Tips Sentiasa Sihat Dan Cergas Setiap Hari

Semua aktiviti harian yang kita nak lakukan memerlukan kita untuk sihat. Tidak guna jika kita mempunyai rumah besar, kereta besar, ramai anak dan pelbagai kemewahan hidup sekiranya kita sakit. Semua nikmat tersebut tidak dapat dinikmati sebaiknya.

Jadi, amatlah penting untuk kita pastikan yang kita, ahli keluarga kita dan orang sekeliling kita berada dalam keadaan sihat walafiat. Di sini, saya akan kongsikan mengenai tips atau cara untuk kekal hidup sihat dan cergas setiap hari. 

Punca Badan Lemah Dan Tidak Bermaya
Sebelum kita pergi kepada tips tersebut, eloklah kita kenal dahulu punca badan menjadi lemah, tidak bermaya dan mudah mendapat penyakit. Antaranya adalah :
1. Terdedah kepada pencemaran udara seperti asap rokok, asap kenderaan, jerebu dan asap kilang.
2. Kurang bersenam, beriadah atau membuat aktiviti luar yang mengeluarkan peluh.
3. Sentiasa berfikiran negatif.
4. Tekanan perasaan atau stress.
5. Amalan pemakanan yang tidak sihat, dan tidak seimbang dan menyebabkan badan kekurangan atau tidak mendapat nutrien yang diperlukan tubuh.

Tips Hidup Sihat Dan Cergas


1. Memupuk minda sihat dan menangani stress dengan :
– Bertenang
– Bernafas dengan dalam
– Beribadat
– Bercakap dengan seseorang yang positif
– Berurut

– Berehat dan mendengar muzik yang menenangkan

– Beriadah
– Bersenam 
– Berfikiran positif
– Berkata kata-kata yang merelakskan

2. Melakukan aktiviti fizikal dan pelbagaikan

– Lakukan aktiviti fizikal seperti naik tangga, berjalan, berbasikal, melakukan kerja rumah, berkebun dan berjogging
– Lakukan aktiviti aerobik atau sukan rekreasi 3-5 kali seminggu untuk sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap sesi
– Lakukan aktiviti senaman untuk fleksibiliti, kekuatan otot dan daya tahan otot 2-3 kali seminggu seperti regangan, tekan tubi, bangun tubi dan angkat berat
– Kurangkan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton tv terlalu lama, tidir berlebihan dan hidup sedentari

3. Elakkan diri dari asap rokok dan pencemaran udara yang lain dengan menjauhi kawasan yang tercemar.


4. Makan secara sihat
– Makan pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
– Sesuaikan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal untuk mencapai berat badan yang disarankan.
– Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan.
– Makan bijiran penuh, legum, kekacang dan biji-bijiran sebagai sebahagian makanan harian.
– Hadkan dan kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
– Pilih makanan dan minuman yang kurang gula.
– Pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.
5. Amalkan suplemen atau makanan tambahan yang berasaskan bahan semulajadi, dijamin selamat dalam jangka masa panjang dan dijamin berkesan seperti produk suplemen Shaklee. 

Di dalam Shaklee, terdapat ‘Essential Set’ atau Set Nutrisi Penting yang mengandungi semua nutrien mengikut keperluan harian tubuh badan : –
ESP : 
Sumber protein yang menyediakan tenaga berkekalan, membantu menahan rasa lapar, membantu mengurangkan kolesterol dan mengandungi asid amino penting.

Vita-Lea Iron Formula :
Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting, serta membantu mengekalkan kesihatan yang baik
Sustained Release Vita-C Plus :
Menyediakan vitamin C berterusan. Ini penting kerana vitamin C adalah vitamin yang larut air dan tidak boleh dihasilkan oleh badan. Selain itu, ia membantu menyokong tulang, gigi, gusi dan badan yang sihat.

B-Complex :
Menyediakan 8 jenis vitamin B yang lengkap. Ini penting seperti vitamin C, kerana vitamin B juga larut dalam air dan tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Selain itu, ia mengandungi asid folik yang membantu memelihara kesihatan yang baik.
Omega Guard :
Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata dengan baik. Mengandungi DHA dan EPA yang boleh membantu mengurangkan keradangan.
Testimoni pengguna Shaklee :


Mereka dan saya telah rasai kesan yang positif terhadap badan setelah menggunakan produk Shaklee. Anda bila lagi? Jaga kesihatan sekarang sebelum terlambat. Nikmat yang tidak patut dipersia-siakan.

Boleh hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com
Continue Reading

Dah Tahu Rokok Bahaya, Tapi Tak Tahu Cara Berhenti Rokok?

Ramai yang telah ketahui bahawa merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian awal tetapi tidak tahu bagaimana cara yang paling efektif untuk berhenti merokok. Merokok menyumbang kepada 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung koronari, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.

Mereka yang merokok lebih 20 batang sehari berisiko mendapat 10-15 kali lebih tinggi serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) di dalam darah. Jadi, adalah sangat penting untuk semua orang berhenti merokok. Di sini saya akan kongsikan langkah dan cara yang terbaik untuk berhenti merokok. 

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=3545736789404017098;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=1;src=link
[kredit]

Tetapi sebelum itu, eloklah kita kenal dengan lebih teliti apakah bahan kimia berbahaya yang terkandung di dalam rokok dan kesan bahan tersebut terhadap kesihatan.
Kandungan Bahan Kimia Berbahaya Rokok
1. Aseton (Penanggal cat)
2. Ammonia (Pencuci lantai) 
3. Metanol (Bahan api)
4. Naftalena (Ubat gegat)
5. Karbon monoksida (gas beracun dari ekzos kereta)
6. Vinil Klorida (Bahan PVC)
7. Hidrogen Sianida (Racun kebuk gas)
8. Arsenik (Racun anai-anai)
9. DDT (Racun makhluk perosak)
10. Toluena
11. Fenol
12. Butana
13. Nikotin
14. Tar
15. Naphthylamine
16. Kadmium (digunakan dalam bateri kereta)
17. Polonium-201
18. Toluidina
19. Uretana
20. Dibenzakridine
21. Benzopyrine
Kesan Bahaya Kandungan Rokok
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=3545736789404017098;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=1;src=link
[kredit]
1. Nikotin
– Menyempitkan saluran darah
– Meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat
– Meningkatkan jumlah oksigen yang diperlukan jantung
– Ketagihan
– Meninggikan tekanan darah
– Menyebabkan darah membeku dengan mudah
– Cenderung mendapat serangan jantung, strok dan ulser usus dan perut
2. Tar
– Nafas berbau
– Gigi menjadi kuning
– Pakaian, rumah dan tempat kerja berbau asap
– Barah paru-paru
– Emfisima (kesukaran bernafas)
– Lain-lain penyakit barah
3. Karbon Monoksida
– Mengurangkan oksigen dalam darah
– Kekurangan oksigen dalam badan, membuatkan nafas menjadi pendek
– Kurang stamina
– Kurang oksigen untuk janin
– Meningkatkan peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan menyekat saluran darah)
– Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung koronari dan penyakit paru-paru
Bukan hanya perokok yang berisiko mendapat penyakit, malah orang tersayang di sekeliling perokok juga terdedah kepada bahaya.
Wanita :
  1. – Lebih terdedah kepada kanser
  2. – Kurang kesuburan
  3. – Putus haid awal
  4. – Kelahiran bayi yang kurang berat dan tidak cukup bulan
  5. – Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan
  6. Kanak-kanak :
  7. – Mudah mendapat asma atau lelah
  8. – Mendapat jangkitan paru-paru
  9. – Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  10. – Orang dewasa merokok menjadi contoh tauladan yang buruk kepada kanak-kanak
Langkah-langkah Dan Cara Mengatasi Keinginan Merokok
1. Berazam dan bertekad untuk berhenti merokok
2. Tentukan hari dan tarikh untuk berhenti merokok
3. Minta sokongan ahli keluarga dan rakan
4. Dapatkan nasihat doktor jika perlu
5. Amalkan petua mengatasi keinginan merokok :
a) Melengahkan nyalakan api rokok
b) Menarik nafas panjang
c) Minum air
d) Membuat sesuatu perkara lain yang berfaedah
e) Mengunyah sesuatu (tetapi elakkan yang manis)
f) Mandi dan basuh tangan
g) Melakukan senaman atau regangan
h) Memohon doa
6. Mengamalkan makanan tambahan :
Vivix
Kaya dengan polifenol, iaitu kumpulan fitokimia yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Rasanya yang masam-masam anggur membuatkan lidah perokok rasa pahit apabila ingin merokok dan bertindak berhenti merokok.

Selain itu, perokok boleh juga mengamalkan Vitamin C, B-complex dan Vita-Lea sebagai sumber makanan tambahan untuk menambahkan nutrien dalam badan kerana apabila seseorang merokok, banyak nutrien akan termusnah.

Testimoni pengguna Vivix

Telah ramai yang rasai kesan positif vivix dan suplemen Shaklee yang lain. Jangan biarkan rokok mengancam nyawa anda atau orang tersayang anda. Beli vivix sekarang dan berhenti merokok segera!

Boleh hubungi saya, Bazilah,
Pengedar Sah Shaklee Anda di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com
Continue Reading

Benarkah Gigi Patah Masa Mengandung? Ketahui Punca Dan Cara Atasinya

Tahukah anda, setiap ibu hamil berisiko kehilangan giginya? Gigi boleh patah setiap kali mengandung kerana kalsium penting untuk perkembangan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Dari mana bayi nak dapatkan kalsium? Tentunya dari ibunya. Ibu yang tidak mendapatkan keperluan kalsium yang mencukupi semasa hamil menyebabkan gigi menjadi mudah rosak dan berkemungkinan patah. Jadi di sini, akan saya kongsikan cara menghilangkan sakit gigi dan mengelakkannya dari patah ketika mengandung. 
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=1513411358061460752
Mahukah gigi anda seperti ini? [kredit]

Punca Kerosakan Gigi

Sebelum itu, eloklah kita ketahui apa lagi yang mempengaruhi kerosakan gigi sehingga menyebabkannya berisiko untuk patah.
1. Perubahan hormon.
Ketika hamil, perubahan paras hormon boleh mempengaruhi emosi, tabiat dan kesihatan ibu. Morning sickness pada awal trimester seperti rasa loya dan muntah-muntah boleh sebabkan pembersihan gigi kurang berkesan apabila plak (selaput bakteria) melekat pada permukaan gigi. 
2. Abaikan kesihatan gigi
Gigi ibu lebih cenderung untuk rosak apabila ibu mengabaikan kesihatan gigi seperti menggosok gigi dan menjaga kesihatan mulut. Gigi dan mulut yang tidak dibersihkan dengan baik menyebabkan plak masih terlekat pada gigi, dan semakin banyak plak, semakin tinggi risiko untuk gigi yang lain juga rosak.

3. Tidak menjaga pemakanan
Pemilihan makanan semasa mengandung juga sangat mempengaruhi tahap kesihatan gigi ibu. Terlalu kerap makan makanan yang manis apabila dikatakan mengidam sebenarnya boleh mengundang bahaya sekiranya tidak dikawal dengan baik. Contohnya, apabila si ibu ‘mengidam’ untuk makan coklat atau manisan. Selain mengundang masalah kencing manis semasa kehamilan, gigi juga boleh sakit, rosak dan mudah patah.
Selain itu, kurangnya pengambilan susu dan sumber kalsium juga menyebabkan gigi menjadi kurang padat dan mudah patah. 


Kesan Buruk Tidak Menjaga Gigi Semasa Hamil

1) Menjejaskan kesihatan anak
Apabila sakit gigi, ibu cenderung untuk lebih memilih makanan tertentu yang mungkin kurang khasiat nutriennya berbanding keperluan harian ibu Akibatnya, anak yang dilahirkan juga berisiko untuk mendapat kurang berat badan dan tidak cukup bulan. 
Masa yang amat genting untuk si ibu meningkatkan pengambilan makanan untuk kesihatan gigi adalah bermula dari minggu ke-5 kerana gigi anak terbentuk seawal minggu kelima kehamilan. 
2) Karies gigi
Antara tanda karies gigi adalah gigi berubah warna, gigi berlubang, kesakitan atau rasa ngilu, sukar mengunyah makanan, makanan melekat di celah-celah atau di dalam gigi dan nafas berbau. 
3) Penyakit gusi
Antara tanda awal penyakit gusi adalah gusi kelihatan merah dan bengkak, gusi mudah berdarah apabila memberus gigi atau tersentuh, dan nafas berbau. Pregnancy gingivitis ini juga berlaku disebabkan perubahan hormon. Akibatnya, gigi menjadi sakit dan sukar untuk makan.

Cara Atasi Masalah Gigi Ketika Mengandung

Kesihatan pergigian ibu hamil boleh dikekalkan sekiranya para ibu mengamalkan perkara berikut :
1. Menjaga kebersihan mulut.
– Berus gigi setiap hari minimum dua kali terutamanya selepas makan dan sebelum tidur.
– Gunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan gigi dan mengelakkan kerosakan.
– Tidak berkongsi berus gigi kerana penyakit juga boleh berjangkit melalui bulu berus gigi yang tercemar.
– Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak di celah-celah gigi setiap hari terutamanya sebelum tidur.
2. Mendapatkan pemeriksaan pergigian di klinik
– Pemeriksaan dan rawatan asas untuk ibu mengandung adalah percuma di klinik-klinik pergigian kerajaan dengan membawa kad atau rekod pemeriksaan kesihatan kehamilan. Jadi, ibu bolehlah mendapatkannya di sana.
– Selain itu, ibu boleh juga mendapatkan nasihat dan rawatan pergigian di klinik swasta.
– Pemeriksaan ini amat perlu bagi mengelakkan keadaan gigi menjadi lebih teruk lagi, kerana semua ibu yang mengandung mempunyai risiko kehilangan gigi ini.

3. Makan secara sihat

– Semasa mengandung, ibu sering mengidam pelbagai jenis makanan dan kerap mengunyah. Oleh itu, ibu perlu ambil makanan yang seimbang dan bijak memilih makanan yang kurang gula. Perbanyakkan makan makanan bersumberkan kalsium seperti susu dan kacang soya bagi menguatkan gigi.

4. Ambil supplemen Ibu Hamil Shaklee

– Di dalam Set Mengandung Shaklee, terdapat lengkap segala nutrien yang diperlukan oleh ibu hamil. Tetapi di sini, saya hanya akan kongsikan supplemen Shaklee yang baik untuk kesihatan gigi sahaja iaitu Vitalea, ESP dan Ostemarix.

Vitalea
Ia merupakan multivitamin yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh seseorang, terutamanya ibu hamil. Ia juga mengandungi kalsium dan vitamin D untuk kesihatan gigi.

ESP
Ia merupakan sumber protein yang rendah kandungan glisemik index (GI), bermaksud glukos dan tenaga ditukarkan secara perlahan-lahan. Ia membuatkan ibu lambat lapar dan boleh mengelakkan ibu mengambil makanan yang manis yang boleh merosakkan gigi. Selain itu, ia  juga mempunyai sumber kalsium yang bagus untuk kesihatan gigi. Lebih baik lagi, riboflavin di dalamnya mengelakkan si ibu dari mengalami loya dan muntah-muntah, lantas menggalakkan ibu lebih menjaga kesihatan gigi.

Ostematrix
Ia mengandungi sumber kalsium yang paling tinggi di antara produk-produk Shaklee yang lain. Sebiji tablet  Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Di samping itu, ia mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu badan menyerap kalsium dengan lebih baik, lantas menguatkan gigi dan mengelakkan gigi daripada rosak.

Ikuti pula testimoni pengguna Shaklee ketika hamil ini..

Yakinlah, yang kesihatan anak yang dilahirkan berkait rapat dengan kesihatan ibu semasa mengandung. Pemakanan dan penjagaan perlu diberi perhatian yang lebih, meliputi penjagaaan kesihatan pergigian yang baik dan pengambilan supplemen penguat gigi. Jangan sangka perkara sekecil ini tidak penting, kerana hanya dengan tidak mengendahkan kesihatan gigi juga boleh memudaratkan bayi.

Maka, apa yang anda boleh lakukan?
Tempah supplemen anda sekarang!
Anda mampu selamatkan gigi dan bayi anda!
Boleh hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com
Continue Reading

Supplemen Terbaik Untuk Pesakit Gout

Pesakit gout seringkali menderita sakit pada sendi-sendi kerana berlakunya inflamasi pada sendi mereka. Ia berpunca daripada pengumpulan asid urik yang terlalu banyak di bahagian sendi. Malangnya, didapati lelaki yang berumur antara 30 hingga 50 tahun lebih berisiko tinggi untuk mendapat gout berbanding wanita. Mereka juga mungkin menderita penyakit ini seumur hidup mereka. 
[kredit]

Ilustrasi sakit akibat gout ini seperti kristal yang nampak seakan hablur dari luar, tetapi dalamnya mencucuk seperti jarum. Pantang salah makan, pasti sakitnya berlarutan hingga berbulan-bulan.

[kredit]

Faktor Penyakit Gout
– Jantina : Dilaporkan sebanyak 90% pesakit gout adalah lelaki. Namun, wanita juga berisiko mendapatnya setelah menopause.
– Obesiti : Kegemukan berpotensi meningkatkan kandungan urik asid di dalam badan, selain juga lemak
– Ubatan Penyakit Lain : Mereka yang mempunyai banyak penyakit lain berisiko mendapat gout kesan dari ubat-ubatan yang diambil, di mana ia meningkatkan kandungan asid urik dalam badan. Contohnya ubat untuk darah tinggi, kencing manis dan kemoterapi.
– Genetik : 25% daripada pesakit gout mempunyai ahli keluarga yang juga menghidap gout
– Alkohol : Pengambilannya menggangu proses pembuangan asid urik dari badan

Oleh kerana gout disebabkan oleh pemakanan, antara cara mengatasinya juga adalah dengan makanan, iaitu mengamalkan supplemen yang terbaik untuk mengembalikan fungsi tubuh, di samping berdisiplin mengawal makan.

Bagaimana Supplemen Shaklee Boleh Membantu?

Vivix
– Mengandungi resveratrol, iaitu antioksidan terbaik dalam membantu merendahkan kandungan asid urik dalam badan penyebab gout

Omega Guard
– Membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi kerana sifat anti radangnya
Alfalfa Complex
– Membantu membuang toksin di dalam badan, lalu mengurangkan kandungan asid di dalam badan pesakit. Selain itu, ia juga boleh mengalkalikan badan.
Performance Drink 
– Mengekalkan elektrolit di dalam badan dan mengelakkan dehidrasi. Gout boleh menyerang apabila badan kekurangan air. Oleh itu, pesakit gout juga dinasihatkan agar minum air melebihi keperluan harian orang biasa, iaitu 12-16 cawan sehari.

Antara Testimoni Pengguna Shaklee :

Ayah mertua ambil vivix omega oste, tapi paling konsisten ambil omega dan oste alhamdulillah dah lama tak ngadu sakit… Kalau dulu sakit je terus ke klinik inject… Tak boleh jalan. ” (Puan Fuziah)

Dah ramai yang merasai kesan yang positif setelah mengamalkan Set Gout Shaklee. Kebanyakan mereka sangat berpuas hati dengan hasilnya. Jangan biarkan sakit anda berlarutan hingga menjadi lebih teruk. InsyaAllah, pelaburan anda membeli supplemen Shaklee ini sangat berbaloi.
Untuk membeli atau khidmat nasihat boleh hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com
Continue Reading

Atasi Masalah Morning Sickness dan Dehidrasi Ketika Hamil Dengan Performance Drink

Ibu mengandung kerap mengalami morning sickness terutamanya pada trimester pertama. Setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza pada kehamilan yang berbeza. Sungguh beruntung bagi ibu yang tidak mengalami morning sickness yang teruk, atau tidak mengalaminya langsung. Namun, ada juga ibu hamil yang mengalami morning sickness yang berlanjutan sehingga ke trimester yang kedua dan ketiga. Ada yang mengalaminya pada waktu pagi, tetapi ada juga yang mengalaminya pada waktu petang dan malam.

[kredit]

Antara gejalanya termasuklah rasa mual, loya, muntah-muntah dan pening-pening. Gejala ini menyebabkan badan si ibu mengalami DEHIDRASI, atau kekurangan air dalam badan dan seterusnya boleh mengakibatkan keadaan yang lebih teruk. Jadi, para suami haruslah memahami si isteri yang sedang mengalaminya dengan membantunya di saat yang memerlukan. Selain itu, para suami boleh juga membantu  dengan membelikan Performance Drink untuk isteri tersayang anda, kerana ia mampu membantu mengatasi masalah-masalah tersebut, selain mengamalkan set hamil Shaklee dan Peppermint Ginger Plus.

Risiko Dehidrasi Kepada Ibu Hamil

Antara sebab mengapa sangat penting untuk ibu mengandung mengawal gejala morning sickness mereka adalah kerana risiko dehidrasi yang akan dihadapi. Kesannya :
1. Suhu badan ibu meningkat dan boleh memberi kesan negatif kepada bayi, lebih-lebih lagi pada trimester pertama.
2. Jika hanya dehidrasi peringkat sederhana yang dialami, si ibu mungkin akan merasa kontraksi.

3. Jika dehidrasi yang dialami pada tahap kronik, ibu berisiko kekurangan air ketuban.

4. Berisiko melahirkan bayi pramatang atau bersaiz kecil.

Tanda-tanda Ibu Mengalami Dehidrasi
1.   Cepat mengantuk walaupun cukup tidur
2.   Bibir kering
3.   Merasa terlalu haus
4. Air kencing sedikit, warna yang agak pekat dan bau hancing yang kuat
5)  Sembelit
6) Pening, terutamanya apabila menukar dari posisi duduk ke berdiri
7) Cepat rasa penat walaupun tidak buat kerja berat

Cara Mengelakkan Dehidrasi

1. Minum air secukupnya, 8 gelas sehari.

2. Cuba elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat kerana sifatnya yang diuretik menyebabkan ibu lebih kerap membuang air kecil.

3. Minum air sebelum merasa haus.

4. Elakkan aktiviti luar rumah semasa cuaca panas.

5. Elakkan aktiviti yang agak lasak.

6. Segera berjumpa doktor jika terdapat kompilasi lain akibat dehidrasi seperti kencing manis dan darah tinggi.

Bagaimana Performance Drink Shaklee Dapat Membantu?
Performance Drink merupakan minuman isotonik yang bebas karbonat tetapi mengandungi kurang gula dan bertindak mengekalkan bendalir dalam badan. Sifatnya yang mengelakkan kehilangan elektrolit dalam badan dapat membantu mengelakkan berlakunya dehidrasi.

Ia juga membantu ibu hamil mendapatkan tenaga dan cukup stamina kerana ia mengandungi 3 jenis karbo iaitu glukos, fruktos dan metodextrin.

Selain itu, formula opticorb nya membekalkan tenaga yang berpanjangan tanpa mengganggu kestabilan gula di dalam darah. Oleh kerana ibu hamil mudah keletihan dan perlukan lebih tenaga, pengambilan Performance Drink menjadi satu kemestian. 
Testimoni pengguna Performance Drink


Para ibu hamil harus pastikan badan anda cukup air, kerana dehidrasi boleh menyebabkan tumbesaran bayi dalam kandungan terbantut akibat kurang nutrien. Sekiranya anda ada masalah ini, cepat dapatkan Performance Drink sekarang!
Boleh hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com


Continue Reading

Atasi Gastrik Secara Semulajadi

Gastrik adalah gejala yang menyebabkan perut kita tidak selesa dan sakit. Ia terjadi kesan daripada limpahan asid penghadaman yang berlebihan di dalam perut. Mereka yang mengalaminya tentu tahu betapa sakitnya rasa sakit perut akibat gastrik. Terdapat pelbagai rawatan di luar sana untuk merawat gastrik, tetapi saya ingin berkongsikan cara yang semulajadi untuk mengatasi gastrik menggunakan supplemen Shaklee.

[kredit]

Sebelum itu, eloklah kita kenal dahulu tanda-tanda atau simptom-simptom gastrik, iaitu :
1) Sakit pada uluhati
2) Rasa mual, loya dan ingin muntah
3) Perut berangin dan berbunyi-bunyi
4) Kerap sendawa
5) Kerap buang angin
Itu adalah simptom awal pesakit gastrik. Bagi mereka yang mempunyai gastrik pada tahap yang lebih kronik, tanda-tandanya adalah seperti :
1. Najis berwarna hitam
2. Muntah berdarah
Awas sekiranya anda berada di tahap ini, kerana ia boleh menyebabkan ulser yang berdarah, dan boleh menyebabkan seseorang mengalami anemia sehingga pengsan akibat kehilangan darah. 

Apakah yang menyebabkan gastrik? 
Antara puncanya adalah :
1. Tabiat pemakanan yang tidak sihat.
2. Gemar melambatkan waktu makan 
3. Tidak mengambil sarapan pagi
4. Gemar makan makanan yang pedas
5. Gemar makan makanan yang masam dan berasid. Ini akan lebih menggalakkan aktiviti asid HCl.
6. Makan ubatan yang boleh menghakis dinding usus, termasuklah ubat tradisional yang tidak diketahui kandungan sebenarnya
7. Stress, kerana ia boleh menyebabkan aktiviti asid hidroklorik di dalam usus menjadi aktif.
8. Jangkitan kuman
9. Faktor genetik
Untuk mengatasi gastrik secara semulajadi, saya menyarankan agar anda mengambil Set Gastrik Shaklee bagi memenuhi keperluan nutrien badan anda.
Bagaimana Set Gastrik Shaklee dapat membantu pesakit gastrik?

1. ESP

Kandungan Glisemik Indeks (GI) yang rendah pada ESP boleh membantu pesakit gastrik merasa kenyang lebih lama kerana makanan ditukarkan kepada glukos dan tenaga secara perlahan-lahan. Ia juga mempunyai kandungan kalsium yang bersifat alkali dan boleh meneutralkan asid di dalam perut. Di samping itu, bekalan protein  dari ESP sangat penting bagi membaiki tisu-tisu usus yang telah rosak
2. Ostematrix
Ostematrix membekalkan sumber kalsium yang dapat meneutralkan keasidan perut. Kandungan vitamin D dan magnesium di dalam Ostematrix juga membantu kalsium diserap dengan optimum oleh badan. Oleh itu, pesakit gastrik akan kurang berasa sakit atau tidak berasa sakit lagi.
3. B Complex

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara punca gastrik adalah stress. Pengambilan B Complex boleh membantu menghilangkan stress dan mengurangkan rasa sakit. 
4. Peppermint Ginger Plus
Manfaat utamanya adalah mengeluarkan atau ‘memecahkan angin’ yang terdapat di dalam perut. Dengan itu, rasa sebu dapat dikurangkan dan memberikan rasa yang lebih selesa kepada pesakit gastrik. Selain itu, Peppermint ginger plus bertindak dalam menghilangkan rasa loya, mual dan ingin muntah. 
Dapat memberi rasa selesa kerana dia dapat membantu menghilangkan rasa sebu dan ‘memecah angin’ yang terperangkap dalam perut. Juga dapat menghilangkan rasa mual dan loya dengan segera.


Testimoni pengguna Shaklee untuk masalah gastrik

Jangan biarkan sakit gastrik berlarutan hingga ke tahap yang lebih membahayakan. Bertindak segera sebelum terlambat..
Boleh hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com
Continue Reading

Slip Disc : Kenali Punca Dan Cara Mengatasinya

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SLIP DISC?

Slip disc juga dikenali sebagai ‘herniated dics’ atau ‘prolapsed disc’. Ia adalah keadaan di mana cakera yang terletak di antara tulang belakang tergelincir atau terkeluar daripada kedudukan asalnya. Jadi, seseorang yang mempunyai slip disc akan merasa kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian tulang belakangnya atau di sepanjang saraf yang terjejas.

Image result for healthy vs slipped disc
[kredit]

BAGAIMANA SLIP DISC BOLEH TERJADI DAN TANDA-TANDA AWALNYA

Manusia dikategorikan sebagai vertebra kerana mempunyai tulang belakang. Tulang belakang kita terdiri daripada lapisan tulang-tulang atau vertebra yang tersusun di atas satu sama lain. Di setiap lapisan vertebra ini, terdapat lapisan bulat yang bertindak sebagai pelindung kepada tulang belakang kita. Lapisan yang menjadi tisu perantara ini dipanggil cakera, di mana sifatnya yang bergentian lembut pada tengahnya tetapi keras pada dindingnya mampu menyerap hentakan yang berlaku di antara tulang belakang apabila seseorang bergerak. Ia bertindak seolah-olah seperti pad kusyen yang menyerap kejutan pada tulang belakang dan membantu mengekalkan kedudukan tulang belakang.

Di bahagian tengah ruangan tulang belakang terdapat saraf tunjang yang sangat sensitif terhadap sentuhan. Di sinilah sel-sel saraf dihubungkan dari otak ke seluruh anggota badan.

Slip disc atau cakera tergelincir boleh berlaku apabila bahagian tengah cakera tergelincir keluar daripada landasannya melalui keretakan pada dinding cakera. Ini menyebabkan bahan kimia dilepaskan keluar dan boleh mengganggu saraf. Cakera yang terkeluar ini juga berkemungkinan menekan saraf yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Walaupun slip disc sering berlaku di bahagian tulang belakang, namun ia juga boleh berlaku pada tulang leher. 


Punca Slip Disc

Semakin meningkat usia seseorang, semakin merosot fungsi cakeranya dan lebih cenderung mendapat slip disc. Namun, ia juga boleh terjadi di usia yang muda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang :

1. Sering mengangkat beban yang terlalu berat

2- Kerap membongkokkan badan terlalu lama

3- Menggunakan postur badan yang salah ketika mengangkat beban

4- Mempunyai kecederaan lama akibat bersukan atau kemalangan

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=3332842247766587766;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=3;src=link
Postur yang betul ketika mengangkat beban [kredit]

Tanda-tanda Slip Disc

1. Sakit pada bahagian bawah belakang, punggung, paha, betis dan kaki.
Keadaan ini juga sering dikaitkan dengan sciatica kerana kesakitan dirasai di sepanjang saraf sciatic.

2. Sakit pada bahu dan lengan, sekiranya slip disc berlaku pada bahagian tulang leher.

3. Rasa kebas pada bahagian badan yang sarafnya terjejas.

4. Kesukaran untuk berjalan akibat lemah otot sekiranya otot saraf terjejas.

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=3332842247766587766;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=3;src=link
Antara kawasan yang akan terasa sakit [kredit]

KAEDAH RAWATAN DAN CARA MENGATASINYA

Kaedah rawatan yang disarankan oleh doktor kepada pesakit slip disc bergantung kepada tahap keseriusannya. Antara kaedahnya adalah :

1. Pengambilan Steroid – suntikan untuk menguatkan otot dan mengurangkan kesakitan

2. Rawatan Thermal – contohnya bersauna bagi mengurangkan kesakitan

3. Fisioterapi – bermula dengan penggunaan cold pack dan hot pack di kawasan yang sakit, diikuti  dengan senaman yang dijalankan bersama pakar

4. Pembedahan – kaedah terakhir jika melihat situasi pesakit sudah tidak dapat dikawal

PERANAN SUPPLEMEN SHAKLEE DALAM MEMBANTU PESAKIT SLIP DISC

Vivix 

Kandungan resveratrol yang tinggi di dalam vivix boleh membantu membaiki hingga ke peringkat sel DNA seseorang. Ia juga membantu mengurangkan risiko sakit akibat slip disc kerana ia membantu membaiki keanjalan struktur cakera vertebra di samping membantu menyokong kesihatan tulang dan bahagian dalaman badan manusia.


Collagen Powder Shaklee

Kolagen amat diperlukan dalam membantu membina tulang rawan dan meningkatkan fleksibiliti pergerakan sendi. Di dalam Collagen Powder Shaklee, terdapat juga kandungan vitamin B dan C yang penting untuk membantu penghasilan kolagen semulajadi. Selain itu, ia mengandungi glucosamine yang membantu membekalkan pelincir untuk pergerakan sendi.

Omega Guard

Kajian Journal of Neuroscience membuktikan bahawa Omega-3 berperanan sangat besar dalam memulihkan kecederaan saraf. Jadi, pesakit slip disc dinasihatkan mengambil asid lemak Omega-3 bagi memelihara saraf daripada kecederaan.

Kandungan Omega-3 yang tinggi di dalam Omega Guard juga boleh bertindak sebagai anti radang bagi mengurangkan rasa sakit terutamanya pada sendi-sendi. Selain itu, proses degradasi tulang rawan boleh dilambatkan dan keradangan di antara sendi dapat dikurangkan. Hasilnya, pesakit slip disc akan kurang merasa sakit atau tidak lagi merasa sakit pada bahagian yang terjejas.

Ostematrix

Merupakan sumber kalsium, vitamin D dan magnesium. Kalsium amat diperlukan dalam pembentukan tulang dan akan menambahkan lagi kepadatan tulang. Pesakit slip disc memerlukan lebih kalsium bagi menggantikan kalsium yang telah hilang dan untuk menguatkan tulangnya. Namun, kalsium memerlukan vitamin D dan magnesium bagi membantu badan menyerap kalsium secara maksimum.

Magnesium juga membantu dalam mengurangkan rasa tegang pada sistem saraf mengurangkan gangguan pada sistem transmisi saraf. Selain itu, magnesium boleh membantu mengelakkan kekejangan otot, seterusnya mengurangkan rasa sakit yang diakibatkan olehnya.

B-Complex

Ia berfungsi dalam melancarkan peredaran darah seseorang. Dengan itu, darah yang tersumbat di dalam urat saraf  yang menjadi punca rasa sakit juga akan dapat dikawal. Selain itu, B-complex sangat berguna dalam mengawal stress seseorang, lebih-lebih kepada pesakit slip disc yang stress dengan sakit yang dialaminya.

Testimoni pengguna supplemen Shaklee

“Akak ambil set ni.. ubat doc bagi pun makan.. akak buat jugak rawatan thermal dan fisioterapi.. alhamdulillah.. 2 minggu back to normal.. kawan2  pelik sbb cepat sangat sihat.. ada member sebulan mc..😰”

(Puan Nur Hidayah)

Awas! Jangan biarkan masalah ini berlarutan, kerana masalah slip disc yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan seseorang mengalami lumpuh! Bertindaklah segera dengan mengambil nutrisi yang lengkap kerana ia bukan hanya membantu sakit akibat slip disc, tetapi membantu meningkatkan tahap kesihatan anda..

Boleh hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
Continue Reading

6 Sebab Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil ESP Shaklee

Setiap hari, para ibu yang sedang mengandung harus memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai sumber protein secukupnya.  Ini adalah kerana protein sangat diperlukan untuk janin membesar dengan sihat, lebih-lebih lagi apabila kandungan memasuki trimester ketiga.

Di dalam Shaklee, satu-satunya produk yang memberikan sumber protein terbaik kepada ibu hamil adalah Energizing Soy Protein (ESP). Apa yang terkandung di dalam ESP adalah protein vitamin B6, Iron, Thiamin, Riboflavin.
BAGAIMANA ESP MEMBERI MANFAAT KEPADA IBU YANG SEDANG HAMIL?
1. ESP MEMBANTU PARA IBU KEKAL BERTENAGA
Thiamin yang terkandung di dalam ESP boleh membantu memberi tenaga kepada si ibu di samping memberikan tidur yang lebih lena tanpa gangguan. Tambahan pula, kandungan Riboflavin dalam ESP boleh membantu si ibu menstabilkan tenaganya. Oleh kerana ibu yang mengandung lebih kerap berasa lesu dan letih berbanding wanita biasa, khasiat kandungan Thiamin dan Riboflavin ini sangat berguna bagi membantu mengekalkan momentum tenaga si ibu sepanjang hari. 
2. ESP MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN IBU HAMIL DAN SESUAI UNTUK IBU YANG MEMPUNYAI KENCING MANIS

ESP mempunyai kadar Glysemix Index (GI) yang rendah. Ini bermaksud, ia ditukarkan kepada glukos dan tenaga secara perlahan-perlahan. Kandungan GI nya hanyalah 39, iaitu lebih rendah daripada sekeping roti berserat tinggi.

Oleh itu, para ibu akan merasa kenyang lebih lama daripada biasa. Ini adalah berita gembira kepada ibu yang mempunyai kencing manis, kerana ESP boleh membantu menstabilkan paras gula dalam badan seseorang. Apabila ibu merasa kenyang, ibu tidak lagi akan sentiasa makan makanan lain, lebih-lebih lagi yang mempunyai tinggi kandungan gulanya. 

3. ESP MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUN IBU
Ibu yang mempunyai kurang kandungan protein dalam badan berisiko mendapat pelbagai penyakit kerana sistem imunnya menjadi lemah. Selain itu, kekurangan protein juga boleh menyebabkan pelbagai masalah lain, antaranya masalah lebihan air yang tinggi di dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman, dan masalah penghasilan darah dan hormon. Lebih teruk lagi, masalah-masalah ini boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ.

Protein yang terdiri daripada amino asid sangat diperlukan oleh ibu hamil. Namun, terdapat 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan, tetapi terdapat di dalam ESP. Di sinilah, ESP memainkan peranan membantu si ibu meningkatkan sistem imunnya dengan membekalkan asid amino untuk membina protein. 

4. ESP MEMBANTU PEMBENTUKKAN DAN PERKEMBANGAN TISU, OTOT DAN OTAK BAYI.

Kandungan Riboflavin di dalam ESP, atau juga dikenali sebagai vitamin B2, adalah vitamin yang membantu menggalakkan pertumbuhan bayi. Selain itu, ia boleh membantu bayi mendapatkan penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Lebih menarik lagi, Riboflavin sangat penting untuk perkembangan tulang, otot, dan saraf bayi.
5. ESP MEMBANTU MENJADIKAN KULIT IBU DAN BAYI LEBIH LICIN, CANTIK DAN GEBU

Sesetengah ibu hamil mempunyai alahan pada kulitnya yang membuatkan kulit menjadi kusam, kering dan tidak cantik. Jangan risau, kerana ESP mempunyai kandungan vitamin B6 yang bertindak dalam membantu  mencantikkan kulit. Di samping itu, vitamin B6 juga boleh membantu melembabkan kulit si ibu menjadi lebih bermaya dan tampak cantik.

6. ESP MEMBANTU IBU-IBU YANG MENGALAMI MORNING SICKNESS ATAU ALAHAN YANG TERUK
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ESP mempunyai kandungan vitamin B6. Vitamin B6 ini juga memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan morning sickness bagi ibu hamil, terutamanya pada trimester pertama. Ini kerana, perubahan hormon di peringkat awal kehamilan menyebabkan ibu mengandung sering mengalami rasa pening-pening, rasa loya dan muntah-muntah.

Jadi, dengan adanya vitamin B6 dalam ESP dapat membantu ibu mengurangkan rasa loya dan muntah yang keterlaluan dan memberikan si ibu tenaga walaupun mengalami alahan yang teruk. Selain itu, kandungan Lysine di dalam ESP juga turut membantu ibu hamil menghilangkan keletihan, kepenatan melampau, rasa loya, menggigil, seram sejuk, tiada selera makan dan anemia.

Nak tahu apa kata mereka yang telah menggunakannya? Mari baca testimoni mereka..

ESP membantu sangat masa saya pregnant.. sebab mabuk teruk.. 7 bln tak makan nasi.. kenyang dengan ESP dan biskut2 je.. lega ade ESP.. Sebelum tu sebenarnye tak ade gastrik tapi masa pregnant tu simptom macam gastrik, gerd semua ada” (Puan Zara)

Dah ramai yang merasaikan kesan yang positif apabila mengambil ESP semasa hamil. Ingin jadi seperti mereka?
Hubungi saya sekarang!
Bazilah
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com

Continue Reading

Anak Kerap Demam? Apa Nak Buat?

Anak-anak yang tidak sihat membuatkan ibu bapa tidak keruan dibuatnya. Lebih-lebih lagi pada musim yang ramai orang sakit ini. Sistem imun badan si kecil yang belum sempurna atau matang seperti orang dewasa menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit. Oleh itu, langkah tertentu perlu diambil bagi memastikan kesihatan anak-anak terpelihara.

Antara penyakit yang kerap melanda anak-anak adalah demam. Si anak dikatakan sedang demam sekiranya suhu badannya melebihi 37℃. Walaupun kedengaran seperti sakit yang biasa-biasa sahaja, tetapi ibu bapa tidak boleh mengambil ringan sekiranya anak diserang demam. Ini kerana demam panas yang tidak dikawal boleh menyebabkan sawan sehingga merosakkan sistem saraf si anak. Lebih teruk lagi, sekiranya kerosakan tersebut bersifat kekal hingga ke besar. Jadi, berhati-hati sekiranya anak anda diserang demam.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan si anak demam. Selalunya, ia berlaku kerana jangkitan kuman atau penyakit. Bagi kanak-kanak, faktor berikut boleh menyumbang kepada demam:

1. Batuk dan selsema kerana virus.

2. Jangkitan pada tekak dan telinga.

3. Jangkitan paru-paru.

4. Jangkitan saluran kencing.

5. Demam denggi.

6. Demam campak.

7. Radang otak.

8. Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis.

Namun, suhu badan anak-anak boleh juga meningkat walaupun tanpa sebarang penyakit. Contohnya apabila seorang bayi baru sahaja mendapat immunisasi, ataupun ketika bayi baru tumbuh gigi. Namun, biasanya suhu badannya tidak  akan melebihi 37.8°C. Suhu badan anak juga boleh meningkat sekiranya dia dikenakan terlalu banyak pakaian dan balutan selimut, terutamanya bagi bayi yang kecil.

Apa yang boleh dilakukan sekiranya anak kerap demam?

1. ‘Kawal’ suhu badan

Tindakan pertama yang perlu dilakukan oleh ibubapa atau penjaga kepada anak yang demam adalah pastikan suhu badannya terkawal. 
Antara cara untuk mengawal suhu badan anak agar tidak terlalu tinggi adalah dengan meletakkan tuala basah (yang telah diperah) pada badan dan kepala si kecil. Lap-lapkan tuala tersebut di keseluruhan badannya. Tanggalkan pakaian dari badan si kecil supaya suhu badannya makin turun.
2. Penggunaan paracetamol (sekiranya perlu)

Sekiranya suhu badan si kecil masih tidak turun dan makin naik, berilah anak anda ubat paracetamol untuk meredakan suhunya. Sila dapatkan rawatan doktor sekiranya masih tidak terkawal, lebih-lebih lagi sekiranya melebihi 3 hari, apatah lagi seminggu. Dikhuatiri jangkitan kuman atau virus telah merebak ke seluruh badan si kecil. Ujian darah akan dijalankan untuk memastikan keadaan ini.
3. Pengambilan makanan yang seimbang
Anak yang demam kebiasaannya mempunyai selera makan yang berkurang. Walaupun demikian, ibubapa tidak seharusnya membiarkan perkara ini berlarutan. Cuba sedaya upaya untuk ‘memaksa’ mereka untuk makan makanan yang seimbang.
Contohnya dengan memberikan bubur nasi yang dicampur bersama ayam atau ikan sebagai sumber protein dan juga sayur. Lebih baik sekiranya ibubapa boleh ‘memaksa’ anak makan lebih banyak buah-buahan seperti oren yang kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan imun sistemnya. 
4. Minum banyak air

Minum air dengan kerap juga mampu untuk menurunkan suhu badan yang tinggi. Pastikan anak anda minum air secukupnya. Antara tanda yang boleh diketahui sekiranya anak mengambil kurang air adalah bibirnya kering. 
5. Pengambilan supplemen untuk jangka masa panjang
Bagi memastikan anak mempunyai daya tahan yang lebih kuat, disarankan supaya mereka mengambil supplemen daripada bahan semulajadi yang dijamin selamat.

Kajian terbaru menunjukkan 25% sumber kalori kebanyakan anak-anak ialah dari makanan ringan. Kentang goreng merupakan sumber sayuran no 1 mereka.

Kajian tersebut turut menyatakan kekurangan nutrisi yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat menjejaskan prestasi anak-anak di sekolah, mempengaruhi sistem imun, tumbesaran tulang dan perkembangan fizikal mereka. Apabila sistem imun anak lemah, mereka lebih kerap mendapat penyakit, termasuklah kerap demam.

Di negara kita sendiri, 9/10 kanak membesar dengan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, D, kalsium dan zat besi. 

Shaklee ada menawarkan supplemen yang semulajadi untuk kanak-kanak yang terdiri daripada Vitalea For Children, Meal Shake, Nutriferon dan vitamin C. Kesemua ini adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem imuniti si anak untuk melawan penyakit agar tidak mudah diserang.

Vita lea For Children merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 18 jenis mineral dan mineral yang diperlukan badan. Ia menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi serta tidak mengandungi sebarang perasa, pemanis, mahupun pengawet tiruan. Ia bebas gluten, dan didatangkan dengan perisa anggur semulajadi yang sedap dalam bentuk tablet boleh kunyah. Kanak-kanak cenderung untuk menggemarinya kerana bentuknya yang seakan gula-gula.

Sekiranya anak kurang berselera  untuk makan disebabkan demam, anda bolehlah mencampurkan Meal Shake ke dalam susu anak bagi memastikan kesemua nutrien yang diperlukannya mencukupi.

Nutriferon juga boleh dicampurkan ke dalam air dan diberikan kepada anak untuk diminum untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Nutriferon menggalakkan inteferon semulajadi badan diaktifkan bagi melawan penyakit. Dengan itu, badan anak akan lebih cepat kembali kepada normal.

Bagi memastikan badan anak tidak terhidrasi akibat kurang minum air, anda juga boleh memberikan Performance Drink kepadanya. Performance Drink membantu mengekalkan elektrolit dalam badan seterusnya mengelakkan dehidrasi.

Pengambilan supplemen di kalangan kanak-kanak sudah menjadi satu keperluan terutamanya bagi mereka yang agak memilih dalam pemakanan dan seringkali demam atau mudah diserang penyakit.

Pemakanan yang tidak seimbang, ditambah pula dengan pengambilan makanan ringan atau makanan yang diproses menyebabkan si anak tidak mendapat nutrien yang sepatutnya diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar. Keadaan persekitaran yang terdedah dengan asap rokok, habuk atau lain-lain pencemaran udara juga meningkatkan risiko si kecil terkena demam atau penyakit lain.

Jadi, anda beruntung sekiranya anda mampu memberikan jaminan kesihatan kepada anak anda dengan memastikan mereka mendapat nutrien yang lengkap. Sudah tentu pelaburan yang anda lakukan sekarang untuk memberikan supplemen kepada anak anda lebih menjamin mereka untuk hidup lebih sihat dan anda juga tidak perlu risau lagi akan kesihatan mereka.

Anak sihat, anda bahagia.
Untuk mendapatkan supplemen anak anda,

Hubungi Bazilah :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com
Continue Reading

Pengedar Shaklee Gambang dan Kuantan, Pahang – 012-6830069

Assalamualaikum wbt..

Nama saya Siti Bazilah binti Karim. Saya adalah pengedar sah Shaklee Gambang dan Kuantan, Pahang dengan ID 1251677. Saya boleh membuat COD produk Shaklee di sekitar Gambang hingga ke Kuantan, Pahang. Tapi, bagi mereka yang di luar kawasan jangan bimbang, sebab saya boleh membuat penghantaran secara pos di seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya di 012-6830069.

Dari Mata Turun ke Hati

Saya kerap membaca newsfeed kawan-kawan di Facebook yang bercerita mengenai kebaikan Shaklee. Namun, pada awalnya saya tak begitu mengambil kisah kerana ketika itu saya berada di luar negara mengikut suami. Apabila pulang sahaja ke tanah air, saya merasakan kualiti kulit muka saya berkurangan. Kulit muka saya naik merah-merah dan gatal-gatal. Saya mula mencari produk yang sesuai untuk kulit saya, tetapi saya kurang berkenan dengan produk luaran, sebab kebiasaannya saya susah nak konsisten. 
Saya terbaca mengenai ESP Shaklee dan teringin nak mencuba. Ketika itu, saya mencari sepupu saya yang juga pengedar Shaklee. Kerana saya tahu menjadi ahli Shaklee lebih menjimatkan dan boleh buat duit, saya approach sepupu saya untuk menjadi ahli di bawahnya. Entah kenapa, dia me’reject’ saya kerana mengatakan dia yang juga seorang guru terlalu sibuk dan risau tidak mampu membimbing saya dengan baik. Nasihatnya, carilah pengedar yang boleh membawa saya kepada Allah.
MasyaAllah. Kagum sangat saya dengan sikapnya. Dari situ saya fikir, bagusnya orang yang buat Shaklee ini, tidak tamak. Memang, kebanyakan kenalan saya yang buat Shaklee baik-baik InsyaAllah. Kerana percaya dengan seorang rakan yang agak rapat ketika di Universiti dulu, maka bermulalah episod saya menjadi pengedar sah Shaklee. 
Niat saya ketika itu serampang banyak mata. Ingin mengambil Shaklee untuk manfaat sendiri, beli dengan harga yang jimat dan dalam masa yang sama mula menjana pendapatan dengan bonus Shaklee. 
Berbalik kepada cerita produk Shaklee yang saya ambil, saya sangat berpuas hati. Asalnya saya ambil ESP untuk kecantikan kulit, tetapi saya juga dapat bonus tenaga berpanjangan dan sangat suka dengan rasanya yang sedap. Saya juga ambil vitamin C untuk kesihatan kulit, tetapi saya dapat juga mengurangkan alahan resdung dan gatal-gatal kulit. 
Selain itu, rakan saya mengesyorkan untuk saya mengambil Alfalfa complex untuk membuang toksin-toksin di dalam badan. Hasilnya, saya jarang bersin-bersin di awal pagi, masalah sembelit tiada dan banyak lagi kebaikan dari segi kesihatan sebagai seorang wanita. Dalam masa yang sama, saya mengambil Ostematrix untuk kesihatan tulang. Apa yang saya dapat, tidur malam bertambah lena, sakit-sakit lenguh badan hampir tiada dan sangat mudah nak membuang air besar, lancar.
Semakin lama saya di dalam group business Shaklee saya sekarang, semakin banyak yang saya belajar. Baik dari segi kebaikan produk, tips-tips berniaga dan juga kata-kata motivasi. Saya makin jatuh cinta dan yakin dengan produk Shaklee bila saya dapat tahu Shaklee bukan calang-calang produk. Bukan hanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat, malah satu-satunya company supplemen yang mempunyai ‘Landmark Study’. Bukan senang nak hasilkan produknya, kerana ia perlu mencapai piawaian saintis antarabangsa yang telah ditetapkan.
Tidak hairanlah kenapa ramai yang setia dengan Shaklee sehingga puluhan tahun. Kini, saya masih setia dengan Shaklee dan menggunakan Set Mengandung Shaklee pula. Kalau anak pertama dan kedua saya selalu risau bila perlu cek kesihatan di klinik, kini tidak lagi kerana Hb saya tinggi, berat badan pun terkawal. Semuanya alhamdulillah normal dan saya tidak sabar menantikan kehadiran ‘baby Shaklee’ saya ini. Doakan.
Oleh sebab saya dah rasai manfaat dari pengambilan produk Shaklee ni, saya nak berkongsi dengan semua orang mengenainya. Tambahan lagi Shaklee ada banyak produk yang semuanya terjamin selamat, semulajadi dan berkesan. Tidak mustahil semua orang pun boleh mendapat manfaatnya.
Bantu saya untuk bantu anda. 
Moga kita sama-sama dapat hidup sihat dan bahagia di dunia, apatah lagi di akhirat.
Boleh hubungi saya, Bazilah di :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.my
Continue Reading