- Faktor genetik
- Ketidakseimbangan bahan kimia pada otak
Penyakit ini bukanlah berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.
Gejala utama ADHD
1. Hiperaktif, dan boleh kelihatan seperti :
– tidak duduk diam dan lasak di kerusi
– tak henti-henti bercakap
– suka berlari ke sana-sini
– tidak boleh duduk tetap semasa makan
– sentiasa bergerak
– sukar membuat tugasan dalam keadaan senyap
– menyentuh atau bermain apa sahaja benda yang dapat dicapai
2. Tiada tumpuan. Gejala ini biasanya terlepas pandang dan paling sukar untuk dikesan. Ciri-cirinya :
– sukar memberi perhatian atau menyusun atur atau menyiapkan tugas atau mempelajari perkara baru
– mudah hilang fokus, terlepas perincian, lupa tentang sesuatu perkara dan kerap bertukar-tukar aktiviti
– sukar fokus pada sesuatu perkara melainkan perkara yang dinikmati
– cepat bosan dengan satu tugasan hanya selepas beberapa minit
– sering kehilangan benda yang perlu untuk menyiapkan atau menghantar kerja sekolah
– sukar memproses maklumat sepantas kanak-kanak lain dan payah menurut arahan
– selalu berangan, mudah keliru dan bergerak lambat-lambat
– mengalami masalah menyiapkan atau menhantar kerja sekolah
– tidak memberi perhatian ketika kita bercakap dengannya
3. Impulsif. Iaitu sifat keburuan yang mempunyai ciri-ciri seperti :
– menjawab soalan dengan gelojoh
– sangat tidak sabar
– komen tidak sopan
– menunjukkan emosi tanpa tapisan
– sukar menunggu perkara yang dihajati
– sering menyampuk perbualan atau aktiviti lain
– melakukan sebarang tindakan tanpa memikirkan akibat
Dalam kebanyakan kes, rawatan ADHD melibatkan kombinasi beberapa ubat yang bertindak mengawal simptom dan perilaku terapi.
Bagaimana Omega Guard boleh membantu pesakit ADHD ini?
Omegaguard membekalkan asid lemak Omega 3 yang sangat banyak didapati di membran sel otak kita.
Dopamine memberi kesan kepada keupayaan kita untuk:
– fokus
– memberi perhatian
– bermotivasi
– menurut arahan dan menjalankan tugasan
Apabila dopamine tak cukup dalam otak, maka seseorang itu cenderung untuk mengalami gejala ADHD.
Jadi, cara terbaik untuk mengurangkan gejala ADHD adalah dengan meningkatkan paras dopamine dalam otak.
Terdapat banyak cara untuk meningkatkan paras dopamine dalam otak, dan salah satunya adalah dengan pengambilan lemak Omega 3.
Ini antara kajian yang menyokong kesan pengambilan suplemen Omega 3 ke atas pesakit ADHD :
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25790022
Dalam kajian ni, sekumpulan kanak-kanak lelaki, dengan masalah ADHD dan tidak mempunyai ADHD yang berusia antara 8-14 tahun, diberikan sama ada placebo atau 10 gram marjerin (mengandungi 650mg DHA/EPA) selama 16 minggu.
Hasil dari kajian ini mendapati, kanak-kanak lelaki yang mengambil supplemen Omega 3 menunjukkan pengurangan dalam gejala ADHD. Menurut kajian itu, peningkatan dalam tumpuan dilihat pada kedua-dua kanak-kanak dengan ADHD dan tanpa ADHD, tetapi kesannya adalah yang paling ketara pada kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD.
Sekarang, kita tengok pula apa kata ibu kepada pengguna Omega Guard Shaklee, yang mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi..