Shaklee Collagen Powder Bantu Dapatkan Badan Yang Cantik Dan Sihat

Bila orang cakap sahaja mengenai kolagen, pasti ingat kolagen ni untuk cantik je. Nak kulit yang anjal, tegang, awet muda, flawless, macam-macam lagi lah yang seangkatan dengannya. Betul tak?
Tapi, tahu tak yang sebenarnya, kolagen ni adalah satu keperluan tubuh?
Sebenarnya, kolagen boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Namun, semakin meningkat usia kita, semakin berkurangan penghasilan kolagen oleh tubuh kita.  Kandungan kolagen dalam badan seseorang paling tinggi, atau pada paras maksimum ketika seseorang berumur 20 tahun. Bermula dari 21 tahun, badan seseorang akan mengalami kadar penurunan kolagen dalam badan dengan drastik. Dan paling drastik kadar penurunannya ketika berusia 35 tahun ke atas. Lebih daripada 65% kolagen hilang ketika itu! Jadi, berwaspadalah sesiapa yang telah mencecah atau hampir mencecah 35 tahun.
Kenapa saya kata begitu?
Sebabnya, setiap hari, tubuh kita memerlukan 4000mg kolagen. Ia sangat penting untuk :
1) Mendapatkan kulit yang cantik dan anjal
2) Membina otot
3) Mendapatkan rambut yang subur dan sihat
4) Kesihatan sendi
5) Meningkatkan metabolisma badan
6) Mengurangkan selulit atau stretch mark
7) Menguatkan kuku dan gigi
Nampak tak kat situ, yang kolagen juga membantu kita untuk hidup dengan lebih sihat?
Oleh kerana kolagen dalam badan kita semakin berkurang, kita perlulah mengambil sumber kolagen dari makanan kita untuk memastikan sistem tubuh kita berjalan dengan lancar, dan kita dapat buat kerja dengan lebih efektif.
Tapi, bukan sembarangan kolagen kita boleh ambil ye.. Ada banyak jenis kolagen di pasaran, dari yang murah hingga yang mahal. Tapi, siapa boleh jamin yang kolagen di luar sana betul-betul selamat dan berkesan?
Kalau tanya saya, semestinya saya memilih Shaklee Collagen Powder (SCP)!
Ia diperbuat daripada 7 bahan utama yang pastinya dari sumber semulajadi dan bukannya dari sumber bahan kimia buatan di dalam makmal. 7 bahan utamanya adalah :
1) Kolagen ikan snapper
2) Ektrak cengkerang
3) Ekstrak Pfaffia 
4) Lactobacillus Acidophilus
5) Vitamin B
6) Vitamin C
7) Ekstrak biji Camelia Japonica 
Ekstrak cengkerang di dalam SCP sangat bagus untuk kesihatan sendi dan mata.
SCP juga boleh membantu proses detoks badan kerana mempunyai probiotik Lactobacillus Acidophilus bagus untuk kesihatan perut sepertimana yang terdapat di dalam Yakult, tetapi Yakult menggunakan strain Shirota.

Kenapa Shaklee Collagen Powder adalah terbaik?

1) Kolagen dalam SCP diekstrak daripada sisik ikan merah. Kerana itu juga ia dikenali sebagai RSS Collagen (Red Snapper Scale Collagen). Ikan merah ini hidup 5000 meter di bawah paras laut yang jauh dari pencemaran dan sisiknya tahan tekanan air yang tersangat tinggi di kedalaman 5000 meter.
2) 1 sachet SCP mengandungi 4000mg kolagen, bersamaan dengan keperluan harian tubuh kita
3) Saiz kolagen segar adalah 3000 dalton, tetapi SCP dihasilkan pada saiz 1000 dalton untuk memudahkan penyerapan. Tahu tak, bahawa cara memilih kolagen yang terbaik adalah melihat kepada saiznya? Saiz yang tepat akan memastikan tubuh badan menyerap kolagen yang masuk ke dalam badan secara optima. 
4) Shaklee menjalankan ujian klinikal ke atas kesan kolagen. Hasilnya, terdapat perubahan yang sangat ketara pada kulit selepas penggunaan 4 kotak SCP secara konsisten. 4 kotak SCP bersamaan 8 minggu pengambilan SCP dengan 1 sachet sehari.
Ingin dapatkan Shaklee Collagen Powder anda hari ini?

Klik di sini :

Nak jadi ahli dan beli dengan harga yang lebih murah?
Klik sini :
Atau, perlukan khidmat nasihat atau konsultasi dari saya?
Hubungi saya,
012-6830069
Bazilah

Continue Reading

Ostematrix, Bukan Sekadar Kalsium!

Tahu tak? Ostematrix Shaklee bukan hanya membekalkan kalsium kepada anda, tetapi lebih daripada itu.. Ada apa dalam Ostematrix ni? Kandungan utamanya memang kalsium, tapi meh tengok sini apa yang ada dalam dia..

Ostematrix membekalkan :


1) 1000 mg unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi

2) 400 mg magnesium untuk memnatu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

3) 400IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

4) 1.6 mg zink, 0.2 mg tembaga, 0.2 mg manganese untuk mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang

5) 3 mg boron untuk membantu metabolisme tulang

Banyak je pil kalsium yang ada dekat pasaran sekarang ni.. Jadi apa yang istimewanya Ostematrix ni?

Keistimewaan Ostematrix Shaklee :

1. Kesemua mineral yang terkandung di dalamnya merupakan nutrien penting untuk membantu membina ketumpatan tulang.

2. Kaplet bersaiz kecil dan mudah ditelan

3. Penyerapan diuji secara klinikal. Dalam kajian tersebut, 10 orang sukarela mengambil 2 tablet Ostematrix. Setiap jam dalam tempoh 12 jam bacaan serum kalsium diukur. Hasil kajian menunjukkan peningkatan paras kalsium darah yang signifikan dalam tempoh 5 jam pertama dan secara perlahan mengalami penurunan dalam tempoh 12 jam pemantauan. Ini membuktikan kalsium dari Ostematrix diserap dengan baik oleh tubuh. 
Boleh baca di sini untuk lebih info :



Manfaat Ostematrix :

1. Menguatkan tulang – kalsium menghalang osteoporosis, merawat tulang retak, osteomalasia (riket orang dewasa) dang menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas – Kejang dan kebas kaki, sakit sendi dan arthritis dapat diperbaiki dengan pengambilan 600 mg kalsium sebelum tidur.
3. Meringankan stress – Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, impuls saraf, memperbaiki jantung berdebar, menggalakkan tidur lebih selesa, gementarm stress dan mimpi buruk. Ia juga membantu dalam masalah mood swing, depresi, pitam dan sakit kepala.
4. Memperbaiki masalah haid – terdapat kajian yang melaporkan bahawa pengambilan 1000 mg kalsium dan magnesium serentak dapat meringankan sakit ketika haid dan membantu pembuangan air besar.

5. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

6. Pengalkalian tubuh – kalsium adalah mineral alkali di mana ia membantu memastikan keseimbangan pH tubuh badan kita.

7. Membekalkan vitamin D – meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

8. Membekalkan magnesium – magnesium merupakan ion positif kedua terpenting dalam tubuh kita. Ia menggalakkan komposisi tulang rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh bagi menghasilkan tenaga, menghalang endapan kalsium, melarut dan menghalang pembentukan batu karang dan batu hempedu serta membantu dalam masalah fruktuasi glukos.

9. Membekalkan zink, boron, manganese dan kuprum – memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.

Siapa yang memerlukan Ostematrix?

1) Mereka yang mudah letih, insomnia dan sukar bangun pagi

2) Ibu hamil dan ibu yang menyusukan

3) Mereka yang mempunyai masalah gigi reput

4)  Mereka yang sering mengalami masalah PMS yang sangat teruk

5) Mereka yang mengalami sembelit

6) Mereka yang alergi terhadap sebarang produk bahan tenusu

7) Mereka yang mengalami gejala osteoporosis

8) Mereka yang selalu sakit kaki, kejang kaki, lenguh dan kebas

Testimoni Pengguna Ostematrix :




Nak cuba Ostematrix ni? Boleh beli di sini :



Nak kan konsultasi percuma?

www.wassap.my/60126830069
Bazilah



Continue Reading

Vita-Lea Membantu Mencegah Anemia Ibu Hamil

Mengandung atau hamil merupakan saat yang paling indah, terutamanya bagi first time mom. Para ibu perlu ada ilmu yang cukup terutamanya mengenai kesihatan ibu dan anak supaya proses mengandung dan kelahiran berjalan lancar. Antara masalah utama ibu mengandung adalah Anemia, di mana si ibu kekurangan darah atau kekurangan zat besi (iron). Paras Haemoglobin (Hb) dalam darah adalah rendah. Ibu hamil dinasihatkan untuk mempunyai paras Hb melebihi 11 untuk memastikan bayi yang dikandung hidup sihat.

Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan. 
Iron memainkan peranan yang sangat penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin.
Iron juga memainkan peranan dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.

Kajian di negara-negara membangun seperti Singapore, Hong Kong dan USA mendapati bahawa anemia yang diakibatkan dari kekurangan zat besi dalam kalangan ibu mengandung meningkatkan risiko kelahiran pra matang.

Dalam kajian besar lain yang dijalankan di China, Hb yang rendah sebelum mengandung meningkatkan risiko bayi kurang berat badan semasa dilahirkan.

Mereka yang mengalami anemia adalah mereka yang kekurangan zat besi, atau iron. Jika seseorang kekurangan iron, banyak kesan bahaya yang akan ditanggung seseorang, lebih-lebih lagi jika dia wanita yang mengandung.

BERAPA ZAT BESI PENGHIDAP ANEMIA?

Walaupun penyebab anemia adalah kurang zat besi, namun seseorang masih boleh mengalami kekurangan zat besi walau paras Hb nya normal.

Aneh kan?

Cuba bayangkan begini..

Badan kita ada 1 tabung zat besi. Zat besi yang disimpan dalam tabung ini dipanggil ferritin. Jika badan kita mengalami kekurangan zat besi atau banyak zat besi yang diperlukan badan, dia akan korek tabung tersebut. Jadi, apa bila darah diambil, Hb kita masih normal tapi kandungan ferritin dalam tabung itu telah berkurang. Jika tabung tersebut tidak dipenuhkan kembali, risiko anemia adalah tinggi.

Kekurangan zat besi walaupun Hb normal memberi kesan yang tak baik.
Antaranya, keupayaan fizikal seseorang akan berkurang.
Keupayaan seseorang untuk membuat kerja berat sedikit mungkin terganggu.
Ia juga mengganggu keupayaan orang tersebut untuk berfikir dan membuat keputusan yang tepat dalam hidup.

Apalagi jika seseorang mengalami anemia, mereka akan mengalami simptom2 seperti :

1) Cepat penat walaupun hanya buat kerja ringan
2) Emosi tidak stabil
3) Tekanan perasaan
4) Stress
5) Masalah fizikal seperti pitam, sesak nafas dan jantung berdebar

Bagi ibu mengandung pula, kurang zat besi dengan atau tanpa anemia boleh menjejaskan perkara berikut :

1) Perkembangan otak bayi
2) Kelahiran pra matang
3) Bayi lahir kurang berat
4) Kompilasi kelahiran

Selepas melahirkan pula, risiko anemia juga tinggi dan ibu tersebut mempunyai risiko kematian!

Jadi, jangan pandang enteng dengan kekurangan zat besi ini!

Jika anda ada simptom-simptom seperti otak tidak dapat berfikir dengan bijak dan selalu letih, segeralah berjumpa dengan doktor anda dan ambillah supplemen iron atau zat besi..

TAPI..
Hati-hati dengan supplemen zat besi sembarangan. Kadang2, jika Hb tidak juga naik setelah mengambil vitamin iron, misi akan menyuruh anda meningkatkan dose iron tersebut. Dan, tahukah apa risiko yang bakal dialami? SEMBELIT! Lebih-lebih lagi jika kurang minum air. Mengandung kalau sembelit memang bertambah lagi masalah. Nak meneran tu silap-silap bayi pula yang terteran.

Jadi, apa kata ambil sahaja multivitamin dari Shaklee yang telah berusia 102 tahun tu..

Vitalea Iron Formula

Ia merupakan multivitamin yang tertua di dunia!
Hakikatnya, nama ‘Vitamin’ itu sendiri diasaskan oleh Shaklee yang berasal dari perkataan ‘Vitalised-Mineral’.
Ia merupakan produk pertama Dr Forest C Shaklee yang merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.
Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ia merupakan “killer product” of Shaklee kerana ia adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting dalam pembentukan darah dan sel seseorang.

Selain itu, Vitalea mempunyai kelebihan lain sepert :

1) Membantu mencantikkan kulit wajah
2) Membantu mendapatkan kuku yang licin
3) Membantu menguatkan akar rambut
4) Membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk, iaitu penyakit yang terjadi akibat kekurangan iodin
5) Suplemen penting untuk diet atau slim kerana apabila kita kurang makan, pengambilan Vitalea membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu
6) Membantu menegangkan kulit badan

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan Vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ia juga sangat penting untuk tumbesaran si anak.

Tahukah mengapa sesetengah ibu yang mengandung mahupun menyusukan anak mudah pitam atau pening kepala?
Hakikatnya, ibu-ibu ini kekurangan zat besi atau iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa ibu mengandung perlu ambil cukup zat besi untuk dapat anak yang bijak.

STATUS ZAT BESI BAYI BARU LAHIR

Terdapat hubungkait yang sangat penting antara kandungan ferritin ibu dan bayi, di mana status zat besi bayi selepas lahir sangat bergantung kepada status zat besi ibunya semasa mengandung.

Zat besi diperlukan bayi untuk :

1) Pembentukan otak yang normal. Zat besi menempunyai sejenis enzim yang terlibat dalam prosos metabolik otak.

Kajian terhadap haiwan mendapati terdapat suatu masa zat besi sangat diperlukan secara kritikal di peringkat awal mengandung. Sekiranya zat besi tidak mencukupi ketika itu, pembentukan otak janin akan terjejas dan tidak boleh dibaiki semula! Dalam erti kata lain, sekiranya bayi yang cukup kandungan zat besi mempunyai kapasiti otak sebanyak 100%, mungkin jika kandungan zat besi tidak mencukupi kapasiti otaknya berkurang kepada 80% atau lebih kurang. Namun, ini adalah kajian yang dijalankan ke atas haiwan.

Satu kajian di Chilenean menunjukkan sekiranya terdapat kekurangan zat besi dalam peringkat awal kanak-kanak, kebolehan mengingat dalam kanak-kanak 4 dan 10 tahun terjejas walaupun dirawat dengan zat besi secukupnya selepas itu!

Kajian ke atas murid-murid sekolah rendah di Malaysia pula mendapati bahawa kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat besi atau anemia mengambil masa yang lebih lama untuk mengambil tindakan melalui rangsangan penglihatan (visual motor coordination).

Kesimpulannya, kekurangan bekalan zat besi mungkin memberi kesan negatif kepada perkembangan otak bayi dalam kandungan dan menjejaskan perkembangan kemahiran fizikal (psychomotor) bayi yang baru lahir secara KEKAL!

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan hasil kajian ini, kerana mungkin walaupun ibu itu anemia semasa mengandung, tetapi anak-anaknya tetap bijak dan pandai belajar. Yang dimaksudkan menjejaskan perkembangan kemahiran fizikal anak bukanlah sama ada dia pandai atau tidak, tetapi lebih kepada kebolehan otak dia yang mungkin lebih kurang berbanding kanak-kanak yang mendapat cukup zat besi semasa dalam kandungan.

Jadi, sekiranya anda tidak mahu mendapat risiko-risiko yang dinyatakan di atas, apa kata ambil Vitalea ini sekarang!

Pelaburan yang anda lakukan sekarang sangat berguna di kemudian hari. Percayalah..

Hubungi saya,

Bazilah
012-6830069

Pengedar Shaklee Banting

Continue Reading

Performance Drink Shaklee Membantu Mengekalkan Tenaga Berpanjangan

Pernah dengar pasal Performance Drink Shaklee?
Apa yang special sangat dengan Performance Drink Shaklee ni? 
Ha, kalau nak tau, Performance Drink Shaklee ni adalah minuman hidrasi tulen untuk menghilangkan dahaga SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS beraktiviti misalnya jogging, main badminton, berriadah, hatta mengemas rumah sendiri, dan sebagainya.

Lazimnya, tubuh kita akan kehilangan air dalam badan apabila kita bersukan atau membuat aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh. Jadi, bila badan kita kekurangan air, kita mudah untuk merasa lesu dan letih tidak bermaya. 
Apa Cara Terbaik Untuk Kita Kekalkan Tenaga Kita Ni?
Sudah tentunya Performance Drink (PD) Shaklee ini lah jawapannya yang terbaik..
Ia telah diuji dan terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi tubuh kita dengan lebih baik berbanding air biasa. PD mengandungi lebih banyak elektrolit. Bermakna, lebih lah tenaga yang akan disalurkan kepada badan kita jika dibandingkan dengan jenama minuman isotonik biasa di pasaran.
Ujian makmal yang dilakukan ke atas para atlet yang menggunakan PD ini menunjukkan :
1. PD mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi.
2. PD terbukti secara klinikal dapat mengawal tahap gula dalam darah bagi mengekalkan tenaga dan meningkatkan stamina. 
Fakta Nutrisi Performance Drink Shaklee :
1. Tidak mengandungi lemak atau kolesterol 
2. Hanya mengandungi sodium, potasium dan karbohidrat
3. Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna dan pengawet tambahan
4. Bebas gas dan tidak berkarbonat seperti minuman isotonik yang lain
Siapa yang memerlukan Performance Drink Shaklee?
1. Mereka yang aktif bersukan dan mempunyai gaya hidup yang aktif.
2. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother)
3. Mereka yang berpuasa; sangat sesuai semasa bersahur untuk mengelakkan rasa dahaga ketika berpuasa dan juga semasa berbuka untuk memastikan solat terawih dapat dilakukan dengan cergas
4. Penghidap gout
5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi
6. Mereka yang sering diserang migrain aau sakit kepala
7. Anak-anak yang demam
8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam
9. Mereka yang ingin menggantikan minuman isotonik lain yang mengandungi gula berlebihan dan berkarbonat (sesuai untuk mereka yang berdiet).
Kesimpulannya, PD ini adalah minuman untuk seisi keluarga..!
Tetapi, ia tidak sesuai diberikan kepada bayi yang berumur kurang dari 2 tahun.
Anda ingin tahu?
Performance Drink Shaklee juga dikenali sebagai MINUMAN ANGKASAWAN.
Kenapa?
Dah, memang angkasawan minum pun.. 
Pada awal tahun 1990an, NASA (National Aeronautics and Space Administration) telah datang ke Shaklee US dan meminta agar Shaklee membuatkan minuman khas untuk angkasawan mereka. 
Ini kerana, para angkasawan mereka seringkali mengalami GRS (General Re-entry Syndrome) setiap kali mereka mendarat ke bumi. 
Gejala GRS ni adalah kelesuan melampau, pening kepala, vertigo, kepala weng, sakit perut dan sebagainya. Maka dengan ini, terciptalah AstroAde drink ini untuk para angkasawan ini.
Yang menariknya, kita juga berpeluang untuk minum minuman angkasawan ini, iaitu PERFORMANCE DRINK Shaklee ini!

Antara yang consume PD ini adalah Kapten Mark dan Scott Kelly. Kapten Scott Kelly pernah mencipta rekod paling lama duduk di aerospace iaitu selama 340 hari. Namun, sekarang rekod itu telah dipecah.

Berminat nak baca lebih mengenainya? Klik sini :
http://time.com/meet-the-twins-unlocking-the-secrets-of-space/?pcd=hp-magmod

Berminat nak beli Performance Drink Shaklee ni?
Boleh klik di sini :

Atau pm saya,

www.wasap.my/60126830069

012-6830069
Bazilah

Continue Reading