Vita-Lea Membantu Mencegah Anemia Ibu Hamil

Mengandung atau hamil merupakan saat yang paling indah, terutamanya bagi first time mom. Para ibu perlu ada ilmu yang cukup terutamanya mengenai kesihatan ibu dan anak supaya proses mengandung dan kelahiran berjalan lancar. Antara masalah utama ibu mengandung adalah Anemia, di mana si ibu kekurangan darah atau kekurangan zat besi (iron). Paras Haemoglobin (Hb) dalam darah adalah rendah. Ibu hamil dinasihatkan untuk mempunyai paras Hb melebihi 11 untuk memastikan bayi yang dikandung hidup sihat.

Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan. 
Iron memainkan peranan yang sangat penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin.
Iron juga memainkan peranan dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.

Kajian di negara-negara membangun seperti Singapore, Hong Kong dan USA mendapati bahawa anemia yang diakibatkan dari kekurangan zat besi dalam kalangan ibu mengandung meningkatkan risiko kelahiran pra matang.

Dalam kajian besar lain yang dijalankan di China, Hb yang rendah sebelum mengandung meningkatkan risiko bayi kurang berat badan semasa dilahirkan.

Mereka yang mengalami anemia adalah mereka yang kekurangan zat besi, atau iron. Jika seseorang kekurangan iron, banyak kesan bahaya yang akan ditanggung seseorang, lebih-lebih lagi jika dia wanita yang mengandung.

BERAPA ZAT BESI PENGHIDAP ANEMIA?

Walaupun penyebab anemia adalah kurang zat besi, namun seseorang masih boleh mengalami kekurangan zat besi walau paras Hb nya normal.

Aneh kan?

Cuba bayangkan begini..

Badan kita ada 1 tabung zat besi. Zat besi yang disimpan dalam tabung ini dipanggil ferritin. Jika badan kita mengalami kekurangan zat besi atau banyak zat besi yang diperlukan badan, dia akan korek tabung tersebut. Jadi, apa bila darah diambil, Hb kita masih normal tapi kandungan ferritin dalam tabung itu telah berkurang. Jika tabung tersebut tidak dipenuhkan kembali, risiko anemia adalah tinggi.

Kekurangan zat besi walaupun Hb normal memberi kesan yang tak baik.
Antaranya, keupayaan fizikal seseorang akan berkurang.
Keupayaan seseorang untuk membuat kerja berat sedikit mungkin terganggu.
Ia juga mengganggu keupayaan orang tersebut untuk berfikir dan membuat keputusan yang tepat dalam hidup.

Apalagi jika seseorang mengalami anemia, mereka akan mengalami simptom2 seperti :

1) Cepat penat walaupun hanya buat kerja ringan
2) Emosi tidak stabil
3) Tekanan perasaan
4) Stress
5) Masalah fizikal seperti pitam, sesak nafas dan jantung berdebar

Bagi ibu mengandung pula, kurang zat besi dengan atau tanpa anemia boleh menjejaskan perkara berikut :

1) Perkembangan otak bayi
2) Kelahiran pra matang
3) Bayi lahir kurang berat
4) Kompilasi kelahiran

Selepas melahirkan pula, risiko anemia juga tinggi dan ibu tersebut mempunyai risiko kematian!

Jadi, jangan pandang enteng dengan kekurangan zat besi ini!

Jika anda ada simptom-simptom seperti otak tidak dapat berfikir dengan bijak dan selalu letih, segeralah berjumpa dengan doktor anda dan ambillah supplemen iron atau zat besi..

TAPI..
Hati-hati dengan supplemen zat besi sembarangan. Kadang2, jika Hb tidak juga naik setelah mengambil vitamin iron, misi akan menyuruh anda meningkatkan dose iron tersebut. Dan, tahukah apa risiko yang bakal dialami? SEMBELIT! Lebih-lebih lagi jika kurang minum air. Mengandung kalau sembelit memang bertambah lagi masalah. Nak meneran tu silap-silap bayi pula yang terteran.

Jadi, apa kata ambil sahaja multivitamin dari Shaklee yang telah berusia 102 tahun tu..

Vitalea Iron Formula

Ia merupakan multivitamin yang tertua di dunia!
Hakikatnya, nama ‘Vitamin’ itu sendiri diasaskan oleh Shaklee yang berasal dari perkataan ‘Vitalised-Mineral’.
Ia merupakan produk pertama Dr Forest C Shaklee yang merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.
Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ia merupakan “killer product” of Shaklee kerana ia adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting dalam pembentukan darah dan sel seseorang.

Selain itu, Vitalea mempunyai kelebihan lain sepert :

1) Membantu mencantikkan kulit wajah
2) Membantu mendapatkan kuku yang licin
3) Membantu menguatkan akar rambut
4) Membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk, iaitu penyakit yang terjadi akibat kekurangan iodin
5) Suplemen penting untuk diet atau slim kerana apabila kita kurang makan, pengambilan Vitalea membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu
6) Membantu menegangkan kulit badan

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan Vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ia juga sangat penting untuk tumbesaran si anak.

Tahukah mengapa sesetengah ibu yang mengandung mahupun menyusukan anak mudah pitam atau pening kepala?
Hakikatnya, ibu-ibu ini kekurangan zat besi atau iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa ibu mengandung perlu ambil cukup zat besi untuk dapat anak yang bijak.

STATUS ZAT BESI BAYI BARU LAHIR

Terdapat hubungkait yang sangat penting antara kandungan ferritin ibu dan bayi, di mana status zat besi bayi selepas lahir sangat bergantung kepada status zat besi ibunya semasa mengandung.

Zat besi diperlukan bayi untuk :

1) Pembentukan otak yang normal. Zat besi menempunyai sejenis enzim yang terlibat dalam prosos metabolik otak.

Kajian terhadap haiwan mendapati terdapat suatu masa zat besi sangat diperlukan secara kritikal di peringkat awal mengandung. Sekiranya zat besi tidak mencukupi ketika itu, pembentukan otak janin akan terjejas dan tidak boleh dibaiki semula! Dalam erti kata lain, sekiranya bayi yang cukup kandungan zat besi mempunyai kapasiti otak sebanyak 100%, mungkin jika kandungan zat besi tidak mencukupi kapasiti otaknya berkurang kepada 80% atau lebih kurang. Namun, ini adalah kajian yang dijalankan ke atas haiwan.

Satu kajian di Chilenean menunjukkan sekiranya terdapat kekurangan zat besi dalam peringkat awal kanak-kanak, kebolehan mengingat dalam kanak-kanak 4 dan 10 tahun terjejas walaupun dirawat dengan zat besi secukupnya selepas itu!

Kajian ke atas murid-murid sekolah rendah di Malaysia pula mendapati bahawa kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat besi atau anemia mengambil masa yang lebih lama untuk mengambil tindakan melalui rangsangan penglihatan (visual motor coordination).

Kesimpulannya, kekurangan bekalan zat besi mungkin memberi kesan negatif kepada perkembangan otak bayi dalam kandungan dan menjejaskan perkembangan kemahiran fizikal (psychomotor) bayi yang baru lahir secara KEKAL!

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan hasil kajian ini, kerana mungkin walaupun ibu itu anemia semasa mengandung, tetapi anak-anaknya tetap bijak dan pandai belajar. Yang dimaksudkan menjejaskan perkembangan kemahiran fizikal anak bukanlah sama ada dia pandai atau tidak, tetapi lebih kepada kebolehan otak dia yang mungkin lebih kurang berbanding kanak-kanak yang mendapat cukup zat besi semasa dalam kandungan.

Jadi, sekiranya anda tidak mahu mendapat risiko-risiko yang dinyatakan di atas, apa kata ambil Vitalea ini sekarang!

Pelaburan yang anda lakukan sekarang sangat berguna di kemudian hari. Percayalah..

Hubungi saya,

Bazilah
012-6830069

Pengedar Shaklee Banting

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge