Kisah Ibu Ikhtiar Cari Produk Kesihatan Anak Dapat Jana Pendapatan 4 Angka

Pada zaman sekarang ini ramai yang memilih untuk mencari pendapatan tambahan dengan berniaga secara atas talian. Ramai yang asyik bertukar-tukar perniagaan, dan ramai juga yang masih kekal mengusahakan business lamanya. Tujuannya satu, ingin menjana income tambahan.

Berbeza pula dengan kisah wanita ini. Dia pada asalnya mencari produk untuk kesihatan anaknya, kemudian telah jatuh hati dengan keberkesanan produknya. Dek kerana itu, dia telah mempromosikan produk tersebut kepada orang ramai dan berjaya mendapatkan sehingga 4 angka sebulan! Ikuti kisah selanjutnya di sini..

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5

KATEGORI : SUPERMOM SUCCESS STORY

TESTIMONI 8 : SALMIAH BT OTHMAN

[BERMULA DARI MAKAN SENDIRI, KINI BISNES SHAKLEE JADI PENDAPATAN TETAP]

Assalamualaikum w.b.t

Saya Salmiah binti Othman dari Kuching Sarawak..berusia 38 tahun..merupakan salah seorang Shaklee Biz Leader sejak 2013 di bawah Group hebat CelikVitaminGroup (diterajui oleh upline saya) , OurShakleeFamily(OSF), Ireach dan Supermom. Saya juga adalah founder kepada group saya sendiri iaitu MAEmpire. Merupakan seorang penjawat awam di Mahkamah Tinggi Kucing.

Alhamdulillah..pada bulan ini, telah masuk 5 Tahun saya bersama Bisnes Shaklee.. Syukur..bertemu jodoh dengan bisnes yang tidak pernah saya impikan untuk terus serius pada mulanya..sebab pada masa tu saya mencari produk untuk anak-anak saya yang selalu kena demam..selesema batuk.

Kalau korang nak tau..kebanyakan yang jual dan buat bisnes shaklee nie sebab dah jatuh cinta dengan produknya..macam saya jugak…Saya sangat jatuh cinta dengan Set Kanak-kanak dan Set Ibu Menyusu..inilah 2 set terawal yang saya ambil pada mulanya dengan pembelian yang melayakkan saya dpt FREE MEMBERSHIP pada 21 Mei 2013…dan pada tengah bulan Jun 2013 saya dapat cash back bonus rm30++..itulah bonus pertama saya dalam Shaklee..

Alhamdulillah..pada bulan ke 4 saya bersama Shaklee saya telah mendaki tangga yang pertama dalam shaklee iaitu Supervisor..perasaan ketika nie..tak tau nak cakap..seronok sangat-sangat..sampai menitiskan air mata..baru naik 1 step tu..belum lagi macam leader2 yang dah mencapai pangkat tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator..sungguh2 saya teruja sangat-sangat masa tue..dengan bonus 4 angka pertama saya..

Dan kemudian pada bulan ke 7 iaitu pada Disember 2013..sekali lagi saya berjaya rank u p ke rank Senior Supervisor…Syukur pada Allah..bonus 4 angka setiap tengah bulan masuk ke akaun saya melebihi gaji hakiki saya…

Pada bulan Mac 2014..saya mendapat invitation untuk menghadiri Shaklee Motivation and Recognition Rally yang berlangsung di Miri..
Memang best dan seronok sangat..Seronok bila di rai..Semakin berkobar-kobar dan bersemangat bila dengar sharing daripada
mereka2 yang hebat dan berjaya dalam bisnes Shaklee nie..

Sekali lagi pada bulan Jun 2014 saya dapat surat Invitation to shaklee Star Achiever Awards masa Shaklee National Conference..dapat 1 award masa tu (Business Growth New Rank Achievement) tapi atas sebab peribadi saya tak dapat menghadirkan diri..Memang saya tak pernah jangka bersama Shaklee saya akan mendapat pengiktirafan di samping dapat bonus setiap bulan..

Pada bulan Feb 2018 yang lepas..saya berpeluang menghadiri Business Leader National Conference (BLNC) 2018 yang bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre..hanya leader-leader yang layak saja terpilih untuk menghadiri BLNC nie..Shaklee raikan bagi menghargai kejayaan mereka sepanjang tahun.. alhamdulillah..

Ini adalah BLNC ke-2 diadakan dan saya layak hadir ke event besar-besaran Shaklee ini..BLNC yang pertama diadakan pada tahun 2017..memang teruja sangat..Yang best nye saya dapat pergi bersama-sama dengan salah seorang Leader dibawah team saya sendiri..tanpa usaha dan semangat yang gigih tak mungkin saya mampu berada di situ..

Memang tak dinafikan sebagai ibu bekerjaya..banyak yang kena kejar..betul tak??
Mana nak kejar kerja di ofis..kerja di rumah..anak-anak lagi..
lepas tue dengan bisnes lagi..Kadang-kadang terdetik di hati saya..”boleh ke nak teruskan bisnes nie??” emosi naik turun..up & down..kena halau jauh2 yang down tue kalau nak berjaya..tak kira dalam bisnes apa pun..memang kena banyak berkorban..syukur jua..suami saya sentiasa menyokong saya dalam shaklee..di samping keluarga juga..kawan-kawan yang juga memberi galakkan..dan saya ada group yang hebat dalam shaklee nie yang sentiasa saling ingat -mengingati..

Cabaran, dugaan dalam berbisnes memang lumrah..Rejection customer, karenah customer, mood down memang ada..tapi jangan mudah putus asa..itu je pesan upline saya..rejection dalam bisnes memang akan ada..but..when customer say NO..just move pada NEXT customer..rezeki kita ALLAH yang pegang..

Korang nak tau bisnes shaklee telah byk mengubah diri saya 360°..dari segi mental, jasmani, rohani dan ekonomi..banyak mengajar saya berdikari, sabar, lebih positif, lebih banyak mengisi masa terluang saya..saya ada fokus & impian utk menjadi work at home mom (WAHM) @ business woman yang berjaya..inshaaAllah..

Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati bisnes Shaklee saya..saya sedang berusaha untuk terus mendaki tangga yang seterusnya..semoga impian saya tercapai dan terlaksana..inshaaAllah..Doakan saya ya kawan-kawan..

“Hanya orang yang benar-benar mahu berjaya saja sanggup berkorban…korban perasaan…korban masa…korban tenaga..untuk mencapai IMPIAN !!!!
Anda sanggup buat..anda dapat!!!!”

Anda pula bagaimana? Ada yang terinspirasi untuk nak buat yang sama sepertinya?

Hubungi saya untuk maklumat lanjut!

012-6830069

Bazilah

Ig : towardsqualitylife

Fb : Towards Quality Life

Continue Reading

Cara Tingkatkan Hb Ibu Hamil Dengan Cepat

Ibu mengandung seringkali mengalami masalah rendah kandungan haemoglobin (Hb) atau juga dinamakan anemia, akibat diet yang tidak teratur. Manakan tidak, morning sickness yang dialami membuatkan si ibu memilih makanan tertentu, atau sebenarnya tidak dapat menyerap nutrien daripada makanan yang diambil dek kerana muntah-muntah dan loya.

Apabila kandungan Hb ibu hamil berada pada tahap yang sangat rendah, ini boleh mengganggu perkembangan si bayi di dalam kandungan dan juga membahayakan si ibu. Jadi, sangat penting untuk para ibu mengetahui cara untuk meningkatkan Hb semasa hamil dengan cepat seperti yang akan diperincikan dengan lebih lanjut di dalam artikel ini.

Apakah Itu Haemoglobin?

Haemoglobin (Hb) adalah protein yang terdapat dalam sel darah merah dan bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Ia juga bertanggungjawab membawa karbon dioksida keluar dari sel-sel dan ke dalam paru-paru. Karbon dioksida kemudiannya akan dikeluarkan daripada badan apabila nafas dihembuskan keluar. Sekiranya Hb di dalam badan berada pada tahap yang rendah, ini membuatkannya sukar untuk melakukan fungsi-fungsi yang disebutkan di atas.

Ujian darah perlu dilakukan untuk memeriksa tahap Hb seseorang.

Ibu hamil dikatakan mempunyai Hb yang rendah apabila dia mempunyai kurang daripada 12 gram per desiliter (g/dL) Hb dalam darah. Julat normal bagi seorang wanita adalah 12 – 15.5 g/dL.

Gejala atau Simptom Hb Rendah

Gejala Haemoglobin yang sangat rendah termasuklah :
– denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur
– kulit pucat
– keletihan
– lemah otot
– sakit kepala yang berulang

Punca Kurang Hb Atau Anemia

Seseorang yang mempunyai hemoglobin rendah mungkin mengalami anemia. Penyebab umum anemia termasuk :

Kekurangan zat besi, vitamin B-12, atau folat
Kehilangan darah yang banyak
Hipotiroidisme, atau kelenjar tiroid yang tidak menghasilkan hormon yang mencukupi
Thalasemia, penyakit keturunan yang menghalang haemoglobin daripada berfungsi dengan betul
Anemia sel sabit, gangguan genetik yang menyebabkan pengurangan sel darah merah dan haemoglobin
Merokok
Latihan fizikal yang berat

Cara Meningkatkan Hb Ibu Hamil

Seseorang boleh meningkatkan tahap haemoglobin mereka di rumah dengan cara :

1. Menambah pengambilan zat besi melalui makanan

Seseorang yang mempunyai kadar haemoglobin yang kurang mungkin mendapat manfaat daripada makan lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran haemoglobin, yang juga membantu membentuk lebih banyak sel darah merah.

Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah :

  • daging dan ikan
  • produk soya, termasuk tauhu
  • telur
  • buah-buahan kering, seperti kurma
  • brokoli
  • sayur-sayuran berdaun hijau, seperti kale dan bayam
  • kacang hijau
  • kacang-kacang dan bijian

2. Meningkatkan pengambilan folat

Folat adalah sejenis vitamin B yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran haemoglobin. Tubuh menggunakan folat untuk menghasilkan heme, sejenis komponen haemoglobin yang membantu membawa oksigen.

Jika seseorang tidak mendapat cukup folat, sel darah merah mereka menjadi tidak matang dan boleh menyebabkan anemia, tahap haemoglobin yang rendah.

Sumber folat yang baik termasuk:

  • daging lembu
  • bayam
  • beras
  • kacang tanah
  • alpukat
  • salad

3. Memaksimumkan penyerapan zat besi

Pengambilan zat besi dalam makanan atau suplemen adalah penting, tetapi seseorang juga perlu membantu tubuh mereka untuk menyerap zat besi tersebut.

Makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti buah sitrus, strawberi, dan sayur-sayuran hijau berdaun boleh meningkatkan jumlah zat besi yang diserap. Mengambil suplemen vitamin C juga sangat membantu.

Vitamin A dan beta-karotena juga boleh membantu badan menyerap dan menggunakan zat besi dengan baik.

Makanan yang kaya dengan vitamin A termasuk :

  • ikan
  • hati
  • ubi keledek
  • kale

Makanan yang tinggi kandungan beta-karotena biasanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning, merah dan oren seperti :

  • lobak merah
  • ubi keledek
  • mangga
  • tomato

Walaupun suplemen vitamin A boleh membantu badan untuk memproses zat besi, namun pengambilan terlalu banyak vitamin A boleh mengundang bahaya.

Vitamin A yang berlebihan boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai hypervitaminosis A. Ini boleh menyebabkan gejala seperti tulang dan sakit sendi, sakit kepala yang teruk, dan peningkatan tekanan dalam otak.

4. Mengambil suplemen zat besi

Doktor biasanya akan menasihati ibu hamil yang mempunyai kadar haemoglobin yang sangat rendah untuk mengambil makanan tambahan zat besi. Dosnya bergantung kepada tahap Hb seseorang.

Namun, terlalu banyak pengambilan zat besi juga boleh mengundang bahaya. Ia boleh menyebabkan hemochromatosis, yang boleh menyebabkan penyakit hati dan kesan sampingan seperti sembelit, loya, dan muntah.

Suplemen akan menyebabkan tahap zat besi meningkat secara beransur-ansur selama beberapa minggu. Namun, sekiranya tahap Hb masih lagi rendah, si ibu mungkin memerlukan rawatan tambahan.

Bagaimana Produk Shaklee Boleh Membantu Ibu Hamil Tingkatkan Hb Dengan Cepat Dan Selamat

1. Vitalea Iron Formula

Ia adalah multivitamin dengan formula khas zat besi di mana ia akan memastikan kandungan zat besi di dalamnya diserap sepenuhnya oleh badan dengan cepat. Yang pastinya, Shaklee telah menjalankan kajian secara terperinci akan produknya bagi memastikan ia benar-benar selamat digunakan, walaupun diambil dalam tempoh yang lama.

Baca dengan lebih lanjut di sini :

Kandungan Vitalea Iron Formula Shaklee

2. B Complex Shaklee

B Complex Shaklee mengandungi kesemua jenis vitamin B yang diperlukan badan, termasuklah folat yang penting dalam penghasilan haemoglobin. Ia juga mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil bagi mengelak risiko janin mengalami masalah pada otak seperti spina bifida.

Baca dengan lebih lanjut di sini :

Kandungan B Complex Shaklee

3. Vita-C Plus Sustained Release

Kandungan vitamin C di dalamnya dirumus khas dengan formula ‘sustained release’ bagi memastikan vitamin C dirembeskan secara bertahap setiap 1 jam. Ini sangat penting bagi memastikan badan betul-betul menyerap kandungan vitamin C nya kerana sifat vitamin C sendiri yang larut air, di mana ia akan dibuang melalui air kencing sekiranya diambil sekaligus atau berlebihan. Dengan Vita-C Plus Shaklee, ini tidak akan berlaku.

Baca dengan lebih lanjut di sini :

Kelebihan Vita-C Plus Sustained Release Plus

Untuk mengetahui nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil mengikut trimester kehamilan, baca di sini :

Nutrisi Ibu Hamil Mengikut Trmester Kehamilan

Apa pula kata mereka yang telah menggunakan produk Shaklee ini?

Baca dengan lebih lanjut di sini :

Testimoni Ibu Hamil Yang Menggunakan Produk Shaklee

Sangat teruja dengan hasil yang mereka dapat, bukan? Mengapa perlu bersusah-payah untuk nak tingkatkan Hb semasa sedang hamil? Ambil sahaja Set Hamil Shaklee kerana ia sangat mudah dan dijamin selamat, semulajadi dan berkesan! Yakinlah bahawa pelaburan yang anda lakukan sekarang sangat berbaloi bagi memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sihat dan dapat berkembang dengan baik.

Hubungi saya untuk membuat pembelian atau pertanyaan lanjut :

Bazilah

WhatsApp/SMS/Call : 012-6830069

Fb page : Towards Quality Life

Ig : towardsqualitylife

Blog : www.tipsummi.com

Pengedar Vivix Shaklee Kuantan 012-6830069

Continue Reading

Testimoni Pengguna Set Hamil Shaklee

Ramai ibu mengandung yang telah rasai kebaikan dan kesan positif apabila mengambil Set Hamil Shaklee sebagai makanan tambahan ibu hamil. Ada yang Hb kekal tinggi, tidak lagi rendah, ada yang rasa bertenaga tidak lagi keletihan semasa mengandung, ada yang dapat kekalkan berat badan yang ideal, ada yang dapat kurangkan alahan atau morning sickness ketika hamil, dan banyak lagi.

Yang pastinya, semuanya berpuas hati dan beri kesan yang positif sepanjang kehamilan. Lebih mengujakan, Set Hamil Shaklee ini bukan hanya mendapat testimoni yang baik dari pengguna, malah disokong oleh kajian saintifik oleh saintis antarabangsa!

Produk terbaik untuk menampung nutrisi ibu hamil


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 39 : NUR ILLIANI MAT YUSOF

[TIADA ALAHAN DAN CERGAS BERTENAGA KETIKA HAMIL DENGAN SET HAMIL SHAKLEE]

“Pengalaman mengamalkan set hamil Shaklee memberi satu pengalaman indah lebih-lebih lagi pada kehamilan ke tiga dan usia pun dah memasuki 30-an. Apa yang saya gembira sangat-sangat, saya tidak mempunyai sebarang alahan dan saya hamil juga tidak disedari oleh rakan sekerja kerana tiada sebarang tanda saya sedang hamil pun. Sentiasa cergas, tidak pernah ambil cuti sakit dan kerja berjalan seperti biasa.

Kenapa saya konsisten mengamalkan setiap vitamin Shaklee ini? Selain saya telah merasai kesan yang sangat-sangat positif terhadap diri saya sejak mengamalkan supplement secara konsisten dari penghujung tahun 2012, saya tahu badan saya memerlukan setiap nutrisi yang ada dalam supplement yang saya amalkan ini lebih-lebih lagi saya sudah mempunyai dua orang anak sebelum ini, seorang ibu yang bekerja dan pada masa yang sama saya juga seorang pelajar di sebuah institusi pendidikan awam.

Jadi saya perlu memastikan diri saya sentiasa cergas, sentiasa sihat bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk suami dan anak-anak yang memerlukan saya sentiasa ada dengan mereka dalam apa jua keadaan.

Semasa kehamilan anak ke 2,saya disahkan mengidap kencing manis semasa hamil tetapi alhamdulillah,hamil anak yang ke 3 ini,saya bebas dari terkena kencing manis semasa hamil. Jika dulu hb saya sangat-sangat low dan pernah bacaan sehingga 8.6 dan terpaksa berulang alik berjumpa doktor pakar diklinik, tetapi syukur sangat-sangat kali ini bacaan hb saya sangat-sangat baik.

Semoga perkongsian saya ini boleh membantu ibu-ibu diluar sana supaya menjaga kesihatan kita bukan sahaja semasa hamil tetapi sepanjang masa dan secara konsisten dan berdisiplin bagi memastikan seisi keluarga kita dapat menjalani kehidupan yang lebih cergas dan lebih sihat.”

Cara Atasi Kencing Manis Ketika Hamil

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 16 : AINA AMIN

[NAIKKAN HB DALAM MASA 11 HARI]

“Assalamu’alaikum.. Nama saya Aina dan sekarang tengah mengandung anak kedua.

Bila mengandung je mesti orang akan kaitkan dengan masalah hb rendah kan? Masa aina mengandungkan anak pertama dulu, aina juga tidak terlepas dengan masalah hb rendah.

Obimin tak pernah miss. Iron tablet yang KK bagi pun ambil juga. Tapi hb tetap 10 ke bawah. Sampai banyak kali kena marah dengan nurse.

Bila mengandung kali kedua, aina dah mula mengamal supplement set hamil Shaklee. Alhamdulillah setakat sehingga kandungan 5 bulan, hb aina masih di paras normal.

Tetapi di usia kandungan 6 bulan hb aina mula drop jadi 10.8. Nurse mula suruh up kan dose iron tablet sehingga 4 biji sehari.

Jadi aina balik rumah dan kaji semula kenapa hb aina boleh turun. Kerana vitalea sepatutnya dapat membantu naikkan hb. Bila dikaji, aina buat kesimpulan memang salah diri sendiri. Kadang-kadang terlupa nak ambil vitamin. Tak pantang cafein (antara punca hb aina turun). Dan cara aina ambil vitalea tu sendiri pun salah.

So aina buat research sendiri macam mana cara betul nak consume vitamin Shaklee supaya badan boleh serap sepenuhnya dan sekaligus naikkan hb.

Selepas aina tukar cara pengambilan vitalea dan vitamin c, kurangkan pengambilan cafein, alhamdulillah dalam masa 11 hari je hb aina naik mendadak.

Sampai nurse pun tanya makan vitamin ape dan macam mana cara aina ambil sehingga hb naik mendadak. Rasa lega sangat bila tengok result hb sendiri.

Bukan itu sahaja antara kesan lain bila aina mengamalkan set hamil Shaklee, kaki aina tak pernah cramp malam-malam. Berbanding dengan mengandung kali pertama dulu, hampir tiap-tiap malam kejutkan suami kerana kaki cramp.

Kemudian masalah sembelit pun tiada. Kalau dulu bercinta nak pergi toilet, sekarang setiap pagi, sudah menjadi rutin wajib pergi ke toilet.

Dan paling best, masa mengandung kali pertama dulu, setiap bulan berat akan naik dengan banyak sehingga menyebabkan rasa sakit pada tapak kaki. Tapi alhamdulillah mengandung kali ini, kenaikan berat badan sangat terkawal setiap bulan.

Alhamdulillah, bila konsisten dengan set hamil shaklee, tempoh mengandung rasa sangat mudah dan bertenaga. InsyaAllah lepas bersalin akan sambung dengan set pantang Shaklee pula. Terima kasih Allah kerana temukan aina dengan Shaklee.”

Cara Naikkan Hb Ketika Hamil dalam 11 hari

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3 TESTIMONI 22 : FITRIYATUL ASYIQIN

[IBU HAMIL CERGAS BERTENAGA DENGAN AMALKAN SET HAMIL SHAKLEE]

“Assalamualaikum. Nama saya Fitriyatul Asyiqin binti Mohd Rudin. Berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

Pengalaman saya sepanjang mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 2 saya sangat berbeza berbanding anak sulung saya yang mana masa anak sulung saya mengambil supplemen lain.

Sepanjang kehamilan anak ke 2 saya alhamdulillah saya tiada masalah yang besar HB cantik cuma alahan je ada tapi berbeza anak sulung dulu yang mana rahim saya lemah dan terpaksa disuntik ubat kuatkan rahim sejak kandungan berusia 5 bulan dan saya mengalami bleeding sepanjang kehamilan. Aktiviti saya juga terpaksa dikurangkan kerana terpaksa berehat dikatil atas nasihat doktor pakar sakit puan.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan ke 2 saya mengambil fullset Set Hamil Shaklee yang mana mengandungi ESP, Vitalea Multivitamin, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C dan juga Omega Guard. Ianya banyak membantu saya kekal cergas sepanjang 41 minggu usia kehamilan saya. Dan ESP dalam Set Hamil ini juga membantu untuk kesihatan dan kuatkan rahim.

Sehingga ke saat akhir kehamilan saya yang ke 2 ini masih mampu memandu kereta sendiri menghantar dan ambil anak dari sekolah. Sangat berbeza berbanding kandungan pertama dulu yang mana saya rasa ketika kehamilan ke 2 ini saya lebih cergas dan bertenaga.

Dan berat badan saya ketika hamil kali ke 2 ni sangatlah berbeza dengan yang pertama. Yang pertama dulu hampir mencecah 90kg tapi kali ke 2 ni tak sampai pun 80kg.

Dan Alhamdulillah sangat anak ke 2 ni tiada masalah jaundice. Saya kategori darah O positif yang mana selalunya dimomokkan tak boleh elak dari masalah jaundice nih. Masa anak sulung saya dulu trauma rasanya hampir sebulan jaundice tak hilang sampailah nak cucuk sebulan baru turun jaundisenya.

Alhamdulillah syukur Ya Allah. Dan kalini saya sedang berpantang dan mengamalkan fullset Set Berpantang Shaklee pula.

Inilah Shaklee Effect saya.”

Elakkan Keletihan Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan
Bacaan Gula Turun Ketika Hamil
Bertenaga Semasa Hamil
Mabuk Alahan Morning Sickness Berkurang Semasa Hamil

Banyak lagi testimoni pengguna Set Hamil Shaklee yang telah berjaya mengharungi kehamilan dengan pengalaman yang sangat indah dan mengujakan tetapi tidak disertakan di sini. Kini tiba masanya untuk anda pula mencipta testimoni sendiri dengan menggunakan Set Hamil Shaklee ini. Jangan biarkan pengalaman mengandung anda menjadi pengalaman yang mengerikan hidup anda! Atasinya segera dengan mengambil set ini..

Hubungi sahaja saya jika anda ingin mendapatkan maklumat mengenai set ini..

012-6830069

Bazilah

Fb Page : Towards Quality Life

Ig : towardsqualitylife

Continue Reading

Produk Terbaik Untuk Menampung Nutrisi Ibu Hamil

Setelah diketahui kepentingan seorang ibu yang hamil atau mengandung mengambil nutrisi yang lengkap bagi menampung keperluan sepanjang kehamilan, sekarang ibu perlu mendapatkan nutrisi tersebut dari sumber yang terbaik. Terdapat lambakan produk yang ada di pasaran, tetapi tidak semuanya diperbuat daripada sumber yang semulajadi, yang menjamin keselamatan, dan keberkesanannya.

Di sini saya kongsikan produk yang terbaik untuk menampung nutrisi ibu hamil sepanjang kehamilan, iaitu produk Set Prenatal Shaklee atau Set Kehamilan Shaklee.

Continue Reading

Nutrisi Ibu Hamil Mengikut Trimester Kehamilan

Setiap ibu yang hamil perlu makan makanan yang berkhasiat bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat nutrisi yang cukup dan dapat berkembang dengan baik. Ada sesetengah nutrisi yang perlu diambil lebih oleh ibu hamil berbanding wanita biasa bagi menampung keperluan si bayi untuk membesar dengan sihat dan juga untuk memenuhi keperluan badan si ibu.

Nutrisi Ibu Hamil Mengikut Trimester Kehamilan

Tentunya setiap peringkat kehamilan memerlukan jumlah dan jenis nutrisi yang berbeza untuk menampung keperluan harian si ibu dan bayi kerana semakin lama, si  bayi semakin membesar dan memerlukan lebih nutrisi. Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan nutrisi atau nutrien tertentu yang penting untuk diambil oleh ibu hamil mengikut trimester bulan kehamilan.

Continue Reading

Pengedar Skincare YOUTH Shaklee Kuantan 012-6830069

Produk Skincare YOUTH Shaklee telah menjadi sebutan ramai, lebih-lebih lagi setelah keluar majalah Hijabista, Majalah Nona, Majalah Nuyou dan Sinar TV. Bagi penduduk sekitar Kuantan, Pahang, anda tak perlu lagi risau. Anda kini boleh mendapatkan produk penjagaan kulit YOUTH Shaklee dari saya, Bazilah pada nombor 012-6830069 atau klik sahaja di sini untuk berhubung terus melalui aplikasi WhatsApp. No ID Shaklee saya adalah 1251677.

Pengedar Youth Kuantan 012-6830069

Saya bersedia untuk COD YOUTH Shaklee ke sekitar kawasan berikut :

Continue Reading

Cara Cepat Hilangkan Parut Chicken Pox Dewasa

Kebiasaannya kita dengar penyakit Chicken pox sering menjangkiti kanak-kanak. Tapi jangan tak tahu yang orang dewasa juga boleh dijangkiti chicken pox, bahkan mungkin lebih teruk lagi daripada kanak-kanak kerana parut chicken pox dewasa lebih lambat hilang daripada kanak-kanak.

Ini kerana kanak-kanak mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih pesat berbanding seorang dewasa. Jadi, kesan parut pada kanak-kanak akan lebih cepat hilang kerana sel kulit kanak-kanak lebih cepat diganti dengan yang baharu berbanding seorang dewasa. Jadi, bagaimana pula caranya bagi seorang dewasa yang ingin menghilangkan kesan parut chicken poxnya dengan cepat, selamat dan berkesan?

Continue Reading

Cara Atasi Masalah Gout Dengan Selamat Dan Berkesan

Inflamasi atau keradangan pada sendi-sendi menyebabkan penghidap gout menderita kesakitan. Pengumpulan asid urik pada sendi yang banyak menjadi punca masalah gout ini. Namun, masalah gout ini boleh diatasi dengan berkesan secara semulajadi jika tahu caranya.

Gout

Pesakit gout seringkali menderita sakit pada sendi-sendi kerana berlakunya inflamasi pada sendi mereka. Ia berpunca daripada pengumpulan asid urik yang terlalu banyak di bahagian sendi. Malangnya, didapati lelaki yang berumur antara 30 hingga 50 tahun lebih berisiko tinggi untuk mendapat gout berbanding wanita. Mereka juga mungkin menderita penyakit ini seumur hidup mereka.

Continue Reading

Pengedar Vivix Kuantan 012-6830069

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Nama Saya Siti Bazilah Binti Karim. Saya adalah pengedar Vivix Shaklee di Kuantan, Pahang dengan ID 1251677. Saya boleh dihubungi di 012-6830068 atau boleh terus klik di sini untuk terus ke aplikasi WhatsApp.

 

Pengedar Vivix Kuantan

Saya Pengedar Vivix Shaklee aktif COD ready stock di kawasan sekitar Bukit Rangin, Permatang Badak, Paya Besar, Chendering, Taman Tas, Kampung (Kg) Pandan, Pandan Damai, Pandan Perdana, Kampung (Kg) Padang, Jaya Gading, Batu 9, Indera Mahkota, Kotasas, Widad University, UIA Kuantan, Kampung (Kg) Seri Damai, Sungai Isap, Panching, Semambu, Bukit Setongkol, Kampung (Kg) Sungai Tiram, Taman Sri Perdana, Kampung Serdang dan sekitar Kuantan, Pahang.

Continue Reading

Cara Hilangkan Sembelit Semasa Dalam Pantang

Sembelit semasa berpantang buatkan para ibu rasa sangat sengsara dan trauma, sehingga ada juga yang dah serik nak bersalin lagi. Sebab itu juga ramai yang mencari cara yang paling cepat untuk menghilangkan sembelit semasa berpantang ini. Lebih-lebih lagi jika ibu telah menderita sembelit sejak mula mengandung lagi. Setelah melahirkan bayi dan ketika dalam pantang, sembelit menjadi makin teruk dan menakutkan.

Cara Hilangkan Sembelit Semasa Berpantang

Ibu jangan risau, kerana setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya, termasuklah masalah sembelit ketika berpantang ini. Bagi mereka yang bersalin secara normal, lazimnya dalam masa 1 – 2 hari usus sudah boleh berfungsi normal seperti sediakala. Bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan c-sec, badan mungkin mengambil masa dalam 3-4 hari untuk usus berfungsi dengan baik. Namun, perhatikan jika pergerakan usus anda lambat dan sembelit berlaku. Ia mungkin disebabkan oleh faktor berikut.

Continue Reading
1 2 3 13