biarkan ia berlarutan. Bertindaklah sekarang!

Hanya satu klik sahaja untuk anda membeli :

Perlukah anda ambil kesemuanya?
 Hubungi saya untuk Bazilah nasihat percuma di :

Continue Reading

Cara Atasi Masalah Resdung Kronik Dengan Selamat

Kerap bersin di waktu pagi atau pada waktu tertentu sangat menganggu kerja seharian, apatah lagi dengan hadirnya lelehan atau bendalir yang keluar dari hidung. Ia bukan hanya membuatkan seseorang berasa tidak selesa, malah mengundang rasa malu apabila ia keluar tanpa sengaja di saat kita berada di khalayak ramai.

Image result for runny nose

Sekiranya ini kerap terjadi, anda mungkin mempunyai masalah resdung dan perlu dirawat segera agar kehidupan seharian dapat berjalan lancar dan kerja menjadi lebih efektif dan produktif. Di sini, saya kongsikan cara mengatasi masalah resdung dengan bahan semulajadi yang dijamin selamat kerana mempunyai kajian yang saintifik ke atasnya.

Sebelum itu, kita perlu tahu dahulu apa yang menyebabkan seseorang mempunyai masalah ini.

Punca Berlaku Resdung

1. Alah kepada habuk atau sesetengah makanan yang menyebabkan hidung seseorang tersumbat

2. Mempunyai ketumbuhan di dalam hidung

3. Mempunyai hidung yang tidak normal, seperti septum dinding pemisah hidung bengkok

4. Mempunyai turbinate, dinding tepi hidung yang besar dan menyumbatkan sinus

5. Mandi atau masuk ke dalam air yang kotor

6. Jangkitan gigi atas

7. Memasukkan objek ke dalam hidung

Tips Mengatasi Resdung

1. Elakkan memakan makanan yang menjadi penyebab alahan

2. Banyakkan berehat dan berbaring pada bahagian yang anda selesa untuk bernafas dengan lebih baik

3. Tidak menggunakan semburan hidung dekongestan melebihi 7 hari untuk mengelakkan bengkak yang lebih teruk

4. Sebolehnya tidak menyapu sampah, sebaliknya menggunakan mop atau vakum.

5. Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina

6. Lap muka menggunakan tuala basah suam atau lakukan pernafasan pada wap

7. Elakkan pergi ke tempat yang terdedah kepada pencemaran udara seperti asap rokok, asap kenderaan dan asap kilang.

8. Minum banyak air dan hirup sup atau cecair yang panas

9. Amalkan makanan tambahan dari sumber semulajadi yang selamat dan berkesan

Cara Atasi Masalah Resdung Kronik Dengan Selamat

Penggunaan Set Resdung Shaklee yang selamat mampu membantu pesakit resdung mendapat kelegaan dan mengelakkannya dari berulang. Ia terdiri daripada :

1. Alfalfa complex

Diperbuat daripada Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California dan memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalla, ia mempunyai akar yang boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Alfalfa boleh menyingkirkan toksin di dalam badan yang menjadi antara punca alahan dan resdung. Ia membantu memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif serta melegakan resdung. Namun, pesakit SLE tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa sebagai supplemen.

2. Sustained Release Vita C Plus

Vitamin C bertindak sebagai antioksida dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, selain meningkatkan sistem imun badan. Vitamin C bagus untuk mengurangkan simptom flu dan selsema, mahupun membantu masalah berkaitan alergi hidung, kulit dan asthma.

3. Vitamin B Complex

Apabila seseorang mengalami resdung, simptom-simptom yang dialami menyebabkan seseorang menjadi stress. B Complex bertindak sebagai anti stress yang akan menstabilkan hormon pesakit resdung agar lebih tenang secara semulajadi dan membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian hidung dan muka.

4. Nutriferon

Ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh secara semulajadi dengan bertindak mengaktifkan interferon semulajadi badan dalam melawan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Pengambilan Nutriferon secara berterusan baik untuk memastikan badan lebih sihat kerana daya tahan melawan penyakit lebih tinggi.


Set Resdung Shaklee Membantu Masalah Resdung Pengguna Ini..

Gejala resdung yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh kompilasi pada otak pesakit. Jangan biarkan ia berlarutan. Bertindaklah sekarang!

Hanya satu klik sahaja untuk anda membeli :

Atau boleh hubungi saya, Bazilah di :

Continue Reading

10 Sebab Kenapa Perlu Detox Cara Shaklee Untuk Kuruskan Badan

Detoksifikasi (detox) secara umumnya adalah suatu proses atau tempoh masa di mana seseorang menahan diri atau berhenti mengambil makanan, minuman, atau dadah yang tidak sihat atau berbahaya ke dalam badan untuk jangka masa tertentu untuk meningkatkan kesihatan seseorang. 
Image result for shaklee detox program
Dalam pemakanan, detox adalah satu keperluan dalam proses membersihkan usus kita dari sebarang toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus bagi memudahkan penyerapan nutrien secara optimum. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, detox adalah satu kemestian bagi memastikan berat badan tidak naik semula dengan cepat. Di sini saya nyatakan 10 sebab kenapa anda perlu detox cara Shaklee untuk kuruskan badan.


1. Buang Toksin Dari Badan

Terdapat banyak pencemaran yang berlaku dewasa ini yang menyebabkan badan kita dimasuki dengan pelbagai unsur yang berbahaya untuk kesihatan. Pengambilan makanan yang tidak sihat seperti makanan berlemak, berminyak, tinggi kandungan gula, makanan yang diproses dan mempunyai bahan pengawet adalah antara bahan yang perlu disingkirkan dari tubuh. 
Dengan detox cara Shaklee yang menggunakan produk yang diuji secara klinikal, toksin dari badan akan dapat disingkirkan secara efektif dan menyebabkan badan menjadi lebih ringan. Oleh itu, lebih mudah berat badan dapat dikurangkan.
2. Menghindari Penyakit Kronik
Toksin yang berlebihan dari pemakanan yang tidak seimbang juga antara penyebab berlakunya penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok, mahupun kanser. 
Antara produk detox Shaklee adalah vivix yang mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi. Antioksida ini akan memastikan sel-sel badan terselamat daripada dioksidakan oleh radikal bebas. Bila badan sihat, lebih mudah melakukan proses penurunan berat badan.

3. Mengukuhkan Sistem Imunisasi Badan
Sistem imun badan menjadi semakin lemah jika tubuh sering terdedah kepada pencemaran tadi. Amalan detox yang kerap dan konsisten mampu meningkatkan semula sistem imunisasi badan dalam melawan penyakit.
Detox cara Shaklee bukannya memaksa diri untuk berlapar tanpa mengendahkan keperluan nutrien dalam badan untuk menyokong sistem ketahanan badan. Sebaliknya, penyerapan nutrien yang optimum dari pengambilan set detox Shaklee mampu mengukuhkan sistem badan melawan penyakit. Apabila badan sihat daripada jangkitan penyakit, lebih mudah untuk seseorang meneruskan program penurunan berat badannya.
4. Menurunkan Berat Badan
Badan yang penuh dengan toksin mempunyai kurang keupayaan untuk membakar lemak, lantas menyebabkan kesukaran untuk menurunkan berat badan dan menguruskan badan.
Shaklee menawarkan set detox yang akan mencuci sistem penghadaman, usus dan juga hati bagi membantu seseorang mengurangkan berat badannya dengan efektif. 
5. Menjadi Lebih Awet Muda
Seperti dinyatakan di atas, penyerapan nutrien oleh badan akan terganggu dengan adanya toksin dalam badan. Jadi, detox membantu badan mendapat cukup nutrien, vitamin dan antioksida bagi mengelakkan sel-sel tubuh mudah rosak atau teroksidasi. Dengan itu, tubuh badan akan kelihatan lebih awet muda kerana kesan penuaan menjadi lebih lambat. 
Vivix di dalam set detox Shaklee mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi bagi melindungi sel tubuh daripada radikal bebas. Apabila kesan penuaan dapat diperlambatkan, badan akan lebih bertenaga untuk meneruskan program menguruskan badan. 

6. Kualiti Hidup Bertambah
Apabila kita membuat detox, badan akan menjadi lebih cergas dan cerdas. Kualiti hidup akan  menjadi bertambah baik kerana tekanan pada tubuh badan semakin berkurang. 
Detox cara Shaklee adalah dengan memakan makanan yang sihat mengikut keperluan nutrisi tubuh. Ini dapat memastikan kehidupan yang lebih selesa biarpun perlu menjalani program menurunkan berat badan. 
7. Tenaga Bertambah
Toksin menyebabkan seseorang mengalami stress. Jadi, dengan detox, kadar stress dapat dikurangkan. Seseorang akan menjadi bertambah bertenaga kerana mendapat tidur yang berkualiti dan badan dapat menyerap nutrien dengan baik.
Vivix di dalam set detox Shaklee bertindak memberikan tenaga kepada sel lantas menjadikan tubuh kekal bertenaga biarpun ingin mendapatkan berat badan yang ideal.
8. Kesihatan Kulit Lebih Baik
Toksin adalah antara punca terjadinya jerawat dan kulit yang kusam. Proses detox mampu mengembalikan keremajaan kulit dan membantu seseorang mendapatkan kesihatan kulit yang lebih baik.
Set detox Shaklee bukan hanya mementingkan penurunan berat badan, malah kulit menjadi bertambah berseri kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.
9. Sistem Tubuh Yang Lebih Baik
Apabila toksin dalam tubuh disingkirkan daripada badan, sistem badan akan menjadi lebih baik kerana badan tidak mudah mendapat penyakit dan dapat menjalankan fungsinya dengan efektif.
Detox cara Shaklee menggalakkan kesihatan tubuh badan yang menyeluruh. Apabila badan sihat, seseorang akan lebih mudah meneruskan keinginan untuk menurunkan berat badannya.
10. Emosi Dan Minda Lebih Stabil
Apabila semua sistem badan dapat berjalan dengan baik, sudah tentu emosi dan minda akan menjadi lebih stabil. Semua tugasan dapat dijalankan dengan lebih baik kerana otak dapat berfungsi dengan sempurna.
Detox cara Shaklee yang menggalakkan ketenangan fikiran membuatkan sesorang lebih positif dan tidak mudah putus asa untuk meneruskan hajat mendapatkan berat badan yang diingini. 


Kita Lihat Dan Dengar Pula Testimoni Dari Pengguna Program Detox Shaklee

Dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, perkara yang paling penting untuk dititikberatkan adalah kesihatan. Jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai produk kurus di pasaran yang belum terbukti selamat dalam jangka masa panjang. Jangan pertaruhkan kesihatan anda. Pilihlah kurus cara sihat dengan Shaklee!

Hanya satu klik untuk order sekarang..

Atau, hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApps/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : www.towardsqualitylife.blogspot.my
Continue Reading

Ciri-ciri Perniagaan Online Yang Mudah Di Rumah

Memulakan perniagaan baru atas talian (business online) sebenarnya mempunyai lebih kurang risiko daripada melabur wang ringgit anda untuk membuka premis perniagaan. Ini kerana, perniagaan atas talian boleh menjangkau lebih ramai pelanggan yang berpotensi, anda bebas bekerja dari mana saja dan membuat duit secara dalam talian tanpa overhead yang besar. Dengan beberapa kemahiran asas laman web dan berkomunikasi serta pengetahuan penyelenggaraan yang sedikit, hampir semua orang boleh melancarkan perniagaan atas talian dan menjalankannya hanya dalam beberapa hari. Adakah anda sudah bersedia untuk menjadi pengusaha besar online yang akan datang?
Berikut adalah beberapa ciri yang anda perlu teliti sebelum memilih untuk memulakan perniagaan online.

Ciri-ciri Perniagaan Online Yang Mudah Di Rumah

1. Mempunyai jenama yang terkenal

Jenama memainkan peranan yang penting untuk dikenali oleh ramai orang. Jenama yang telah pun popular lebih mudah untuk dijual berbanding produk yang tidak ada jenama atau belum dikenali ramai. Jenama yang terkemuka akan lebih mendapat kepercayaan dari ramai orang berbanding barangan yang tidak dikenali. Jadi, lebih ramai orang yang berpotensi untuk membeli barangan anda.
2. Mempunyai modal yang kecil

Image result for business with small capital but big income

Untuk perniagaan online dari rumah yang mudah, pastikan modal yang diperlukan untuk memulakan business juga adalah kecil. Tidak perlu sehingga membuat loan hanya untuk membuat perniagaan online dari rumah. 
3. Mempunyai rangkaian produk yang luas
Image result for too many products at home

Perniagaan yang mempunyai rangkaian produk yang luas mempunyai lebih luas sasaran pembelinya berbanding perniagaan yang hanya bertumpu kepada satu golongan. Contohnya, produk pakaian lelaki dewasa hanya mensasarkan lelaki sebagai pembelinya. 

4. Tidak perlu menyimpan stock dalam kuantiti yang banyak

Image result for wide range products
Perniagaan yang perlu untuk menyimpan stock, lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak berisiko mendapat kerugian sekiranya stock yang ada tidak berjaya dijual. Kos untuk menyimpan barangan juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi sekiranya produk tersebut mempunyai tarikh luput.  Jadi, adalah amat penting untuk sesuatu perniagaan atas talian yang mudah untuk tidak memerlukan seseorang menyimpan stock dalam kuantiti yang banyak.

5. Menawarkan produk yang membolehkan pembeli mengulang pesanan (repeat order)

Image result for new customer


Sekiranya anda membuat perniagaan yang membolehkan pembeli membeli produk anda hanya sekali sahaja, anda mungkin berisiko untuk mendapat pembeli kerana perlu mencari pelanggan baru setiap kali ingin menjual. Pilihlah perniagaan yang membolehkan pelanggan anda membeli berulang kali dengan anda. Sekurang-kurangnya, anda telah jimat kos pengiklanan apabila adanya pelanggan tetap. 
6. Menyediakan sistem sokongan

Image result for support system

Ini adalah antara kriteria yang sangat penting dalam memilih perniagaan online yang mudah di rumah. Apabila bersendirian di rumah, sebenarnya lebih banyak dugaan atau cabaran dari dalam diri sendiri yang perlu ditangani untuk kekal berjaya dengan business yang dilakukan. Berapa ramai orang yang dahulu membuat sesuatu perniagaan, tetapi akhirnya berhenti kerana tidak ada motivasi diri? Berapa ramai mereka yang telah mencuba pelbagai perniagaan tetapi masih tidak kekal sehingga sekarang?
7. Bermanfaat kepada orang lain

Image result for beneficial

Walaupun ciri ini diletakkan terakhir, tapi sebenarnya ia sangat penting bagi memastikan kita bukan hanya berjaya di dunia, malah di akhirat. Pastikan perniagaan yang kita lakukan memberi manfaat kepada orang lain dan menjadi saham untuk ke akhirat. Pastikan barangan yang kita jual bukanlah sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain, apatah lagi sesuatu yang mengundang dosa. Jujurlah pada diri sendiri untuk menarik keberkatan dalam perniagaan. 

Shaklee Menawarkan Perniagaan Yang Mempunyai Semua Ciri Di Atas

Image result for shaklee



1. Shaklee Jenama Yang Terkenal
Produk Shaklee telah muncul sejak 100 tahun dahulu lagi. Produk pertamanya, Vita-Lea dahulunya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min” di mana perkataan ini digunakan oleh kita semua sehingga sekarang. Reputasi Shaklee terhadap kualiti dan integriti tiada tandingan. Ini adalah disebabkan oleh komitmen yang tinggi terhadap penyelidikan yang telah dihasilkan lebih daripada 100 artikel dan ringkasan yang diterbitkan dalam Jurnal Ulasa Scientific and Peer. Komitmen Shaklee di dalam sains pemakanan bertaraf dunia, dan Shaklee telah menjadi Pemimpin Dunia dalam ledakan pasaran Kesihatan dan Wellness. Tidak hairanlah mengapa produk Shaklee sangat mendapat sambutan dari orang ramai sejak dahulu sehingga sekarang dan masih boleh bertahan sehingga kini. 

2. Modal Permulaan Serendah RM80
Untuk lebih tepat lagi, modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Shaklee hanyalah RM68.90 untuk mendapatkan starter kit ditambah pula dengan RM10.60 (Semenanjung Malaysia) untuk kos penghantaran. Malah, boleh sahaja jika anda mendapat keahlian PERCUMA tanpa membayar kos starter kit dengan membuat pembelian minima sebanyak 200 uv.
3. Rangkaian Produk Shaklee Luas
Produk yang ditawarkan oleh Shaklee mensasarkan semua golongan manusia baik lelaki mahupun perempuan dari peringkat dalam kandungan, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah ke warga emas. Semua peringkat umur manusia berpeluang menggunakan produk Shaklee, jadi sasaran pelanggannya juga adalah lebih luas. Kerana itulah juga lebih ramai orang yang mencari produk Shaklee.

4. Urusan Penghantaran Diuruskan Syarikat
Anda tidak perlu menyimpan stock dalam kuantiti yang banyak untuk memulakan perniagaan Shaklee. Semua urusan pengeposan dan penghantaran diuruskan sepenuhnya oleh Shaklee. Anda hanya perlu klik di laman web yang disediakan untuk melakukan pembelian dan barangan akan sampai terus ke rumah pembeli. Shaklee juga mempunyai cawangan-cawangan di seluruh Malaysia sekiranya anda berminat untuk membeli terus barangan di sana.
5. Produk Yang Ditawarkan Akan Sentiasa Dibeli
Oleh kerana produk Shaklee adalah produk makanan tambahan dan kesihatan untuk kegunaan harian, pelanggan berpotensi untuk mengulang kembali pembelian mereka, lebih-lebih lagi dengan orang yang pernah dibelinya sekiranya mereka memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Dari sini, anda berpeluang mendapat pelanggan tetap setiap bulan.
6. Mempunyai Sistem Sokongan Yang Kukuh
Seperti dalam team yang saya masuki sekarang, kami mempunyai sistem sokongan yang begitu kukuh di mana kami akan sentiasa ditarik untuk naik dan berjaya. Terdapat perkongsian motivasi untuk menaikkan semangat masing-masing, tips-tips berkaitan perniagaan dan kelas-kelas produk yang dijalankan setiap hari melalui medium atas talian (online). Pihak Shaklee sendiri ada menyediakan Health and Wellness Talk di cawangan-cawangan untuk ahlinya menambah ilmu di sana. Di sini kami tidak berkeseorangan. Inilah yang sangat penting dalam memastikan setiap orang dari team kami berjaya. Semua orang mempunyai peluang yang sama, asal sahaja dia betul-betul mahukannya dan berusaha ke arahnya.
7. Sentiasa Selamat, Sentiasa Berfungsi, Sentiasa Mesra Alam
Misi Shaklee adalah memberikan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Produk semulajadi Shaklee telah memberikan banyak manfaat kepada orang ramai baik dari segi kesihatan, gaya hidup, kewangan mahupun kesedaran mental. Konsep perniagaan yang jujur dan betul sentiasa diterapkan dalam kumpulan kami. Moga-moga perniagaan ini memberi manfaat untuk kehidupan di alam akhirat juga, insyaAllah.
Setelah diteliti dengan lebih lanjut, saya sendiri mendapat banyak manfaat dari perniagaan Shaklee online yang mudah hanya dari rumah ini. Selain tidak terikat dengan masa perniagan tertentu dan bebas untuk melakukannya di mana sahaja, kesihatan saya dan keluarga juga bertambah baik. Saya sangat gembira apabila pelanggan saya juga mendapat kesihatan yang baik asbab pengambilan barangan Shaklee dengan betul. 
Saya percayai, anda juga ingin lakukan seperti saya. Jangan malu untuk bertanya. 
Anda boleh hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : www.towardsqualitylife.blogspot.my

Continue Reading