Atasi Masalah Gout Dengan Berkesan

Apa itu Gout?

Macam yang kita dah tahu, fungsi buah pinggang adalah untuk menapis darah dan singkirkan asid urik dalam badan kita melalui air kencing.. kan? Itu bagi orang yang normal..
Bagi orang yang ade masalah gout, asid urik ini tadi tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dari badan dan lama-kelamaan, semakin tinggi kandungan asid urik dalam darah. Asid urik ini kemudiannya akan mendap di bahagian sendi besar. 
Mendapan biasanya berlaku pada sendi ibu jari, namun boleh juga berhimpun di bahagian sendi yang lain contohnya di pergelangan tangan, siku, jari, belakang, lutut, buku lali dan kaki. 
Asid urik boleh mengakibatkan sendi mengalami keradangan dan pada keika inilah serangan gout berlaku. Pesakit gout akan merasa amat sakit sehinggakan tidak boleh menggerakkan sendi yang terlibat. 
Serangan yang pertama boleh berlaku kepada mereka yang berusia 40 hingga 40 tahun. Walaubagaimanapun, tidak mustahil untuk penyakit ini menyerang semua peringkat umur, termasuklah remaja. 

Apakah punca penyakit gout?


1) Kerosakan buah pinggang
2) Terlalu banyak urik asid yang dihasilkan
3) Penyingkiran asid urik yang terlalu sedikit akibat kesan sampingan ubat ‘diuretik’
4) Tekanan
5) Masalah kegemukan

Apakah faktor penyumbang kepada penyakit gout?


Serangan gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya :
1. Kecederaan kecil pada sendi
2. Kurang pengambilan air kosong
3. Amalan diet yang melampau
4. Badan kekurangan air akibat pengambilan sesetengah jenis ubatan
5. Pengambilan makanan yang kaya dengan ‘purin’
6. Pengambilan alkohol yang berlebihan
Jom kita tengok pula peringkat-peringkat perkembangan gout yang sungguh menyedeihkan ini..

Peringkat pertama : Darah yang pekat, gelap dan mengalir perlahan

Peringkat kedua : Kerap rasa letih dan lesu. Tidur yang tidak berkualiti

Peringkat ketiga : Lemah tenaga batin atau mati pucuk. Persembahan tidak tahan lama

Peringkat keempat : Serangan gout pada ibu jari kaki atau buku lali

Peringkat kelima : Serangan gout mula merebak ke lutut dan tangan

Peringkat keenam : Jari-jemari mula mengeras dan membengkok

Peringkat ketujuh : Tofi mula menonjol di permukaan kulit atau bintik-bintik kutikel halus muncul di sekeliling cuping telinga

Peringkat kelapan : Masalah buah pinggang, pertumbuhan batu karang, tekanan darah tinggi, dan lain-lain penyakit sekunder

Peringkat kesembilan : Peringkat terakhir??

MASIH NAK BIARKAN???
JOM CEGAH SEBELUM PARAH…

Cara Mengatasi Gout


Antara langkah bijak yang pesakit perlu ambil adalah :

  • Kawal berat badan – Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari
  • Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan
  • Pilih produk tenusu yang mempunyai kamdungan lemak yang rendah atau tanpa lemak
  • Ambil karbohidrat komplex dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkkan mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti kek dan roti putih
  • Hadkan pengambilan gula – Gula yang banyak menyebabkan kita kurang makan buah, sayuran dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan seseorang mudah naik berat badan
  • Bagi individu bukan Muslim, kurangkan atau kalau boleh elakkan pengambilan alkohol
Elakkan makanan-makanan berikut :
  • Organ dalaman seperti paru-paru, hati, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti kerang, ketam, udang
Kurangkan makanan-makanan berikut :
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Kacang tanah, lentil, beans dan kacang peas

Supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit gout 

  1. VIVIX – Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.
  2. ALFALFA COMPLEX – Menyngkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit minum air yang banyak untuk tujuan detoks.
  3. OMEGA GUARD – Asid Dekosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini boleh membantu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit. 
  4. PERFORMANCE DRINK – Memastikan tubuh mempunyai kandungan air dan gula yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi
Testimoni pengguna :

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Testimoni 5
Masih nak tunggu sehingga penyakit semakin melarat?
Hentikan penderitaan ini..
Keputusan pelaburan hari ini menentukan hari esok anda!
Hubungi :
Bazilah
012-6830069
Shaklee Independant Distributor
Continue Reading

Kenali Osteoarthritis dan Cara Mengatasinya Dengan Shaklee

Apa itu Osteoarthritis?

Dikenali juga sebagai penyakit sendi degeneratif, atau degeneratif arthritis, osteoarthritis (OA) adalah keadaan sendi yang kronik yang boleh berlaku pada mana-mana sendi, terutamanya pada lutut, pinggang, tumit, dan jari. Sendi yang normal mempunyai cartilage atau tulang rawan yang meliputi setiap pengakhiran tulang. Cartilage menyediakan permukaan yang licin untuk pergerakan sendi dan bertindak sebagai kusyen antara tulang. 

Pesakit yang mengalami OA mempunyai tulang rawan yang rosak, dan menyebabkan penderita merasa sakit akibat pembengkakan dan kesukaran untuk sendi bergerak. Kandungan glucosamine yang bertindak sebagai pelincir sendi-sendi juga berkurang. Jika dibiarkan berlarutan, akan berlakunya keradangan. Protein cytokines dan enzim akan berkembang dan ini akan merosakkan lagi tulang rawan. Lama kelamaan, cartilage akan semakin menipis, tulang-tulang berlaga tanpa pelincir dan mengakibatkan kerosakan sendi yang teruk dan kesakitan yang bertambah. 

Siapa yang berisiko?

Walaupun OA boleh berlaku kepada semua orang di semua peringkat umur, namun ia kerap berlaku di kalangan mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Antara sebab berlakunya OA termasuklah faktor usia, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, pernah mempunyai sakit sendi, penggunaan sendi yang berlebihan akibat kerja keras seperti para buruh, wanita yang hampir menopause, mereka yang mempunyai otot peha yang lemah, dan faktor genetik. 

Apakah simptom-simptomnya?

Walaupun gejala OA berbeza-beza bergantung kepada sendi mana yang terjejas dan seteruk mana ia terjejas, namun simptom yang paling biasa berlaku ialah kekakuan, terutamanya pada awal pagi atau selepas berehat. Sendi yang terjejas mungkin membengkak, terutamanya selepas melakukan sesuatu kerja dalam masa yang lama. Antara gejala yang biasa berlaku adalah :

1) Pergerakan yang terbatas

2) Bunyi “Crack” atau “Klik” ketika sendi bersentuhan

3) Bengkak di sekitar sendi

4) Kesakitan yang berpanjangan setelah beraktiviti atau di penghujung hari

Bagaimana Shaklee boleh mengatasinya?

1) Vivix – Membaiki penuaan selular dengan 4 mekanisma utamanya. Ia mengandungi adunan fitonutrien propreiteri, yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10x lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular sekali gus menggalakkan pembentukan sendi. Vivix juga menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. Maka, sel-sel yang membentuk sendi akan diperbaharui. 
2) Collagen powder – Mempertingkatkan kesihatan sendi dengan membantu pembentukan kolagen dan mengurangkan kesakitan dan geseran pada sendi-sendi. Ia membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh. Antara ramuan utamanya adalah kolagen dari sisik ikan merah, ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak pfaffia, ekstrak elastin daripada kolagen ikan, vitamin C dan B, Lactobacillus acidophilus dan ekstrak kekerang. 
Di dalam ekstrak kekerang, terdapat glucosamine yang sangat penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi. Apabila sendi mengandungi cukup pelincir, pergerakan akan menjadi lebih lancar dan kesakitan berkurangan. Apa yang lebih istimewanya mengenai Collagen Powder Shaklee ini adalah kerana ia mempunyai berat molekular sekitar 1000 Dalton, di mana ia amat mudah diserap oleh tubuh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen dengan optima. 
3) Ostematrix – Menghalang tulang daripada reput kerana mengandungi kalsium dan nutrien-nutrien lain yang perlu diambil bersama bagi memastikan penyerapan yang optima bagi tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Nutrien yang terlibat adalah vitamin D, magnesium, kuprum, zink, fosforus, manganes dan boron. Dengan itu, ketumpatan tulang akan menjadi lebih padat, tulang rawan akan terbentuk dengan baik, pengecutan saraf dan otot akan berlaku dengan lancar lantas mengurangkan rasa sakit pada sendi-sendi.
4) Omega Guard – Mengawal inflamasi dan kesakitan serta menangani kekakuan kerana ia mengandungi asid lemak omega-3 yang larut dalam tisu rawan. Dengan itu, ia membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan dan membantu memelihara fungsi-fungsi sendi dengan berkesan. 
Ramai yang telah mencuba Shaklee dan mendapat kesan yang positif daripadanya, termasuklah ayah kepada akak ini.. Mari kita lihat video mengenainya..

Anda atau orang tersayang mempunyai sakit seperti ayah akak ni? Jangan biarkan sakit ini berpanjangan.. Bertindak segera!

Hubungi saya, Bazilah di 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife

Continue Reading

Peluang Business Online Dengan Modal Yang Rendah

Dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang ini, tentu ramai yang sedang mencari pendapatan sampingan yang mampu menjamin masa depan kita. Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa 9/10 daripada punca rezeki adalah melalui perniagaan.

Tetapi, perniagaan bagaimana yang mampu menjemput rezeki yang melimpah ruah ini? Semestinya perniagaan yang bertepatan dengan syarak dan tidak membebankan orang lain. Kalau kita buat perkara yang betul, insyaAllah kita akan dapat keberkatannya dan rezeki yang berpanjangan.

Image result for money from computer

1. Business yang mudah, di mana-mana

 
    Kalau anda masih tercari-cari perniagaan yang mudah, hanya di hujung jari, business Shaklee nitentunya yang terbaik untuk anda. Mana tidaknya, anda boleh menjalankan perniagaan anda di mana-mana sahaja! Asalkan ada internet.. Hatta jika anda pergi ke luar negara sekalipun, perniagaan anda masih boleh on. Itu yang saya suka sangat dengan business Shaklee ni. Memang kena dengan jiwa saya sebagai suri rumah ni.

   Saya boleh menjaga sendiri anak-anak di rumah, dalam masa yang sama boleh menjana income. Anak-anak tidak terabai, kewangan pun stabil alhamdulillah. Saya tertarik sangat dengan kisah rakan business Shaklee saya yang lain. Ada yang tengah get ready nak bersalin pun masih boleh close order Shaklee. Dalam pantang pun business masih berjalan. Punyalah nak kata rezeki tu memang di mana-mana sahaja.. Tapi, business Shaklee ni bukan hanya untuk suri rumah sahaja. Ramai juga rakan-rakan saya yang masih bekerja tetap di luar dan dalam masa yang sama buat business Shaklee ni secara sampingan. Tiada paksaan. 

2. Patuh syariah

  Seperti yang saya kata sebelum ini bahawa kita perlu mencari rezeki yang halal, sudah tentu saya pilih Shaklee setelah mengkaji dahulu bagaimana sistemnya. Ia menggunakan sistem Multilevel Marketing (MLM) yang patuh syariah.

   Siapa yang usaha lebih, dia yang akan dapat lebih. Downline boleh sahaja berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada uplinenya, jika dia usaha lebih. Tiada istilah upline boleh goyang kaki dan orang bawah sahaja yang bertungkus lumus buat kerja. Siapa yang mahu berjaya, usaha lebih, dia pasti akan dapat habuan setimpal dengan usahanya. Semua orang mempunyai peluang yang sama. Adil bukan? 

3. Modal yang rendah, untung tanpa had

   Kalau kita selalu dengar untuk masuk ke dalam alam perniagaan, kita perlukan modal yang besar untuk dapat untung yang besar. Ada yang sehingga perlu buat pinjaman di bank beribu-ribu.

   Tetapi, dalam business Shaklee, semua itu tidak perlu! Dengan hanya modal serendah RM68.90, anda sudah boleh memulakan perniagaan anda.. Dan, yang menariknya, anda berpeluang untuk mendapat keuntungan tanpa had, selagi anda berusaha betul-betul. 

4. Kelas marketing percuma

    Apa yang penting dalam business Shaklee adalah anda belajar cara marketing. Tapi, jangan risau kerana jika anda join Shaklee dengan saya, anda akan dimasukkan ke dalam support group secara percuma.. Di sini, anda akan diajar cara-cara marketing dan apa yang anda perlu lakukan dalam perniagaan anda.

  Setiap hari, akan ada tiga kali sesi perkongsian daripada leader-leader yang berpengalaman. Dari motivasi pagi, tips marketing hinggalah ke kelas produk di malam hari. Semuanya diajarkan secara online. Kalau rasa tak cukup lagi, ada juga pihak Shaklee sendiri anjurkan kelas-kelas offline di kawasan terpilih seluruh Malaysia. Tinggal terserah sahaja pada kita sama ada nak ambil peluang tersebut atau tidak. Memang tiada paksaan. 

5. Syarikat bertaraf antarabangsa

  Tambahan lagi, produk Shaklee telah dikenali ramai. Memang ramai orang di luar sana yang mencari Shaklee kerana produknya bermutu tinggi. Shaklee merupakan satu-satunya syarikat suplemen yang mempunyai Landmark Study. Shaklee bukan sahaja menjalankan ujian klinikal ke atas produk-produknya, malah amat menitikberatkan pemuliharaan alam sekitar.

   Pada tahun 2000, Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Neutral dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida, di mana ia menghasilkan impak sifar bersih pada alam persekitaran. Jadi, Shaklee bukanlah calang-calang syarikat suplemen. Ia mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini yang membuatkan saya bertambah yakin dengan syarikat business saya ini!

Nak tahu apa lagi yang business Shaklee boleh bagi? Boleh baca lebih di sini.

Kalau nak baca kisah saya dengan Shaklee, boleh baca di sini.
Mari kita tengok pula apa kata rakan Shaklee ini..
Anda nak jadi seperti kami??
Boleh klik di sini untuk mendaftar :
Atau hubungi saya untuk maklumat lanjut :
012-6830069
Bazilah

Continue Reading

Set Ibu Mengandung Shaklee : Keperluan Nutrisi Yang Lengkap

Anak merupakan anugerah Allah yang tidak terhingga. Tahniah diucapkan kepada anda yang bakal menimang cahaya mata! Sebagai ibu atau bakal ibu, tentunya kita mahukan hanya yang terbaik untuk anak kita. Jadi, kita perlu menjaga kesihatan kita sebagai ibu dari sebelum mengandung lagi, apatah lagi ketika sedang hamil. Untuk itu, para suami juga harus memberikan sokongan kepada isteri anda supaya proses mengandung berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar. Sebab itulah, setiap ibu yang hamil perlu dihadiahkan Set Ibu Mengandung Shaklee! 😊
Sebelum saya kupas lebih lanjut mengenai Set Mengandung Shaklee, eloklah rasanya saya senaraikan di sini simptom-simptom yang biasa dialami oleh ibu hamil :

Simptom Ibu Hamil

 

1) Morning sickness, iaitu rasa mual atau pening2, sakit kepala pada pagi hari
2) Anemia, iaitu kurang sel darah merah
3) Emosi mudah terganggu, sama ada mudah marah atau menangis
4) Alahan yang teruk
5) Kurang selera makan
6) Mudah penat dan rasa malas
7) Kelihatan lemah dan pucat
8) Kerap rasa loya dan kerap muntah-muntah
9) Kejang kaki atau kebas-kebas kaki terutamanya pada waktu malam
Jika anda mengalami salah satu daripada masalah di atas, anda berada dalam track yang betul! Anda memang memerlukan suplemen ibu mengandung agar nutrisi badan anda sebagai ibu dan nutrisi anak dalam kandungan dapat dipenuhi.
Ok, sekarang kita tengok pula apa yang ada dalam Set Ibu Mengandung Shaklee ni..
ESP ni penting bagi memastikan si ibu kekal bertenaga dan tidak mudah letih. Ia merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Oleh kerana ia mempunyai kadar glisemik indeks yang rendah (hanya 39), ia sangat sesuai diambil oleh ibu hamil yang mempunyai kencing manis.
Ibu hamil yang normal apatah lagi, memang sangat digalakkan ambil sebagai pelengkap nutrisi seharian. Seeloknya para ibu makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap.
Ini untuk mengelakkan perut si ibu kosong, di mana perut yg kosong akan mendorong si ibu untuk muntah-muntah apabila berlaku alahan. ESP yang dalam bentuk serbuk ini sangatlah membantu si ibu dari berlapar.
2. B-Complex
B-Complex sangat penting bagi ibu hamil dalam mengelakkan spina bifida pada bayi. Antara kandungan dalam B-Complex Shaklee adalah asid folik yang dapat mencegah daripada berlakunya perkara tersebut. B-Complex membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi. Ia membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru dan mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
Selain itu, B-Complex membantu badan menukarkan makanan kepada tenaga. Jadi, pengambilannya boleh mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan. Ia juga membantu mencegah anemia, sakit kepala, pening-pening, migrain, muntah-muntah dan mabuk-mabuk. Oleh kerana simptom inilah yang selalu dialami oleh para ibu mengandung, itulah sebabnya mereka disarankan untuk mengambil B-Complex.
3) Vitamin C
Manfaat utama vitamin C adalah untuk membentuk kolagen, di mana ia adalah sebatian asas otot, rangka, gusi, tisu dan tulang. Ini sangat penting agar bayi dapat terbentuk dengan normal tanpa memudaratkan si ibu. Vitamin C juga membantu badan menyerap vitamin-vitamin lain, di samping membantu meningkatkan sistem imun si ibu dan bayi. Bonus tambahan, si ibu dan bayi akan mendapat kulit yang cantik dan cerah.
4) Vita-lea Iron Formula
Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia yang asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral”, kemudian disingkatkan kepada “Vita-min”. Ia mengandungi 30 nutrisi harian lengkap bagi memenuhi keperluan nutrisi setiap orang, terutamanya ibu mengandung. Jadi, si ibu tidak perlu risau sekiranya kurang selera makan kerana Vita-Lea boleh membantu si ibu tadi melengkapkan lompong-lompong nutrisi daripada makanan yang si ibu makan.
5) Ostematrix
Di dalam Ostematrix, terdapat bukan hanya kalsium, malah vitamin D dan magnesium yang membantu penyerapan kalsium dalam badan. Kalsium sangat diperlukan oleh ibu mengandung untuk membentuk pembentukan tulang bayi, juga menguatkan tulang si ibu. Ia juga membantu mengelakkan kekejangan dan kekebasan kaki si ibu, terutamanya pada sebelah malam.
Selain itu, Ostematrix boleh membantu si ibu mendapatkan tidur yang lebih lena dan mengelakkan si ibu mengalami sembelit, mahupun buasir.
6) OmegaGuard
OmegaGuard mempunyai kandungan minyak ikan tulen yang lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA dan DHA yang sangat membantu perkembangan otak dan mata si bayi. Kajian terbaru mendapati pengambilan Omega 3 pada bulan-bulan terakhir kehamilan membantu meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.
Mari kita lihat video ini.. Pengalaman akak yang pernah amalkan Set Hamil Shaklee..

 

 

Menarik bukan?
Tidak dinafikan lagi bahawa ibu mengandung sangat memerlukan suplemen bagi menampung kekurangan nutrisi daripada makanan biasa. Mana tidaknya, nak makan pun tak lalu kan?
Kalau dibiarkan berlarutan, risau memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan tu. Kadang, kita tak rasa sekarang kesannya tu. Nanti dah lanjut usia baru lah nak menyesal tak amalkan suplemen. Jangan jadi macam ni tau.. Melaburlah hari ini untuk kesihatan dan kebahagiaan hari esok!
Klik di sini segera untuk membeli :
Atau inginkan harga yang lebih murah dengan menjadi ahli? Klik sini :
Pengeda Shaklee Kuantan
Atau hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma!
Bazilah
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Fb : Towards Quality Life
Ig : towardsqualitylife
Continue Reading

Tips Kurangkan Rasa Sakit Bersalin

Bila cakap mengenai bersalin atau dengar kisah bersalin orang lain, pastinya kita merasa gerun dan takut untuk bersalin, kan? Walaupun dah beberapa kali bersalin, pengalaman bersalin setiap anak pasti berbeza.

Tips Kurangkan Rasa Sakit Bersalin


Tapi, tahukah anda bahawa ada cara atau tips yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan sakit kontraksi ketika bersalin?
Berikut merupakan beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi yang boleh para ibu amalkan sebagai persediaan untuk menghadapi kelahiran.
1. Mencari sebanyak mungkin informasi mengenai kelahiran. Lebih banyak yang kita tahu, insyaAllah kita akan rasa lebih relax sebab kita lebih bersedia.
2. Belajar mengenai pernafasan berirama.
3. Memeluk pasangan untuk mendapatkan semangat daripadanya dan ia dapat membantu mengurangkan kesakitan.
4. Minum sedikit minuman isotonik atau air, antara sela masa contraction.
5. Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat, sedikit tetapi lebih kerap apabila lapar.
6. Kipas diri dengan kipas kecil elektrik.
7. Mengerang atau merintih, tetapi bukan secara keterlaluan.
8. Memegang tangan pasangan kita.
9. Gambarkan dalam fikiran kita, bayi bergerak ke bawah melalui pelvis dalam setiap kontraksi.
10. Bergurau dengan dengan pasangan, jururawat, bidan mahupun doktor. Jangan terlalu serius.
11. Dapatkan kucupan dari pasangan atau dari orang tersayang.
12. Mendengar muzik atau ayat-ayat Quran bagi yang Muslim.
13. Berjalan-jalan di sekitar bilik untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh.
14. Berehat dengan selesa di atas longgokan bantal.
15. Buka pelvis selebar yang mungkin, contohnya melutut pada sebelah kaki, dan sebelah kaki lagi keluar ke tepi.
16. Berfikiran positif selalu.
17. Mengeluh lembut dengan setiap nafas.
18. Kerap berulang ke tandas. Pundi kencing yang penuh melambatkan proses kelahiran.
19. Mempercayai badan kita sendiri.
20. Lelap sebentar antara kontraksi.
21. Meminta maaf daripada pasangan dan orang terdekat.
Selain daripada tips2 yang saya berikan di atas, Shaklee juga ada produk2 yang boleh membantu mengurangkan sakit ketika bersalin.

1. Ostematrix Membantu Dalam Proses Kelahiran Bayi

Bagaimana Ostematrix boleh membantu proses kelahiran bayi dan membantu mengurangkan rasa sakit?
Kalsium dan magnesium membantu dalam proses melahirkan bayi. Jika seseorang ibu tidak mempunyai cukup magnesium dan kalsium, kekejangan boleh berlaku. Pada masa yang sama, gabungan kalsium dan magnesium dapat membantu dalam mengecutkan rahim dan menolak bayi untuk keluar dengan lebih cepat tanpa membuatkan si ibu merasai kesakitan yang amat sangat. Ini kerana, seluruh saraf badan berada dalam keadaan tenang dan tidak stress.
Magnesium pula boleh bertindak sebagai natural inducer. Kalsium diperlukan dalam setiap otot tubuh untuk membantu pergerakan. Ketika ibu hamil sedang dalam keadaan stress semasa fasa kesakitan, digalakkan untuk mengambil Ostematrix untuk relief muscle contraction dan membuatkan sedikit mengantuk.
Sekiranya paras kalsium dan magnesium rendah semasa hampir bersalin melahirkan anak, proses kelahiran akan menjadi lebih panjang. Ibu akan mudah mengalami tekanan dan boleh menimbulkan rasa sakit yang keterlaluan. Ibu akan rasa kepenatan, dan jika tidak mampu meneruskan, kemungkinan untuk melakukan kelahiran dengan pembedahan secara kecemasan adalah besar.
Jadi, Ostematrix ini adalah suplemen yang sangat digalakkan untuk diamalkan semasa hamil dan semasa hampir kepada proses kelahiran.
Selain Ostematrix, ESP (Energizing Soy Protein) juga boleh membantu memberikan tenaga kepada si ibu semasa hendak bersalin. Para ibu perlu mempunyai tenaga yang cukup kerana proses kelahiran amat memenatkan!
Seeloknya para ibu makan dahulu sebelum bersalin. Paling tidak pun, makanlah beberapa biji kurma ketika telah datang rasa kontraksi tersebut.
Selamat mencuba! Semoga Allah permudahkan urusan bersalin ibu-ibu sekalian.
Kalau nak beli, klik sahaja di sini :
Kalau nak beli dengan harga yang jimat, daftar sekarang! :
Atau, hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma !
012-6830069
Bazilah
Continue Reading